Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 2 - Hai, akak!

Pagi ini, aku agak sibuk. Sehinggakan aku terlupa yang budak intern tu masuk hari ini. Dengan internal audit yang aku sebagai auditor kena cover part management; dengan aku sebagai auditee yang akan diaudit oleh engineer kualiti untuk bahagian training which is melibatkan klausa 7.2, QMS... dan dengan beberapa kerja rutin yang melibatkan pertemuan aku dengan beberapa vendor.

"Na, aku pergi QA, jap. Jumpa Cik Sheery kita. Nak finalize soalan audit untuk managing director." Aku capai fail, dan terus nak gerak ke QA.

"Wei, jap! Pak Cik Raymond paging ni. Kata ada budak nak lapor diri."

Aku tepuk dahi, "Aku lupa..." Terus aku duduk balik. On PC. Paging Cik Sheery, "Kak Sheery, sorry. Kita discuss lambat sikit, boleh tak? Saya lupa la ada new join hari ni. Lepas break, ya kak?"

Nasib baik Cik Sheery pun tengah busy pagi-pagi ni. Tapi, lepas break tu pun bukan lama sangat. Sekarang dah jam 8. Office break, 9.30 pagi. Memang aku rushing nak uruskan kemasukan budak seorang ni!

Ini satu hal yang aku tak suka bila jadual berubah tiba-tiba. Dalam planner aku dah stated budak intern tu masuk semalam, dan hari ni aku fokus pada rutin biasa termasuk hal audit. Tapi, disebabkan budak intern tu buat hal, jadual aku dah lari.

Telefon atas meja aku berdering. Aku abaikan. Meena akan jawab. Aku tahu tu. Aku buka Microsoft Outlook, tengok e-mel. Takut ada arahan kerja tiba-tiba daripada Encik Fuad, bos HR. Atau, Encik B, bos Akaun.

Sejak PA lama MD berhenti kerja, hal-hal petty cash dan yang melibatkan pertukaran wang asing, aku yang in-charge. Sebab tu aku ada dua bos.

"Lis, Pak Cik Raymond tanya, lama lagi ke budak intern tu kena tunggu?"

"Kenapa? Biarlah dia isi borang dulu."

"Masalahnya, bilik latihan sebelah guard house tu ada orang booking. Kau kena cari bilik lain kalau nak budak tu duduk, isi borang."

"Allah! Aku lupa nak check bilik tu available tak pagi ni. Aduh! Kalutlah..."

Meena senyum, "Kau dah booked semalam. Tapi jadual dah lari sebab budak tu buat hal. Kesian kau... Eh, aku nak pergi tengoklah budak intern yang dah buat kawan aku ni jadi tak ter'organize'!"

"Hah, bagus juga! Kau bawa dia masuk kat lobi. Carikan sekali mana-mana bilik kosong untuk aku brief dia sekejap lagi. Tolong semak sikit borang yang dia isi tu. Aku nak clearkan mailbox dulu dan nanti aku jumpa dia."

Meena keluar dari office. Membawa tubuhnya yang berbadan dua. Lega sikit bila ada kawan yang boleh buat kerja kita juga. Duduk kat department HR ni, selain boleh buat payroll, training, employee relation atau industrial relation, kena handle recruitment dan apa sahaja yang terkait dengan 'manusia'. Kadang-kadang, masalah rumah tangga pun HR kena tolong settlekan. Kalau tidak, asyik cuti memanjang. Itu belum lagi hal ah long si pemiutang yang gila! Kalau musim dia menyerang, habis kereta yang parkir di luar kilang kena simbah cat. Yang tak berhutang pun tak fasal kena sama.

HR juga kena settlekan. Masa tu kena berulang ke balai polis. Dan, ada juga hal-hal lain yang melibatkan bomba pula.

Kalau dalam K-Drama, memang ada babak abang polis atau abang bomba hensem, sado yang tersangkut dengan heroin cerita. Tapi, realitinya sepanjang aku berhubung dengan unit beruniform... tak seindah seperti yang didramakan.

Kalau ada pun yang sedap mata memandang, suami orang. Memang taklah nak berlaku macam dalam drama Korea tu.

"Lis, Lis!" Berlari-lari anak Meena masuk ke office.

"Kau ni dah kenapa? Cuba behave sikit. Terkejut anak dalam perut kau tu nanti."

"Hensem, budak intern tu. Sopan dan baik budi pekerti. Manis je muka dia. Dia ingatkan, aku ni kau. Awal-awal aku masuk bilik tu, dia terus berdiri. Hormat sungguh! Dan, terus kenalkan diri dan minta maaf berkali-kali sebab hal semalam, " Meena menyengih sepanjang bercerita.

"Dah kenapa kalau hensem? Budak kot! Baru 19 tahun. Perangai pun buat sakit hati je. Diri sendiri pun tak pandai jaga. Sedar diri tu tak boleh makan Maggie, pergi makan buat apa?" Sambil membebel, sambil tangan aku ligat membalas e-mel dan melihat to-do-list. Sempat aku print Job Spec untuk budak intern ni.

"Kau ni, lebih kuranglah pun. Nama pun budak. Dia lapar sangat kot masa tu. Mak bapak kerja. Maggie je yang ada... "

"Budak umur 19 tahun, Na oi! Bukan yang merangkak lagi. Boleh je kot kalau nak keluar beli makanan sendiri. Lagilah lelaki!"

"Kau ni tegas sangat. Sebab tu susah nak dapat jodoh."

"Tak ada kena mengena tegas dan jodoh. Kalau setakat budak umur 19 tahun tu, tak payahlah Na. Letih nak melayan. Semalam dan hari ni pun dah buat aku sakit jiwa. Tak tersusun hidup aku gara-gara dia. Kalau Allah nak bagi jodoh kat aku, biarlah yang matang sikit. Boleh berfikir panjang untuk hal-hal kehidupan. "

"Jangan cakap. Kau belum kenal dia..."

"Dahlah. Kita ni bekerja. Kau jangan macam-macam nak bercerita hal jodoh."

"Main-main je lah. Bosan kot kalau kerja mulut kena 'tutup'."

"Dahlah, aku nak jumpa dia. Kat mana kau letak dia?"

"Bilik tetamu. Bilik tu je yang ada."

Bilik tetamu! Aku menggeleng. Bilik tetamu untuk MD tu bukannya ada projector. Meja pun, meja kopi dan kerusi jenis sofa. Macam mana aku nak brief budak ni? Kat mana aku nak pancarkan slide orientasi?

Masuk sahaja ke bilik tetamu itu, budak intern itu terus bangun. Dia pandang aku, aku pandang dia. Dia tak tegur macam yang Meena cerita. Mukanya pun kaku tak manis macam Meena kata.

"Ehemm... awak, Fakhri?"

"Err... ya!"

"Duduk."

Dia tak terus duduk sebagaimana yang aku arahkan. Sebaliknya, tanpa ragu, bertanya, "Akak ni..."

"Farisya Melissa binti Sofwan. Pegawai HR yang in-charge bahagian pengambilan pekerja termasuk student intern."

Dia tiba-tiba menarik senyum.

Dah kenapa?

"Hai, akak!"

Ya, dia memang hensem.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro

Tags: #budakintern