Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 3 (new) - Macam-macam

"Muhammad Fakhri Amri bin Khairulnizam? Dah sihat?" Aku bertanya sebaik duduk di sofa yang bertentangan dengan budak intern bernama Fakhri ini. Kedudukan kami dipisahkan oleh sebuah meja kopi. Sangat tak selesa dan amat tak sesuai untuk aku brief budak ini dalam bilik tetamu. Nak duduk berdepan pun rasa segan sebab terlalu dekat kedudukannya. Kenapalah hari ini semua bilik latihan penuh?

"Ya, kak. Alhamdulillah," Dia membalas dengan senyuman yang terus kekal menghiasi wajah yang begitu elok dicipta oleh Allah.

Aku mengangguk sambil meneliti borang yang baru diisi oleh Fakhri. Sudah lengkap. Latar belakang keluarga juga diisi dengan baik. Tulisannya, sebagai seorang lelaki, padaku amat cantik. Kemas dan berseni. Macam tak sesuai dengan peribadi dia yang tak pandai jaga diri.

Pelajar Politeknik Pulau Pinang. Jurusan Mechanical Engineering. Berasal dan dilahirkan di Selangor. Anak ketiga daripada empat orang adik-beradik. Ada dua orang abang di atasnya dan seorang adik perempuan yang masih bersekolah rendah. Ibu, seorang akauntan di salah sebuah syarikat Telco. Manakala ayahnya, seorang businessman.

"Abang saya yang sulung tu dah kahwin. Yang nombor dua tu bujang tapi tak available. Yang nombor tiga tu bujang dan masih available. Ayah saya, lagilah tak available." Dengan bersahaja dia menjelaskan. Malas aku nak layan!

"Boleh bagi saya dokumen poli?"

Dia membuka bag-packnya, lalu mengeluarkan dua buah buku dan beberapa dokumen berupa surat-surat yang memang sepatutnya diserahkan padaku. Aku meneliti setiap satu.

"Yang mana saya kena tandatangan?" Aku bertanya.

"Yang ini, kak." Dia bukakan buku bersaiz A5. Di situ ada satu ruangan yang memerlukan aku mengisi nama, jawatan, tarikh dan tandatangan pengesahan penerimaan Muhammad Fakhri Amri sebagai pelajar internship.

Aku keluarkan stamp yang ada nama dan jawatan. Aku stamp di tempat yang sepatutnya, lalu menurunkan tandatangan sebaik maklumat diri selesai kutulis. Bila aku mengangkat muka, Fakhri sedang merenung sambil tersenyum.

"Saya dah baca panduan pengisian buku internship ini. Terserah pada awak dan supervisor bahagian untuk menetapkan bila masanya semua ni perlu diteliti dan ditandatangani. Sama ada secara mingguan atau bulanan. Saya punya bahagian, selang dua bulan pun okey. Dan, saya nak awak menulis laporan secara harian. Kalau ada masalah, boleh datang jumpa saya untuk lihat contoh pelajar intern sebelum ini.

Laporan yang awak kena submit, ada dua bentuk. Satu, dalam bentuk softcopy, dan satu lagi dalam bentuk physical. Printed. Untuk bayaran internship, awak akan menerima RM400 sebulan jika kehadiran awak penuh. Jika tidak, akan ditolak mengikut kiraan gaji hari. Tidak ada tolakan untuk PERKESO dan KWSP. Insurans, setahu saya, pihak politeknik ada sediakan. Saya akan berhubung dengan pensyarah awak jika ada sebarang insiden yang memerlukan tuntutan insurans. Tetapi, saya amat berharap tidak ada sebarang kecelakaan yang berlaku ke atas awak, sepanjang awak menjalani internship di syarikat kami.

Jika awak sakit, atau tidak sihat, satu-satunya benefits yang ada, adalah rawatan percuma di klinik dalam kilang. Tolong beritahu supervisor bahagian jika awak memerlukan rawatan. Mereka akan bawa awak berjumpa dengan saya atau mana-mana pegawai HR untuk urusan seterusnya. Setakat ini, ada apa-apa soalan?"

Semenjak tadi, sepanjang aku brief dia, dia hanya tersenyum sambil merenung muka aku. Aku balas balik renungan matanya tanpa goyah. Budak intern je, kot!

"Tak ada."

"Dah baca job spec kan?"

"Dah."

"Ada soalan?"

"Tak ada."

Aik! Macam pelik pula. Biasanya kalau aku bagi job spec yang sama kepada student intern engineering, macam-macam soalan keluar. Dengan budak seorang ni, tak ada pula. Pelik! Aku rasa tak puas hati. Betul ke dia baca? Dan, betul ke dia faham?

"Betul awak tak ada soalan tentang job spec tu? Tak rasa macam setiap proses yang awak kena lalui tu sama macam awak bekerja jadi operator? Sedangkan awak seorang pelajar kejuruteraan? Macam mana awak nak kaitkan proses kerja yang sama macam operator tu dengan subjek atau silibus kejuruteraan?" Aku memprovokasikan keadaan. Tak puas hati bila dia tak ada soalan tentang job spec yang biasanya menjadi pertikaian kebanyakan student intern enggineering yang masuk ke sini.

"Saya dah teliti job spec ni. Memang sama macam apa yang operator buat. Tapi, fikiran-fikiran terhadap proses kerja itu tak sepatutnya sama. Operator buat tanpa perlu berfikir. Dia orang just ikut SOP sahaja. Tetapi, engineer yang buat kerja yang sama, tak akan nak buat sahaja, kan? Kenalah guna otak, fikirkan sama ada proses itu ada impak pada keselamatan produk atau impak kepada keselamatan pengguna akhir. Kena fikir juga penambahbaikan agar proses jadi lebih mudah tanpa menurunkan kualiti produk."

Aku... terkesima. Budak ni... tetapi, cepat aku kaburkan wajah terkejut dan rasa kagum itu. Aku hanya mengangguk sebelum tiba-tiba kekaguman itu lenyap dengan ayat Fakhri yang seterusnya.

"Macam mana jawapan saya, kak? Impress tak?"

Masa ni rasa nak tepuk dahi. Rasa macam jawapan budak ni tadi diciduk entah daripada mana. Ayat copy paste je...

Aku menarik nafas. Sabar Lis, sabar. Budak ni memang macam ni. Hadam perangai dia. Jangan kau pun jadi sehwel sama. Jaga profesionalisme kau.

Aku tarik senyum, sinis.

"Kemas barang awak. Kita nak buat factory tour."

Cepat dia mengemas barang-barangnya. Dokumen dan buku-buku laporan internship dimasukkan ke dalam back-pack. Kasut yang dipakainya tadi dimasukkan ke dalam kotak safety shoes yang sudah kosong. Safety shoesnya elok terletak di kaki. Aku terus memerhati. Betul kata Fakhri. Pilihan aku untuk t-shirt dan safety shoesnya, tepat. Memang ngam teruk!

Aku perasan yang Fakhri ni selain seorang yang macam-macam, dia juga budak intern yang berani buat sesuatu hal itu ikut suka dia. Budak intern lain, hari pertama lapor diri, yang perempuan akan berbaju kurung, atau pakai blouse dan seluar formal atau skirt labuh. Yang lelaki akan berkemeja lengan panjang, berseluar slack. Ada yang siap bertali leher.

Tapi Fakhri...

"Kenapa hari pertama lapor diri pakai t-shirt putih round-neck dan jean? Tak pakai formal?" Aku bertanya sewaktu kami mula melalui koridor menuju ke dalam kawasan kilang yang menempatkan department lain.

"Tak boleh ke, kak? Kan nak kena ganti t-shirt juga. T-shirt kilang. Seluar pun, memang orang kilang tak kira engineer ke, opeator ke, pakai jean atau sempoi-sempoi je, kan? Bukan ke?"

Susah aku nak jawab soalan budak seorang ni. Memanglah akan tukar kepada uniform syarikat yang berupa t-shirt warna biru gelap dengan logo syarikat. Seluar, guna seluar sendiri. Tak kiralah seluar jean atau apa sahaja seluar panjang yang bersesuaian. Tapi, bukan satu yang common sense ke kalau hari pertama lapor diri kena nampak kemas? Pelik dengan pemikiran advance budak seorang ni.

"Emm... kat sini, boleh je. Tapi, kalau kat syarikat lain, memang kena halau. Saya pelik juga masa tengok awak cuma bert-shirt putih tanpa kolar dan berseluar jean. Nasib baik pakai kasut bertutup, bukan selipar Jepun. Kalau tak, saya dah halau balik."

"Eh, takkan sampai menghalau kak. Benda boleh bincang, kot. Kan akak memang nak bagi safety shoes. Benda kecil je. Jangan macam-macam, kak."

Dia 'macam-macam'kan aku. Suka hati dia je.

"Itu, kalau awak pakai selipar Jepun. Tapi, awak tak pakai, kan? Masih berakal nak buat perkara begitu."

Dia tersengih.

"Ini maintenance depatment. Selepas sebulan awak di bahagian production, awak akan ditukarkan ke bahagian ini pula." Aku menolak pintu maintenance department. Tak nampak pun technician yang ramai-ramai tu. Hanya ada Abang Khalil, senior technician yang sedang menyusun peralatan selepas sesuatu pekerjaan selesai..

"Assalamualaikum, bang," Aku menyapa. Yalah, masuk ke 'rumah orang', kan!

"Waalaikumsalam, Lis. Bawa orang baharu ke?"

"A'ah, bang. Budak intern. Fakhri namanya."

Tanpa dijangka, Fakhri bergerak ke depan, menghulur tangan bersalam dengan Abang Khalil. Siap pakej cium tangan lagi! Terkejut Abang Khalil. Cepat ditariknya tangan dia.

"Eh, sopan amat budak ni! Tangan abang kotor dan berbau, dik. Baru lepas buat kimpalan. Dah kenapa kau cium?" Abang Khalil tergelak.

Aku pun tergelak sama. Fakhri ni memang luar alam betul. Susah ditebak apa yang dia nak buat. Tapi, aku tersentuh juga dengan kesopanan dan kesusilaan Fakhri dalam menyantuni orang tua. Cuma dengan aku je, dia buat main-main!

"Tak apa, bang. Ambil berkat tangan yang mengimpal rezeki."

Ayat Fakhri membuatkan aku terdiam. Terus aku pandang dia tak berkelip. Budak ni...

"Yalah. Bila kau join department abang nanti, abang ajar kau mengimpal. Macam berjodoh kau dengan department abang ni."

"Insya-Allah, bang. Memang tak sabar nak masuk sini."

"Bulan ni, dia kat production bang. Bulan selepas tu saya hantar dia ke sini," Aku mencelah.

"Okey, abang tunggu."

"Minta diri dulu, bang. Tak habis tawaf kilang lagi ni." Aku terpaksa minta diri. Mengejar masa yang berbaki tak banyak. Ada discussion pula dengan Cik Sheery selepas ini.

Abang Khalil angkat tangan. Aku dan Fakhri bergerak keluar. Sampai di luar pintu, dia berhenti. Automatik, aku pun berhenti sama. Dia memandang aku.

"Dah kenapa?" Pelik pula dengan sikap Fakhri yang selalu tiba-tiba.

"Umur akak berapa?"

Sumpah aku terkejut dapat soalan tentang umur daripada budak intern yang baru pertama kali lapor diri! Dah kenapa tiba-tiba tanya umur aku? Aku ni baik sangat ke sampai dia berani tanya soalan macam tu? Dah kenapa nak tahu umur aku?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro

Tags: #budakintern