Bab 37 - Faris Farisya
Lambat betul Faris jawab telefon. Entah sedang buat apa makhluk Tuhan yang satu ini. Dahlah lama gila aku dan dia tidak berhubung. Entah rupa apa dia sekarang ini. Rambut, entah-entah dah lebih panjang daripada rambut aku.
"Hello." Suara serak yang menyambut. Confirm, baru bangun tidur.
"Kau tidur ke?"
"Oh, kau dik. Aah, terlelap."
"Dah nak maghrib, tidur!"
"Kau tu pun sama! Dah nak maghrib, telefon orang!"
"Baguslah aku telefon, kalau tak... maghrib kau tu waktu subuh."
"Apa hal kau telefon waktu ni? Selalunya atas jalan. Paling tak, tengah mandi baru sampai rumah. Ke... kau tak kerja?"
"Aku balik cepat. Penat. Banyak gila kerja kat office tu. Bos aku tambah macam-macam kerja."
"Orang kalau banyak kerja, balik lambat, dah kau apa hal balik cepat!" Faris ketawa.
"Kalau urgent, memang aku stay. Tapi kerja yang melambak ni, never ending. Stay pun tetap tak habis. Lagipun, ada beberapa kerja yang aku kena contact hotel. Malam bukannya bahagian marketing hotel buka. Orang dah balik pun. Esok-esok je lah aku settlekan. Kau kat mana sekarang ni? Mak kata, kau nak datang KL. Bila?"
"Aku dah sampai KL. Dari tempat kerja, terus drive ke KL. Itu yang penat, sampai tertidur."
"Dah apa hal tiba-tiba je? Kau tidur kat mana? Bukan ke, selalu tu, kau lepak rumah aku? Kau tak bagi tahu mak ke?"
"Kawan aku... entahlah dia ni. Tak menyempat. Nak tak nak aku kena datang juga, tolong dia. Aku tidur rumah kawan aku. Dia suruh. Dia kata tak payah tidur rumah kau. Aku tak sempat bagi tahu mak. Ingatkan dah sampai baru nak call mak. Terlelap pula. Lepas ni aku call mak. Eh, dik. Aku nak jumpa kau malam ni. Turun kat restoran biasa tu, boleh?"
"Aku penatlah. Kan aku dah cakap tadi... aku balik awal sebab nak rehat. Kau datanglah rumah aku malam esok. Lecehlah nak keluar malam-malam ni."
"Tak boleh. Aku dah janji dengan kawan aku. So, bolehlah jumpa sekali. Lagipun... aku rindu gila dengan kau dik!" Faris gelak tak beragak.
"Gelilah bang rindu-rindu!" Aku sound. Tapi, di hujung talian, aku menarik senyum. Aku pun rindu gila dengan dia. Lama tak bergasak dengan Faris Muaz ni. Dapat bertumbuk, sepak terajang... memang best.
"Abang, kau tahu kan, kalau kau jumpa kawan-kawan kau, aku tak suka nak ada kat tempat yang sama?"
"Okey, okey... aku setting dengan kau dulu. Kita jumpa dalam pukul 9 malam ni. Aku suruh dia muncul lewat sikit. Time tu, kalau kau nak lepak sekali pun boleh, nak balik pun boleh."
"Emmm..."
"Please sayang... rindu ni!"
"Woi! Sengal!" Aku gelak. Mangkuk tingkat sungguh dia ni.
"Baik kau setuju, dik. Nanti menanah telinga kau dengar ayat merepek aku."
"Yalah, yalah. Jumpa tempat biasa, pukul 9."
"Eh, jap! Mak call kau... mak ada sebut tentang hal kahwin lagi ke? Kau... okey tak?"
Dalam sengal bengal abang kembar aku ni... dia paling faham perasaan aku. Dia tahu rajuk aku dan betapa tertekannya aku setiap kali soal kahwin ditimbulkan oleh mak.
"Memanglah mak ada sebut. Tapi, aku... okey. Aku rasa bersalah juga pada mak." Waktu ni, aku teragak-agak nak bercerita tentang Fakhri pada Faris. Memang biasanya kalau kami berbual, tak kira sama ada masa aku balik kampung atau dalam telefon, kami sentiasa update hal masing-masing. Tapi, sejak akhir-akhir ini, sejak aku merajuk dengan mak dan jarang telefon, hubungan dengan Faris juga seakan renggang.
"Aku... kasihan juga dengan kau, dik. Tapi, nak buat macam mana. Perasaan tu bukan boleh dipaksa-paksa. Aku faham apa yang kau rasa."
"Abang..." Kalau aku dah mula panggil dia macam ni, maksudnya ada yang aku nak kongsikan. Ada yang aku nak luahkan. Aku perlukan telinga dia untuk mendengar. Perlukan bahu dia untuk bersandar.
"Ceritalah..." Dia tahu.
"Aku... ada kawan dengan seseorang."
"Okey...." Dia meleret kata.
"Tapi... dia muda."
"Berapa beza?"
"10 tahun."
"Okey..." Lagi sekali. Leret 'okey' Faris tu, tak okey di pendengaran aku.
"Aku... dah terima dia."
Faris gelak tiba-tiba, "Dia ushar kau ke, kau ushar dia?"
"Aku seriuslah bang!"
"Yalah. Aku tanya ni pun, serius juga. Berita besar ni!"
"Dialah yang ushar aku! Kau macam tak tahu aku macam mana."
Faris ketawa lagi. Bertambah galak. Sengal punya abang!
"Kotlah... kau tu susah nak jatuh pada orang. Tiba-tiba jumpa putera idaman, kot hilang ingatan, terus nak ushar..."
"Taklah. Kalau aku betul jatuh pada dia dulu pun... aku akan simpan. Tak mungkin aku akan bercerita, apatah lagi nak confess. Aku masih ada rasa malu. Kau ni kan!"
Kami sama-sama gelak.
"Dik... macam mana dia ushar kau? Kawan-kawan aku ushar kau dah lama, tak sangkut-sangkut. Mohammad tu ushar kau, bertahun... sampai merajuk, pun hati kau tak lembut. Sikit pun kau tak pertimbangkan perasaan lelaki-lelaki sebelum ni. So, apa specialnya yang seorang ni? Muda 10 tahun, tapi mampu cairkan hati Farisya Mellisa binti Sofwan."
"Nantilah aku cerita. Payahlah. Kalau ada masa, aku bawa kau jumpa dia. Masa tu kau sendiri boleh tahu kenapa."
"Emm... menarik. Eh, dahlah. Aku nak mandi. Nanti nak jumpa kau."
"Okey. Jangan lupa telefon mak!"
Sempat aku berpesan sebelum Faris putuskan talian. Aku masih tak boleh solat. Jadi, aku capai buku dan membaca beberapa helai artikel berkait dengan hal-hal absenteeism. Setengah jam selepas itu, aku tukar baju. Hanya memakai t-shirt berwarna hitam, berlengan pendek dengan illustrasi Naruto di hadapan baju. Aku sarung cardigan warna coklat cair, sama dengan warna shawl, dan memilih jean straight-cut warna hitam. Aku hanya menyarung selipar Flipper. Tepek-tepek toner, menyapu pelembab muka dan apply sunscreen pada wajah. Tepek sikit baby powder, settled!
Aku capai kunci kereta, telefon bimbit dan beg duit.
Sampai di restoran biasa yang aku dan Faris selalu berjumpa, aku pilih meja empat kerusi. Yang letaknya di sudut restoran. Aku tak suka duduk di meja yang kedudukannya di tengah restoran. Rasa macam diperhatikan dari segenap arah. Aku lebih suka memerhati dari satu sudut yang tersembunyi ketika berada dalam kelompok ramai, berbanding aku yang menjadi perhatian. Faris masih belum nampak kelibatnya. Kereta dia pun aku tak nampak di tapak parkir.
Sedang mata aku melilau, mencari Faris di segenap arah, tiba-tiba ada makhluk duduk di hadapan aku. Dia tersengih. Rambut lurusnya sudah mencecah bahu. Diikat separuh. Dah macam samurai Jepun. Kulit putih, mata sedikit sepet... kembar aku ni memang selalu menjadi perhatian para gadis. Sebab, dia orang tak tahu betapa pemalas dan sengal perangai budak seorang ini.
"Kau kan... sebelum duduk tu bagi salam, boleh tak?"
Dia ketawa, "Jangan marah-marah, nanti cepat tua. Kau sihat?"
Aku mengangguk. Dia hulur tangan. Aku pandang kiri kanan. Lepas tu baru aku salam dan cium tangan dia. Dia balas dengan cium balik tangan aku.
"Aku dah order air. Macam biasa, kan?"
Aku angguk. Kalau malam, aku biasa minum limau suam. Faris pun sama.
"Mana kereta kau, bang? Aku tak nampak pun."
"Aku ikut kawan. Dia ambil aku tadi."
"Kau sebenarnya duduk kat mana?"
"Rumah kawan."
"Rumah budak-budak bujang?"
"Tak. Tak ada orang lain. Rumah full furnished. Tapi, tak ada orang tinggal. Rumah kawan yang aku nak jumpa ni."
Berkerut dahi aku, "Rumah dia tapi dia tak duduk situ?"
"Dia duduk dengan family dia. Rumah tu investment hari tua dia."
"Ada pula kau kunci rumah dia?"
"Ada. Masa dia datang JB dulu, dia ada serah kat aku satu set. Dia kata, bila-bila datang, roger dan terus ke rumah dia. Lepak sana."
Aku mengangguk. Baiknya kawan dia ni. Tapi, aku malas nak komen atau tanya banyak tentang kawan-kawan Faris. Nanti tak fasal dia kenenkan aku dengan kawan dia. Dia ni bukan boleh percaya.
"Dik, kerja kau okey? Stress tak? Ada jumpa Mohammad?"
"Okey je. Memang banyak kerja, memang macam-macam hal. Stress tu biasa. Tapi, sebab kerja ni kerja yang aku suka, okeylah. Stress pun, puas."
Dia gelak. Air yang Faris order, dah sampai. Aku kacau-kacau. Aku memang tak boleh nak minum kalau masih berasap. Faris tarik cawan aku. Dia tiup perlahan. Dalam dua tiga minit, dia tolak balik pada aku.
Aku cicip sikit. Dah kurang panasnya.
"Kau memang pelik. Nak suka pada sesuatu tu susah. Tapi, kalau dah suka... stress pun kau redah. Mohammad? Apa cerita?" Dia ulang tanya.
"Tentang Mohammad, biasalah. Kalau dah satu tempat kerja, memang bertembung. Baru-baru ni, dia terlibat dengan kes sexual harrassment."
Tersedak Faris.
"Ish, kau ni! Elok-eloklah." Aku hulur tisu pada Faris. Dia masih tersedak. Cepat aku bangun dan gosok belakang Faris. Aku lap pipi dia yang terpercik air limau. Lepas tu, aku duduk balik kat tempat aku.
"Dia... buat?" Dalam sisa tersedak, Faris bertanya.
Aku menggeleng, "Ada budak perempuan obses pada dia. Sebab dia tak layan, budak tu buat tuduhan. Aku yang handle kes dia. Kasihan juga tengok dia runsing. Susah kot nak buktikan dia tak buat. Selalunya kes sexual harrassment ni akan berpihak pada perempuan. Dia hampir nak berserah macam tu je. Nak terima hukuman macam tu je sebab tak tahu nak pertahankan diri macam mana."
"Lepas tu?"
"Aku suruh dia call aku. Cerita hal sebenar. Bukan atas dasar kerja, tapi kawan. So, bila aku dah nampak kes tu macam mana, aku advice dia. Then, settled. Dia lepas. Budak perempuan tu pun dah mengaku obsession dia."
"Dia... tak continue ushar kau?"
"Aku dah berterus-terang dengan dia... perasaan aku kosong pada dia. Kawan je yang aku mampu."
"Yang seorang ni? Penuh perasaan kau pada dia? Penuh dengan bunga, rama-rama?" Faris menyakat.
"Abang..." Aku abaikan usikan Faris. "... kau okey ke kalau aku terima budak sorang ni? Jauh kot umur aku dengan dia."
"Aku okey, kalau kau okey. Lagilah kalau budak tu... okey."
Tiba-tiba, kerusi di sebelah aku ditarik orang. Dengan selamba orang tu duduk. Tak bagi salam, tak cakap apa.
Terus aku menoleh. Dan dia, Muhammad Fakhri Amri tersenyum. Lalu, menyapa aku dan abang aku.
"Faris, Farisya."
Faris senyum, dan dua makhluk ni berjabat tangan, "Kau lepak mana tadi, Am? Patuh betul pada arahan aku." Faris tengok jam di pergelangan tangan kirinya. "Cukup 20 minit."
"Ada je kat meja belakang tu." Fakhri pandang aku. Atas bawah. Dia senyum. "Lawa awek saya."
Aku dah jadi batu. Anak mata je yang aku mampu gerak. Terkebil-kebil. Sekejap mengerling pada abang aku, Faris, sekejap pada Fakhri. Dua makhluk Tuhan, yang kedua-duanya sengal ini hanya tersengih.
1678 pp
8 Oct 2023
12.06 t/hari
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro