Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Kemaafan & Drama Cendol

𝑻𝒉𝒆 𝑴𝒊𝒏 𝑭𝒂𝒎𝒊𝒍𝒚 𝑺2
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 08


Setelah hampir sejam meredah kesesakan bandar Georgetown, akhirnya Yoon Hwa dan anak-anak sampai ke rumah.

Disebabkan sentiasa sibuk di tempat kerja, Yoon Hwa merebahkan diri atas sofa di ruang tamu sambil memejamkan mata. Dia menepuk-nepuk bahagian empuk sofa.

Lain semacam je sofa ni, empuk gila siot, gumamnya sendirian.

Tiba-tiba, dia terdengar seseorang berdehem kasar.

"Excuse me" suara tersebut kedengaran seperti lelaki. Yoon mula Hwa mencelik mata.

Lelaki tersebut tersenyum manis pada Yoon Hwa. Yoon Hwa pun apa lagi? Jatuh menggelupur atas lantai. Patutlah sofa rasa empuk semacam, rupa-rupanya Yoon Hwa terlelap atas ribaannya.

"Je Mah, kau bawa masuk jantan berjanggut ciput mana pulak ni?" Yoon Hwa bersuara dengan nada keras. Jemah dari dapur terus berlari anak ke arahnya.

"Yeobu dah balik rupanya. Maaflah chagi sibuk dekat dapur, btw ni Rahman. Yeobu ada ingat tak muka dia ni?" Je Mah menuding jari tepat ke arah Rahman. Yoon Hwa memerhati wajah Rahman.

"Yaya, ada ingat." Yoon Hwa memandang Rahman diiringi jelingan. Dendam kesumat yang berparut kini luka semula.

"Ini budak yang buat loyar buruk dengan kita dulu kan?" tebak Yoon Hwa. Tiba-tiba Rahman memeluk erat kaki Yoon Hwa.

"Ya abang Yoon Huwargghh, seya la tu. Seya manyak mintak maaf pasal yitu karpet." Rahman terus terduduk di hadapan Yoon Hwa sambil menggenggam kuat kaki lidi lelaki bermata sepet itu.

"Seya meiymang tak dapat malam yitu tieydur sebabkan dulu punya cherieyta. Seya mohon sayngat-sayngat, Bang Yoon Huwargggh dan Kak Jiemah maafkan seya" rayu Rahman sebab menyedut masuk hingus yang sudah meleleh atas lantai.

"Ya Rahman, abang maafkan kamu. Tapi lepas ni jangan buat lagi" Yoon Hwa memberi amaran kepadanya.

"Wokeyhh bang el!" sengaja dia gigit lidah.

"Sebagai hadiah, terimalah--" Rahman bingkas bangun lalu mendepakan tangan.

Yoon Hwa terkesima. Perabot? Dekorasi baharu? Kenapa dia langsung tak perasan susun atur perabot rumah sendiri?

"Abang manyak sukakan?" tanya Rahman. Yoon Hwa mengangguk dengan mulut terlopong luas.

"Kalau abang dan hakak mau beli yitu perabot or karpet, just call me atau order terus dari app ni" IPhone X kepunyaan Rahman terpampang pada wajah Yoon Hwa.

"Shopakistanhe?"

"Yup, barang dari Pakistan hantar sempai terus ke rumah dan kos penghantaran percuma"

Pasangan Min saling berpandangan.

"Nanti--nanti ajelah abang beli. Bau perabot kamu bagi ni pun tak hilang lagi" Yoon Hwa berseloroh. Rahman tergelak kecil.

I Phone X Rahman berdering menandakan panggilan masuk.

"Haluu? Mujibur? Ouh ya, kia howa?" Rahman berbual dengan seseorang sambil mengangguk. Tak lama kemudian, dia meletakkan ganggang.

"Adik seya Mujibur dah sampai ayirport, seya kena ambik dia. Seya pergi dulu" pamitnya sebelum keluar dari kediaman mereka.


· ─────── ·❁ཻུ۪۪⸙· ────── ·

Toongi terus duduk di atas pangkin sambil menghela nafas panjang. Penat bermain barangkali. Fat mengambil tempat lalu memandang Toongi.

"Alahai muka merah-merah ni, panas ke?" soal Fat. Toongi mengangguk.

"Nak cendol tak?" berganda Toongi mengangguk.

"Weyhhh, kami pun nak juga" pinta Suga.

"Ha, jom! Kita singgah makan cendol dekat warung pakcik aku" ajak Ida.

"Jom!!"

Setibanya Ida dan yang lain di warung yang dinamakan 'Chendollah', mereka mengambil tempat di kawasan VIP iaitu di bawah pokok rambutan.

"Pak Cik Dollah, cendol durian satu, cendol pulut 2, yang biasa 3" Ida memesan cendol seperti orang besar.

"Eh jap Pak Cik Dollah, yang biasa 2, cendol choki-choki satu" kali ni, Yoonji pesan cendol.

"Wokeyh, siap!" Pak Dollah menapak kembali ke dapur.

"Aih Yoonji, sejak bila pandai order ni?" soal Ida.

"Sejak tadi" Agust D mencelah lalu mengaduh sakit. Kan dah kena sekeh kepala guna batu dari Yoonji.

Tidak jauh dari tempat duduk mereka, ada seorang wanita separuh abad memakai baju kebaya. Mulutnya juga bukan main hebat merungut itu dan ini.

"Apa ni Dollah? Cendoi tawaq hebiaq (tawar sungguh), tak boh (letak) susu ka? Dollah oi,mai boh susu banyak sikit" mereka menangkap suara yang mengkritik cendol Pak Dollah. Ida pula turun ke bawah meja sambil menekup wajah.

Mana taknya,wanita yang mengkritik cendol tu adalah Tipah, mak kepada Ida. Orang kampung menggelarkan Tipah sebagai 'reporter tak berbayar' kerana suka mengumpat dan mengata perihal orang kampung tanpa sebab.

"Ish mak ni, cakaplah slow-slow, pelanggan lain dengaq nanti" tegur anak gadisnya juga kakak Ida, Ina namanya. Tipah memandang sekilas anak gadisnya.

"Hang jangan dok tegur mak. Mak makan garam awai dari hang" Tipah berdalih.

Pak Dollah terus menerpa ke arah Tipah bersama dengan setin susu pekat manis.

"Nah" tin susu pemberian Pak Dollah dihulurkan tetapi Tipah menolak mentah-mentah.

"Eh takpalah cendoi aku dah cair pun dok tunggu hang lambat sangat. Nah duit" Tipah menghulurkan beberapa keping not 1 kepada Pak Dollah.

"Tak cukup ni, kak Tipah oi" kata Pak Dollah.

"Bagilah harga kasih sayang. Alahai, dengan akak ipaq sendiri nak berkiqa. Jom, Ina balik rumah" Tipah dan Ina bingkas bangun dari tempat duduk lalu beredar dari warung Chendollah.

Mulut Dollah hanya mampu terkumat-kamit beristighfar dengan kerenah si Tipah 'reporter tak berbayar' itu.

🍉🍉🍉🍉🍉

Drama cendoi apa aku buat ni? 😂😂

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro