Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 19 - Pedih

"Kau dah sampai mana?" Baru aku tolak pintu nak masuk ke dalam rumah, Meena menelefon.

"Dah sampai depan pintu rumah. Baru nak masuk ni."

"Alhamdulillah. Ya Allah, tak tenang aku masa kau call tadi bagi tahu ada sekumpulan motor ikut kau. Sampai mana dia orang ikut kau?"

"Sampai depan apartment. Aku tak pasti sama ada dia orang ada lagi ke tak kat luar tu." Aku kunci pintu. Campak beg atas sofa dan merapati pintu gelangsar. Mengintai dari balik langsir. Kebetulan, apartment aku menghadap pintu masuk utama kawasan apartment.

Aku nampak motor-motor itu masih ada dan mereka sedang mendongak, melihat ke arah apartment. Degupan jantung aku, masih laju. Tak surut. Mujur aku masih boleh memandu.

"Kau dah masuk ke belum, Lis? Dah intai kat luar tu, ada lagi ke tak?"

"Dah, dah. Aku kat dalam ni. Aah, ada lagi dia orang. Tapi nampaknya macam dah nak gerak."

"Lis... nasib baik kau tinggal apartment yang ada security. Dan, bukan sembarangan orang dibenarkan masuk. Aku tak tenanglah! Eiii... benganglah dengan bos kita tu. Dan, tak sangka pula budak tu, abang dia gengster! Kau jangan keluar mana-mana malam ni, tau! Kalau ada apa-apa, kau call aku. Tak kiralah pukul berapa pun. Faham?"

"Ya, ibu. Insya-Allah. Tak ada apa-apa. Kau juga yang cakap, rumah aku bukan sembarangan orang boleh masuk, kan? So, janganlah risau sangat. Tak elok untuk kesihatan kau. Risau pulak aku kalau darah kau naik. Kau tu, asal mengandung je, tekanan darah jadi tinggi! Relaks je. Insya-Allah, aku tahu jaga diri. Kau pun jaga diri. Dah, pergi mandi dan uruskan husband kau. Nanti dia terasa macam bermadu dengan aku pulak!" Aku gelak.

"Kau jangan gelak-gelak. Aku risau amat ni!"

"Ya, kalau risau... doakan aku."

"Okey... aku off dulu. Ingat! Apa-apa, call!"

"Ya, ibu. Aduh, tak habis pesan! Dah, bye... assalamualaikum!"

"Waalaikumsalam."

Meena putuskan talian. Aku tarik nafas dalam-dalam. Menarik langsir agar tiada sesiapa di luar sana boleh mencuri lihat ke rumah aku walaupun hakikatnya agak sukar kerana ia berada di tingkat 22.

Aku terus mencuci make-up dan membersihkan diri. Mandi. Berlama-lama di bawah shower dengan air panas. Aku nak bertenang.

Selesai mandi, aku capai telefon. Ada beberapa missed call dan mesej. Daripada Mohamad dan Fakhri. Daripada Fakhrul pun ada.

Mohammad: Dah sampai? Okey?

Mesej WhatsApp itu, aku abaikan dahulu.

Aku buka tetingkap WhatsApp daripada Fakhrul pula.

Fakhrul (angah Fakhri): Apa-apa, kalau tak dapat reach Fakhri, call saya.

Berkerut kening aku. Dah kenapa Fakhrul hantar WhatsApp macam ni?

Aku buka pula tetingkap WhatsApp daripada Fakhri.

Muhammad Fakhri Amri (budak intern): Malam ni saya call. Rindu!

Aku menggeleng. Tersenyum. Tak satu pun daripada mesej-mesej itu aku balas. Aku nak bersiap untuk solat maghrib. Dan, tepat jam 8, telefon aku menyala. Aku masih memakai telekung dan sedang menzikir nama Allah, mencari tenang jiwa selepas apa yang aku lalui siang tadi.

Mohammad.

Aku tekan butang receive.

"Awak, okey?" Tanpa salam, dia bertanya.

"Okey."

"Meena bagi tahu saya yang awak kena ugut."

Ish, Meena ni...

"Insya-Allah, tak ada apa-apa."

Mohammad diam.

"Ada apa-apa yang awak nak cakap lagi? Saya baru lepas solat. Nak baca Quran sikit. Awak dah solat?"

"Awak masih ambil berat hal solat saya."

"Awak tetap kawan saya, Mohammad."

"Lis... tak boleh ke..."

"Awak dah tahu jawapannya..."

"Tak akan berubah ke jawapan tu, Lis?"

"Saya sendiri tak tahu."

"Saya sanggup tunggu. Cuma... jangan tak jawab bila saya call. Saya akan tanya soalan yang sama sehingga saya dapat jawapan yang saya nak."

"Jangan buang masa, Mohammad."

"Jaga diri, Lis. Awak boleh call saya macam dulu. At any time kalau awak perlukan bantuan. Saya ada untuk awak, 24 hours."

Dia menamatkan panggilan.

Aku menghela nafas. Kulihat jam di dinding. Ada sepuluh minit lagi sebelum azan isyak berkumandang. Aku tanggalkan telekung, lalu menuju ke bilik air. Aku ingin memperbaharui wuduk.

Selepas isyak, aku baca Quran. Dalam keadaan hati yang libang-libu, aku memilih untuk bertenang dengan ayat-ayat langit. Tak rasa nak baca buku walaupun dalam fikiran cuba nak mengkaji kes yang seumpama. Ingin melihat perkongsian HR dari syarikat lain dalam group HR di media sosial.

Terfikir bagaimana hari esok. Bagaimana jika kumpulan motor itu masih mengikuti aku. Dan, sampai bila mereka ingin mengikut aku? Adakah sekadar mengikuti untuk menakutkan, atau memang ada rancangan untuk mencederakan?

Telefon aku menyala.

Fakhri.

"Assalamualaikum."

Lembutnya suara! Haih, dah kenapa adik aku sorang ni!

"Waalaikumsalam. Apa khabar? Ada pening-pening tak?" Aku teringat pesan doktor tentang kepala Fakhri yang mengalami hentakan kuat. Keputusan scan yang dilalui setakat ini tiada apa-apa tanda. Semuanya terlihat normal.

"Tak okey."

"Eh? Sakit kat mana? Ada beritahu pada nurse atau doktor tak? Fakhrul tahu? Dia ada datang?" Kalut aku dibuatnya.

"Sakit risau."

"Hah?"

"Risaukan akak. Rasa nak lari dari hospital, teman akak pergi dan balik kerja. Rasa nak pergi jumpa manusia yang mengaku gengster dan ugut akak sayang saya ni! Nasib baik saya kat hospital. Kalau tidak..."

Dia tahu...

"Macam mana Fakhri tahu? Orang dalam kilang pun tak tahu hal akak kena ugut dengan gengster. Tapi, Fakhri yang jauh kat hospital, yang tengah sakit pula yang tahu banyak."

"Mata saya tertinggal kat sana. Hati saya tertinggal kat akak." Dia jawab dengan serius.

"Eh, jawablah. Akak tanya betul-betul ni. Macam mana Fakhri tahu? Setakat ni, hanya orang HR je tahu hal ni. Benda ni melibatkan kes confidential." Takkanlah Meena share maklumat ni dengan Fakhri? Aku faham kalau dia share dengan Mohammad sebab Mohammad tu pernah diletakkan di bawah HR untuk certain projek yang dipantau. Dan, dua department ni, HR dan Maintenance, memang selalu bekerjasama dalam banyak perkara. Terutama hal-hal keselamatan dalam kilang.

Tapi, tak semua budak di jabatan itu terlibat. Dan, aku mula rapat dengan Mohammad pun sebab projek.

"Adalah. Akak jangan risau. Saya jauh di mata, tapi dekat di hati. Akak sayang saya, jangan ada sesiapa berani touch. Baik hati, apatah lagi fizikal. Oh, ya! Balik tadi, okey tak? Ada orang iring akak balik, kan? Akak jangan risau. Itu semua kawan-kawan saya. Saya yang suruh dia orang jaga akak sampai akak selamat sampai ke rumah. Esok pun..."

"Fakhri!" Aku cantas kata-katanya. Dada aku berdebar kuat. Berderau mendengarkan kata-kata Fakhri...

"Kenapa Fakhri buat macam tu? Fakhri tahu tak, yang akak ni macam nak tercabut nyawa bila tengok mat-mat motor tu ikut akak? Nasib baik akak masih boleh memandu. Hati akak libang-libu. Takut gila bila kena follow macam tu! Dah terbayang yang akak ditolak ke jalan sunyi, diculik... dirogol. Dibunuh, dikerat-kerat... Sampai hati Fakhri buat akak macam ni! Akak takut tahu! Takut!" Aku menangis. Perasaan takut yang teramat, yang cuba kutahan dengan kedegilan, kini terlepas. Teresak-esak aku menangis.

Dia, diam.

Aku terus menangis sebelum terdengar suaranya.

"Ssshhh... maafkan saya. Silap saya sebab tak beritahu awak dahulu. Saya tahu, kalau saya beritahu, tentu awak tak benarkan saya buat macam tu. Saya terlalu risaukan awak. Kesal sebab benda ni berlaku dalam keadaan saya di hospital. Saya nak keluar dari hospital, bawa motor dan ikut awak sendiri. Tapi, Fakhrul kata, dia akan uruskan. Maafkan saya, Farisya. Jangan menangis. Tangisan awak buat saya rasa nak tikam diri sendiri. Sakit Farisya bila saya dengar awak yang kuat, degil dan hebat ini menangis. Saya rasa bersalah."

Aku diam. Aku memang marah dengan dia sangat-sangat. Memang petang tadi aku takut gila. Hanya kedegilan dan ego yang menjadi perisai keberanian aku dalam meneruskan pemanduan. Dan, malam ni aku lepaskan semuanya. Aku tak rasa malu dengan Fakhri. Aku betul-betul takut. Dan, bila dah kuluahkan semua ketakutan itu, dan kemarahan pada Fakhri, ia melegakan...

Lama talian kami sepi. Aku tak letak. Dia... lebih lagi.

"Fakhri..."

"Hmm..." Suaranya tak keluar. Mungkin masih rasa bersalah.

"Sorry. Akak... betul-betul takut. Janji dengan akak jangan buat perkara macam ni lagi." Hati aku dah berkurang debar. Rasa kesian pula kat dia.

"Sorry juga." Halah suara dia...

"Emmm... okey."

"Saya risau..."

"Tapi, Fakhri buat macam tu... keadaan jadi lebih teruk. Kak Meena pun risau masa akak bagi tahu yang ada mat-mat motor ikut akak. Dia tu dahlah mengandung..."

"Maaf..."

"Okey."

Talian sepi lagi.

"Lama lagi awak kat hospital?"

"Sepatutnya kena tahan lagi seminggu. Tapi, saya minta keluar. Esok dah boleh keluar. Esok saya pergi kerja."

"Eh, jangan dulu. Kalau esok dah boleh keluar pun, tentu doktor bagi MC untuk rehat di rumah, kan? Awak bukan cedera sikit. Tulang kaki tu belum betul-betul baik. Nanti makin parah. Dan, ini bukan kecederaan biasa. Ini kecederaan berulang. Kena jaga betul-betul."

"Tapi..."

"Tak ada tapi-tapi. Jangan datang kerja lagi. Esok akak call pensyarah Fakhri. Minta extend report submission. Fakhri pun esok call pensyarah juga."

"... saya rindu. Datang jumpa je, boleh tak?" Dia buat suara mengada-ngada dia.

"Jangan mengada boleh, tak? Dan, kenapa suka hati panggil nama akak? Lepas tu kenapa kerap sangat cakap rindu? Tolong hormat akak boleh tak? Beza umur kita bukan setahun dua. Fakhri jangan lupa tentang tu!"

Dia diam sekejap sebelum bersuara.

"Mohammad ada call akak?" Tiba-tiba mood dia berubah. Jadi tegas. Garang. Garau suara. Dan, dia dah mula panggil 'akak' semula.

"Errr... ada."

"Oh, okey. Faham. Assalamualaikum."

Belum sempat aku jawab salam. Dia dah putuskan talian. Ada kepedihan melingkari hati. Pedih yang tak tahu apa puncanya. Aku... terkesan dengan sikap Fakhri. Aku... tak boleh bila dia macam kecil hati. Memang aku kata, lantaklah! Tapi, hati di dalam ni rasa macam dihiris belati. Hirisan halus yang meninggalkan segugus pedih tanpa darah. Ditoreh perlahan dan tidak kelihatan. Tiada luka. Hanya pedih yang terlalu dalam.

Tak lama selepas Fakhri putuskan talian dengan cara begitu, aku menerima WhatsApp daripada Fakhrul.

Fakhrul (angah Fakhri): Gaduh?

Aku tarik nafas. Dia mengadu pada abang dia.

Aku: Fakhri cakap apa?

Fakhrul (angah Fakhri): Dia minta saya keluarkan dia dari hospital malam ni. Dia nak siapkan report intern cepat. Dan, dia minta saya hantar report tu ke kilang, esok.

Aku: Awak ikut cakap dia?

Fakhrul (angah Fakhri): Tak. Tapi saya nak akak tahu. Dia tak pernah tak dapat apa yang dia nak.

Aku terus dial nombor Fakhri.

Tak sampai lima saat, dia jawab. Tapi, tak bersuara.

"Fakhri jangan macam-macam, boleh tak? Jangan ada intention nak lari dari hospital? Kenapa nak siapkan report intern tu cepat? Tak sabar nak habis awal dan dah tak nak hadap muka akak? Dah benci hanya sebab perkara yang tak ada kena-mengena dengan intern Fakhri?"

Aku lepaskan amarah pada dia. Jangan nak mengada-ngada sangatlah! Tak payah nak rasa diri tu dewasa sampai nak bersaing dengan orang lain fasal wanita. Aku tak worth it pada dia pun untuk dia buat benda merepek semua ni. Nak sakit hati, nak terasa... nak merajuk dah kenapa!

Dia masih diam.

"Kalau Fakhri tak nak akak uruskan report intern Fakhri, baik. Fakhri ambil masa, buat. Bila dah siap semua, nak review ke, nak submit dan discuss ke, Fakhri boleh jumpa Encik Fuad sendiri. Masa tu, akak akan minta cuti. Sebulan. Akak pun nak bertenang bila dah hadap macam-macam. Nanti akak bagi nombor telefon Encik Fuad. Dia okey. Dia akan bantu Fakhri. Dan, Fakhri boleh delete nombor dan nama akak. Tak lama dah intern Fakhri nak habis. Okey, itu je akak nak cakap. Maaf kalau akak bukan supervisor yang baik. Terbawa-bawa perasaan peribadi sebagai kakak dalam menguruskan Fakhri. Assalamualaikum."

Aku letak. Aku off terus telefon.

Dan...

Aku menangis.

1870 pp

01 Sep 2023

12.28 pagi

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro

Tags: #budakintern