Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 20 - Tertuduh

"Lis, gengster semalam datang lagi."

Aku hampir ketawa mendengar suara Pak Cik Raymond. Ayat pak cik tu... kot didengar dek abang budak tu, tak ke naya? Cuba kata, "Lis, abang Muthusamy tu datang lagi." Tak perlulah kata 'gengster' .

"Oh, abang Si Muthusamy tu datang lagi!" sengaja aku sebut begitu. So,  tak payah nak explain pada Meena nanti, aku nak ke mana.

Dan, riak wajah Meena terus berubah.

"Dia nak jumpa Lis."

"Okey, pak cik. Sekejap ya, saya keluar." Aku letak telefon.

"Kau nak pergi juga?" Meena bertanya, risau.

"Masalah, kalau tak berdepan, akan membesar. Aku kena jumpa dia. Oh, lupa nak cerita pada kau. Yang mat-mat motor semalam tu, bukan dia ni yang hantar. Tapi, adik aku. Fakhri!"

Meena melopong. Tapi, belum sempat dia bertanya atau bagi komen apa, cepat-cepat aku keluar. Panjang pula ceritanya nanti. Marah pula abang Si Muthusamy ni... Dan, aku boleh agak apa yang Meena nak cakap nanti.

Sampai di hadapan security, aku buat muka biasa. Acah tak berdebar. Abang Si Muthusamy ni senyum pada aku. Entah kenapa, aku nampak muka gengster dia dah tak ada. Hanya wajah suci seorang manusia. Abang kepada seseorang.

"Pagi, cik."

"Pagi." Eh? Dah kenapa? Mana ke'gengsteran' dia?

"Cik, tentang semalam, saya minta maaf." Fasih sungguh bahasa Melayu dia. Sangat tersusun dan begitu formal, ya!

Aku tak balas apa. Aku nak biar dia jelaskan sendiri. Aku tengah musykil ni apa yang sedang terjadi.

"Saya dah tanya pada adik saya. Dia okey. Dia sihat. Dia tak kena pukul. Dan, cik pun ada tenangkan dia. Saya salah sebab ugut cik."

"Sekejap. Semalam, saya dah jelaskan pada awak. Adik awak pun jelaskan perkara yang sama. Kata yang saya tak buat apa-apa pada dia. Tapi, kenapa semalam awak tak percaya dan hari ini, awak tiba-tiba percaya?" Aku memang tak pernah berdamai dengan curiosity aku walaupun aku tahu ia boleh membunuh!

"Cik, saya baru tahu yang cik ni... sister kongsi Melayu. Saya tak mahu gaduh. Saya minta maaf."

Eh? Sejak bila?

"Apa awak cakap ni?"

"Tolong cik, kita habis kat sini. Bahaya kalau kumpulan saya kena serang. Nanti, orang tak bersalah pun akan cedera."

"Sister kongsi apa ni? Saya tak faham."

"Tak apa, cik. Memang identiti semua ahli kongsi rahsia. Tapi, cik tolong maafkan saya. Saya tak mahu ramai budak saya cedera. Saya juga tak mahu Melayu sama India bergaduh."

"Siapa yang kata nak serang awak?"

"Itu dua kapla kongsi Melayu. Line lain-lain. Tapi, dua-dua bagi red light yang sama. Dua-dua tak bagi touch cik."

"Dua?"

"Cik tahu. Saya tahu cik tahu. Saya minta diri, cik. Sekarang pun ada kaki dua orang tu sedang perhati dan follow saya. Nanti cik bagi tahu dua orang tu, saya tak kacau cik lagi. Gerak dulu, cik."

"Hmmm... okey."

Dia terus beredar. Aku perhatikan dia. Dalam dia bergerak, dia memandang sekitar. Aku nampak dia mengangguk pada barisan kereta di sebelah kanan, dan mengangkat ibu jari pada kereta yang terparkir di hadapan, di sudut kiri. Aku tak nampak sesiapa. Mungkin 'mereka' ada di dalam kereta. Tapi, siapa 'mereka' yang digelar oleh abang Si Muthusamy ni sebagai dua kapla Melayu?

"Lis..." Pak Cik Raymond, menegur bila dilihatnya aku terjengah-jengah ke luar pagar.

"Ya, pak cik."

"Balik semalam, okey?"

"Okey, pak cik. Smooth!" Aku gelak. Sedangkan, Pak Cik Raymond tak tahu hati aku menggeletar hebat sewaktu diikuti oleh mat-mat motor. Kerja si adik seorang tu. Sakit pun, sibuk nak jaga orang!

"Fakhri jaga, eh?"

Terus aku menoleh pada Pak Cik Raymond. Terkejut aku. Macam mana...

Pak Cik Raymond sengih.

Dan, aku rasa... aku ada jawapan kepada persoalan semalam yang hanya dijawab separa betul oleh Fakhri. Pak Cik Raymond salah satu 'mata' Fakhri di kilang ini. Yang lain, aku tak boleh nak agak sangat. Tapi, yang seorang ini obvious!

Masuk ke dalam pejabat, Meena tak sempat-sempat nak tahu cerita.

"Lis... kau kena cerita pada aku. Fakhri tu siapa?"

Aku dah berkerut muka. Eh, takkanlah aku nak cerita pada Meena yang Fakhri tu mengaku dia ahli kongsi gelap. Aku sendiri pun tak percaya, dan kalau aku percaya pun, Meena tak perlulah nak percaya sama. Tak perlu tahu, pun!

"Apa maksud kau dengan 'Fakhri tu siapa'?" Aku buat-buat tak faham soalan Meena.

"Dia dengan kau tu, betul ke adik-kakak? Ke... korang bercinta? Macam kau dengan Mohammad dulu?"

"Excume me, ibu! Aku dan Mohammad tak pernah bercinta, okey! Kawan sahaja. Tak pernah declare apa-apa."

"Okey, okey... yang itu tak. Tapi, yang ini? Lain macam gayanya. Kau cerita kat dia ke yang kau kena ugut? Sampai hantar rombongan pengiring bermotosikal. Class amat, kawan aku kena iring-iring pulang! "

"Class apa bendanya mak cik kalau aku macam nak mati ketakutan? Dan...  aku tak adanya nak kongsikan urusan kerja aku dengan dia. Tak sempat pun nak fikirkan dia waktu aku tengah kalut dengan kes yang tiba-tiba tu! Dan, kalau ya pun aku nak mengadu bagai, bukan pada dia. Aku anggap dia tu budak je. Apa je dia boleh buat kalau aku cerita pada dia?"

"Halluuuu, Cik Farisya Mellisa! Apa dia boleh buat? Semalam tu adalah apa yang dia boleh buat. Dia boleh arahkan orang seramai itu ikut telunjuk dia. Buat orang-orang tu spend masa untuk iring kau! Kau ingat, semua orang boleh arahkan orang suka-suka hati macam tu kalau dia bukan siapa-siapa?"

"Alaa... dia bayar kot. Kan aku pernah cakap yang dia anak orang kaya!"

"Kalau dia main duit. Kalau tak?"

"Tak payahlah nak pening. Lantaklah dia."

"Hebat betul cara dia jaga kau! Mohammad pun tak jaga macam tu. Kalau dia, mungkin dia sorang je kot follow kau. Adik kau, sampai segerombolan. Bukan kaleng-kaleng itu budak. Ada power!"

"Sudahlah Meena. Tak payah nak mengarut. Aku ada kes nak kena handle ni."

"Kes apa pula?"

"Sexual harassment."

"Siapa punya kes?"

"Tak pasti lagi. Tapi, yang kena tuduh ni, orang dari jabatan maintenance."

"Siapa failkan kes?"

"Production. Emm... muda lagi orangnya. Bujang. Aku tak pasti yang mana satu."

"So, pagi ni kau nak panggil mangsa dulu ke, yang tertuduh dulu?"

"Mangsalah, kot."

"Hmmm... okey."

"Aku gerak dulu ke bilik kaunseling. Kau, stand-by kalau aku perlukan apa-apa maklumat pekerjaannya yang lain."

"Yalah, Lis sayang. Eh, jap! Encik Fuad kata, petang ni kau kena attend meeting dengan dia kat balai polis. Kes hari tu. Dia pesan lagi, kalau kau ada schedule, tolong settlekan awal atau postpone esok."

"Laa... kenapa jadual aku yang kena re-arrange? Encik B tak boleh ikut dia ke balai ke?"

Meena angkat bahu.

Nampaknya, aku kena cramp kan job aku pagi ni. Mangsa, pukul 9 hingga 11. Tertuduh, 11.30 hingga 1.30 petang. Lepas zuhur, aku ikut Encik Fuad ke balai polis.

Masuk ke bilik kaunseling, pekerja wanita muda itu sudah menunggu aku. Aku senyum dan bagi salam. Cantik. Pada mata perempuan akulah.

"Dah tulis laporan?" Memang sebelum setiap sesi, aku minta supervisor selesaikan dengan si pengadu hal tulis-tulis ni dulu.

Dia hulur kertas yang aku tengok, agak panjang juga penulisannya.

Dan sebaik aku mula membaca, perkara pertama yang tertangkap pada mata aku adalah nama tertuduh.

Mohammad.



1009 pp

01 Sep 2023

12.30 malam

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro

Tags: #budakintern