Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 15 - Avenged Sevenfold

Hampir setiap malam Fakhri telefon aku. Kali ini lebih serius. Sebab dia fokus pada report intern dan report projek yang dia kena siapkan. Seminggu sebelum internnya tamat, pensyarah penyelia Fakhri akan datang melawat. Tinggal sebulan lebih sahaja lagi.

"Kak... relaks jap, boleh?"

"Kenapa?"

"Ala... tiap-tiap malam bincang hal report.  Dah lama tak sembang dengan akak. Rindulah... "

"Apa bendalah awak ni. Tak malu eh, cakap rindu kat penyelia?"

"Okey..." Dia buat suara kecik ati dia tu...

Aku biarkan.

"Akak!"

Tiber...

"Dah kenapa jerit? Sakit telinga akak."

Dia gelak. "Saya ada satu lagu yang saya nak bagi kat akak. Jap, eh!"

Aku menunggu dalam talian. Entah pergi mana budak seorang ni.

"Akak... ada pen dan kertas tak?"

"Dah kenapa?"

"Akak salin tajuk lagu ni. Nanti akak dengar kat YouTube, ya!"

"Alaa... awak WhatsApp je kan senang..."

"Eh, yalah! Aduh, pelupa betul saya ni. Dah tua macam tu lah."

"Tualah sangat! Kalau awak tua, akak lagilah tua."

"Terasa, eh?" Dia gelak. "Janganlah terasa. Saya tak pernah anggap akak tua. Kalau bukan sebab saya takut terlepas kata depan orang kat office, memang saya tak nak panggil akak, 'akak'."

"Tak nak panggil 'akak', panggillah 'puan' atau 'cik'," Aku menyakat. Saja je nak bagi dia bengang. Tahu kepantangan dia bila aku mula cuba mencipta jurang yang lebih luas di antara kami.

"Yalah. Orang tu, orang berpangkat. Kita ni siapalah. Sekadar budak intern di mata dia. Nak mengayat pun tak dilayan. Apatah lagi kalau nak terima cinta." Suara dia berbeza sangat. Perlahan. Serius. Dan, berbunyi orang patah hati. Biar betul budak ni? Serius ke perasaan dia sampai tahap tu? Ah, sudah!

"Emm... lagu apa yang Fakhri nak akak cari?" Dalam rasa tak selesa, aku cuba melupakan apa yang Fakhri kata tadi.

"Lagu Dear God, Avenged Sevenfold. Akak tahu lagu ni, tak?"

"Tak. Tak biasa dengar lagu Inggeris." Aku jujur.

"Okey, tak apa. Kali ni akak dengar, boleh? Akak fahamkan lirik lagu ni. Saya tujukan lagu ni khas buat akak. Kalau satu hari nanti saya tak ada, bila akak dengar lagu ni, akak ingat kat saya. Lirik lagu ni, apa yang saya nak buat untuk akak."

Aku jadi tak sabar nak tahu lirik lagu ni. Rasa nak letak telefon dan search lagu ni. Apa yang ada dalam lirik lagu ni? Apa yang dia nak buat untuk aku?

"Boleh akak dengar sekarang?" Aku minta izin untuk letak telefon.

"Boleh. Tapi, lepas dengar, boleh mesej saya, tak? Saya tak puas cakap dengan akak lagi."

"Insya-Allah." Aku tak berani nak janji. Aku tak tahu mesej di sebalik lagu lagi. Dan, apa perasaan aku lepas tahu.

"Saya tunggu mesej akak. Sampai subuh pun saya tunggu."

"Jangan macam tu. Esok kan nak kerja."

"Jadi, akak kena mesej kalau akak care dengan saya."

"Fakhri..." Main ugut-ugut pula budak ni! Biasa dia!

Dia ketawa. Tapi selepas dia berhenti ketawa, dia kata, "Saya serius, kak." Dan, suara dia memang kedengaran serius.

"Sementara tunggu akak, betulkan balik report tu. Kalau ada apa-apa nak tanya lagi, nanti masa akak call, Fakhri tanya. Esok, dah boleh submit kat akak untuk first review."

"Terima kasih, kak. Tolong saya. Saya sayang akak."

"Yalah... akak letak dulu."

"Janji mesej tau! Bye akak."

Aku putuskan talian. Aku Google lagu yang Fakhri kata tu. Dear God, nyanyian Avenged Sevenfold.

A lonely road, crossed another cold state line
Miles away from those I love purpose undefined
While I recall all the words you spoke to me
Can't help but wish that I was there
And where I'd love to be, oh yeah

Dear God the only thing I ask of you is
To hold her when I'm not around
When I'm much too far away
We all need that person who can be true to you
But I left her when I found her
And now I wish I'd stayed
'Cause I'm lonely and I'm tired
I'm missing you again oh no
Once again

There's nothing here for me on this barren road
There's no one here while the city sleeps
And all the shops are closed
Can't help but think of the times I've had with you
Pictures and some memories will have to help me through, oh yeah

Dear God the only thing I ask of you is to hold her when I'm not around
When I'm much too far away
We all need that person who can be true to you
I left her when I found her
And now I wish I'd stayed
'Cause I'm lonely and I'm tired
I'm missing you again oh no
Once again

Some search, never finding a way
Before long, they waste away
I found you, something told me to stay
I gave in, to selfish ways
And how I miss someone to hold
When hope begins to fade

A lonely road, crossed another cold state line
Miles away from those I love purpose undefined

Dear God the only thing I ask of you is to hold her when I'm not around
When I'm much too far away
We all need the person who can be true to you
I left her when I found her
And now I wish I'd stayed
'Cause I'm lonely and I'm tired
I'm missing you again oh no
Once again

Fakhri...

Aku jadi risau padanya. Risau sebab takut jadi apa-apa pada dia. Budak yang terlibat dengan kongsi gelap dan aktiviti yang tak tentu hala. Budak yang ada potensi dan agak bijak juga. Cuma tak bijak bila dia kata dia sukakan aku! Dan, aku selalu berharap perasaan yang dia kata itu, palsu! Hanya di bibir. Bukan di hati. Aku lebih rela jika apa yang keluar daripada mulut Fakhri itu hanya main-main.

Aku risau jika betul. Aku kesiankan dia. Aku tak mahu jadi apa-apa pada dia walaupun aku tahu tak akan jadi apa-apa pada dia walau aku tak terima perasaan dia jika benar perasaan sedemikian ada. Aku tahu, dia juga akan melepaskan perasaan itu. Melepaskan aku.

Aku dan dia adalah satu perkara yang paling mustahil di dunia!

Aku buka mesej di antara dia dan aku.

+Akak dah dengar dan baca lirik lagu tu.

Tak sampai lima saat, dia call.

"Akak..."

Aku diam.

"Saya selalu doakan akak."

"Terima kasih." Akak juga selalu doakan awak. Akak anggap awak macam adik akak sendiri.

"Akak doakan saya juga, ya!"

"Insya-Allah." Aku tak nak dia tahu kebenarannya.

"Ingat lagu tu, ingat kat saya, ya..."

Kenapa kata-katanya yang satu ini buat aku risau, sebak... macam dia nak pergi jauh sangat. Macam dia dan aku tak akan berjumpa lagi sampai mati.

"Ya..."

Kami sama-sama diam di talian.

"Fakhri..."

"Hmm..."

"Kita letak, ya. Kita tidur. Esok, jumpa di office. Insya-Allah."

"Okey. Kita tidur sama-sama. Akak pun jangan nak baca buku ke, buat kerja ke... tidur tau!"

Eh, dia ni! Pandai je nasihatkan orang tua.

"Baca doa tidur tau, kak. Doakan saya. Maafkan saya."

"Ya! Dahlah tu. Off terus. Bilanya nak tidur. Tak habis pesan." Aku gelak.

Dia pun gelak.

"Okey, lepas ni saya terus letak. Selamat malam... assalamualaikum... sa.yang."

Talian putus.

1079 pp

26 Ogos 2023

11.00 malam

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro

Tags: #budakintern