Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Double AC

𝑻𝒉𝒆 𝑴𝒊𝒏 𝑭𝒂𝒎𝒊𝒍𝒚 𝑺2
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 18

Dua helai dokumen berkaitan pendaftaran kelahiran kini bertukar tangan. Yoongi melihat pemberi dengan hati yang berbunga-bunga.

"Hyung, terima kasih banyak-banyak sebab tolong aku. Kalau takdak surat beranak ni, habis Areum smackdown aku sampai lunyai" Yoongi menggaru kepala.

"Hehe, perkara kecil je. Pergi tidur, dah malam ni" tegur Yoonhwa sebelum beredar masuk ke dalam kamarnya.


· ─────── ·❁ཻུ۪۪⸙· ────── ·

"Ni siapa yang daftarkan sebenarnya?" kembang kempis hidung Areum disaat melayangkan dua helai kertas surat beranak tersebut ke arah suaminya. Riak tak berpuas hati turut terpancar pada wajah lesu Areum.

"Yeo— yeobu yang daftar. Kenapa tanya?" bohongnya. Yoongi sedikit gementar bila disoal.

"Haritu kita berdua dah cadang nama yang sesuai untuk anak kita, tapi kenapa nama lain pula?"

Keadaan ini akan menjadi semakin genting dan sukar untuk diperbaiki, jadi dia cuba untuk berterus terang. Nampaknya, lakonan untuk membohongi isteri langsung tak menjadi.

Seusai berfikir masak-masak, Yoongi menghampiri dengan perasaan bersalah yang menebal.

"Baiklah, yeobu nak mengaku yang sebenarnya bukan yeobu daftarkan nama anak kita tapi Yoonhwa hyung. Yeobu excited dengan anak-anak kita sampai lupa gila nak daftar." luahnya.

Sekarang baru Yoongi sedar, karma is real. Tak sangka perbuatannya yang dulu menamakan anak-anak saudaranya kini terpalit dan beralih terus kepada dirinya.

Wajah isterinya diamati sedalam-dalamnya. Dia menyangka Areum akan mengamuk atau memarahi, namun sebaliknya yang terjadi. Areum menguntum senyuman manis.

"Tak apalah, yeobu. Chagi redha. Lagipun, nama yang didaftar Yoonhwa oppa sedap disebut" ujarnya yang membelai anak-anak yang nyenyak tidur di katil kecil milik mereka.

Apabila Areum berkata begitu, dalam diam Yoongi menarik nafas lega. Nasib baik dirinya tidak akan dilunyai sampai lumat malam ni.


· ─────── ·❁ཻུ۪۪⸙· ────── ·

"Yang ada tahi lalat kat pipi tu nama dia Aubrey Chleo Min. Yang berlesung pipit ni Audrey Chloe Min namanya" terang Areum kepada empat ketoi Min.

"O-bo-rey-Keu-li-yo-Meen"

"O-do-rey-Keu-lo-yi-Mien"

"Keu-li-yo , ikan keli ke Uncle?"

"O-bo-do, haih bodohlah payah nak sebut"

Keempat-empat mereka menunjukkan riak wajah yang amat keliru. Macam mana yang menyebut ni?

"Apa ni Uncle? Letak nama diorang macam ni, memang nak kasi lidah kitaorang berbelit sampai putus ke?" Toongi berdecit tanda tak berpuas hati.

"Bukan Uncle namakan, appa korang yang letak nama anak-anak Uncle" anak mata Yoongi melirik tepat ke arah abangnya. Yoonhwa hanya mampu membalas sengihan.

"Elok apa abang kau namakan macam tu. Kau dulu pun apa kurangnya, taruk nama anak kitaorang serupa formula matematik." bidas Jemah yang sayup-sayup kedengaran dari dapur.

Areum memaparkan wajah cemberut sambil bercekak pinggang kepada Yoongi. Habis kena smackdown malam nanti.


· ─────── ·❁ཻུ۪۪⸙· ────── ·

"Weyh, kitaorang ada sepupu baru. Jangan ditanya nama diorang, aku payah nak sebut" Toongi khabarkan berita gembira kepada Ida dan Fat sementara menunggu tiga ketoi Min tiba di pangkin untuk bermain.

"Tak tanya pun" bidas Fat, dengan kejam. Meskipun kurang bercakap, tetapi sekali keluar suara emasnya, fuhh diam seribu bahasa.

"Wow seronoknya, mesti comel kan?"

"Mestilah, comel macam aku" puji Toongi, banggakan diri. Keriakannya disambut dengan jelingan Ida dan Fat serta bunyi cengkerik yang amat kuat. Nampak sangat sepinya disitu.

Akibat puluhan minit batang hidung tiga ketoi Min masih lagi tidak kelihatan, Ida diserang perasaan bengang.

"Mana depa ni tak mai-mai dari tadi?" Ida menghentak kaki geram atas pangkin.

"Kalau depa tak mai lagi, jomlah kita tiga main dulu" ajak Fat.

"Bosanlah" rengek Ida yang tak berhenti hentak kaki. Fat disebelahnya mahu saja pelangkung kawan baiknya, namun dia batalkan niat tak murninya itu.

Toongi yang menongkat dagu akibat kebosanan melirik anak matanya ke seberang jalan.

"Dah tau bosan, ajaklah dia main sekali dengan kita" Toongi menjuih bibir pada seseorang yang asyik termenung di atas tangga.

"Seriuslah nak ajak dia?" Toongi dan Fat mengangguk.

Memandangkan mereka bersetuju, Ida memaksakan dirinya untuk mengajak kanak-kanak perempuan itu bermain bersama-sama.

🍉🍉🍉🍉🍉

Dah boleh agak kot orangnya siapa, kan?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro