Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 4

Pesanan whatsapp yang aku dapat aku tilik lama. Termenung aku sekejap di situ. Dari semalam sampailah ke saat ini, mata aku tak lepas dari menatap pesanan itu. Bukannya perkara yang menarik tetapi lebih kepada perkara yang membimbangkan aku.

"Papa bagi kamu tempoh selama setahun. Selepas itu, tak ada kompromi untuk kamu uruskan syarikat itu bersama-sama papa." jelas daripada bicara lelaki itu yang dia sudah buat kata sepakat.

Aku pula sudah tersenyum lebar. Nampaknya kami berdua sudah pilih jalan untuk bersepakat. Tidak perlu lagi berbalah tentang perihal ini.

"Aisy setuju pa. Mungkin setahun cukup untuk Aisy tambah ilmu Aisy dalam mentadbir syarikat." balasku.

Papa balas dengan anggukan. Aku lihat pandangannya tertunduk sedikit. Telefon pintar dalam pegangan tangan nya dibelek. Serba sedikit kedengaran bunyi dia mengetik papan kekunci pada skrin.

"Papa tahu kamu tak dapat lagi syarikat yang kamu mahukan." aku sudah ketap bibir apabila mendengar ungkapannya itu.

"Yurp. Aisy akan cuba usaha untuk dapatkan tempat dalam tempoh sebulan ni." jawabku dalam nada tenang.

Sesekali mata aku melirik ke arah telefon pintarnya. Entah apa yang menarik sangat sampaikan bercakap pun tak bersua mata.

Mendengarkan jawapan aku, dia sekadar mengganggukkan kepala kemudian diam seketika. Aku pula yang jadi ternanti-nanti pada bicara papa yang seterusnya.

Tingg!!

Sekilas, telefon pintarku yang terselit dicelahan komik aku keluarkan. Terdiam aku sejenak tatkala melihat kan pesanan masuk yang dikirim oleh PA papa, Miss Shiva.

Tanpa sedar, papa tersenyum memerhati. Dapat dia lihat wajah aku yang jelas termangu dek pesanan yang aku terima.

"Kamu dah dapatkan pesanan daripada PA papa?" soalnya apabila aku masih diam membelek pesanan itu.

Segera aku alihkan pandangan ku pada papa. Dahiku sudah berkerut. "Papa nak Aisy kerja kat sini? Siapa punya company ni pa?"

"Tu company arwah kawan lama papa. Sekarang, anak lelaki dia yang pegang. Papa nak letakkan satu syarat. Papa akan bagi tempoh setahun tapi yang pasti kamu mesti kerja dalam company tu." tuturnya penuh dengan maksud tersirat.

Aku sudah melepaskan keluhan perlahan. Aku masih tak faham dengan permainan papa sekarang. Entah apa yang dia rancangkan? Kenapa aku perlu bekerja di bawah syarikat kawan lamanya? Apa kebaikan yang aku dapat?

Satu-persatu persoalan mulai menerjah pemikiran aku. Aihhh!! Zaman sekolah dulu pun aku tak bijak nak jawab soalan KBAT, janganlah pula papa cipta masalah KBAT. Pfftt... muslihat sungguh!

"Oit!" terjahan ke kening itu segera menyedarkan aku kembali ke realiti.

Terus aku tersedar. Pandang saja depan, aku lihat Batrisya sudah pandang pelik pada aku. Atas bawah dibeleknya. Gayanya itu seperti tidak pernah melihat manusia anggun sepertiku. Huh!

"Apa?" soalku sepatah. Sempat aku melirik ke arah pelayan yang juga tidak lepas dari memandangku.

Dah kenapa dengan semua orang dalam cafe ni?

Terpegun?

"Awak kenapa pandang saya? Tak pernah nampak orang cantik ke?" soalku sedikit menggertak apabila pelayan itu masih tak lepas memandangku. Sempat juga aku berikan jelingan tajam.

Kalau tajamnya seperti pisau, memang tak adalah peluangnya untuk pelayan itu nak hidup. Batrisya sudah geleng kepala melihatkan perilaku ku itu.

Pelayan itu juga jelas tergamam. Namun segera dia buat tenang. Senyum pendeknya diukir. Jelas tak ikhlas. "Maaf cik. Saya bukan insecure. Saya cuma nak tanya, ada apa-apa yang cik nak pesan ke?"

Setepek dia bagi. Aku sudah kejung. Cepat-cepat aku bertukar kepada mood ramah. Batrisya makin gamak geleng kepala. Sesekali dia tersengih melihat aku sudah gelabah untuk buat coverline terbaik.

Setelah pelayan itu berlalu, aku tarik nafas lega. Aih, nasib baiklah pelayan itu nampak macam tak kisah sangat aku buat perangai. Huh!! Sudahlah ini tempat favourite lepak aku.

Tak naya kalau aku kena halau sebab terlebih confident pada diri sendiri a.k.a marah pelayan?! Kalau aku kena halau, cafe hipster ala-ala Korea mana lagi yang aku mahu pergi untuk chill?!

"Kau dah kenapa? Dah macam orang stress hilang anak aku tengok." Batrisya bersuara apabila melihat aku masih leka melayan perasaan.

Aku diam untuk seketika. Yurp, buat masa sekarang, aku memang perlukan seseorang untuk mendengar kekusutan yang berada dalam fikiran aku ketika ini. Jujur, aku buntu.

Setelah lama aku ambil masa untuk berfikir, akhirnya aku ambil keputusan untuk berkongsi masalah dengan kawan baik aku itu. Walaupun aku tahu Batrisya jenis yang suka membalas daripada mendengar.

"Aku memang stres pun." sepatah aku mulakan.

"Sebab?" Batrisya minta lebih lagi.

Aku ketap bibir. Berdiam untuk menyusun ayat yang seterusnya. Akhirnya, wajah Batrisya aku pandang.

Aku memang butuhkan pandangan daripada seseorang. Mungkin dia orangnya?!

Mungkin?!

"Aku ingat ayah aku dah berhenti berharap untuk aku ambil alih perniagaan dia tapi.. hmm. Dia masih berharap, weiyh. Dia minta aku kerja dengan dia tapi aku taknak. Kau kenal lah ayah aku kan, kalau jalan A tak boleh, dia go jalan B pula." terhenti sejenak aku. Ambil nafas kejap.

Batrisya sudah angkat kening. Seakan tak puas hati bila aku cerita separuh-separuh. Gayanya itu macam nak cepuk aku, tapi dia tahan.

"Boleh cerita habis tak?" dia menggerutu.

Aku tarik sengih. Inilah aku. Cerita itu kalau tak buat orang tertunggu- tunggu, itu bukan aku. Saja nak bikin suspens.

"Sabarlah. Aku ambil nafas." sempat pula aku menyakatnya.

Makin berkerut Batrisya. "Ish, kau ni. Apa plan B papa kau?!" naik seoktaf nadanya.

Tak sangka, cerita aku ini menarik minatnya. Hihihi!!

"Plan B papa aku. Dia bagi aku masa tapi dengan syarat. And.... syaratnya aku kena kerja kat company kawan dia." habis. Aku akhiri dengan wajah masam mencuka.

Batrisya sekadar mengangguk. Sempat aku lihat dia elus-elus dagunya yang bebas bulu. Agak terpegun juga sebenarnya, selalunya kawan aku ni tak pernah nak mendengar. Hari ini, dia terlebih excited pula.

"Kerja ajelah. Lagipun kau kan jobless sekarang ni?" auch!!! Tak berlapik. Perkataan jobless itu cukup menyiat hati aku.

Baru sedar diri, aku ni penganggur.

"Tapi.."belum habis ayat aku, Batrisya terus mencelah.

"Lagipun, apa kau nak risaukan. Baguslah dapat papa macam itu. Kau kira beruntunglah. At least, papa kau masih bagi peluang tau untuk kau belajar nak kendalikan company itu." Batrisya berikan pandangannya.

Kali ini, aku diam membisu. Tak bersuara, namun aku setuju pada pandangan kawan aku itu. Papa bantu aku dapatkan kerja. Bukankah aku cukup bertuah?

"Kau.." untuk kesekian kalinya, aku belum habiskan ayat, Batrisya terus masuk line.

Huh!!

"Lagipun, siapa lagi papa kau nak harapkan selain kau?! Adik kau pun masih jauh lagi perjalanan. Takkan lah baru habis sekolah, kau nak tengok adik kau terus uruskan syarikat kot? Hm... aku rasa kau dah boleh fikir kot tentang itu." Kali ini aku rasakan pandangan Batrisya sangat bernas.

Sekaligus, mengubah fikiran aku 100%. Takkanlah disebabkan keengangan aku, adik aku jadi mangsa keadaan? Yalah.. walaupun adik aku tu nakal sikit (erm, ye ke?) tapi aku masih sayangkan dia. Aku tahu jalan dia bukan kepada perniagaan tapi lebih kepada sukan. Aliran yang dia ambil pun tak ada secubit pun berunsur perniagaan. Dia betul-betul kosong untuk perniagaan.

Jadi.. akulah orang yang layak? Kan?

Melihatkan aku masih membisu, Batrisya ajukan pertanyaan lain pula.

"Lagipun, company apa kau kena kerja itu?" soal Batrisya mahu tahu.

Aku pandang dia dengan wajah mendatar. "Darmila Holdings"

Mendengarkan nama itu, Batrisya jelas tercengang. "Seriouslah?!"
...


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro