Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 9 - Buat hal!

"Lis, budak intern Lis buat hal. Lis ambil kes dia, ya?" Kak Kinah datang ke meja aku. Memang aku dah mula ambil kerja-kerja ER daripada Kak Kinah bagi satu dua kes yang masih belum selesai. Dan, hari ini, ada kes baharu. Melibatkan budak intern pula. Siapa lagi budak intern yang aku ada kalau bukan yang dua orang tu.

Yang pasti, bukan Saifullah. Dia begitu cemerlang dengan project HIRARC dan sudah mendapat perhatian daripada pihak pengurusan. Cik Sheery bagi surat recommendation untuk Saifullah diserap masuk sebagai permanent staff bila dia tamat belajar. Tetapi sayang, dia sudah ada perancangan masa hadapannya sendiri. Dia reject offer.

"Bukan tak nak, kak. Saya... emmm... macam mana ya nak cakap."

"Cakap je lah. Dengan akak je, bukannya ada Cik Sheery ke, Encik Fuad ke..."

Dia senyum.

"Okey, saya jujur je sebab saya dah anggap akak macam akak angkat saya."

Aku tenang. Memang kebanyakan budak-budak intern, menganggap aku begitu. Entahlah. Mungkin sebab aku dah biasa jadi pendengar masalah budak-budak intern ini. Jadi, mereka selesa nak berkongsi.

"Saya plan nak masuk construction dulu, kak. Lepas tu oil and gas. Last baru balik ke kilang."

"Kenapa?"

Dia blur.

"Yalah. Kenapa tak masuk kilang dulu. Selangkah je lagi. Kenapa nak pusing tempat lain, last baru nak pilih kilang?"

"Nak yang terpaling mencabar kak."

"Emm... dah consult dengan pensyarah? Nak masuk construction kena ada macam-macam. Kena mohon Green Card juga. Nanti buka website DOSH untuk dapatkan details tentang bidang-bidang yang memerlukan Green Card dan competency certificate yang lain. Budak SHO baru grad, kalau boleh start dengan kilang dulu. Terkejut awak nanti kalau start dengan terpaling mencabar. Trauma mahu kalau tiba-tiba nampak jasad jatuh dari tingkat 20, tercacak pula kat cerucuk."

"Ish, akak ni menakutkan sayalah."

"Realiti kerja SHO kat construction site, kan..."

"Akak macam pernah kerja kat situ je. Ke... akak punya boyfriend, SHO kat site?"

"Jangan nak buat cerita, eh!"

Saifullah ketawa.

Aku senyum bahagia bila melihat budak-budak intern jagaan aku semakin dewasa dengan ilmu dan pengalaman internship yang tak seberapa ini. Jadilah adik-adik intern akak yang berwibawa dalam kerja dan beriman dalam dada. Akak sayang korang semua.

"Maaf ya kak, sebab saya reject offer. Jangan tak kawan pula dengan saya sebab saya reject offer."

"Tak ada hal. Tak ada maknanya 'tak kawan-tak kawan' tu."

"Kak... kalau nak minta nombor telefon akak, boleh?"

Aku diam seketika. Fakhri awal-awal dah minta. Tak adil jika aku beri nombor aku pada Saifullah tapi tak beri pada Fakhri. Walaupun aku faham niat Saifullah yang nakkan advice aku dari semasa ke semasa tentang bidang ini.

"Emm... awak ambil e-mel address dan akaun media sosial akak je lah. Apa-apa, mesej kat sana. IG messenger, FB messenger, Linkedln, Twitter... cari je nama Farisya Melissa. Profile picture gambar rama-rama putih."

"Memang tak boleh dapat ke nombor fon akak?"

"Tak boleh."

"Boyfriend marah, eh?"

"Mana ada boyfriend."

"Fakhri."

"Jangan macam-macam, eh! Mentang-mentang dah nak habis intern!"

Dia ketawa.

***

"Assalamualaikum." Aku menolak pintu bilik kaunseling. Fakhri sudah berada di dalamnya. Abang Khalil yang hantar. Dan dia singgah ke pejabat memaklumkan pada aku.

"Waalaikumsalam."

Muka Fakhri, tenang. Tak macam orang dah buat salah. Tak macam orang yang bakal kena hukum.

"Fakhri apa khabar?" Aku memulakan. Aku nak sembang-sembang dulu sebelum buka dokumen yang berupa surat tunjuk sebab dan laporan salah laku.

"Macam yang akak tengok."

Aku pandang wajahnya. Dia tak macam selalu. Dia tak tenung aku. Hanya menunduk, memandang pada helaian kertas dalam fail yang ada di atas meja.

"Pandang akak."

Dia mendongak. Mata kami bertentang.

"Fakhri sakit apa?"

"Macam-macam. Akak boleh baca daripada laporan yang Abang Khalil dah tulis, kan?"

"Ya. Akak dah baca pun. Kenapa makan Maggie kalau dah tahu akan sakit?"

"Lapar."

"Seminggu Fakhri tak datang. Tak ada surat MC, dan tak ada sebarang makluman. Kenapa?"

"Saja."

"Saja?"

"Saja buat hal. Saja cari fasal."

"Kenapa? Fakhri nak kena buang ke? Nak gagal internship ke? Lagi dua bulan je nak habis internship. Kenapa buat perangai?"

Dia tegakkan badan. Merapatkan tubuhnya ke meja yang memisahkan aku dan dia.

"Saya dah pernah kata yang saya nak jumpa akak lagi. Berdua. Ini sahaja caranya. Nak jumpa kat pejabat, kena ada alasan. Nak ajak keluar, akak tentu beralasan." Dia menarik senyum. Sinis.

Aku menggeleng, "Fakhri..."

"Akak..."

Apa aku nak tulis dalam report kalau dah begini sebabnya? Mustahil aku nak letak semua tu...

"Awak serious buat semua benda-benda merepek ni semata-mata nak jumpa akak? Berbual berdua dengan akak? Akak tak percaya... jangan jadikan akak alasan untuk salah laku awak," Aku rasa semua ni gila. Entah apa agenda budak ni.

Dia diam. Masih dengan senyum sinis.

Aku tarik nafas dalam-dalam. "Okey..." Aku cuba bertenang, "...sekarang kita dah berdua di sini. Fakhri nak cakap apa?" Aku kawal suara aku, kemarahan dan ketidakfahaman aku terhadap tindakan Fakhri yang tak masuk akal langsung!

Dia diam.

"Fakhri..."

"Baiklah. Saya jujur dengan akak. Betul. Memang saya demam, muntah dan tak boleh bangun selepas makan Maggie. Seluruh badan sakit-sakit. Saya cuba nak bangun. Nak pergi klinik, tapi tak larat. Saya call Abang Khalil nak bagi tahu, tapi dia tak jawab. Saya tak ingat nombor office. Tak save pun dalam fon. Kepala tengah 'layan sakit' memang tak boleh nak fikir apa. Jadi, saya biar je. Saya tertidur dalam keadaan sakit tu."

"Ibu awak tak bawa awak pergi klinik?"

"Ah, pompuan tu! Mana pernah ada kat rumah. Kalau saya mati pun dia tak tahu."

"Fakhri. Jaga kata-kata awak. Ibu tu... jangan nak 'pompuan-pompuan' kan ibu sendiri. Dan jangan suka hati nak cakap fasal mati."

"Dia tak pernah nampak saya sebagai anak pun..." Suaranya perlahan.

"Ahli keluarga awak yang lain? Ayah, abang-abang... adik perempuan awak?"

"Along saya kat rumah dialah. Dia dah kahwin, ada family. Adik perempuan saya tinggal dengan dia. Angah saya kat universiti. Ayah.. sama je macam ibu. Sebab saya dah besar, dan selama ni tak pernah ada kat rumah, ayah pun tak kisah. Malam-malam ada je hal. Main golf, meeting..."

Aku terdiam. Kasihannya dia... sekarang aku faham.

"Fakhri, awak..."

"Saya cari Panadol. Sebab saya tak tahan sakit. Tak jumpa. Saya jumpa julap. Tak tahu siapa punya. Saya belasah telan. Saya harap, badan saya kuat sikit dan esok boleh datang kilang. Tapi, saya silap. Saya cirit-birit. Hilang air dalam badan. Jadi lebih teruk."

Aku rasa nak menangis. Ya Allah, adik akak... yang kau pergi telan julap tu buat apa... Dan, aku tak boleh bayangkan kesakitan yang dia tanggung selepas kehilangan air yang banyak dalam badan, dengan tak ada sesiapa tolong.

"Fakhri... sekarang..."

"Dah okey. Lepas saya pengsan dua hari tu, bila sedar... saya call kawan saya. Dia orang yang bawa saya ke hospital. Admitted dua hari. Masuk air tiga botol."

Aku gigit bibir. Sedihnya hidup adik aku seorang ni... mujur ada kawan.

"Fakhri tak cerita semua ni pada Abang Khalil?"

Dia menggeleng.

"Kenapa tak cerita? Tentu dia faham."

"Saya nak jumpa akak."

"Emmm... okey. Macam inilah. Kita kena selesaikan isu ni dulu. Akak pun tak mahu rekod kehadiran Fakhri tercemar dengan segala surat tunjuk sebab, surat amaran semua tu... Fakhri jawab surat ni dulu. Tulis semua yang Fakhri dah ceritakan pada akak. Dokumen masa admitted tu ada lagi? Bil hospital ke, sampul ubat ke..."

Dia keluarkan semua yang aku sebut tu daripada beg. Ada rupanya. Tapi masa aku tanya Abang Khalil, dia kata tak ada apa-apa surat pun. Hmmm... memang buat hal betul budak sorang ni!

Dan, aku kena tanya pada Abang Khalil untuk dia check senarai panggilan dalam handphonenya. Kalau betul ada missed call daripada nombor Fakhri, budak ini selamat. Tak perlu surat amaran dikeluarkan. Aku akan tulis semula laporan.

"Fakhri tulis dulu dalam kertas kosong ni... akak nak keluar sekejap jumpa Abang Khalil."

"Akak..."

Dia tahan aku.

Tak jadi aku nak keluar pintu.

"Ya?"

"Jangan lama-lama."

Berkerut muka aku. Takut ke, apa?

"Rindu..." Dia senyum.

Aku menggeleng. Sengal! Aku bagi juga warning letter kat budak sorang ni karang! Terus aku keluar dari bilik tu.

Di pejabat, aku paging Abang Khalil minta dia datang sekejap ke lobi.

"Ada apa, Lis?" Abang Khalil tanya aku sebaik tiba di lobi.

"Boleh abang check senarai panggilan dalam handphone abang? Kata Fakhri, dia ada call abang beberapa kali tapi abang tak angkat."

"Eh, ada ke? Tak perasan pula. Sekejap, abang check."

Benda ni memang nampak remeh. Tapi dalam hal ketidakhadiran di tempat kerja, jika tiada sebarang maklumat atau tiada bukti usaha memaklumkannya kepada majikan dalam tempoh 48 jam, ia dah dianggap sebagai satu salah laku. Boleh diambil tindakan.

"Apa nombor Fakhri ya, Lis? Ada banyak pula nombor kat sini yang tak ada dalam senarai contact abang."

Ah, sudah. Aku pun tak ingat. Terus aku call Meena.

"Tolong WhatsApp aku nombor fon Fakhri."

"Eh, bukan ke kau dengan dia? Tanya je lah dia."

"WhatsApp je lah mak cik oii! Aku nak cepat ni."

"Baik, baik. Janganlah marah..." Meena ketawa.

Tak sampai dua minit, aku terima nombor Fakhri. Aku cari nombornya dalam senarai missed call telefon Abang Khalil. Ya, memang ada. Terus aku menarik senyum. Sesengal-sengal adik aku, dia tak berbohong.

"Ada bang. Ini kan, nombornya?" Aku tunjukkan pada Abang Khalil.

"A'ahlah, Lis. Laa... maaflah. Abang tak perasan. Faham-faham je lah kalau kerja macam abang ni Mana nak pegang handphone sangat. Lagilah kalau tengah sibuk buat welding. Dengan bisingnya, dengan tak menang tangannya."

"Tak apa, bang. Nanti kita adjust balik report tu ya, bang." Hati aku rasa gembira sangat. Dia tak salah. Dia tak sengal. Dia baik. Dan... aku sangat kasihan dengan kisah hidupnya.

"Abang balik department dululah, Lis. Nanti nak suruh abang buat apa, beritahu je."

"Okey, bang. Terima kasih. Sorry, ambil masa abang."

"Tak ada hal!"

Abang Khalil berlalu. Aku masih tak lepas senyum. Terus kaki melangkah balik ke bilik di mana Fakhri menunggu. Masuk sahaja, aku nampak muka mencuka Fakhri. Aku senyum padanya.

"Lama sangat akak pergi."

Aku abaikan suara mengada-ngada dia.

"Okey, settled. Kes awak boleh ditutup dah."

Dia buat muka blur. Dan, aku suka tengok muka blur dia tu...

"Saya kena buang ke?"

"Tak. Okey je semuanya. Alhamdulillah. Dah jawab surat tunjuk sebab tu?"

Dia hulur kertas bertulisan tangan pada aku. Aku baca sekali lalu. Dan, aku senyum.

"Akak..."

Aku mendongak.

"Akak kejam."

Aku blank. Dah kenapa dia kata aku kejam?

"Tak payah senyum macam tu, boleh tak? Sakitlah 'jatuh' berkali-kali tapi tak bersambut."

1714 pp

08 Ogos 2023

6.20 petang

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro

Tags: #budakintern