BAB 5
Puntung rokok yang sudah dihisap habis dibuangnya ke dalam tin minuman. Kemudian, dia tarik puntung rokok yang baru. Api dinyalakan untuk membakar tembakau itu dan perlahan dia menikmati.
Angin malam itu, benar-benar buatkan kekusutannya mati. Segala buku sekolah murid untuk diperiksa yang sepatutnya diselesaikan hari ini, dibiarkan di belakang. Bersepah!
"Aisy..." nama gadis itu diserunya perlahan. Tak semena, senyuman tipis nya bertayang.
Membayangkan wajah manis gadis itu sudah cukup membuatkan dia tak keruan. Enam tahun lepas, gadis itu tersangatlah selekehnya. Dengan rambut topi keledarnya dan juga badannya yang sedikit gempal. Bila terimbau kembali.. hmm, memang jauh beza daripada sekarang.
Sekarang, rambut gadis itu cukup cantik di mata Zahirul. Dengan ikal mayang , panjang paras pinggang dan hitam berkilau. Cantik dan menawan.
"Kalau awal-awal dulu kau ubah penampilan kau, mesti kau takkan kena reject dengan aku, Aisy." ujarnya sendirian.
Yurp, dia pasti takkan reject!
"S-saya suka dengan abang Senior." luahan itu berjaya menjedakan Zahirul yang sedang menikmati burgernya.
Kawan-kawannya yang turut lepak dengannya juga sudah tarik sengih. Atas bawah gadis itu dipandangnya dengan geli hati. Pfft.. cermin diri sendiri.
"A-apa?" seperti mengajuk. Zahirul cuba mendekatkan telinganya pada gadis itu.
Sengih sinisnya masih tak lepas.
"Saya suka abang senior." kembali, gadis itu meluahkan isi hatinya. Kini, lebih terang dan jelas.
Jawapan gadis itu tak semena disambut tawa oleh teman-teman Zahirul yang mendengar. Segelintir daripada mereka menge'boo' gadis berbadan sedikit berisi tu.
"Kau tak cerminkan diri sendiri ke hah? Ge-Ge tahu tak?" ejek salah seorang daripada mereka. Yang lain, hanya ketawa berdekah.
Ada yang siap tekan-tekan perut lagi. Kelakar ke?
Zahirul pula beriak biasa. Diperhatinya gadis itu sudah menikus. Pandangannya tertunduk ke bawah. Dia juga langsung tak mematikan tindakan kawan-kawannya dari terus menyindir gadis itu.
"Weiyh, awak." serunya lantang. Lantas, keadaan hening.
Seakan memberi ruang untuk dia pula berbicara.
Gadis itu pantas mengangkat wajahnya memandang Zahirul. Wajahnya seakan mahu menangis namun dia cuba tahan. Ada sinar berharapnya pula berganti apabila Zahirul menyeru.
"Ya, abang senior?"
"Kau punya cermin besar mana eiyh?"
Tergamam gadis itu apabila mendengar celaan yang dilontarkan Zahirul kepadanya. Segera dia melarikan diri apabila merasakan dirinya hanya memalukan diri.
Selepas sebulan kejadian itu berlaku, gadis itu terus pindah sekolah. Dia masih ingat jelas pemilik wajah gadia yang meluahkan perasaan itu. Dan.. namanya juga masih jelas dalam ingatan Zahirul.
"Nurul Zahra Aisyah" perlahan nama itu meniti keluar di bibirnya.
Kalaulah dia dapat putarkan kembali waktu, pasti dia akan tebus kesalahan nya itu. Dia akan minta maaf dan pastikan Aisyah akan berada di sampingnya. Yurp, untuk melihat perkembangan gadis itu dari selekeh menjadi dewi pada mata lelaki sepertinya.
Kali ini, Zahirul menghisap dalam lalu dilepaskannya. "Ruginya aku." ujarnya perlahan.
Aku harap, aku masih belum terlambat.
...
Ting!
Bunyi pesanan masuk itu menjedakan tingkahnya. Seketika, dia beralih membelek telefon. Pesanan whatsapp daripada Miss Shiva itu ditelitinya. Terus, dia tarik senyum.
'Encik Ezrul, saya wakil daripada Dato' Mufassar, Miss Shiva. Saya nak beritahu Encik yang anak Dato' Mufassar dah menghantar resume dan juga surat permohonan untuk bekerja di syarikat Encik. Dato' Mufassar berharap agar Encik dapat mempertimbangkan permohonan berkenaan. Terima kasih'
Selesai membaca pesanan itu, Ezrul segera membuka email. Seperti yang diberitahu, resume dan juga dokumen lain daripada pengirim '[email protected]' berada dalam peti masuknya. Teliti, dia menyemak setiap dokumen yang ada. Daripada surat sehinggalah ke resume.
"Bagus." pujinya sepatah.
Kemas dan tersusun. Itu yang Ezrul dapat gambarkan dengan hasil penulisan gadis itu. Resumenya juga cukup detail dan menggambarkan keinginannya untuk bekerja di syarikat yang Ezrul pegang. Perlahan dia mengangguk.
Setelah itu, gambar pemilik resume itu dibeleknya. Seketika, dia terdiam. Sekali belek, dia tak puas hati. Kedua kali pula.. dia jadi bingung sendiri. Entah kenapa sosok gadis itu seperti biasa dilihatnya.
Tapi, dia tak pasti di mana.
"Profesional." sepatah juga dia berikan komen.
Gambar gadis itu cukup menggambar kan kredibilitinya dan kelihatan lebih berkeyakinan. Wajahnya juga nampak segar dek kesan solekannya yang nampak minimalis. Overall, gadis itu memang layak.
"Nurul Zahra Aisyah." nama penuh gadis itu disebutnya satu persatu.
Entah kenapa, nama gadis itu juga seakan tidak asing pada pendengaran nya. Seakan-akan dia pernah menyebut nama itu sebelum ini.
Hmm.. DeJaVu?!
Kerana tidak mahu berlengah, dia terus menghubungi nombor yang tertera pada resume itu. Dia mahu memberitahu gadis itu bahawa permohonannya sudah diterima. Entah kenapa, malam ini dia tak perlukan khidmat PA nya untuk sampaikan perihal itu.
Untuk sejenak, panggilan masih belum bersambung sehinggalah panggilannya diangkat.
"Ya saya?" suara itu menerpa seusai talian bersambung.
Ezrul terdiam sejenak. Dia mahu menyusun ayat agar perbincangan mereka kedengaran lebih formal.
"Ini Cik Nurul Zahra Aisyah ke?" dia bertanya meminta kepastian.
"Ya saya. Ini siapa?"
"Saya Ahmad Ezrul Gabriel, CEO Darmila Holdings." ujar lelaki itu senada.
Di hujung talian, aku sudah tergamam. E-Ezrul? C-CEO??!!! Aku terus saja terduduk. Tindakan ku tadi yang mahu melipat telekung terus saja jeda.
Terkejut!
Mana tidaknya, malam ini aku dapat panggilan daripada CEO?! Bukannya orang kanan mahupun PA tetapi tuan punya badan sendiri yang menghubungi aku. Wou?! Aku ni kes spesial ke?
Ke...
Dia nak complaint resume aku ke? Aku sudah menduga dalam hati. Aduh, aku pula rasa gerun!
"Maaf Encik. S-saya tak perasan." ujarku sudah memohon maaf. Gugup dibuatnya. Hilang terus otak ni nak susun ayat.
"It's okay. Erm.. kita go to the point aje, okay? Boleh?" soalnya sedikit tegas.
Aku sudah teguk liur. "Bbbb- boleh encik. Boleh." jawabku gagap tak dapat dibawa bincang. Gugupnya pun bukan main-main.
Al-maklumlah, dapat call daripada CEO. Pada waktu yang aku tak expect dan aku juga tak bersedia nak berformal. Lagipun, siapa aje orang gila yang call malam-malam semata-mata tentang kerja? Erm.. maybe ada tapi tak ramai. Lelaki inilah salah satunya.
"Saya nak beritahu yang cik Zahra diterima untuk bekerja. Boleh ke datang esok pagi untuk sesi interview? Sebab lusa sehinggalah Selasa depan saya ada hal nak kena selesaikan." beritahunya.
Aku ketap bibir. Memandangkan dia anak kepada kawan papa, jadi aku fikirkan dia terima aku kerana itu. Dugaku, mungkin lelaki itu langsung tak membelek resume yang susah payah aku buat itu. Hmm..
"Boleh encik. Pukul berapa?"
"9 pagi."tuturnya.
Tak membantah, aku sekadar mengiakan. Selesai itu, talian dimatikan dan aku terdiam sejenak.
Tak semena, fikiran ku terimbau pada perbualan aku dengan Batrisya petang tadi. Berkenaan CEO Darmilla Holdings, Ahmad Ezrul Gabriel.
"Kenapa weiyh?" soalku. Agak tak selesa melihat wajah Batrisya yang membawa double meaning tu. Terkejut pun ada juga, nak menggatal pun ada juga.
Batrisya terus tarik sengih. Tiba-tiba saja dia jadi gedik minta kaki. "Haha.. aku dengar cerita CEO Darmilla Holdings tu kacak orangnya. And.. aku dengar-dengar dia masih bujang lagi." ujar gadis itu.
Terus saja aku mencebik. "Engkau ni memang. Kes banyak dengar cakap orang. Kau pernah jumpa ke?"
Laju gadis itu menggelengkan kepala. Ada riak innocent nya terselit. "Tak tapi aku pernah nampak gambar dia. And... aku tak tipu, dia memang kacak. Serious!" gadis itu beria.
Mendengarkan itu, aku sudah berfikiran sendiri. Aih!!! Susahnya jadi orang yang pantang nak tahu semua perkara ini?! Kacak sangat ke orangnya? Erm..
Tapi..
Dengar dari suara, ada rentak lembutnya terselit. Lembut tetapi tegas. Hmm, tak dengar macam suara orang kacak pun.
Pfft! Aku sudah tersengih sendiri. Fasal kacak pun jadi kes lah kau ni, Aisy, selorohku.
Kembali, aku menyambung aktiviti melipat kain telekung yang tadinya tertunda. Lepas ni, nak tidur.
...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro