Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part Satu (Permulaan Kisah)

PENING. Sebaik sedar Sandra pantas memandang sekeliling. Tidak ada sesiapa di situ. kawasan inipun dia tidak pasti di mana. Apa yg dia tahu dia berada dalam hutan!

Pening kepalanya tadi terus hilang. Dikerah otak untuk mengingati setiap kejadian yang terjadi sebelum dia terlempar di sini.

Namun hampa. Kosong. Satupun bagai tidak mahu menjengah otaknya.
Lalu Sandra cuba berdiri namun terjatuh semula. Tubuhnya terlalu lemah memaksanya untuk berbaring semula. Sudah tidak kisah dengan lumpur yang mengenai tubuh badan. Nafas dihela perlahan untuk mengimbangi saluran pernafasan.

Damai. Walaupun dia sendirian namun suasana hening di hutan itu membuatkan dia sedikit terlupa dengan apa yang sedang berlaku. Burung-burung berwarna keemasan berterbangan bebas di atas awan. Seolah-olah membuat persembahan khas saja untuknya.

Tiba-tiba dia seperti dikejutkan oleh sesuatu. Baru dia tersedar burung yang berterbangan tadi tidak pernah dia lihat sebelum ini. Warnanya keemasan dan bersinar setiap kali panahan matahari mengenai bulu mereka. Walaupun saiz burung itu kecil namun Sandra yakin itu PHOENIX!

Spontan Sandra berdiri. Rasa penatnya terus hilang. Berputar-putar dia melihat kawasan tersebut. Walaupun kelihatan seperti hutan biasa, namun dia yakin dia berada jauh dari alam realiti!

Perasaan takut mula menguasi diri. Hampir saja dia menangis apabila memikirkan dirinya kini berseorangan. Hendak ke mana dia melangkah sedangkan tidak ada satu petunjukpun yang ditemuinya.

Walaupun takut, Sandra tetap beranikan diri untuk mencari pertolongan. Manatau ada manusia yang berada di sekitar itu. Namun, baru saja dia mahu melangkah derapan kaki yang tiba-tiba muncul itu membuatkan langkahnya terbejat. Sandra kaku ditempatnya berdiri.

Kali ini dia dipertemukan dengan seekor binatang yang berupa rusa. Namun ada sedikit kepelikan yang dia nampak. Rusa itu berjanggut dan bermisai. Ya, berjanggut macam tupai dalam cerita kanak-kanak 'Pada Zaman Dahulu'. Sandra telan air liur.

Rusa itu berhenti Sebaik ternampakkannya. Seolah-olah dia juga terkejut dengan kehadiran Sandra di situ. Mereka saling berpandangan tanpa berbuat apa-apa.

"Adakah kamu ini manusia?" soalan yang baru muncul itu membuatkan Sandra terkejut beruk sampai terduduk. Allah! Aku bermimpi atau aku dah gila? Haiwan yang sedang berdiri di hadapanku ini pandai berkata-kata?

Sandra semakin ketakutan. Terundur-undur dia kebelakang sementara langkah rusa itu pula mendekatinya dengan perlahan dan memandangnya penuh minat.

"Berhenti!" jerit Sandra membuatkan rusa itu menghentikan langkahnya dan terkedip-kedip memandangnya. Tingkah rusa itu seperti seorang manusia. Tapi dia bukan manusia, jadi dia haiwan jenis apa?

Selama dia hidup, inilah kali pertama dia bertemu dengan haiwan yang pandai berkata-kata. Masakan dia tidak terkejut begitu sekali.

Sekali lagi derapan kaki kedengaran dari arah rusa itu muncul tadi. Sandra makin dilanda risau. Air liur yang ditelan semakin kelat rasanya.

"Kim, apa yang sedang berlaku?" muncul seekor rusa sama saiz disebelah rusa pertama tadi. Juga pandai berkata-kata membuatkan Sandra semakin tidak percaya dengan apa yang sedang dia lihat dan dengar. Agaknya aku memang dah gila.
Perlahan pandangan Sandra tertutup semula. Gadis itu pengsan buat kali kedua.

Dari kejauhan, muncul satu cahaya keemasan amat terang. Sayapnya yang panjang dan berkilat itu perlahan-lahan dikatupnya ke sisi.
Dengan gerak perlahan, Kim dan Pim menundukkan kepala sementara kaki kiri mereka berlipat separuh ke bawah. Tingkah-laku mereka itu sebagai tanda hormat pada makhluk cantik nan indah yang baru muncul di hadapan mereka.

"Sudah dua kali dia tidak sedarkan diri. Mungkin masih terkejut dengan apa yang dia sudah lihat. Beta risau andai dia sedar dan melihat lagi makhluk-makhluk lain sama seperti kalian, maka dia pengsan lagi." Permaisuri Flurry, si Phoenix istimewa berbulu emas kemerahan itu menyatakan kerisauannya.

Kim dan Pim hanya mendiamkan diri. Sama macam Permaisuri Flurry, mereka juga risau. Entah, apa yang akan berlaku pula selepas ini. Masalah dalam Kerajaan Buana Pari itu sudah cukup buat mereka pening, kini muncul pula manusia di alam mereka. Apa pula petanda kali ini.

"Tuanku, apa perlu patik berdua buat dengan manusia ini?" Kim bertanya. Permaisuri Flurry kelihatan sedang berfikir. Masih menimbang sebaik mungkin keputusannya berkaitan makhluk manusia yang tersesat di kerajaannya itu.

"Sembunyikan dahulu dia di tempat kalian. Awasi tingkah-lakunya sebelum beta membuat keputusan seterusnya. Beta tidak mahu ada yang cuba membuat cerita yang bukan-bukan sedang Kerajaan Buana Pari dalam musibah." Titah diberikan lalu kedua rusa istimewa itu menundukkan kepala mereka tanda patuh. Seraya itu juga burung-burung kecil yang berwarna keemasan yang dilihat Sandra tadi terbang ke bawah dan menarik setiap hujung pakaian gadis itu menggunakan paruh mereka lalu dibawa terbang menuju ke kediaman Kim dan Pim.

Permaisuri melepaskan helaan nafasnya perlahan. Adakah kehadiran manusia di kerajaannya itu memberi petanda sesuatu yang besar bakal berlaku. Atau ia cuma kebetulan semata-mata.

Perlahan dia membuka kepaknya sebelum dia terbang menuju semula ke istananya dengan pelbagai perasaan yang bakal membuatkannya tidak akan tidur lena malam ini.

Bersambung...

753 patah perkataan.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro