Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 21

Pejam celik, pejam celik mereka semua dah habis SPM. Semua pelajar tingkatan lima menghembuskan nafas lega.

Sama juga seperti lapan orang sahabat ni. Mereka semua jadi rapat semenjak geng hanni dan geng arash bekerjasama masa plan rakam suara aishah dulu.

"Yeayy..sekarang aku dah bebas, aku dah merdeka. Dah takde apa apa lagi yang membebankan kepala aku ni." Kata Zahid seolah olah orang yang baru keluar penjara.

Yang lain pandang zahid lalu ketawa.
"Yang korang gelak tu apasal" soal zahid pelik. 'Aku cakap macam tu pon korang boleh gelak macam tengok maharaja lawak pulak' gumam zahid dalam hati.

"Takde, kau lah. Cara kau bercakap tu macam orang baru keluar penjara je" kata liyana dengan sisa tawanya.

Kini tiada lagi ber'awak' 'saya' antara mereka. Mereka sudah rapat seperti sudah berkawan bertahun tahun.

"Memang aku dah keluar dari penjara. Aku dah keluar dari penjara SPM ni" ujar Zahid.

Mereka yang melihat menggelengkan  kepala.

"So, lepas ni apa plan korang?" Tanya Qisya.

"Kitorang bertiga plan nak keje. Sambil tunggu result ni." Jawab Irfan.

"Bertiga? Sapa yang tak join korang tu." Soal liyana.

Mata tiga jejaka itu meleret memandang arash. Arash mengangkat kening lalu tersengih.

"Kau nak pergi mana?" Soal Sarah pula.

"Family aku buat trip ke Pulau Pangkor. Tapi bukan tak join diorang langsung cuma lambat sikit je." Terang arash.

"Macam kebetulan pulak. Family hanni pon buat trip pergi situ jugak. Ke...korang memang dah plan." Soal qisya sambil keningnya dijongketkan keatas dan kebawah.

"Family kitorang rapatlah. Parents dia dengan parents aku kawan baik dari zaman universiti lagi. Jadi, trip ni family hanni ikot sekali." Terang arash.

Mereka semua mengangguk. Selama ni mereka tidak tahu yang keluarga hanni rapat dengan keluarga arash.

"Patutlah kau selamba je bawak hanni balik bila dia sakit hari tu." Kata azim.

Hanni dan arash tersengih.

"So, korang pulak? Apa plan?" Soal azim pada tiga gadis didepannya.

"Samalah macam korang. Tapi kitorang keje kat butik mama qisya. So, senang lah sikit." Terang liyana.

Dan tiga jejaka itu pon mengangguk juga.

Tanpa mereka sedar perbualan mereka telah didengari oleh aishah yang bersembunyi disebalik dinding dekat dengan tempat mereka berbual.

Aishah tersenyum sinis.

'Korang boleh seronok sekarang. Tunggu lah detik air mata untuk korang dari aku' aishah gelak jahat dalam hati.

🌼🌼🌼🌼

"Hanni,arash cepat sikit ibu dengan ayah dah sampai dah tu." Laung Puan Zalmah dari tingkat bawah rumah.

Hanni dan arash keluar dari bilik dengan menjinjing dua buah beg yang berisi pakaian mereka.

"Kejap ma.. On the way." Balas hanni dari atas.

Puan Zalmah menggelang bila lihat anak menantunya dari bawah.

Mereka berdua turun tangga dengan berhati hati. Beg dijinjing dengan kemas sekali. Arash bawa beg hanni, hanni pulak bawa beg arash.

Yelah perempuan kan mesti banyak barang yang dibawa kalau nak pergi trip macam ni. Tak macam lelaki, bawak benda yang perlu jee.

Mereka berdua dah sampai didepan pintu. Kelihatan kereta Tuan Razak sudah terparking elok di sebelah kereta Tuan Zabir.

"Hanni naik kereta papa. Arash naik kereta ayah." Arah Tuan Razak.

Hanni tayang muka cemberut. Dia nak naik satu kereta dengan arash.
Dia pandang arash dan buat muka kasihan.

Arash faham dengan pandangan hanni. "Alahh..ikut jelah, nanti parents kita bising" bisik arash pada hanni.

Mak Mah dan Pak Saman sengaja diberi cuti selama seminggu. Mereka sekeluarga inginkan percutian yang agak private sikit.

Hanni menarik muncung. Dah serupa mulut itik rupanya.

Mereka mula berangkat. Perjalanan mereka yang panjang membuatkan Hanni mengantuk. Tak sampai 15 minit dia sudah tertidur di tempat duduk belakang.

Kini sudah setengah jam perjalanan mereka. Perjalan dari kuala lumpur ke Pulau Pangkor agak jauh juga.

Arash langsung tidak dapat lelap kan mata. Bergitu juga ibu dan ayah nya. Mereka sedang rancak berbual tentang percutian kali ini.

Tiba² jantung arash berdegup kencang. Hatinya terasa ada yang tak kena. Dia rasa seolah olah ada benda buruk yang berlaku.

"Ehh Muni, kenapa dengan kereta Zabir tu? kenapa kereta dia terhuyung-hayang?" Kata Tuan Razak mula risau.

"Ya allah bang!! Jangan lah jadi apa² pada mereka" Puan Hanni juga mula risau.

Arash yang terdengar perbualan itu terus memandang ke arah kereta bapa mertuanya.

Mata arash terbuntang bila lihat kereta itu sudah hilang kawalan. Dadanya terasa hendak pecah. Dia mulai cemas. 

"Papa.. Hanni paa.." Kata arash bimbang.

Tiba² kereta itu membelok ke kanan iaitu kearah jurang.

"Hannii !!!!!" Jerit arash.

"Astaghfurullahal'azim!! " jerit Puan Munirah dan Tuan Razak serentak.

Kereta yang dipandunya. Terus diberhentikan ditepi jalan iaitu berhampiran tempat kereta tuan zabir jatuh kejurang.

Arash terus keluar dari kereta. Dia berlari kearah jurang tersebut.

Jurang yang kedalamanya lebih kurang 4 meter dipandang. Dan dihujung jurang itu ada sebatang sungai yang deras. Dia berura ura ingin turun. Tapi sempat dihalang oleh Tuan Razak.

"Arash jangan, bahaya" Tuan Razak memeluk erat tubuh anaknya. Arash meronta ronta dalam pelukkan Tuan Razak.

"Lepas ayahh!! Arash nak selamat kan isteri arash. Ayahh lepass!!" Jerit arash kuat dalam tangisan.

Orang ramai telah berkerumun melihat kejadian tersebut. Puan Munirah yang berada dibelakang mereka telah bermandi dengan air mata.

Dia menghampiri anak dan suaminya.
Arash masih lagi meronta minta dilepaskan.

"Arash sabar sayang, arash tak boleh turun dalam tu bahaya. Ibu dah mintak bantuan. Nanti mereka sampai, biar mereka yang bantu keluarkan papa,mama dan hanni. Arash kena berdoa yang mereka akan selamat." Kata Puan Munirah dalam sendu. Dia cuba menenangkan anaknya.

"Arash tak nak tunggu!! Arash nak selamat kan isteri arashh!" Sudah serupa orang kerasukkan arash menjerit.

Dia masih lagi meronta dalam pelukkan ayahnya. Tuan Razak terpaksa mengheret arash jauh dari jurang itu. Dia bimbang arash akan terlepas dari pelukkan nya lalu lompat kedalam jurang.

Selang beberapa minit beberapa buah jentera bomba, kereta polis dan ambulans tiba ditempat kejadian.

Seorang anggota bomba datang menghampiri Puan Munirah. "Puan ke yang minta bantuan tadi?" Soal anggota bomba tersebut.

"Yee..saya." Puan Munirah menyapu air mata yang mengalir di pipi. "Boleh saya tahu berapa orang yang terperangkap dalam jurang tu?" Soalnya lagi.

"Tiga orang. Sorang perempuan sebaya dengan saya bersama suaminya, sorang lagi remaja perempuan umur 17 tahun dan mereka semua sekeluarga. Encik tolong selamatkan mereka encik." Terang Puan Munirah dan merayu pada anggota bomba tersebut.

"Baiklah puan kami akan cuba sebaik mungkin" kata anggota bomba tersebut lalu dia beredar mendapatkan anggota yang lain.

Arash sudah menangis tersendu sendu dalam pangkuan ayahnya.

"Papa isteri arash pa..." Kata arash dalam sendu. Kini dia sudah berhenti meronta.

Tuan Razak memangdang arash. Sayu hati tuanya bila melihat keadaan arash yang sebegini. Dia menyapu air mata yang mengalir di pipi.

"Arash sabar ye... Bomba tengah berusah keluarkan hanni dari jurang tu" dia cuba memberi semangat pada arash. Wal hal dia juga seakan akan sudah hilang semangat.

"Ya allah kau selamatkan lah isteriku serta ibubapa mertuaku." Doa arash dalam tangisan. Doa itu amat jelas di pendengaran orang sekeliling.

Mereka yang berada disitu turut terasa sayu bila melihat keadaan arash yang tidak henti² berdoa sejak tadi.

"Puan,Tuan saya ada belikan air mineral tadi. Ambillah" kata seorang wanita sebaya Puan Munirah dan menghulurkan tiga botol air mineral padanya.  

Huluran itu disambut. "Terima kasih ye.." Ucap puan munirah lembut.

Wanita itu hanya tersenyum padanya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro