Prolog
𝑺𝒂𝒎𝒆 𝑫𝒂𝒎𝒏 𝑪𝒍𝒐𝒕𝒉
𝑷𝒓𝒐𝒍𝒐𝒈𝒖𝒆
Hari ini, dia mengenakan pakaian tajaan Yves Saint Laurent, iaitu oversized hoodie berwarna dusty pink disertakan dengan white ripped jeans paras peha. Ouh, tak lupa juga dengan black methalic sneakers.
Beginilah hidup seorang gadis yang diberi nama Jung Da Woo, seorang model yang cukup terkenal di Korea Selatan. Dia berkecimpung dalam bidang ini sejak bangku sekolah rendah lagi. Kini, usianya sudah menginjak ke usia19 tahun dan merupakan pelajar tahun akhir sekolah tinggi.
"Seok, cantik tak baju noona?" soal Jung Da Woo yang sedang menilik pakaian yang tersarung pada batang tubuhnya.
Jung Ho Seok yang sibuk membelek majalah remaja memandang kakaknya. "Em, niceu jugak." ujarnya acuh tak acuh lantas matanya beralih kepada artikel yang dibacanya.
Da Woo mengeluh panjang tanda tidak berpuas hati dengan pendapat adik lelakinya.
"Ho Seok ni tak sportinglah. Cer bagi ulasan panjang-panjang sikit." pinta Da Woo.
Akibat dirinya tidak dapat fokus ketika membaca, Hoseok lantas turun dari katil lalu meletakkan majalah tadi di rak buku.
Dia menilik pemakaian Da Woo sambil mengurut dagu.
"Hmm, macam sarung nangka yang dah kecut." meletus tawa Ho Seok. Sampai menepuk-nepuk bahu kakaknya.
Da Woo menjegilkan matanya sambil mengemam bibir menahan geram.
"Engkau ni Hoseok selalu sangat menghina noona, ke kau jeles sebab takda siapa yang nak sponsor kau?" Da Woo menghadiahkan senyuman perlian pada Ho Seok.
Ho Seok menggulingkan anak mata tanda meluat. "Sponsor ke tak kena sponsor, at least Seok not naked." balasnya diselitkan dengan herdikan. Puas hatinya membalas dendam dalam kata-kata.
Tak lama selepas itu, Ho Seok menolak perlahan Da Woo ke pintu.
"Dengan segala hormatnya, dipersilakan keluar dari bilik Seok." kata Ho Seok persis penyambut tetamu di hotel. Jap ni penghalau tetamu sebenarnya.
Da Woo pun mengatur kakinya keluar dari situ bersama hentakan yang sengaja dibuat-buat. Geram dengan perangai Ho Seok.
Halau aku ek? Nanti kau esok!, getusnya sebelum melangkah pergi dari bilik Ho Seok.
Tbc
🍉🍉🍉🍉🍉
J-hopefully, korang always support me, keyhhh?😉💜
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro