Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

(10) Kini Kau Sudah Tahu

Jadi kubuka mata
Pabila masih ada
Kini kau sudah tahu
Bukalah matamu
Masa kan berlalu

Bukalah Matamu - Aisyah Aziz, Bunga

Alicia menapak masuk ke dalam bilik rawatan MATA. Kelihatan Rudy berdiri di sisi katil tempat tubuh kaku milik Ali terbaring.

"Kenapa kau kat sini? Bukan kau satu-satunya ejen muda yang langsung tak kisah pasal Ali ke?"

Alicia mengungkapkan ayat sinis. Sebenarnya saja nak bagi sentap sikit landak ni, Rudy kan suka nak jatuhkan Ali dan kenakan Ali. Ha, padan muka kena setepek.

"Tch, aku ni tak sekejam tu lah!" Rudy merengus perlahan.

Panas hati, tapi dia bukan seperti Ali nak tunjuk protes, peluk tubuh bagai. Cukup merengus perlahan dah cukup.

Sebentar Rudy terdiam. Otaknya ligat berfikir sesuatu.

•••

Ish, Alicia ni. Aku tak sekejam tulah!

Aku nampak macam tak kisahkan budak pendek ni ke...?

Aku kesian kot tengok dia koma macam ni aku bukannya kejam nak tengok dia mati.

Takat keluar MATA je bukan aku pernah harapkan dia mati.

Aku baik kot! Alicia lupa ke time misi kami dengan Ali dan Ejen Bakar yang tiba-tiba kena serang dengan Cinco dan robot apa tah tu, aku yang selamatkan Ali tau.

Ha, baik apa?

Abaikan apa yang berlaku selepasnya, aku cuma nak kau fokus part aku selamatkan Ali je.

Tch.

Siapa kata aku jahat? Fans fujoshi aku pun kata aku baik walaupun di ship kan dengan Ali... Euuw nak muntah!

Tapi sekurang-kurangnya diorang kata aku baik. Ha dah cukup bukti en?

Tch.

Ah lupa, aku patut keluar sekarang.

Kenapa?

Well, semua tau pasal rutin Alicia setiap kali ada masa untuk jenguk Ali.

Nyanyi lagu Bukalah Matamu.

Dah lah buat Music Video bahagian rap dalam lagu Bukalah Matamu tak ajak!

Tak percaya?

Tengok ni!

Aku diam je. Sabar jelah dengan diorang semua ni.

Eh dah lah. Baik aku keluar sekarang.

"Aku keluar dulu. Sorry kacau masa kau." Pamit aku kepada Alicia

Lalu aku menapak keluar daripada bilik rawatan MATA.

•••

Alicia hanya menghantar pemergian Rudy dengan lirikan matanya.

"Ali. Masa kau tinggal seminggu. Maaf lama tak jenguk kau. Jangan tinggalkan aku macam Ejen Zain."

Alicia tertawa kecil dalam tangisan tanda dia cuba mengawal emosinya.

"Mesti kau terkejut kenapa aku samakan kau dengan Ejen Zain. Well, kau macam Ejen Zain sebab aku perlukan ejen Zain sama seperti aku perlukan kau."

"Cuma satu beza kau. Kau tak lakukan kesilapan yang pernah Ejen Zain dan ketua teras lain buat. Kau tak sesuka hati melancarkan Protokol Gegas."

Sebak semakin menggunung.

"Kau tahu? Aku serius terkejut yang papa mempercayakan kau untuk jaga keselamatan aku."

Alicia tergelak kecil, untuk menghilangkan tangisannya.

"Dia, pft... Dia sedar yang kau sangat lemah untuk menjadi seorang ejen sebab selama ni semua yang dibuat tak menjadi tapi point penting kau..."

Alicia terdiam kejap.

"Point penting kau, aku masih ingat lagi. 'Saya mampu untuk tolong orang'. Jadi... Selagi ada peluang, tolong buka mata. Banyak orang perlukan bantuan daripada orang berhati tulus serta mementingkan keselamatan berbanding misi seperti kau."

Selepas itu, muka Alicia berubah riak menjadi serius.

"Tapi jangan sampai menjejaskan misi kau pula. Aku belasah kau satgi."

Sejurus kata-kata itu, Alicia tertawa lagi. Pasti ada keajaiban, tapi kalau sudah tertulis... Dia akan cuba merelakan dirinya.

Mulutnya bergerak menyanyikan rangkap terakhir bahagian rap dalam lagu itu.

Jadi kubuka mata
Pabila masih ada
Kini kau sudah tahu
Bukalah matamu
Masa kan berlalu

•••

Ali yang masih lagi duduk. Dia ingin berehat sebentar. Dia agak kepenatan, luka-luka kecil pula semakin hilang.

Dia masih teringat rangkap lagu sebenar tadi.

Satu peluang, takkan pernah berulang
Dua mata ini juga pasti terpejam
Tiga kali ucap untuk catat yang baru
Empat kupercaya kau hanya satu

Ali tersenyum mengingatinya.

"Aku sedikit bersyukur kalau aku pergi sebab sekurang-kurangnya aku dah tak menyusahkan sesiapa lagi dan... Aku dapat jumpa mama."

Tiba-tiba senyumannya berubah terus mukanya mencuka.

"Tapi kalau aku pergi, ayah mesti sedih. Khai, Moon dan Iman dah jadi kawan aku. Alicia tu lagi tak boleh percaya, memang dia pro tapi pro macam mana pun tak mustahil kalau dia akan tewas walaupun sekali. Rudy tu, aku nak minta maaf dan berkawan dengan dia."

Ali meraup mukanya. Keluhan keras kedengaran.

"Kalau aku pergi, masih ada ke ejen yang berhati lembut macam aku selain mama? Masih ada ke ejen yang nak jadi ejen bukan sekadar untuk mengasah bakat atau tiba-tiba ditarik atau juga untuk pelajaran terbaik tetapi demi keselamatan dan nyawa orang lain? Masih wujudkah orang seperti itu pada zaman moden ni?"

Tiba-tiba...

Jadi kubuka mata
Pabila masih ada
Kini kau sudah tahu
Bukalah matamu
Masa kan berlalu

"Lagu tu..."

Ali menutup mata untuk fokus mendengarnya. Dia ingin mendalami maksudnya.

Buka mata selagi masih ada peluang.

Bukalah mata, lihat sekeliling. Barulah kau tahu.

Bukalah mata, kerna masa kan berlalu.

Ali membuka mata. Terselit senyuman lebar di mukanya.

"Aku akan cuba untuk buka mata. Tunggu aku bangun."

Bukalah mata, sekiranya masih ada masa.

Bukalah mata, melihat dunia.

Bukalah mata, lihat keadaan sekelilingmu.

Apabila kau buka mata kau seluasnya, barulah kau tahu apa yang berlaku.

Dan apabila kau buka mata...

Ketahuilah masa sedang berlalu.

Jadi bukalah mata, jangan terleka walau sekali.

Sekiranya benar hatimu tekad mahu mengubah masa depanmu, orang tersayang, bahkan dunia.

•••

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro