Bab 21 - Percaya
Perkara paling sukar adalah berhadapan dengan tertuduh yang kau kenal. Di antara pertimbangan fakta, akal dan perasaan memang tak boleh hendak diseimbangkan. Lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan maruah seseorang. Kepercayaan itu ibarat kabus. Wujud. Terpandang. Tetapi sukar digenggam.
Selepas aku berhadapan dengan gadis yang membuat laporan, aku termenung panjang di dalam bilik kaunseling. Aku baca setiap catatan gadis itu. Aku baca pula catatan yang aku buat. Kes sexual harrassment memang sukar dibuktikan. Banyak pertimbangan kiri dan kanan.
Sewaktu aku menghadiri kursus Sexual Harrassment: Code of Conduct, terlalu banyak kes yang sukar dibuktikan. Tertuduh terlepas. Tetapi, ada pula kes yang melibatkan tuduhan palsu, si tertuduh terperangkap. Kebanyakan kes contoh adalah di luar negara.
Ada dua kes melibatkan situasi yang sama, bos dan setiausaha sebuah bank ternama, tetapi keputusan mahkamahnya berbeza. Kerana, daerah atau kawasan berlakunya kes itu berbeza. Satu kes sabit kesalahan dan satu kes lagi dilepaskan. Kes yang berlaku di bandar, pelakunya terlepas. Yang berlaku di daerah terpencil, dijatuhkan hukuman bersalah.
Menurut hakim, keputusan itu mengambil kira keadaan masyarakat tempat mereka tinggal. Kes di daerah terpencil lebih mudah tersebar dan akan memberi impak emosi yang bukan calang-calang. Sekiranya tertuduh tidak dikenakan tindakan, berkemungkinan besar, wanita yang terlibat akan berhadapan dengan kecaman masyarakat setempat. Dia mungkin akan membunuh diri.
Aku tersentak apabila Meena menelefon.
"Ya, Na?"
"Kau dah selesai dengan budak perempuan tu, ke?"
"Dah."
"Nak aku panggilkan Mohammad?"
"Emmm... bolehlah."
"Kau... okey ke? Nak aku minta tolong Encik Fuad atau Encik B, handle kes Mohammad ni ke?"
"Insya-Allah, aku okey."
"Okey, aku panggil sekarang. Kalau perlukan aku, call je."
"Thanks, Na."
Sebaik panggilan diputuskan, aku kembali meneliti setiap satu catatan aku. Melihat dari setiap sudut dan mula memikirkan soalan-soalan untuk Mohammad.
Ketukan di pintu buat aku menoleh, "Ya, masuk."
Mohammad terus duduk di hadapan aku selepas pintu dirapatkan. Bilik ini, sebahagian dindingnya, transparent. Tetapi, ditinted dengan dua lapisan putih. Tidak boleh nampak jelas wajah orang di dalamnya. Tetapi, masih boleh dilihat apa yang manusia di dalam bilik ini lakukan.
"Assalamualaikum." Aku cuba senyum. Walaupun terasa palsu sangat. Aku tak tahu apa perasaan aku. Kecewa? Sebab dia selalu kata yang dia tak boleh dan tak akan jatuh pada perempuan lain walaupun aku tak pernah membuka peluang untuk perasaannya bertandang? Atau, rasa semacam lega kerana topeng wajah Mohammad yang sebenar ditunjuk Tuhan? Tetapi, dia masih belum disahkan bersalah. Bagaimana boleh aku katakan Mohammad memakai topeng penipuan?
"Waalaikumsalam." Wajahnya tegang. Tidak langsung ada garis senyum. Pandangannya tajam. Menikam tepat ke anak mata aku.
"Awak tahu kenapa awak kena datang ke bilik ini, kan?"
Dia diam. Sepatah kata pun dia tak balas. Dia hanya merenung ke dalam anak mata aku.
"Baiklah. Saya anggap awak tahu. Ada apa-apa yang awak nak cakap atau jelaskan?"
"Tak ada."
Aku tersentak. Aku pejam mata. Menarik nafas dalam-dalam dan membuka semula mata. Kali ini, aku tolak segala notepad dan pen ke tepi.
"Mohammad. Kalau awak tak nak cakap apa-apa, kes ini dianggap valid dan akan dibicarakan. Sekurang-kurangnya awak defends diri awak. Kalau boleh selesai tanpa pihak HR buat DI (Domestic Inquiry), itu lebih baik."
"Awak percaya ke, kalau saya cakap saya tak buat?"
"Saya..."
"Awak nak cakap yang awak akan kaji dulu dan buat laporan. Berbincang dengan Encik Fuad dan manager lain. Begitu?"
Aku mengangguk.
"Saya hanya tanya tentang awak. Kepercayaan awak."
"Boleh tak jangan sulitkan kerja saya?"
"Kalau itu yang awak nak, baiklah. Tulis je yang saya mengaku. Proceed dengan hukuman. Mudah."
"Mohammad, saya... saya kenal awak. Sejak mula masuk kerja, saya tahu awak nakal, tapi awak tak jahat. Dan, nakal awak tak sampai kepada hal-hal begini. Gurau awak masih..." Aku tak jadi nak teruskan cakap bila dia menarik senyum.
"Awak masih percayakan saya. Tetapi, awak masih nak dengar penjelasan saya. Apa yang awak nak dengar sebenarnya, Lis? Kenapa kalau dengan Fakhri, segalanya mudah untuk awak terima. Kenapa dengan saya begitu susah? Kenapa saya perlu melalui pelbagai soalan dan keraguan yang memerlukan penjelasan, tetapi dengan Fakhri, dia cakap main-main pun awak terus tutup kes? Saya dah lama tak kacau awak, Lis. Tetapi, sejak budak intern seorang tu muncul, saya tak boleh bertenang. Dengan orang lain, saya tutup mata. Tetapi, saya tak boleh terima kalau saya kalah dengan seorang budak intern."
Aku tak faham. Kenapa budak intern seorang ini yang disebut-sebut Mohammad.
"Fakhri tak ada kaitan dengan kes awak, Mohammad. Boleh tak kita fokuskan pada kes ini?"
Dia senyum. Sinis.
"Cara sebut nama pun, dah buat saya cemburu. 'Fakhri'. Awak tak sebut 'dia'."
"Mohammad..."
"Saya tak ada mood nak cerita sekarang. Kalau awak rasa nak tahu tentang aduan budak perempuan seorang ni dan apa kes sampai dia perangkap saya, kita bercerita malam nanti. Bukannya di antara pegawai ER dan pekerja, tetapi di antara saya dan awak. Kawan lama." Dia terus bangun dan meninggalkan bilik kaunseling.
Aku tersandar sambil memejamkan mata. Kenapalah dua manusia ini saling terkait dan saling mengait? Dan, kenapalah Mohammad buat perangai sejak ada Fakhri? Setahun dia dingin dengan aku. Menyepi. Tak kacau. Tak telefon. Tak membenci... tetapi kerana seorang budak intern bernama Fakhri, sikap Mohammad menjadi-jadi. Sama naik dengan Fakhri.
Ya Allah, kenapalah aku boleh terjebak dengan manusia dua orang ni? Dahlah dua-dua ahli kongsi. Kemerepekan apakah ini? Aku pun tak pasti sama ada dua manusia ini betul ke ahli kongsi? Dan, ahli kongsi tu kerjanya apa? Sama macam dalam cerita-cerita wayang tu ke? Bergaduh rebut kawasan. Belasah orang sebab nak back-up kawan, sedangkan asalnya itu urusan di antara dua orang. Tiba-tiba jadi urusan berkumpulan. Begitukah?
"Lis?" Meena masuk dan duduk depan aku. "Kau okey, tak?"
"Siapa jaga department? Kenapa kau ada kat sini?"
"Mohammad suruh aku tengokkan kau."
Aku melepas keluh, "Dahlah, jom masuk office. Aku nak simpan semua dokumen ni."
"Jom, aku tolong. Kau macam tak okey. Nanti, cerita tau!" Meena tolong aku kemas dokumen yang aku pun dah tak tahu susunannya macam mana. Dia peluk lengan aku, bawa aku keluar dari bilik kaunseling. Macamlah aku tak boleh jalan sendiri!
"Kita pergi café ya lepas ni? Kita makan, minum... relaks-relaks je."
Aku senyum pada Meena, "Baik, ibu."
"Aku sayang kau. Janganlah stres-stres. Bukan ada sesiapa nak jaga, nak tengok-tengokkan kau kalau apa-apa jadi kat rumah tu. Aku risau tau!"
"Insya-Allah, aku boleh jaga diri sendiri. Kau bukan kenal aku sehari dua, Na. Orang single ni selalu independent. Boleh je tahan segala macam burden."
"Yalah. Harap macam itulah. Kalau apa-apa jadi kat kau, susah aku nak jawab dengan orang tua kau. Jangan salahkan aku kalau tiba-tiba, aku carikan kau jodoh. Kawan-kawan suami aku tu pun, ramai je yang single."
"Jangan cari fasal, Na!"
Meena ketawa. Dia tahu cara nak ugut aku agar kuat. Tak mudah patah."
***
Malam itu, selepas isyak, telefon aku menyala.
Fakhri.
Aku tak rasa nak jawab. Tetapi, aku nak tahu keadaan dirinya selepas keluar dari hospital. Makan apa dia. Fakhrul ada ke kat rumah jaga dia. Ada ke dia siapkan report intern dia. Dia keluar malam tak. Ibu ayah dia ada tengok keadaan dia, tak... terlalu banyak yang berlegar di fikiran yang terkait hal Fakhri. Jadi, aku angkat panggilannya.
"Kak... solat ke? Kenapa lambat jawab?"
Inilah Muhammad Fakhri Amri. Kalau tak tanya soalan macam ni, memang bukan dia. Kalau tak buat suara mengada, pun memang bukan dia.
"Tak lambat mana pun, kan? Akak bukan 24 jam menghadap telefon."
"Okey... tak apa. Asalkan akak jawab. Tapi, akak okey tak? Something is bothering you. Tell me."
"Tak ada apa. Hal kerja. Biasalah."
"Kes Mohammad?"
Aku melepas keluh. Dia ni... semua benda dia tahu. Tak masuk kilang pun, mata dan telinga tertinggal merata.
"Hmmm..."
"Akak berdua dengan dia dalam bilik kaunseling?"
"Ya. Macam biasalah kalau akak buat kaunseling. Dengan Fakhri hari tu pun sama, kan?"
"Kenapa akak yang kena buat? Kak Meena ke, Encik Fuad ke... tak boleh buat?"
"Dah kenapa dia orang yang nak kena buat? Ini memang kerja akak. Awak ni suka tanya soalan pelik-pelik. Dan, akak nak tanya. Sejauh mana Fakhri tahu kes Mohammad? Kes ni confidential tau. Macam mana Fakhri yang tengah MC, yang baru empat bulan di syarikat, yang hanya seorang budak intern, tahu macam-macam? Jawab soalan akak dengan jujur."
"Saya tak tahu kes lain. Tak kira confidential atau tidak. Saya hanya tahu kes yang melibatkan akak. Selagi kes itu beri impak pada akak, saya akan tahu."
"Macam mana?"
"Rahsia. Confidential. Saya dah kata, yang saya ada mata dalam tu. Kalau akak nak tahu, setiap organisasi akan ada ahli kongsi. Kalau tak ada, akan ditarik untuk jadi jika ada keperluan. Bukan saya dengan Mohammad je."
"So, tell me. Are you one of the kapla Melayu yang bagi kata dua pada si abang Muthusamy tu?"
Dia gelak berdekah.
Aku dah rasa nak lempang je dia ni. Aku serius. Dia bantai ketawa. Aku diam. Aku betul tengah bengang.
"Kak..." Dia mula buat suara berbisik. "Marah, eh?"
Baru aku nak jawab, ada panggilan lain masuk. Mohammad.
"Ada call masuk." Aku bagi tahu pada Fakhri. Marah aku hilang tiba-tiba. Memang aku tunggu panggilan Mohammad. Persoalan dia lebih besar berbanding persoalan Fakhri. Ini melibatkan kerja aku.
"Mohammad?" Sinis suara Fakhri.
"Ya. Akak kena jawab. Ada kaitan dengan kerja."
"Kalau saya tak bagi?"
"Akak letak je."
"Buatlah."
Jangan cabar. Aku terus putuskan talian. Tak ada basa-basi. Dan, aku jawab panggilan Mohammad.
***
Bab ni kita tulis kelam-kabut tau! So, kalau ada silap, tegur je. Nanti kita betulkan. Kita tak sempat semak. Terkejar dengan deadline edit karya orang. Selit-selit je tulis cerita ni.
1542 pp
04 Sep 2023
19.11 malam.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro