Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 3:

Gangguan cahaya terang yang menyilaukan itu membuatkan kelopak mataku terbuka secara perlahan. Entah kenapa, aku merasa kan tubuhku lemah dan longlai. Kepalaku juga terasa sakit.

Huh!

Aku perhatikan sekeliling dalam bilik itu. Pada awalnya, sangat kabur namun lama kelamaan ia menjadi jelas dan terang. I..ini bukan bilik aku.  Dari bau ubatan yang menyapa batang hidungku, aku yakin aku sekarang berada di dalam hospital.

"Te.. terima kasih sebab dah bantu anak kami."

Suara syahdu itu jelas pada pendengaranku. Perlahan-lahan, aku kalihkan kepalaku ke sisi. Aku lihat sosok mama dan papa bersama seorang.. wanita? Aku cuba picingkan anak mataku untuk memastikan siapakah gerangan wanita itu. Namun, sakit kepala yang menghurung menyebabkan niatku terbatal.

"Auchh!"rengekan ku itu pantas mendapat perhatian mereka yang berkumpul di depan pintu bilikku.

Mama dan papa sudah terbelalak mata. "Aisyaahhhh!!!" seru mereka bersama dalam kaget. Tak menunggu masa, segera mereka dapatkan sosokku.

"Aisyahh, kamu dah bangun nak? Ya Allah, bersyukurnya mama sayang!" lantang mama bersuara. Segera dipeluknya tubuhku yang masih terbaring lemah.

Mungkin mahu melepaskan rindu yang aku sendiri tidak tahu berapa tempoh dipendamnya.

"Papa tahu Aisyy, anak yang kuat." puji papa pula. Ubun rambutku diusap nya perlahan.

Aku pula masih tak berkalih memandang ke arah wanita yang masih berdiri di hadapan bilik ku. Dia seakan memerhati drama air mata yang berlangsung. Aku lihat senyum tipisnya.

Senyumannya itu kelihatan terselit kesedihan.

Setelah beberapa ketika, dia terus mengatur langkah pergi. Mungkin mahu memberikan ruang buat kami bertiga melepaskan kerinduan.

Aku melepaskan keluhan. Wajah mama dan papa yang sudah basah dengan air mata aku tatap. Hati aku juga turut sama dipenuhi rasa rindu namun kelibat wanita itu mendatang kan persoalan.

"Dia saudara kita ke ma?" soalku.

"Siapa?" soalan berbalas soalan. Kelihatan dahi mama berkerut. Mungkin dia masih tidak tahu siapa gerangan yang aku maksudkan.

"Perempuan yang bercakap dengan mama tadi." jelasku lebih terperinci.

Mama diam sekejap sebelum senyum pendeknya terukir. Sempat matanya di kalihkan ke arah pintu. Mungkin dia juga mahu mencari kelibat perempuan yang aku maksudkan itu.

Kemudian, dia pandang aku semula. "Dia orang yang dah selamatkan nyawa kamu, Aisy. Dia sudi dermakan darah dia untuk selamatkan kamu." beritahu mama.

Aku jelas sekali terpana. D.. dia dah selamatkan nyawa aku?

Selesai memberikan salam, aku duduk sejenak di atas sejadah. Entah kenapa, kisah empat tahun lepas itu kembali menyapa pemikiranku. Aku tiba-tiba sahaja teringatkan pada gerangan 'perempuan' itu.

"Kalau kamu nak tahu, dia bukan perempuan tulen Aisy." fakta yang mama keluarkan itu berjaya buatkan aku kaget.

Dahiku sudah berkerut seribu. "B-bukan perempuan tulen?" aku mempersoalkan.

Al-maklumlah dari segi fizikalnya, aku memang yakin dia adalah seorang perempuan. Dengan rambut ikal mayangnya, baju feminim yang dipakai nya dan juga yang penting wajah bebas misai itu. Sekali pandang, memang nampak keperempuanannya itu. Kecuali bahunya yang lebar saja.

Tapi, chilllah. Zaman sekarang, banyak juga perempuan yang berbahu lebar.

Mama mengangguk mengiakan soalan ku itu. "Awalnya mama tak izinkan dia bagi darahnya pada kamu. Mama takut kalau kamu terkena penyakit lain bila darahnya mengalir dalam badan kamu. Tapi, disebabkan masa itu kamu sudah tenat. Jadi mama setuju dia sebagai penderma." ujar wanita itu lemah.

Kata-kata mama kembali terngiang- ngiang dalam kotak fikiran ku. Kasihan juga pada golongan seperti itu. Untuk melakukan kebaikan, mereka juga masih mendapat pra-sangka yang tidak baik daripada komuniti.

Senyum nipis perempuan itu juga masih tak lepas dari ingatanku. Senyuman yang menanggung seribu satu kesedihan.

Perlahan, aku menadahkan tangan mahu memanjatkan doa kepada Tuhan yang Maha Esa. Tekun aku menyatakan satu persatu yang mahu aku beritahu kepada Tuhan.

Aku hanyalah manusia kerdil. Hanya kepada Dia saja tempat aku bergantung. Hanya kepada Dia juga aku menyerah diri.

"Ya Allah, aku masih tidak diberikan kesempatan untuk membalas jasa orang yang telah menyelamatkan aku. Aku juga masih tidak diberikan peluang untuk mengucapkan terima kasih kepadanya. Hanya Engkau saja yang mampu membalas kebaikan kepadanya. Berikanlah hidayah kepadanya agar dia diberi jalan yang lurus untuk kembali kepada kejadian asalnya semula. Aaminn."

Senyum tipisku ukir. Berharap agar Tuhan mendengarkan doa yang aku mohon itu.
...
Langkahku susun menuruni anak tangga. Niat aku tadi, mahu tidur terus. Namun tak sampai lima minit aku tutup mata, aku punya tekak pula terasa dahaga.

Jadi, mahu tak mahu terpaksa aku menuruni anak tangga. Komik "Magis Manis Coklat" aku bawa turun sekali. Manalah tau, aku nak ambil angin sekejap ke kat ruang tamu nanti. Tak adalah bosan sangat.

"Aisy, tak tidur lagi ke?" soalan dari papa menyerbu tatkala melihat aku berada di depan matanya.

Aku tarik senyum manja. "Belum lagi papa. Aisy ingat nak lepak kejap dekat ruang tamu nanti." beritahuku.

Papa sekadar menganggukkan kepala. Bukannya beransur pergi malah papa seakan berdiam di hadapanku. Ku lihat diusapnya dagu yang penuh dengan bulu-bulu halus. Gayanya seakan orang sedang berfikir.

Aku pula yang tadi hajatnya mahu ke dapur juga turut jeda apabila melihat papa begitu. Macam ada benda saja yang mahu dia sampaikan padaku.

"Kenapa pa?" akhirkan soalan itu terpacul dari mulutku setelah beberapa detik disapa suasana sepi.

Papa pandang aku. Tiada senyuman tercalit. Kelihatan serius benar berfikirnya itu. "Ada perkara yang papa nak bincangkan dengan kamu, Aisy."

"Apa pa?"

Papa tidak menjawab malah langkahnya diatur ke arah meja makan yang tidak jauh dari kami berdua. Dia duduk. Apabila dilihatnya aku tidak menuruti, papa sudah bagi signal meminta aku untuk duduk di hadapannya.

"Duduk sekejap Aisy. Kita kena bincang sekejap." pinta papa sambil menepuk perlahan permukaan meja di hadapan.

Tidak membantah, aku melangkah ke arah meja. Tempat duduk di hadapan papa aku duduki. Wajah papa pula sedari tadi masih tak lepas dari perhatianku.

"Kamu yakin taknak bekerja dengan papa?" soalannya menerjah.

Aku hanya mampu diam. Pandanganku tunduk. Entah kenapa, sedari awal lagi aku sudah mengagak papa akan berbincang tentang perihal ini.

Lama aku diam sebelum keluhanku terlepas. Wajahnya aku pandang semula.

"Kita pernah bincang tentang ini kan pa? Aisy dah muktamad dengan keputusan Aisy. Aisy akan cari kerja Aisy sendiri." putusku. Rautku menggambarkan yang aku sudah tegar dengan keputusan itu.

"Sampai bila papa kena tunggu?"

Kali ini, aku pula termangu.

A-aku sendiri pun masih tak ada jawapan untuk soalan itu. Bukannya aku tak usaha untuk mencari kerja namun rezeki tu masih tak jumpa alamatnya.

"Sampai Aisy dapat kerja yang Aisy nak." jawabku sedikit lemah.

Papa yang memerhatiku sudah melepaskan keluhannya. Terus tangan yang bertapa di atas meja dicapainya. Aku yang melihatkan gelagatnya itu sekadar membiarkan.

"Kamu harapan kami Aisy. Tulang belakang syarikat yang papa bangunkan. Kalau nak harapkan adik kamu, masih banyak benda yang dia perlu belajar. Papa harap sangat kamu dapat berbakti pada papa. Kamulah orang yang papa harapkan bila papa tak ada nanti untuk jaga syarikat itu." ujar papa.

Aku ketap bibir. Dapat aku lihat betapa terdesaknya papa mahu melihat aku bersama-sama dengannya untuk membangunkan syarikat itu. Namun, aku masih merasakan diri aku masih tidak layak untuk menyandang jawatan tinggi. Aku masih perlu belajar banyak perkara. Mungkin dari segi kewangan aku tiptop memandangkan latar belakang pengajianku aku adalah berasaskan itu.

Namun untuk pengurusan, aku perlu topup lopong-lopongnya.

Lama aku berfikir sebelum aku menarik nafas. "Bagi Aisy tempoh untuk Aisy topup apa yang perlu. Kalau Aisy yakin Aisy dah layak, Aisy akan tolong dan berbakti pada papa." pintaku.

Papa senyum nipis lalu mengangguk kan kepala. Mungkin jawapan itu cukup melegakannya. "Papa bagi kamu tempoh selama setahun. Selepas itu, tak ada kompromi untuk kamu uruskan syarikat itu bersama-sama papa." ujarnya sebagai kata noktah.

Aku angguk setuju.
Baguslah kalau kedua-duanya dah capai kata sepakat.
...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro