Bab 28 - Biar betul!
Aku ceritakan pada Meena yang aku bersetuju untuk keluar dengan Fakhri pada hari Sabtu ini.
"Kau biar betul, Lis! Setahu aku, kau tak pernahlah nak terima mana-mana ajakan lelaki untuk keluar berdua. Dengan Mohammad tu pun berkali-kali kawan tu ushar, tak pernah dapat. Ilmu apa adik kau ni pakai sampai manusia keras jiwa macam kau boleh cair?"
Aku tergelak dengan riak dan respons Meena. Sakit perut aku, ketawa.
"Betullah. Aku keluar bukan pergi dating. Mohammad dulu, ajak dating. Dengan Fakhri, tak."
"Apa maksud kau, tak?"
"Aku anggap dia adik je, Na."
"Tapi kau tahu kan, dia anggap kau apa? Kau tak rasa ke kau macam bagi dia harapan? Lepas tu... kau akan lepaskan. Macam yang kau pernah buat pada Mohammad. Kau layan dia kat telefon, kau ambil berat tentang dia... lepas tu bila kawan tu nak declare, kau reject. Kau tak takut kena santau ke? Aku yang risau kat kau, tau!"
Aku terdiam.
"Na... aku... aku tak pernah bagi harapan pada sesiapa. Masa aku kawan dengan Mohammad, aku memang anggap dia kawan. Aku tak pernah cakap yang aku suka atau sayang kat dia. Tak pernah pun bagi hint macam tu. Dan... aku tak pernah pun memulakan panggilan kecuali kalau berkait hal kerja. Dia yang call aku. Minta aku berbual dengan dia. Dan... perbualan kami berkisar hal kerja dan hal semasa. Hal agama. Dia pun aware, Na. Aku, awal-awal dah cakap dengan dia jangan salah faham. Dan, dia kata faham. Dia tak mengharap. Tapi bila dah lama, tak sangka dia meluah perasaan. Salah aku ke, Na?"
Meena mengeluh, "Habis dengan Fakhri ni macam mana pula? Kenapa kau terima? Kau tak takut dia jadi macam Mohammad?"
"Aku nak bantu dia dalam pelajaran dia. Dia dah berubah. Dah mula nak fokus pada pelajaran. Dah ada matlamat untuk dicapai. Tentang perasaan dia pada aku, aku rasa dia cuma keliru. Insya-Allah, suatu hari nanti dia akan lupakan aku. Dan, aku percaya... dia akan jumpa seseorang yang sebenarnya dia cinta. Bukan aku."
"Jadi sekarang ni, kau layankan saja kerenah dia?"
Aku mengangguk.
"Kau tak takut?"
"Takut? Eh, nak takut apa? Takut kena santau? Atau, takut kena serang dengan kawan-kawan gengster dia? Itu ke maksud kau?"
"Tak, tak. Aku tahu benda macam tu boleh dielakkan. Dan, dia pun tak akan buat macam tu pada kau. Budak tu walaupun macam-macam, tak akan sanggup santau apatah lagi cederakan kau. Habis-habis, dia patah hati dan menjauhkan diri je."
"Habis tu... apa maksud kau yang aku 'tak takut ke'?"
"Tak takut kalau kau sendiri yang jatuh cinta kat dia bila kau dah mula buka ruang untuk dia mendekati kau? Tak takut? Lepas tu, kau yang merana. Kau tu dahlah tak pernah jatuh cinta. Kalau jatuh pada yang satu ni, lepas tu tak jadi... sakitnya entahlah... macam kena tikam berkali-kali agaknya. Itu yang aku maksudkan. Aku cuma kasihan kat kau je..."
"Eh, taklah. Aku anggap dia adik je." Dan, lepas aku cakap macam tu, hati aku berdebar kuat.
"Yakin je kau ni. Dahlah... apa-apa, update aku. Hati-hati-hati."
Aku senyum, "Aku sayang kau, Na!"
"Yalah, hari ni cakap, 'Aku sayang kau, Na'. Esok, 'Na, aku sayang Fakhri'," Meena mencebik.
"Ish, mulut kau!"
"Aku ingatkan je, Lis. Hati kita bukan milik kita. Kalau kau dah niat macam tu, baik kau berdoa pada Allah banyak-banyak biar kuatkan iman di hati kau. Jangan tergelincir pada dia yang kau anggap 'adik'."
Aku menghela nafas. Sebenarnya, apa yang Meena cakap ada betulnya. Aku takut kalau Allah balikkan hati aku. Takut kalau aku tergelincir rasa pada budak seorang tu. Tapi, aku memang pasti yang aku tak akan bercinta dengan budak bawah umur. Beza setahun pun aku tak sanggup.
***
Malam itu, Fakhri menelefon.
"Esok saya jemput awak."
"Eh, tak payah. Kita pergi asing-asing. Jumpa kat mall."
"Please. Masa saya singkat. Kalau naik satu kereta, kan senang. Boleh panjang sikit berbual."
"Emmm... bagi saya fikir. Nanti saya WhatsApp."
"Tak, tak. Tak boleh fikir. Naik dengan saya je."
"Boleh tak jangan tunjuk gengster dengan saya?"
"Oh, nak tunjuk sweet ke?" Dia gelak.
"Dah, jangan nak mengarut. Saya cancel nanti."
"Aaa... jangan cari fasal. Kata orang gengster. Dia tu lagi gengster. Main cantas macam tu je."
"Tentulah. Ini pendirian saya. Kalau betul nak keluar, kita naik kereta masing-masing, jumpa kat sana. Muktamad."
"Yalah, yalah. Ambiklah... saya lebih tua. Kena mengalah. Jumpa esok. Dah, pergi tidur awal."
Eh?
Aku bagi salam dan putuskan talian. Malas betul nak iron tudung. Esok, aku ingat nak pakai jean je. Tapi, teringat kata-kata dia masa kat hospital dulu. Tak apalah. Pakai loose jean hitam dan t-shirt labuh warna baby blue, okey kot. Loose jean hitam tak nampak sangat bentuk kaki. Okey, cantik!
Aku capai novel penyiasatan. Membaca sebelum tidur. Itu habits. Kalau tak, aku susah nak lelap.
***
Kami berjanji jumpa di Starbuck MyTOWN, KL dalam pukul 11 sebab target nak lunch terus. Aku keluar rumah dalam pukul 9.30 pagi. ETA (estimate time arrival) dalam pukul 10.20 macam tu. Masa aku dalam perjalanan, Fakhri telefon. Aku dah siap-siap pakai earphone.
"Ya?"
"Kalau dah masuk parking, telefon saya."
"Fakhri dah sampai, ke?"
"Lagi 10 minit."
"Okey."
Sebaik masuk petak parkir, aku share location dengan Fakhri. Tak sampai lima minit, kereta dia masuk ke petak sebelah kereta aku. Dia sampai awal sebenarnya. Tapi sebab nak parkir sebelah menyebelah, dia tunggu aku sampai dan datang ke tempat parkir aku.
Dan... sekali lagi. Pakaian kami, hampir sama. Biru dan hitam. Dia pakai t-shirt hitam kosong, round-neck dengan jean biru. Siap dengan cermin mata hitam!
Terbalik dengan aku yang berbaju biru berseluar hitam. Aku pakai cermin mata biasa sebab aku seorang yang rabun.
Dia tersenyum. Menunggu aku keluar. Tengok baju kami yang macam satu tema, aku dah rasa berat nak keluar daripada kereta. Rasa nak balik rumah, salin baju warna lain!
Dia ketuk cermin kereta. Aku paksa diri melangkah keluar. Aku nampak bertambah lebar senyuman dia. Dia perasan yang baju kami sama tema.
Dia bawa back-pack hitam. Aku tahu dalam tu ada laptop. Sama juga dengan aku.
"Jom!"
Aku tarik nafas dalam-dalam, dan melangkah di sebelah dia. Masa ni, aku dah mula rasa lain. Kata-kata Meena dan ketakutan terhadap tergelincirnya pendirian tentang hal-hal hati mula meresapi. Tak, tak. Dia, adik. Aku, kakak. Perasaan dia hanyalah kekeliruan. Perasaan aku... tak pernah wujud untuk seorang yang berpangkat adik.
Dia yang buat order. Dia yang bayar. Kami fokus pada tujuan memilih course untuk dia. Memang betul fokus. Tak melencong. Hanya selepas dia dah pilih beberapa course, barulah kami berhenti untuk makan. Dia order beberapa puff dan kek. Untuk air, kami sama-sama pilih air mineral sejuk.
"Okey, no more discussion tentang kerja atau pelajaran tau, awak."
Dia ni memang suka buat syarat. Layankan sahajalah.
"Nak tanya, boleh?"
Aku yang sedang minum, terus mendongak.
"Memang selalu belanja budak intern ke, lepas dia orang selesaikan report?"
Aku angguk. Memang pun! Dan, aku guna duit aku. Bukan guna duit syarikat. Belanja kat kafe syarikat je, bukan kat luar.
"Patut pun macam tak kisah orang pandang. Dah biasa rupanya. Emmm... baru nak rasa special. Tapi, kenapa masa Saifullah dulu, saya tak nampak?"
"Oh, dengan dia, kami makan kat luar."
Dia yang sedang meneguk mineral water, terus tersedak. Cepat-cepat aku hulurkan tisu.
"Awak keluar berdua dengan dia?"
"Tak. Keluar bertiga. Dengan Cik Sherry. Cik Sherry yang belanja."
"Oh..." Dia senyum. Dia lap pinggir bibir yang ada lelehan air mineral.
"Emm... saya nak tanya Fakhri, boleh?"
Dia senyum. Betul punya senyum sampai lesung pipit di dua pipinya jadi begitu dalam.
"Kenapa masa hari Selasa tu Fakhri tak datang untuk present depan Kak Meena? Apa yang jadi sebenarnya? Atau, saja je buat hal sebab saya tiba-tiba tak ada?"
Wajahnya berubah riak.
"Betul ke Encik Fuad aturkan awak ke Langkawi tiba-tiba? Atau, memang dah tahu awal?"
"Betul. Kenapa? Ingat saya tipu ke?"
"Kotlah awak memang nak elak daripada jumpa saya. Berdua. Kan kita gaduh sebelum tu?"
Berkerut dahi aku, "Gaduh?"
"Eleee... tak ingat ke pura-pura tak ingat?" Dia senyum.
"Oh, yang ada orang tu tak kasi kita jawab call Mohammad. Lepas tu cabar kita letak. Bila kita letak, esoknya orang tu buat hal. Tiba-tiba datang walaupun MC panjang lagi. Lepas tu, orang tanya elok-elok khabar dia, dia buat dek je. Rasa macam cakap dengan dinding. Sakit hati betul!"
Dia gelak.
"Sorry... saja je cari fasal..."
"Suka kan tengok orang pening fasal dia..."
Muka dia sedikit keruh. Dia menunduk. Aku ada salah cakap ke?
"Fakhri..."
Dia mendongak. Tersenyum. Senyuman yang macam dibuat-buat.
"Okey tak sebenarnya masa datang kerja hari tu? Kenapa tak teruskan MC?"
"Risau ke?"
"Eh, tentulah! Kecederaan Fakhri tu serious. Kesan kecederaan lama juga. Mana tak risau."
"Terima kasih..."
Dah kenapa tiba-tiba dia jadi sentimental pula ni! Aku diam dan merenung dia, lama.
"Farisya... nak tahu tak siapa yang hantar saya ke hospital masa hari tu?"
Terus aku angguk, laju.
Dia senyum, "Ayah yang hantar saya..."
Terkejut aku, "Ayah Fakhri?"
Dia angguk.
"Farisya tahu ayah saya tu siapa?"
Aku geleng.
"Dia pernah jadi gengster juga. Kiranya, dia senior saya. Selama ni, dia 'pasang kaki' untuk ikut pergerakan saya. Saya tak tahu pun. Masa saya kena belasah, 'kaki ayah' yang call ayah dan bagi tahu keadaan saya. Ayah terus datang dan bawa saya ke hospital. Dia tahu setiap keadaan saya."
"Dia sayang Fakhri. Dia jaga dari jauh."
Fakhri angguk.
"Saya nak berubah. Saya tak nak main-main lagi. Rugi rasanya masa SPM hari tu saya main-main hanya sebab nak memberontak dengan parents saya. Kalau tak, tentu saya dah boleh terus pendekkan masa belajar. Boleh ambil degree dan tentu awak tak pandang saya sebagai budak-budak, kan?"
Eh, ke situ pulak pusingnya. Tetap juga budak-budak. Masih bawah umur aku.
"Emm... bahasa Inggeris Fakhri sangat baik. Presentation slide tu... buat sendiri ke?"
Dia angguk. "Banyak je tools untuk buat slide yang cantik kat internet tu
Search je dan bayar. Yang free tak cantik. "
Aku pula mengangguk. Dia bijak. Dia kreatif. Dia tahu mana nak cari sources untuk setiap satu perkara. Dan, dia berduit.
"Cepat betul Fakhri buat. Tak sangka."
Dia senyum. Suka agaknya aku impress dengan kerja-kerja dia, "Saya tak tidur siapkan semua tu. Tak keluar malam. Off handphone segalanya. Sebab tu, masa Farisya kat Langkawi, lepas saya luahkan rasa tak puas hati, saya terus off handphone. Saya fokus pada slide bahasa Inggeris. Saya geram dengan Farisya yang anggap saya macam budak-budak. Ingat saya tak boleh buat lebih baik daripada Saifullah, ke?"
Aku gelak. Sebab cemburu, dia berusaha untuk jadi yang terbaik.
"Tapi, saya puas hati dengan usaha saya. Berbaloi. Dan, thanks! Sebab sudi keluar dengan saya."
"Sama-sama."
Masa tu, aku terpandang di jari dia ada cincin warna silver. Teringat yang dia kata dia gengster. Adakah cincin tu sebagai senjata? Tapi, cincin tu tak ada mata macam yang The A Team punya.
"Cincin tu untuk apa?" Aku bertanya.
"Tak ada untuk apa-apa. Saja pakai. Nak?"
"Eh, tak naklah."
Dia buka cincin di jari tengah dia, "Nah, cuba pakai."
"Nak buat apa?"
"Ala... cuba je lah."
Aku ambil dan sarung ke jari aku. Longgar. Tak satu pun yang kena.
"Jari saiz berapa ni. Kecil ya amat! Macam jari budak sekolah rendah."
Dia kutuk aku!
Aku buka balik cincin dia. Aku pulangkan.
"Tak nak simpan?"
"Tak nak."
"Oh, nak yang emas, eh? Cincin belah rotan?" Dia ketawa.
Aku mencebik, "Saya tak suka pakai cincin. Rimas."
"Patut jari tu kosong." Dia pandang jari aku, lama.
Terus aku sorokkan tangan aku ke bawah meja.
Dia ketawa.
1890 pp
16 Sep 2023
11.00 malam
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro