Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 11

Setelah sebulan lebih bercuti kini tiba masanya sesi persekolahan bermula kembali. Hanni dan Arash sudah bersiap pada pagi itu untuk kesekolah.

"Hanni kau dah siap belum?" soal Arash. Dia sudah lengkap beruniform sekolah hanya tinggal berangkat saja lagi.

"Jap jap tunggu kejap." jawab Hanni. Beg sekolah yang telah disiapkan semalam dia capai dibawah meja belajar.

"Okey dah. Jom turun" ajak Hanni. Mereka turun beriringan dari tingkat atas rumah.

"Good Morning mama." kata Hanni pada ibunya yang sedang menghidangkan sarapan.

"Morning sayang. Morning Arash." kata Puan Zalmah pada Arash.

"Morning ma.." balas Arash.

"Mari sini makan dulu baru pegi sekolah." arah Puan Zalmah pada anak menantunya. Mereka berdua hanya menurut, memandangkan awal lagi untuk kesekolah.

"Fuyooo..nasi goreng. Gemuk lah Hanni kalau hari² macam ni." ujar Hanni. Puan Zalmah ketawa melihat telatah anaknya.

"Elehh...hari² mama atau Mak Mah masak macam ni takde pulak nak komplen? Hari ni mama masak dia bising pulak." gerutu Puan Zalmah.

Hanni tersengih. "Hehehe..alahh mama ni, Hanni gurau jelah." pujuk Hanni, tubuh langsing milik mamanya dipeluk kasih.

"Yelah², dah dah cepat makan lepas tu baru pergi sekolah, nanti lambat pulak." arah Puan Zalmah.

Arash yang menjadi pemerhati hanya menggelengkan kepala. Tersenyum dia melihat keakrapan Puan Zalmah dan isterinya. 'Anak manja' kata hatinya.

🌼🌼🌼🌼

Disekolah

Arash dan Hanni turun dari kereta dihadapan pagar sekolah.

"Terima kasih Pak Saman." ucap Arash.

"Sama sama, nanti balik Pak Saman jemput." kata Pak Saman.

"Okey boss" balas Hanni.

Mereka berdua berjalan beriringan masuk kesekolah. Kedengaran pelajar² lain berbisik sesama sendiri bila melihat Hanni dan Arash keluar dari kereta yang sama.

"Ehh..tengok Arash dengan Hanni tu, rapat semacam jer. Aku rasa diorang couple lah." kata seorang pelajar perempuan pada rakan² nya.

"Yelahh, rapat giler dohh diorang tu. Entah² betul diorang couple? Yelahh pergi sekolah pon sama²." balas salah seorang rakannya.

Perbualan mereka jelas di telinga Hanni. "Arash aku nak gi kantin lah. Member² aku semua ada kat situ." kata Hanni pada Arash. Sakit pula hatinya bila jadi bahan umpatan budak² sekolah.

"Okey." balas Arash.

"Ehh..tunggu kejap. Ubat kau ade bawak tak?" Hanni yang baru hendak melangkah terus berpaling. Dia menepuk dahi bila teringan kelalaiannya. Dia tersengih memandang Arash.

"Cuai!!" geram Arash pada Hanni. Zip beg paling kecil dibuka, dia mencapai dua botol ubat lalu diserah kan pada Hanni.

"Nahh..ambil ni!!" sebelum keluar bilik tadi dia ternampak botol ubat Hanni diatas meja cermin terus diambilnya bila Hanni meninggalkan botol itu.

Hanni mencapai huluran botol ubat tersebut. "Hehehe..thanks sayang." bisik Hanni pada telinga Arash.

Langkah laju diatur ke kantin, dia tinggal kan Arash yang masih kaku di situ. Arash terkedu bila Hanni memanggilnya sayang.

Jantung nya berdegub laju, lidah nya jadi kelu tiba². Tanpa sedar bibirnya mengukir senyuman.

"Hoii!!" sergah Azim dari belakang Arash.

"Hoii, mak kau jatuh cinta." latah Arash membuatkan Azim ketawa terbahak bahak. Beberapa pelajar yang berada disitu menutup mulut menahan ketawa.

Laju tangan Arash ketuk kepala Azim. "Aduiii, sakit lah bijakk!" adu Azim. "Padan muka kau, siapa suruh kau main sergah orang macam tu je. Lain kali bagi lah salam kan elok. Ini tak, buat orang terkejut jer, kalau aku ada sakit jantung dah lama goll!" bebel Arash melepas kan geram.

Azim tersengih memandang Arash. "Hehehe..sorry bro!!" kata Azim.

"Anyway, siapa yang jatuh cinta tu?" sola Azim sambil menjongket kan keningnya.

"Jatuh cinta apanya?? Masa bila aku cakap pasal jatuh cinta pulak ni?" soal Arash kembali. Rasanya takde pulak dia bercerita pasal orang jatuh cinta.

"Dah tu? Yang kau melatah tadi tu apa?" soal Azim lagi.

"Itu melatah lah mangkuk. Takde kene mengena pon." balas Arash.

"Orang kata, kalau kita melatah apa yang keluar dari mulut kita adalah perkara yang bermain diminda kita. Tapi kan, kau ni nampak je macho tapi melatah pulak. Hilang kemachoan kau tu." gurau Azim untuk sakit kan hati Arash.

Arash menjeling pada Azim. Langkah laju menghala kepondok yang menjadi tempat biasa mereka melepak. Dia tinggal kan Azim sendiri.

"Hoii..tunggu lah aku." Azim mengejar Arash dari belakang.

Sementara itu Hanni yang baru tiba dikantin menyapa kawan²nya.

"Haii girls"

"Haii, Hanni" jawab Sarah. Yang lain hanya tersenyum. Ubat yang ada ditangan Hanni dia simpan kedalam beg.

"Ehh..ubat apa tu Hanni?" soal liyana bila nampak Hanni simpan ubat kedalam beg.

"Ubat aku lahh, aku kene makan ubat ni on time. Kalau tak nanti badan aku rasa penat gile." terang Hanni. Sarah, Liyana dan Qisya terangguk angguk.

Dalam mereka tengah berbual, panggilan guru yang bertanggungjawab menguruskan perhimpunan pagi menghentikan perbualan mereka.

"Jom lahh cikgu dah panggil beratur dah tu." ajak Qisya pada kawan²nya.

Mereka berjalan bersama sama menuju ke tapak perhimpunan.

🌼🌼🌼🌼

Didalam kelas Hanni dan kawan²nya berbual sambil menunggu Cikgu Syamsul yang mengajar matematik datang. Hanni dan Qisya duduk bersebelahan, manakala dibelakang mereka Liyana dan Sarah duduk berdua.

Mereka berempat duduk di barisan tengah kelas. Arash dan Azim duduk bersebelahan manakala Irfan dan Zahid duduk berdua dibelakang mereka. Mereka berempat duduk dibarisan kiri kelas. Pada lajur yang sama dengan geng Hanni.

Geng Arash adalah geng lelaki² yang hot dekat sekolah itu, ramai gadis tergila gila kan mereka. Asal nampak je mesti ada yang memandang mereka dengan senyuman yang gedik.
Tapi mereka tak pernah melayan perangai gadis disekolah itu lebih², mereka hanya layan sekadar sahaja.

"Hai boys, macam mana cuti you all. Ade pegi kemana mana tak?" tegur Zara dengan nada yang gedik pada Arash dan kawan² dia. "Tak kemana pon, kiotrang just balik kampung masing²" terang Zahid dengan nada bersahaja.

"Wow..kampung, mesti seronok kan kat sana" kata Zara pura² teruja, dia hanya nak ambil hati jejeka² yang ada didepan nya sahaja. Kalau dapat salah sorang mesti best sebab ada boyfriend yang handsome. Apalagi Arash, lagilah dia tak tolak.

"Yes..seronok sangat dapat masuk sawah,mancing yang paling best mandi sungai." jawab Irfan pula.

"Arash, kampung you kat mana ye?" soal Zara manja. Hanni yang terdengar nama Arash keluar dari mulut Zara menjeling kearah mereka.

'Ehh..perempuan ni nak ngorat laki aku pulak. Hello dia tu dah berpunya okey, so jangan nak menggedik dengan laki orang boleh takk. Haishh kau ni Hanni dia tu bukannya tau pon yang Arash tu laki kau, sabar jelah wahai hati'

Hanni bermonolog sendiri dalam hati. Jelingan maut diberi pada Arash. Arash yang perasan pandangan helang isterinya terus jadi bisu.

"Arash, I tengah cakap dengan you ni" tegur Zara geram dengan Arash yang tak mengendahkan dia. Arash tersentak dengan teguran Zara. "Sorry Zara, I mengelamun tadi."

Tiba² Cikgu Syamsul masuk ke kelas mereka. "Semua bangun, selamat pagi cikgu" jerit Alif selaku ketua kelas mereka. "Selamat pagi cikgu." ucap  satu kelas mengajuk Alif.

'Fuhhh..nasib baik lah cikgu datang tepat pada masanya kalau tak jenuh lah aku nak melayan minah senget tu' gumam Arash dalam hati.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro