Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 17 - Terancam

Jam 4 pagi. Aku jumpa doktor, tanyakan keadaan Fakhri sekali lagi. Fakhrul pun ada sama. Kata doktor, badan budak sorang ni macam terminator. Dia pernah beberapa kali patah tulang. Pecah kepala dan lebam tu tak usah dikira. Banyak kesan kat badan dia. Baru nak hilang, tambah lagi. Deria sakit dia macam dah tak berfungsi. Tapi, doktor pesan pada aku dan Fakhrul jangan bagi perkara ini berulang. Dia boleh lumpuh!

Keputusan scan kepala Fakhri, tak menunjukkan sebarang kesan cedera dalaman. Hanya pendarahan luar. Tapi, itu pun bahaya. Hentakan pada kepala dia agak kuat. Ada gegaran. Doktor suruh pantau dalam sebulan dua. Kalau dia kerap sakit kepala, doktor minta hantar ke hospital dan buat scan sekali lagi. Masa ni, hati aku rasa sesak. Perasaan bercampur. Rasa nak marah, sedih, geram... takut...

Entah kenapa, aku rasa takut kalau dia mati.

"Saya sebenarnya tak nak akak biar je kalau dia panggil sayang ke, mengaku tunang atau awek. Hubungan ni tak akan ke mana. Saya, sejujurnya tak boleh terima akak sebagai perempuan dalam hidup dia bila dah tahu umur sebenar akak. Umur korang, beza jauh sangat. Maaf, kalau akak terasa. Tetapi itu realiti. Ibu ayah saya juga tak akan terima. Percayalah. Walaupun dia orang lepaskan Fakhri buat apa yang dia suka, macam tak kisah pada kami... tapi ibu ayah tetap ibu ayah. Mereka sebenarnya, kisah. Cuma tak tunjuk. Lebih-lebih lagi pada anak yang kuat memberontak macam Fakhri.

Fakhri tak nampak. Saya dulu pun, tak nampak. Tapi, along sedarkan. Kalau ibu dan ayah tak ambil kisah langsung hal kami, hanya sibuk dengan kerja, tidaklah setiap seorang anak dia orang ada kad debit. Ada juga kad kredit. Duit dalam bank kami sentiasa top-up setiap bulan. Memang dalam peti ais dan kabinet makanan, kosong. Sebab ibu selalu outstation. Ibu takut makanan dalam tu busuk tak ada sesiapa yang buang. Ibu takut Fakhri termakan makanan yang expired. Masa dia tinggal kat poli, rumah tu memang tak berpenghuni. Fakhri tu pun bukannya lekat kat rumah. Sesekali je dia ada. Sebab tu, ibu bagi duit, pandai-pandailah nak beli."

Sekarang, aku jelas keadaan keluarga mereka. Moral of the story, tak boleh nak dengar hanya sebelah pihak sahaja. Tak boleh nak judge tanpa kita masuk dalam keluarga mereka. Mata yang melihat dan telinga yang mendengar, tidak semestinya melihat dan mendengar sesuatu yang benar. Sesuatu yang kita percaya. Ada sebab yang perlu ditimbang tara.

"Saya percayakan akak. Akak tua pada dia. Lebih mampu berfikir secara rasional. Lebih tahu kalau hubungan hati wujud, ia terpaksa diputuskan. Jangan pernah jatuh pada dia atau jangan pernah simpan kata-kata dia dalam hati. Semua ni tak akan dapat restu. Ini peringatan untuk akak. Saya tak boleh cakap dengan dia. Takut dia buat benda-benda yang lebih mengarut tanda memberontak."

Aku tahu. Sebab tu aku biarkan. Dan, sebab tu aku kekalkan panggilan 'kakak' padanya. Bertegas padanya. Sesekali, aku guna 'saya' untuk sedarkan dia.

Ini yang Fakhrul cakap pada aku masa kami jumpa di luar wad. Rahsia antara aku dan Fakhrul.

"Fakhri..."

Dia senyum dengan mata dibesarkan. Acah bahagia. Acah comel!

"Akak balik dulu. Angah ada."

Muka dia berubah.

"Cepat sembuh. Kita jumpa kat tempat kerja."

Dia senyum, "Jangan rindu saya."

"Nama akak dalam telefon Fakhri tu, tukar. Doktor pun dah salah sangka."

"Telefon saya. Suka hati saya."

"Nama akak. Suka hati akak."

Dia gelak.

Fakhrul pandang sahaja. Menggeleng. Sebab ikut rentak Fakhri, dengan aku-aku sekali jadi tak siuman.

"Fakhrul... bil hospital, syarikat tak tanggung, ya!" Aku bagi tahu Fakhrul, sebab dia abang. Terlupa nak beritahu awal-awal tadi sebab banyak benda nak dibualkan.

Masa aku rushing ke hospital 1 pagi tadi, aku ingat nak dulukan duit aku kalau hospital minta jelaskan bil. Kotlah tak boleh nak proceed rawatan kalau tak bayar!

"No worries." Dia keluarkan kad kredit yang parents dia bagi. Kad emas tu! Memang parents dia kerja gila-gila untuk anak-anak mewah agaknya. Tapi, hanya mewah dengan wang. Kasih sayang, terkesamping. Mungkin, mereka sasarkan untuk beri perhatian dan kasih sayang selepas umur persaraan.

"Okey, gerak dulu." Aku terus melangkah sebelum Fakhri memanggil.

"Farisya!"

Farisya?

Perlahan-lahan aku menoleh. Berkerut dahi aku. Tak senang dengan budak ni. Mentang-mentang dia tahu yang dia cuti lama, suka hati dia nak lazimkan panggilan selain 'kakak'.

"Sinilah sekejap."

Dah kenapa? Takkan nak salam pulak.

"Kenapa?" Aku mendekat.

Dia lambai suruh lebih dekat.

"Sekejaplah. Nak bisik something."

"Eh, tak payahlah. Cakap je. Apa bisik-bisik pulak."

"Kak... please. Kot ini hari akhir nyawa saya ada atas katil ni..."

Eiii... guna taktik kotor! Tahu kalau dia panggil 'kak', aku akan layan. Lepas tu, main nyawa bagai... Terus aku mendekat.

"Terima kasih datang. Akak seksi pakai jean. Lain kali jangan pakai lagi. Saya rasa iman saya terancam. Dan, rasa dayus kalau tak tegur. Kalau akak pakai lagi, nanti saya ganti tunang jadi isteri."

Aku terus blah. Muka dah merah. Patut dia nak berbisik. Dia tak nak Fakhrul dengar. Dia tak nak aku malu. Rasa nak menangis. Ini kali kedua Allah tegur aku. Sebelum ni, Mohamad pernah sebut perkara yang sama. Tapi, sebab aku rasa dia memang jenis lelaki gatal, benda kecil pun nak diperbesarkan, aku abaikan. Jean straight-cut tak ketat sangat. Baju t-shirt lengan panjang loose lepas punggung. Apa ada hal!

Tetapi, bila Fakhri yang tegur, aku tersedar. Ini bukan teguran biasa. Ini teguran Tuhan! Budak umur muda macam Fakhri pun sedar. Dia memang budak nakal, tapi ilmu agama dia boleh tahan. Mulut dia pun bisanya bak pedang.

Dalam kereta, aku menangis. Malu! Itu pandangan Fakhri. Fakhrul?

***

"Kenapa muka kau sembab? Mata bengkak? Tak tidur ke, menangis?" Meena tegur aku sebaik aku masuk office.

"Dua-dua." Pagi ini aku pakai blouse hitam, dengan skirt denim labuh. Macam biasa, kalau aku pakai skirt labuh, di dalamnya aku pakai seluar tight panjang. Biasanya warna hitam.

"Kenapa?"

"Fakhri... dia admitted, pukul 1 pagi. Kes bergaduh budak-budak kongsi."

"Teruk ke? Dia tak datanglah ni?"

"Tak teruk. Tapi, kena tahan wad dua tiga hari juga."

"Kau pergi tengok dia pukul 1 pagi?"

"Doktor call aku. Dia tak sedar masa orang bawa dia ke Emergency. Doktor nampak nama aku kat call log dia. Tu yang doktor call suruh datang. Mungkin hal bil juga selain nak ada waris kat sana."

"Habis tu, kau ke yang bayar? Syarikat tak cover."

"Tahu. Tak, aku tak bayar. Abang dia datang. Dia orang settle sendiri. Anak orang kaya."

Meena mengangguk-angguk.

"Aku nak call Abang Khalil sekejap. Dia orang dah habis morning briefing agaknya." Terus aku dial intercom number maintenance department.

"Abang Khalil, ada?"

"Lis..."

Mohamad.

"Saya nak cakap dengan Abang Khalil."

"Sebab Fakhri ke?"

"Errr... ya."

"Teruk?"

"Mohamad..." Aku tak selesa nak bercakap dengan dia hal ni menggunakan telefon pejabat. Tak ada orang tahu aku pernah berhubungan baik dengan dia.

"Sekejap. Saya panggilkan Abang Khalil."

Selepas aku inform Abang Khalil, aku keluarkan beberapa dokumen yang aku ambil di hospital. Untuk Meena rekodkan dalam attendance Fakhri.

Notifikasi WhatsApp membuatkan pergerakan tangan aku terhenti.

Nombor tak bernama. Tapi, aku tahu siapa. Mohamad.

+Saya call awak malam ni.

Aku tak balas. Aku delete terus. Bukan sebab aku sombong tak layan dia, tapi memang itu perjanjian di antara kami. Dia juga tak pernah save nama dan nombor aku. Dia hafal. Dan, setiap mesej aku, dia akan delete lepas baca.

Aku serahkan dokumen hospital pada Meena. Aku buka e-mel. Check kalau ada apa-apa urgent daripada mana-mana ketua jabatan atau bos aku sendiri. Aku buka fail-fail kes dan mula menyusun kerja.

Encik Fuad panggil aku ke bilik meeting. Hanya aku.

"Saya tak ada esok. Saya nak awak in-charge satu kes. Encik B akan ada sekali dengan awak."

"Encik Fuad nak ke mana? Urusan kerja ke, bercuti?"

"Nanti, bila saya balik office semula, saya cerita."

Aku dah berkerut dahi.

"Ada kaitan dengan kes esok ke?"

Dia angguk, "Pihak polis akan datang dan panggil beberapa suspek. Awak jangan terkejut pulak."

Sekarang ni pun aku dah terkejut. Kes besar. Melibatkan polis. Tapi, dia tak ada! Rasa nak marah pula dengan Encik Fuad.

Malam itu, Mohamad call aku.

"Awak tahu Fakhri kena pukul?"

"Tahu. Tapi saya tak ada kat sana. Kawan-kawan saya bagi tahu."

"Dia orang kenal Fakhri?"

Mohamad diam.

"Awak cerita apa pada kawan-kawan awak?"

"Saya kata, dia adik awak. Saya suruh tengok-tengokkan dia."

"Masa dia kena pukul, kawan-kawan awak..."

"Dia orang yang tolong."

"Terima kasih."

"Awak sayang betul dengan dia."

"Dia budak."

"Budak pun, dah akil baligh. Kalau 'buat', jadi orang juga."

"Saya dan dia tahu batas. Kenal agama lagi."

"Lis... kenapa tak boleh terima saya?"

"Perasaan tu tak wujud. Dan, saya tak bersedia nak terima siapa-siapa lagi."

"Fakhri?"

"Tak. Saya dan dia tak akan ada apa-apa ikatan selain adik-kakak."

"Saya tunggu awak."

"Nanti awak kecewa."

"Lis... tak nak buka hati ke? Belajar sayang saya?"

Aku diam. Perasaan tak boleh dipaksa. Kalau rasa tu tak ada, hanya kawan yang mampu, kenapa tak berkawan sahaja?

"Baiklah. Saya faham."

Dia tahu kalau aku diam, maksudnya aku tak suka cara dia yang memaksa.

"Mohamad."

"Ya?"

"Buka juga hati awak untuk orang lain. Tak payah tunggu saya. Saya tahu, ramai budak perempuan kat production tu suka awak."

"Saya suka yang degil macam awak. Assalamualaikum, Lis. Jaga diri." Dia putuskan talian.

Aku menghela nafas. Memang aku tak ada perasaan pada dia. Aku suka berkawan dengan dia. Tapi, lebih daripada itu memang aku tak mampu terima. Aku akui. Tak ada kurangnya dia. Rupa, kerjaya... Aku mula terima dia sebagai kawan dalam talian sebab cerita-cerita dia tentang kongsi gelap. Aku nak tahu dan suka dengan cerita begitu. Sama je macam Fakhri. Dan, cerita-cerita itu yang merapatkan aku dengan dia.

Nama aku tak ada dalam senarai contact Mohamad, demi keselamatan aku. Nama dia tak ada dalam contact aku pun, sebab yang sama. Tetapi, Fakhri selamba je simpan nama aku dalam telefon dia. My Dear Farisya in-bracket fiancee!

1603 pp

28 Ogos 2023

09.12 malam.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro

Tags: #budakintern