Bab 4 - Kena Tinggal
Aku abaikan pertanyaan tak penting Fakhri. Umur aku, rahsia! Tak ada kena-mengena dengan internship dia. Tak adanya nak masukkan umur aku dalam laporan internship tu. Jadi, tak perlu dijawab. Aku terus berjalan menuju ke kantin dan surau. Dia mengekori di sisi. Sesekali, aku menangkap pandangan matanya. Pelik agaknya bila soalannya tak berjawab. Entah kenapa nak tahu sangat umur orang.
Tiba di kantin kilang, aku berhenti. Kumpulan rehat pertama sedang makan. Masing-masing mendongak bila nampak aku bawa orang baharu. Fakhri di sebelah tampak selamba. Tak macam segan, tak macam nak menyorok bila banyak mata memandang dia.
"Ini kantin, dan di sebelahnya, surau. Waktu solat, flexible mengikut waktu. Nak ke mana-mana pun, kena minta izin supervisor. Biasanya setakat ini memang tak ada masalah untuk supervisor lepaskan student atau mana-mana pekerja untuk pergi bersolat walaupun ini kilang Jepun. Cuma, kena ambil giliran dan jangan lama sangat. Berpatut-patut. Jangan ambil kesempatan daripada peluang yang diberikan. Faham? Disiplin, jaga. Banyak mata-mata kat sini."
Dia tersenyum. Mata tu... menikam tepat ke anak mata aku. Memang budak ni jenis pandang tepat ke mata orang agaknya kalau bercakap!
Kami berjalan lagi sehingga tiba di production department. Aku mencari kelibat Abang Dzul atau Kak Shamsiah. Abang Dzul, pengurus jabatan. Dan, Kak Shamsiah merupakan salah seorang supervisor senior yang menguruskan jadual budak-budak internship yang masuk ke department mereka. Beberapa production line, kelihatan kosong. Aku melihat jam di tangan. Mungkin mereka ada di kantin tadi.
"Kita tunggu sekejap. Saya nak kenalkan awak dengan person in-charge di sini. Sementara menunggu ni, ada apa-apa soalan? Agak-agak, boleh ingat tak jalan-jalan dalam kilang ni?" Aku bersandar pada pemegang besi yang ada di laluan. Dia berdiri di hadapan aku.
"Soalan saya yang awal tadi, akak tak jawab lagi."
Berkerut dahi aku.
"Soalan yang mana? Awak ada soal saya, ke?"
"Saya tanya... umur akak berapa?"
"Skip. Soalan itu tak ada kaitan dengan internship awak. Yang saya maksudkan, soalan berkait dengan internship. Tentang syarikat. Tentang laporan yang awak kena siapkan. Tentang proses kerja dan yang ada kaitan dengan pemarkahan awak," Aku berterus terang.
"Akak baru grad, ya? Emm... kalau macam tu, umur akak, awal 20-an. Mungkin... kalau berbeza dengan saya pun, dalam empat ke lima tahun macam tu. Kan?"
Laaa... tak habis lagi soal umur? Dah apa masalah budak ni nak mengira umur aku? Dan, apa masalahnya umur aku dan dia berjarak berapa tahun pun? Malas aku nak melayan budak tak matang ni! Orang suruh fokus pada internship, dia fokus pada aku dah buat apa? Aku terpandang Abang Dzul yang memasuki ruangan kerja.
"Abang Dzul!"
Dia tersenyum. Meneruskan langkahnya menuju ke arah aku dan Fakhri.
"Student intern?" Abang Dzul bertanya sebaik tiba di hadapan kami.
"A'ah, bang. Muhammad Fakhri Amri bin Khairulnizam. Budak mechanical engineering." Aku terangkan pada Abang Dzul. Fakhri terus menghulur tangan, bersalam dan mencium tangan Abang Dzul.
Muka Abang Dzul sedikit terkejut. Tak pernah terjadi lagi budak-budak intern sebelum ni bersalam cium tangan. Budak ni memang cipta sejarah! Tapi, Abang Dzul tak tarik tangannya. Malah, menepuk mesra bahu Fakhri dengan tangan kiri. Ini kalau Abang Dzul ada anak perempuan, lulus ujian pertama calon menantu budak sorang ni!
"Abang dah baca e-mel Lis. Abang dah forwad details pada Sham. Hari ni sepatutnya dia masuk ke production kan? Orientasi semalam, ya?"
Aku jadi serba-salah. Aku pandang Fakhri. Dia juga nampak macam serba-salah. Nampak! Tak tahu betul tak dia tu serba-salah. Yang pasti, dia memang bersalah! Aku tak tahu nak berterus terang dengan Abang Dzul atau tidak yang budak seorang ni hari pertama dah buat masalah. Takut nanti Abang Dzul ada bad impression pada dia. Risau juga kalau dah ada bad impression ni, nanti kepercayaan kurang. Abang Dzul, bab disiplin memang dijaga. Pantang dia kalau orang tak jaga disiplin. Lagilah kalau orang yang baru masuk kerja!
"Errr... macam ni, bang. Saya tak buat lagi orientasi. Bilik training semua penuh. Tapi, hari ni saya suruh dia masuk ke department terus. Orientasi tu, saya jadualkan kemudian. Mungkin minggu hadapan sebab ada seorang lagi budak intern akan masuk."
"Oh, ada lagi! Budak intern yang tu... akan masuk ke mana pula?"
Fuh, nasib baik Abang Dzul boleh consider. Memang selalu juga aku kumpulkan budak-budak baru untuk sekali sesi orientasi. Tak buang masa, tak buang tenaga aku nak brief sorang-sorang bila ada beberapa kemasukan yang cuma berselang hari atau minggu. Kalau berjarak bulan tu, baru aku buat terus. Lama kalau nak tunggu sebulan. Lack of information terutama bab disiplin, boleh mengundang masalah. Nanti, bahagian HR yang akan dipersalah.
"Untuk department Cik Sheery, bang. Under project HIRARC. Budak course safety, bang."
"Lelaki?"
"A'ah. Lelaki. Budak UKM."
Abang Dzul mengangguk. Fakhri pandang muka aku. Dah kenapa?
"Jadi, ni Lis nak serah terus pada abang ke macam mana?"
"Serah teruslah bang. Nanti, abang brief dulu bab disiplin, boleh? Yang lain tu saya brief masa orientasi minggu depan. Sorry, bang. Tak sempat sangat. Ini pun ada discussion dengan Cik Sheery, saya tangguhkan sekejap."
"Tak ada masalah, Lis. Abang faham. Nak audit, kan?"
Aku tersengih. Itu pentingnya jaga hubungan dengan semua orang. Senang nak kerja. Kalau buat musuh, memang masalahlah. Tak adanya orang nak consider bila kau buat salah. Dia orang pun sibuk. Tapi, kalau kau baik dengan dia orang, respect dia orang walaupun latar pendidikan dia orang tak tinggi mana, dia orang akan respect kau dan tolong kau bila kau ada masalah.
"Terima kasih, bang. Nanti saya e-mel pada abang schedule orientasi."
Aku pandang Fakhri. Dia tak habis merenung aku. Ish, budak ni!
"Awak ikut Abang Dzul. Jadual orientasi awak, saya akan buat baharu."
Dia pandang aku dengan bisu. Muka tu... macam budak tadika yang baru masuk sekolah! Nak kena tinggal dek ibu ayah!
"Kalau ada apa-apa, boleh tanya Abang Dzul. Dia okey..." Aku dah macam memujuk. Entahlah budak ni. Tadi dengan Abang Khalil, kat maintenance department, okey je. Boleh bergurau senda. Dengan Abang Dzul, dah kenapa cuak semacam? Sebab nak kena tinggal ke, apa...
"Fakhri..." Aku menegur. Agak-agaklah nak pandang aku lama-lama macam tu...
Dia menghela nafas, "Akak rehat pukul berapa?"
"12.30," Aku menjawab juga walaupun pelik dengan soalan dia.
"Akak makan kat kantin yang tadi tu ke?"
"Emm... kadang-kadang. Kalau banyak kerja, tak pergi kantin pun. Makan roti kat office je. Kenapa?"
Dia menggeleng, "Tak ada apa. Tanya je..."
"Pergilah. Tu... Abang Dzul dah masuk ke bilik latihan. Nak brief awak fasal disiplin. Elok-elok..."
"Bila saya boleh jumpa akak lagi?"
"Balik nanti la... kan kasut awak ada kat akak."
Muka ada senyum.
Aku balas senyuman dia.
"Tunggu je kat lobi. Nanti akak bawa kasut awak dan beberapa dokumen yang awak kena pegang."
"Saya pergi dulu, kak. Jumpa nanti."
Aku mengangguk. Sebaik Fakhri bergerak ke bilik latihan production, aku menghela nafas. Haih, budak ni! Macam-macam! Nak marah, nak bertegas pun tak sampai hati. Muka tu...entahlah.
1060 pp
06 Ogos 2023, Ahad
8.50 pagi
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro