Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Kampung??

𝑻𝒉𝒆 𝑴𝒊𝒏 𝑭𝒂𝒎𝒊𝒍𝒚 𝑺2
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 03

Mereka sekeluarga menikmati coconut shake.

"Mmm sedapnya! Air apa ni?"soal Toongi. Ini kali pertama dia menghirup minuman tropika sebegini.

"Ini coconut shake atau dalam bahasa Melayunya, kepala kocak" terang Yoonji dengan penuh yakin. Yakinnya kamu!

Terkekeh-kekeh Suga dan Agust D ketawakannya. Yoonji mencerlung tajam ke arah mereka berdua.

"Kepala kocak tu kau sorang ja cakap. Yang betulnya, kelapa kocaklah" terang Suga dengan saki baki tawanya.

"Em,apa-apa jelah" Yoonji mengguling anak matanya. Malas dia melayan kerenah adik beradik lelaki yang swag lagi savage itu.

Matanya teralih pada dua figura di tempat duduk hadapan. Well, sinetron suami isteri bakal bermula.

"Yeobu, GPS tengah rosak macam ni, boleh ke yeobu cari jalan ke rumah tu?" soal Je Mah bernada risau.

"Budak yang jual coconut shakeu tu dah bagitahu jalan nak ke sana, awak janganlah bimbang."

Dia berlagak selamba di hadapan isterinya, walhal dalam hati gusar, gundah, gelisah semuanya. 3 in 1 katakan. Dalam 2 kilometer lagi mereka akan tiba di bulatan yang dimaksudkan pemuda tadi.

Setelah menghirup minuman eksotik lagi tropika itu, Yoonji mengerling pada jam tangan yang menandakan pukul 3.15 petang. Dia mula memikirkan sesuatu sejenak.

"Appa,Yoonji dah tahu!"

Yoon Hwa yang fokus memandu terus terkejut lantaran sergahan Yoonji. Nasib stereng tak lepas tadi.

"Appa kena pandu ke laluan ketiga" terangnya kepada Yoon Hwa.

"Betul ke?"

"Betul" jawabnya.

Tanpa berfikiran panjang, dia memandu melalui bulatan lalu memasuki laluan ketiga yang diperkatakan Yoonji.

Sepanjang mereka melalui laluan itu, tiada satu pun papan tanda 'Kampung Chiangkerik' melainkan,

"Appa, hentikan kereta" arah Suga sambil melihat sesuatu di bahu jalan dengan penuh fokus.

"Appa kena belok ke kanan"

"Tapi, macam mana kamu tahu sedangkan GPS rosak?"

"Tengok sana" Suga menunding jari ke arah satu papan tanda yang tidak berapa kelihatan tulisnya serta dipenuhi pokok yang menjalar. Memang tak nampaklah kalau papan tanda sebegini rupa.

Nasib baiklah penglihatan Suga tajam. Tak sia-sialah Je Mah mengikut menasihat Puan Jeon; bagi anak makan sayur-sayuran lagi-lagi lobak merah.

Berbalik kepada Yoon Hwa sekeluarga, akhirnya mereka memasuki Kampung Chiangkerik.


· ─────── ·❁ཻུ۪۪⸙· ────── ·


Sejak dari tadi kanak-kanak perempuan bertocang dua mengeluh.

"Awat (kenapa) hang ni? Aku ajak main tingting, hang tak mau. Lepas tu, hang nak mengeluh macam ni." rungut rakannya yang berambut pendek paras bahu.

"Satgi (nanti) kita mainlah, duduk dulu" dia menepuk-nepuk pangkin tanda menyuruh sahabatnya duduk di bersebelahan.

Dari pandangan rakannya,dia merenung sesuatu ataupun seseorang dari seberang sana. Rakannya mula membuat andaian.

"Hang ni, sudah-sudahlah perhatikan dia tu. Apa yang hang tak puas hati dengan dia?" soal rakannya untuk kepastian. Tapi, kanak-kanak tersebut tidak menjawab soalan, sebaliknya dia berkata-kata perkara lain.

"Tengok dia tu, skipping English dengan tokwan dia."

"Speaking lah! Sudahlah, kalau tak nak main, aku nak balik" ugut rakannya.

"Okey, okey jom main!" cepat-cepat dia ubah fikiran.

Ketika mereka berdua leka bermain tingting di tengah jalan, tiba-tiba hon kereta kedengaran membuatkan mereka tersentak. Cepat-cepat mereka beredar dari bahu jalan.

Semasa kereta tersebut melepasi mereka, seseorang yang berada dalam kereta melambaikan tangan ke arah mereka.

"Hang nampak tak apa yang aku nampak?"

Rakannya mengangguk. Memandangkan kereta tersebut memasuki pekarangan sebuah rumah yang tidak jauh dari situ, jadi mereka berdua berlari anak ke sana.

🍉🍉🍉🍉🍉

Watak baru telah menunjuk belang akhirnya😂😂.Tak salahkan buat loghat utaqa? 😅😅 anyways Vomment selalu 😍😍

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro