Annyeonghigasaeyo~
𝑻𝒉𝒆 𝑴𝒊𝒏 𝑭𝒂𝒎𝒊𝒍𝒚 𝑺2
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 25
Dia mengatur langkah ke arah pelanggan untuk mengambil pesanan. Walaupun agak segan untuk berhadapan dengan pelanggan lelaki, namun dia masih menghadiahkan senyuman buat mereka yang menunggu kehadirannya.
"Ya nak order apa?"
"Ha dik, cendol biasa dua, cendol pulut dua jugak, hat spesial pun dua"
"Ada lagi nak tambah?"
Para pelanggan membalas gelengan. Segera pesanan dicatitnya ringkas. Mahu saja dia melangkah ke bahagian kaunter, ada pula suara yang menghentikan pergerakannya.
"Em dik manis, yang cendol spesial taruk apa je? Taruk kasih sayang awak pada saya ke?" soal salah seorang pelanggan sambil mengenyit mata. Haih sakit mata ke?
"Ouh hat kami boh sial sikit kasi sedap. Dah nama pun cendol spe-sial. Takkanlah saya murah hati sangat nak curahkan kasih sayang masuk dalam cendol awak?" balasnya secara spontan. Pelanggan mata keranjang tak boleh layan baik-baik sangat.
Ternganga mulut pelanggan yang cuba mengoratnya dengan kata-kata teramat sarkastik. Lantas dia pun menapak ke ruang dapur warung.
"Nah mak ordernya" sehelai kertas yang Ina catitkan tadi diberikan pada emaknya.
"Baik Ina. Ha Sumaeyyah dah siap buat gula merah?" soal Mak Tipah yang sibuk menyusun bahan-bahan untuk cendol.
"Dah Kak Tipah" balas madunya.
Pak Dollah yang sibuk menyiapkan pesanan ais kacang ralit melihat gelagat mereka. Dulu bukan main benci Mak Tipah dengan madu sendiri. Sekarang dah rapat macam adik dan kakak.
Selepas insiden tersebut berlaku, akhirnya Mak Tipah berubah sikap sepenuhnya. Dari kuat mengumpat terus menjadi seorang wanita yang taat kepada suami dan memandang enteng terhadap kutukan.
"Uit mengelamun panjang adik aku sorang ni, seronok dok tengok bini-bini aku. Habis caiyaq ais kacang orang order" Pak Dollah terus memandang ke arah suara yang memerlinya. Latif ni tak perli orang tak sah!
"Bukan apa Latip oii, seronok tengok depa berbaik la ni. Dulu bukan mai teruk depa bergaduh, kalah periuk api meledak" jujur Dollah cuba titipkan bicara pada abangnya.
Latif tersengih kecil mendengar kata-kata adiknya.
"Dah dah toksah dok qenyih terok sangat, pi hantar kat depan dok bawah pokok sana" arah Dollah selaku pemilik warung.
Latif pun terus membuka langkah terus ke sana sambil menatang ais kacang buat pelanggan kecil mereka.
· ─────── ·❁ཻུ۪۪⸙· ────── ·
"Yey aih kacang dah sampai!" Toongi bersorak gembira. Sudah lama dia tak menjamah pencuci mulut kegemarannya memandangkan sibuk dengan kerja sekolah dan ulangkaji.
Dulang berisi pencuci mulut selamat diberikan kepada mereka.
"Anggaplah ni hadiah pakcik sekeluarga untuk hangpa yang dah dapat result UPSR yang cemerlang" bicara Latif kepada Ida, Fat, Airenne dan empat ketoi Min.
"Abah, untuk Sumareh takdak ka?" Ida menyoal disaat ternampak adik tirinya mencebik.
"Ada ni ha!" semangkuk ais kacang lantas dihulurkan kepada anak lelakinya.
"Yeay kacang merah lebih! Terima kasih abah"
"Terima kasih pakcik!"
"Ya sama-sama, makan sampai perabih nohh" ucapnya sebelum melangkah kembali ke warung.
Dalam mereka seronok menikmati hidangan percuma, sempat Ida menitipkan soalan.
"Weyhh tahun depan, hangpa semua pi sekolah mana?"
"Mak Fat suruh masuk sekolah berasrama penuh"
"Mommy suruh pindah ke England semula. Mungkin Airenne bersekolah dekat sana" bicaranya sedikit pilu.
"Samalah kami empat orang ni. Appa dengan eomma nak pindah ke Korea hujung tahun ni" mendatar saja Agust D tuturkan. Sedih nak tinggalkan kampung ni agaknya.
"Alah semua nak pindah jauh-jauh ni pasaipa?" rungut Ida.
Toongi mula menrencana idea untuk menceriakan suasana memandang kesemua mereka melemparkan riak wajah sugul dan sedih.
"Halah, korang rileklah. Nanti besar kita buatlah reunion"
"Fuhh cara dia cakap macam Korea, England, Kampung Chiangkerik duduk satu daerah" perli Yoonji yang tak jemu menikmati ais kacang. Lantas Toongi menunjukkan muka cemberut. Nasib comel.
Sementara si Suga pun merencanakan sesuatu, tapi perlukah dia lakukan sekarang? Daripada dia bertanya diri sendiri, lebih baik dia beraksi sekarang.
"Em Airenne Sophea.."
Dengan kadar segera Airenne menoleh ke arahnya. Fuhh makin beredar Suga apabila Airenne mula menatap wajahnya. Cepat-cepat dia bermain jari jemari untuk hilangkan gelisah.
"Saya rasa nama awak spesial— ops bukan cendol spesial macam Kak Ina tu cakap, I mean, nama awak istimewa bila disebut" kata-kata Suga yang tersasul entah ke mana diterima Airenne penuh kerutan pada dahi.
"Kenapa awak kata special pula?"
"Sebab—"
"Sebab apa?" gertak tiga ketoi Min yang curi-curi dengar.
"Sebab ai rennedukan (rindukan) awak"
Dengan sekelip mata, terkeluar sudah ais kacang yang dinikmati Airenne ke wajah Suga.
· ─────── ·❁ཻུ۪۪⸙· ────── ·
Suga lantas bangun dari duduk tempat sambil mengurut dada yang berombak-ombak. Itu mimpi rupanya. Tak sangka memorinya setahun yang lalu di Kampung Chiangkerik terbawa-bawa dalam mimpi.
"Tahu pun nak bangun. Nasib guna air, kalau ikutkan hati nak saja aku simbah kau guna cat merah. Kau ingat sekolah tempat kau nak beradu ke?" sudah bercekak pinggang sahabatnya dari kecil.
"Halah halah tertidur sekejap je" ujar Suga yang menguap kecil.
"Hm yelah-yelah, jom diorang dah tunggu dekat kantin" Hoseok segera merentap tangan Suga sebelum beredar dari bilik darjah.
TAMAT
🍉🍉🍉🍉🍉
Berakhirnya sudah penceritaan Min Sekeluarga dalam TMF2. Sebenarnya Wauthormelon sengaja buat penamat tergantung gara-gara nak buat sequel untuk upcoming fanfiction huhu.
Keyh The Min family Season 2 already complete (12.12.19)🍉🍒
Fuh cantik tarikh hari ini hehe
P/S: Sebagai cadangan, jemputlah baca karya keempat Wauthormelon, tajuk diberi Same Damn Cloth. Fanfic ni pun sambungan dari TMF 2. Takpe kalau korang nak baca fanfic-fanfic yang lain hehe 😍❤️
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro