11
Sudah lama Wauthormelon menyepikan diri dalam fanfic ni, sorry yer 😓
🍉🍉🍉🍉🍉
𝑺𝒂𝒎𝒆 𝑫𝒂𝒎𝒏 𝑪𝒍𝒐𝒕𝒉
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 11
"Seok kau ok ke tak ni?" Himawari menyoal berikutan anak matanya melirik tepat pada wajah sembap Jung Hoseok, seperti baru saja menangis. Jung Hoseok yang sengaja dibuat kelihatan ceria sekadar menggeleng perlahan.
"Tak ada apalah, mata aku masuk habuk je" jawab Hoseok bagi menyedapkan hati kawan barunya. Takkanlah dia nak maklumkan perkara sebenar yang baru dilihat tadi, tak pasal-pasal Hoseok merintih semula seperti di belakang pintu.
"Ada-ada saja kau ni, Seok oi" buku lima milik Himawari sengaja digempal lalu meluru pada bahu Hoseok, sehingga remaja lelaki itu acah-acah mengerang kesakitan.
Lampu di segenap kawasan pawagam lantas dimalapkan sehingga gelap sepenuhnya. Hoseok dalam diri sudah berhasrat sesuatu sebelum menikmati filem yang bakal ditayangkan.
Namun, dibalik suasana gelap sebegitu, Hoseok masih sebak akan kejadian ditimpa Himawari merintih kesedihan.
❛ ━━━━━━・❪ ❁ ❫ ・━━━━━━ ❜
"Amboi Hoseok, habis air mata jantan kau lepas-lepas tengok filem tadi" gurau Himawari sambil menyiku lembut lengan aku. Aku pun mengoyakkan senyuman palsu. Hehe, aku menangis sebabkan kau, bukan filem tu.
"Hm eloklah, kau feeling habis waktu baca novel. Aku pulak feeling teroks dengan filem Frozen" bicaraku sekadar bergurau. Tetapi, kesimpulan untuk kisah-kisah berbeza ini, kedua-duanya kuat melayan perasan hahaha.
Himawari ketawa kecil akan gurauan tadi sebelum menggeleng. "Kalau tak buat behave sehari, bukan nama Jung Hoseoklah" terpacul namaku tiba-tiba untuk disamakan dengan sikap tak behave.
"Nanti besar, aku cuba behave sendirilah" aku menyimpul senyuman lalu menjelirkan lidah pada Himawari. Ya aku cuba ceriakan Himawari, dan pada masa yang sama buat aku juga. Dengan sengaja aku melajukan langkah, cuba berjauhan dengannya.
"Hoseok!" aku tergelak besar dari jauh melihatkan Hima bengang terpekik memanggil namaku.
Namun tawaku tak kekal sejurus bahuku merengkuh kuat tubuh seseorang. Aku baru perasan tubuhnya jatuh menyembah bumi segera hulurkan bantuan. Tubuh genitnya aku angkat sehingga dia kembali memacak berdiri.
"Sorry kak, tak perasan jatuh tadi" tubuhku membongkok 90 darjah meminta mohon kemaafan daripadanya.
"Hm, tak payah nak minta maaf sangatlah. Macam la tak pernah tolak aku sampai jatuh" suara yang biasa didengari ini sedikit menyentak diri aku. Wajahnya yang belum kulihat lagi lantas ditenung sekilas. Jangan cakap yang duduk depan aku ni—
"HyooRa?" bicaraku umpama tidak percaya akan keberadaannya.
"Mestilah aku, kau ingat jembalang mana yang cakap ni?" perli Hyoora sambil menggulingkan anak matanya. Aku pun memberikan reaksi dengan tersengih-sengih.
"Lama jugak kau menghilangkan diri, pergi mana?" soalku untuk kepastian. Sudah setahun lebih aku tidak dapat khabar berita keberadaannya sejak-sejak tamat sekolah rendah.
"Aku sekarang tinggal di Moscow. Fuhh bukan main sejuk tempatnya" lengannya digosok-gosok, mahu menggambarkan suasana di sana.
Aku tergelak kecil akan reaksi melebihnya. Lagipun Hyoora dengan over-reaction berpisah tiada. Namun, tawaku tidak berkekalan sejurus aku terpandang wajah cemberut Himawari.
Himawari menapak ke arahku dengan menghentak-hentak derapan kaki. Lantas lenganku direntap kasar.
"Sorry kacau perbualan korang berdua, but I need spend time with my boyfriend" bicaranya pada Hyoora tanpa secalit senyuman telah menyentakkan diriku.
Terus terbantut hasratku yang difikirkan di pawagam tadi untuk melamar Himawari gara-gara dia sudah mengakui aku ni kekasihnya. Ini kes cemburu ke?
Aku sekadar menunduk pada Hyoora sebelum tanganku ditarik beredar dari situ.
🍉🍉🍉🍉🍉
Cemburu Himawari bukan kaleng-kaleng punya 😎😂
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro