Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 13

Malam

Hanni dan Arash duduk santai di depan tv sambil menonton. Mereka duduk bersebelahan sambil makan kerepek pisang yang dibuat Mak Mah siang tadi.

"Haishh..budak² ni asyik berkepit je." Puan Zalmah membebel sendiri. Kaki melangkah mendekati anak menantunya.

"Wahai anak²ku. Korang ni takde homework ke? Asyik nak berkepit je depan tv? Kalau ade homework pegi naik atas buat sekarang." Arah Puan Zalmah.

"Mama..hari pertama sekolah mana ade homework. Lagi pon kitorang bosan lah kat bilik tu. Jadi ini lah homework kitorang, tengok tv sambil kunyah kerepek pisang." jawab Hanni. Arash menahan gelak, takut² ibu mertuanya naik angin.

"Banyak lah kamu punya homework. Nanti jangan tidur lambat sangat, esok sekolah." Puan Zalmah berdalih. Dia terus naik kebilik meninggalkan Arash dan Hanni di ruang tamu.

Kelibat Puan Zalmah telah hilang. Terhambur tawa mereka berdua disitu. "Kau ni jahat lahh.. Mana boleh buat mama macam tu. Berdosa tau tak!!" nasihat Arash.

"Elehh..dia pon sama gelakkan mama lepas tu nak nasihat kita pula. Dheyy..pege dahhh" balas Hanni dengan sleng tamil.

"Hek ehh..budak ni melawan pulak. Sini kau!!" laju tangan Arash menggeletek Hanni. Hanni yang tak tahan geli terus menggeliat kegeliaan. Tawa mereka memenuhi kesunyian rumah.

Ting tongg...

Bunyi loceng menghentikan tawa mereka. "kejap biar aku yang buka pintu." kata Arash lalu bangkit ke arah pintu. Pintu dibuka. Wajah ibu dan ayahnya muncul disebalik pintu.

"Ibu ayah!!" Arash terjerit. Dia terus meluru kearah ayah dan ibunya. Tangan orang tuanya diraih dan disalam penuh kasih. Lalu tubuh kedua orang tuanya dipeluk erat.

"Sapa yang datang tu Arash?" soal Hanni. Dia menjengukkan kepala keluar pintu. Pelukkan mereka terlerai bila terdengar pertanyaan Hanni. Hanni kaget bila melihat kedua mertuanya.

"Ibu ayah, bila sampai?" soal Hanni lagi. Tangan ibu dan ayah mertuanya diraih lalu disalam penuh hormat.

"Siapa tu Arash, Hanni?" kedua orang tua Hanni pula menjengah. "Razak, Munirah... Ya allah lamanya tak jumpa. Bila korang sampai?" soal Puan Zalmah.

Tubuh sahabat karibnya dipeluk. "Kami sampai semalam, tadi siang pikir kan nak datang. Tapi bila teringat yang kamu berdua belum balik kerja kami tangguh kan hasrat kami itu." ujar Tuan Razak. 

Mereka yang mendengar hanya mengganguk. Tuan Zabir mempersilakan besannya masuk ke rumah. Mereka semua mengatur langkah ke ruang tamu. Ruang tamu kelihatan agak bersepah.

"Ya Allah, ni kenapa bersepah sangat ni. Kamu berdua buat apa dekat sini Hanni, Arash. Dengan kerepek pisang berterabur? Bantal entah kemana² perginya?"bebel Tuan Zabir pada anak menantunya.

Hanni dan Arash hanya tersengih. "Kemas sekarang!!" bila Tuan Zabir dah keluarkan arahan seperti ditaktor mereka berdua terus berlari seperti lipas kudung mengemas ruang tamu.

Tuan Razak dan Puan Munirah hanya menggeleng. Bila ruang tamu dah bersih. Mereka semua duduk berborak di situ. "Macam mana kamu berdua sekarang? Okey tak?" soal Tuan Razak pada anak menantunya.

"Errr..okey je ayah." jawab Arash ringkas. Sebenarnya dia tak tau nak gambarkan macam mana. Betapa gembiranya dia bila dapat kahwin dengan gadis yang dia sayang selama ini.

Hanni hanya mengangguk, tanda menyokong jawapan Arash. Dia segan dengan kedua mertuanya bila disoal begitu. Dia juga tidak tahu nak jawab apa pada mereka. Mujur ada Arash yang bersuara dulu.

"Ayah dengan ibu tak bagitau pon nak outstation, tau² je dah balik masa kenduri hari tu. Sampai hati." kata Arash dengan nada merajuk yang dibuat buat.

'Ehh..mamat ni, macam budak kecil jelahh. Itu pon nak merajuk. Dasar anak manja' Hanni menoleh kearah Arash.

"Alah masa tu kamu berdua dah masuk bilik. Ayah dengan ibu tak nak lah kacau. Jadi kami balik je dan tinggal kan pesan dekat mama dan papa." ujar Puan Munirah.

Arash langsung tidak berkecil hati dengan kedua orang tuanya. Dia amat faham dengan tanggungjawab mereka berdua bila bekerja. Ibunya akan setia menemani ayahnya walau kemana pon ayah nya akan pergi.

Kadang² dia berharap suatu hari nanti dia dapat bina keluarga yang penuh kasih sayang seperti yang dilakukan oleh kedua ibubapanya.

"Yelahh..ibu, Arash faham." ujar Arash. Bersyukur rasanya bila dapat anak yang baik dan soleh seperti Arash. Puan Munirah amat menyayangi Arash sebab itu lah satu²nya buah hati yang dia miliki sepanjang perkahwinannya bersama sang suami.

Dari jauh kelihatan Mak Mah datang dengan dulang yang berisi satu teko air bersama sepinggan kuih muih.
"Airnya Tuan Puan." dengan berhati hati Mak Mah meletakkan isi dulang tersebut ke atas meja sofa. "Terima Kasih ye Mak Mah." ucap Puan Munirah. Mak Mah tersenyum lalu mengangguk.

Hanni menguap tanda dia sudah mengantuk. "Hanni mesti dah mengantuk kan? Dah lah pergi tidur. Tapi sebelum tu dah makan ubat ke belom?" soal Puan Zalmah.

Hanni mengangguk. Matanya sudah mulai layu. "Okey kamu boleh naik tido." arah Puan Zalmah. "Arash pergi ikot naik sekali" kini giliran Puan Munirah pula mengarah.

"Alahh..Arash nak duduk sini, Arash tak ngantuk lagi lah ibu.. Arash rindu lagi dengan ibu." rengek arash seperti budak umur 5tahun yang minta aiskrim pada ibunya.

"Alahh..besok boleh jumpa ibu lagi lahh" sampuk Tuan Razak. Tak betah rasanya bila lihat perangai keanak- anakkan Arash. "Yelahh..Arash naik" Arash akur.

Dengan longlai Arash melangkah menuju kebilik.

Tombol pintu dipulas. Kelihatan Hanni sudah lena diulit mimpi. Arash terus menghampiri Hanni wajah polos itu direnung kasih.

'Tak sangka aku dapat kahwin dengan kau hanni, dulu kita suka main pondok² pastu main kahwin². Akhirnya permainan kita jadi sebuah kisah realiti.'

Jarinya bermain main dengan anak rambut Hanni yang terjuntai di dahi. Kemudia beralih kepipi pula. Dia tersenyum. Dahi isterinya dikucup kasih. Dia mula berbaring disebelah isterinya. Perlahan lahan matanya mulai memberat. Dia lena, tidur sambil memeluk tubuh isterinya.

🌼🌼🌼🌼

Disekolah

Hanni berjalan sendirian menuju ke tandas. Dia masuk. Setelah beberapa minit bila dia hendak keluar langkah nya dihalang oleh seseorang. Lalu diamendongak.

"Kau nak ape ni Aishah? Aku malas lah nak layan kau. Dah lah ketepi." Hanni menolak Aishah. Tapi Aishah langsung tak berganjak.

"Aku nak bagi kau peringatan. Kau jangan sesekali tunjuk kan kemesraan kau dengan Arash depan aku. Sebab aku tak suka. And one more thing, Arash tu aku yang punya." Aishah terus beredar dari situ meninggalkan Hanni.

Hanni mengajuk kata² Aishah dengan gaya mengejek. 'Arash tu aku yang punya. Sudah lahh weyhh, kau dah melepas. Arash tu dah jadi hak aku pon. Ade hati nak dekat laki orang. Puihhh..' gumam hani dalam hati.

Dengan perasaan yang geram dia terus melangkah keluar. Tidak disangka kaki nya tersadung di depan pintu tandas. Hampir sahaja Hanni tersembam ke lantai, tapi dia berjaya mengimbangi diri.

"Opss, my bad" aishah tersenyum sinis. Dengan muka tak bersalah dia terus meninggalkan Hanni. Qisya yang terlihat kejadian itu terus berlari kearah Hanni bila Aishah dah berambus.

"Hanni kau okey tak?" soal Qisya cemas. "Okeyy..aku okey. Its okey aku boleh jalan lagi." ujarnya pada Qisya yang cuba membantunya untuk berjalan.

Langkah Hanni jadi perlahan. Dia cuba menahan sakit akibat terseliuh bila cuba mengawal badan dari jatuh tadi. Riak muka dikawal agar tidak disedari oleh sahabatnya.

Dia gagah kan diri cuba berjalan menuju ke kelasnya yang tidak jauh dari tandas tersebut. Qisya tidak dapat berbuat apa apa bila Hanni dah melarang. Dia memerhatikan gerak tubuh Hanni agar sahabatnya itu tidak terjatuh.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro