Bab 5 - Gurau je
Petang itu, aku hampir terlupa yang aku ada janji dengan Fakhri untuk jumpa dia di lobi. Aku leka menghadap soalan untuk audit MD (managing director), esok. Soalan, confirm dalam BI. Nasib baik juga MD aku tu boleh berbahasa Inggeris. Kalau faham bahasa Jepun semata, masaklah pula aku nak cari translator untuk tugasan audit ni. Dahlah masa suntuk. Kalau bukan sebab Meena keluar ke lobi dan bertembung dengan Fakhri, memang tercongok sahajalah budak tu di situ menunggu aku.
"Lis! Ini, adik nak jumpa."
Aku blur juga mulanya. Meena pun satu, panggil budak Fakhri tu 'adik' dah kenapa? Sebut budak intern atau nama dia, kan cepat sikit aku tangkap.
"Budak Fakhri tu la... Budak intern yang baru masuk pagi tadi. Kau ada janji apa dengan dia?"
"Oh! Eh, Meena, kau tolong bagi beg kertas ni pada dia. Dalam ni ada barang-barang dia. Aku nak catch-up benda alah audit ni sikit. Sekejap lagi nak sediakan material untuk next orientation session."
"Tak baik. Kau dah janji nak jumpa, jumpalah sekejap. Lama dah dia tunggu ni. Aku pun nak balik dah. Encik Suami aku dah tunggu. Bye! Sorry sistur, next time aku cover." Meena terus blah macam tu sahaja. Tinggal nak pas barang je kot! Bukan kena cakap apa-apa. Dah alang-alang dia lalu kat lobi... sengaja betul! Aku bangun dan mencapai beg kertas barang-barang Fakhri. Keluar ke bahagian lobi, aku nampak dia berdiri mematung sorang-sorang. Kasihanlah pula.
"Maaf, saya terlupa. Dah lama tunggu?"
"Tak apa. Faham, kak. Lagipun, saya yang dah buat hal. Sampai akak punya kerja tertunda-tunda..."
Allahu, kesian pula aku dengar ayat budak ni. Aku hulurkan beg kertas sebelum terlupa, "Emm... Fakhri balik naik apa?" Hati aku jadi lembut. Bahasa aku pun automatik jadi lembut.
"Saya bawa motor, kak."
"Tak nampak pegang helmet pun pagi tadi. Simpan mana?"
"Ada kat motor."
"Oh, esok boleh bawa masuk simpan dalam locker, kot. Tinggal kat motor, kalau hujan, basah pula. Abang Dzul ada tunjukkan locker kat bahagian production, kan? Ada dia bagi kunci sekali, kan?"
"Ada," Dia senyum. Dah mula dah!
"Tak apa kak. Kat bahagian belakang motor saya tu ada box untuk simpan barang. Insya-Allah, selamat. Tak kena hujan."
Aku membayangkan rupa kotak yang Fakhri sebut, "Oh... tahu! Okeylah kalau macam tu," Aku senyum.
"Tapi... kalau ada orang nak tumpang, muat lagi tempat duduk belakang tu, kak."
Aku angguk lagi. Faham. Boleh bayangkan rupa motor, rupa kotak di bahagian belakang dan baki ruang yang tinggal.
Dia tersenyum-senyum, "Akak... balik naik apa?"
"Kereta."
"Sendiri?"
Aku angguk.
"Baru ingat nak ajak tumpang..."
Eh, suka hati! Ingat apa, adik-kakak kandung? Suami isteri? Aku mengerutkan dahi. Kurang senang dengan kata-kata Fakhri.
"Eh, janganlah tarik muka, kak. Gurau je. Motor saya tu suci murni. Tak pernah ada perempuan naik."
"Akak tak tanya, pun."
Eh, dah kenapa aku berbalas-balas cakap dengan budak ni? Kerja dalam office tu dah memanggil-manggil.
"Dah, pergi balik. Akak nak masuk office."
Tanpa sedar, aku bahasakan diri aku, 'akak'. Mungkin sebab dia berkelakuan macam adik. Dengan ramah. Dengan mesra. Dengan 'macam-macam' dia. Dengan gurau sendanya... aku pun dah mula terbiasa.
"Akak balik lambat sangat ke?" Dia bertanya. Wajahnya macam ada riak risau.
"A'ah. Balik lambat sikit. Banyak kerja. Dahlah, awak pergilah balik."
"Nak nombor fon akak, boleh?"
"Tak boleh! Dah, bye!" Aku terus masuk ke dalam office. Ingat nak cakap, 'hati-hati bawa motor'. Tapi, sebab dia dah buat sengal dia minta nombor telefon bagai, malas nak cakap.
Masuk ke dalam office, bahagian Account dah kosong. Bahagian Sales, masih ramai orang. Jadi, aku tak risau sangat. Yang bagusnya bekerja di syarikat Jepun ni, officenya berkonsep terbuka. Boleh nampak department lain. Tak ada bilik-bilik. Hanya dipisahkan oleh partition.
"Kenapa lama sangat bagi barang kat budak tu? Dah sangkut, eh?"
Terkejut aku, "Eh, bukan kau dah balik ke tadi? Kau kata nak cepat, Encik Suami dah tunggulah, apalah... bila masa kau ada balik kat office ni? Ke... kau bukan Meena?" Aku pandang sekeliling. Aku je ke nampak minah ni? Betul Meena ke ni?
Dia bantai gelak, "Aku tertinggal kunci rumah dalam laci meja. Bising Encik Suami aku. Itu yang aku patah balik tu."
"Aku tak nampak pun kau lalu kat lobi?"
"Mana nak nampak... dah ada orang hensem depan mata," Meena menyakat.
"Apa benda kau ni... dah tak ada manusia lain kau nak kenakan dengan aku? Budak intern tu, kot! Jangan nak macam-macam, Meena."
Dia ketawa. Aku tarik muka. Agak-agaklah nak kenen-kenenkan orang pun. Aku menggeleng.
"Muka dia tu, manis. Senyum je. Sejuk mata memandang."
"Tak ada makna sejuk mata kalau panas hati dengan perangai yang macam-macam..." Aku terus pasakkan mata pada PC yang masih menyala. Aku print soalan audit untuk MD. Syukur, diskusi aku dengan Cik Sheery berjalan lancar. Dia setuju dengan soalan-soalan yang aku dah sediakan. Semoga, mudahlah kerja aku esok. Semoga MD aku yang ini tak macam MD sebelumnya yang selalu ngelat nak jawab soalan audit tentang sistem pengurusan kualiti mahupun sistem pengurusan alam sekitar. Sedangkan, HQ dah menganggap ia sesuatu yang perlu diangkat sebagai hal penting syarikat.
MD sebelum ni, kalau aku bertanya, yang jawabnya... aku juga. Setakat ni, aku positif yang Aoyagi-san seorang yang ambil kisah tentang sistem pengurusan. Kalau tidak, masakan dia dipilih sebagai managing director terbaik seluruh Asia bagi syarikat ini! Dan, kerana itulah dia berada di sini. Untuk mengubah sistem kerja di Malaysia agar lebih kemas.
"Lambat lagi ke kau nak balik, Lis?"
"Sebelum maghrib. Aku haraplah. Banyak dokumen kena semak. Yang baharu pun banyak yang nak kena sediakan. Beginilah kalau ada orang baharu masuk. Setengah hari je mengurus dia orang. Nasib baik tak buat briefing hari ni. Tapi, minggu depan memang satu hari suntuklah aku kat bilik latihan."
"Tak apalah kalau sehari suntuk pun. Hadap wajah-wajah hensem. Cuci mata."
"Kau renunglah wajah-wajah yang kau kata hensem tu, biar terkenan kat anak kau. Aku tak kuasa nak melayan. Kerja banyak. Kalau boleh, nak record je sesi orientasi tu. Bila ada orang baharu datang, boleh tayang kat slide je video briefing." Sambil berbual dengan Meena, mata aku meneliti dokumen peribadi budak intern yang akan masuk minggu hadapan. Baca resume dia, memang impress. Tengok gambar pun, macam hebat budaknya. Budak UKM. Dan, aku percaya budak ni tak sesengal budak Fakhri.
"Aku balik dulu, Lis. Jangan kerja kuat sangat. Rehat."
Aku mendongak, "Baik, bu! Ibu jalan hati-hati. Kalau ada barang penting tertinggal lagi, roger aku. Aku tolong hantarkan. Kau tak payah nak ke hulu ke hilir. Risau aku!"
Meena ketawa, melambai sebelum hilang di sebalik pintu. Haih, entahlah macam mana keadaan aku kalau dah bersuami nanti. Dahlah aku ni jenis gila kerja. Macam tak rasa nak kahwin. Single ni satu keamanan jiwa. Boleh buat apa yang aku suka.
"Wakil pelajar budak ni..." Aku terus meneliti dokumen peribadi budak intern bernama, Muhammad Saifullah Sofa bin Habiullah. Aku cetak dokumennya, lalu membuka satu fail peribadi yang baharu. Fail ini untuk rujukan Meena dalam menyediakan elaun budak intern. Bahagian semakan nombor akaun bank, Meena akan buat. Aku cuma menyemak skill yang budak-budak ni ada untuk aku pertimbangkan sebagai potential future manpower. Kena buat job specification yang baharu. Sebab, budak Saifulllah ini masuk intern under projek HIRARC. Tak pernah lagi ada job spec budak intern under project. Terma dan syarat pengambilan juga perlu diubah. Banyak report yang budak ni kena submit. Dan, banyak juga kerja aku untuk memahami HIRARC.
"Nanti, Lis guide budak Saifullah ni ya, buat HIRARC table. Bahagian Risk Assessment tu yang paling penting. Kena tengokkan severity, likelihood dan risk control. Kalau salah nilai, pengiraan tak tepat."
Masa aku discuss soalan audit dengan Cik Sheery, sempat dia ingatkan aku tentang perkara ini. Memang nampaknya, aku dan budak Saifullah ini akan ada banyak masa bersama. Selain buat kerja-kerja HR, aku terlibat banyak dalam latihan berkait dengan sistem ESH (Environment, Safety & Health). Bukan hanya sebagai pegawai yang incharge bahagian latihan, tapi juga sebagai auditor sistem.
Nota:
HIRARC - Hazard Identification Risk Assessment and Risk Control.
1253 pp
6 Ogos 2023
09.00 malam
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro