Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Uncle Nak Datang!

𝑻𝒉𝒆 𝑴𝒊𝒏 𝑭𝒂𝒎𝒊𝒍𝒚 𝑺2
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 15


"Ish mana si Toongi ni? Yang lain pun tak nampak batang hidung lagi. Tadi dia beria-ria nak datang awal ke pangkin ni. Nak cop tempat konon" Ida mengetap gigi. Geram bila janji diucapkan tak ditepati.

"Chillah, kita dah datang awal kira ok. Nasib budak-budak kampung sebelah tak datang lagi. Kalau tak hang bergundam sekali dengan depa" Fat cuba menceriakan keadaan dengan gurauan, tetapi lawaknya tak sampai sepertimana kembar Min buat.

Tak sampai lima minit, akhirnya kembar Min tiba di pangkin dengan membawa buku-buku latihan yang perlu disiapkan. Wajah-wajah mereka jelas terpancar seperti mahu berjuang dalam peperangan. Walhal nak siapkan kerja sekolah saja pun. Ceh -,-

"Dah jom siapkan, nanti boleh ma— eh sat mana seketoi lagi?" soal Ida apabila hanya mereka bertiga saja yang ada.

"Ouhh, hat seketoi lagi rasanya tengah melabur. Punyalah tak nak makan nasi semata-mata nak ratah setin besar Milo tu fuhh" omel Agust D. Selalunya mencarut tapi sekarang hatinya tergerak nak berubah kepada membebel. Syukur, kerana Idalah, dia sanggup berhenti mencarut.

"KepAlaBAananannana" carut Agust D apabila pinggangnya dicuit Toongi. Nampaknya, carutan tak boleh hilang dalam dirinya. Terbantut niatnya untuk berhenti mencarut di hadapan Ida.

Yoonji dan Suga memandang hairan ke arah Toongi. Bagaimana dia boleh datang ke sini tanpa dilihat dan diketahui mereka?

"Ishh kau ni. Jangan main terjah macam ni. Mati aku, tak berabang la kau" Agust D geram mula menyekeh kepala Toongi. Dahlah malu mencarut secara spontan depan Ida, siap dijeling lagi.

Terus-terus mata Toongi berkaca.

"Jangan kata macam tu Gesdi, Toongi main-main je tadi" Toongi terus menarik Agust D dalam dakapannya sambil menangis teresak-esak.

Perasaan bersalah mula bertandang dalam diri Agust D, jadi dia menenangkan adik bongsunya dengan membalas pelukan. Tak lupa juga dia menyeka saki baki cecair jernih yang tumpah di tubir mata milik Toongi.

"Dahdah, Gesdi melawak je. Tak nak nangis-nangis. Tu, malu kat Fat" pujuk Agust D dengan memicit-micit pipi tembam Toongi. Gerak gerinya diperhatikan oleh Ida. Senyap-senyap gadis bertocang dua tersenyum nipis melihat gelagat dua ketoi Min. Tak sangka sekasar-kasar Agust D pun mampu memujuk Toongi yang berhati tisu.

Selepas berbaik-baik dengan Toongi, mereka mula melakukan kerja sekolah.

"Weyhh macam mana nak eja mikrofon dalam Bahasa Inggeris?" Fat kelihatan buntu sambil menggaru kepala yang tiba-tiba rasa gatal.

"M.I.C.D.R.O.P" satu-satu perkataan itu dieja Suga.

Dalam mendengar perbualan mereka berdua, Ida pun lantas menulis atas kertas. Namun, dia tak tulis sempat sepenuhnya kerana terperanjat. Mata bundarnya terus menjeling Toongi yang baru saja menghempas tangan atas pangkin. Habis cakar ayam tulisan Ida.

"Lupa nak bagitau, harini Uncle dengan Aunty nak datang sini" khabarnya dengan penuh teruja. Dapatlah peluk pakcik kesayangannya puas-puas nanti.

"Seriuslah Toongi, kau tak tipu kan?" duga Yoonji.

"Betullah. Toongi mana pandai tipu"

"Bila sampai?"

Toongi mengangkat bahu tanda tak tahu. Tanpa membuang masa, mereka segera menyiapkan kerja sekolah.


· ─────── ·❁ཻུ۪۪⸙· ────── ·


"Uncle Yoongi, Aunty Areum!"

Jeritan teruja milik Toongi telah meletus di perkarangan rumah keluarga Min sejurus dua susuk badan keluar dari perut kereta. Tanpa disangka Yoongi, anak saudara memeluk mereka berdua seerat mungkin.

"Toongi, Uncle dan Areum penat tu — korang berdua mailah masuk" tegur JeMah yang diselitkan kata alu-aluan buat tetamu yang diterbangkan jauh dari bumi Seoul.

"Takpe lah noona, biar si Toongi peluk puas-puas." rambut lebat milik anak buahnya dikusutkan Yoongi.

"Geramnya, makin bambam anak menakan Aunty sorang ni" Areum turut berkesempatan untuk memicit pipi tembam empunya Toongi.

Saudara kembar yang turut memeriahkan pertemuan ini dengan menghadiahkan pelukan buat pasangan muda ini. Tetapi salah seorang mereka mula memandang hairan kepada Areum.

"Aunty sorok apa dalam perut? Chocolate ea?" dengan polos dan swagnya, Suga menyoal.

Hampir meletus tawa pasangan suami-isteri di hadapan kembar, namun sempat dikawal.

"Taklah Suga oi~" Yoongi dengan geram meramaskan rambut anak buahnya sorang ni.

"Habis tu apa? Luggage?"

Yoongi dan Areum tak dapat tahan dari ketawa, sehingga air mata kegembiraan mula keluar dari tubir mata. Tetapi keadaan ini membuatkan kembar semakin buntu dan keliru.

Baru saja sampai di halaman rumah, sudah pecah perut dengan kerenah mereka. Belum lagi dalam rumah. Mesti terberanak si Areum nanti.

🍉🍉🍉🍉🍉

Panjang berjela pula chapter kali ni ehek. Stay tuned for next chapter ❤️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro