E
𝑪𝒉𝒊𝒎𝒅𝒆𝒓𝒆𝒍𝒍𝒂
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 07
Dia mengerling sekeliling namun tiada apa-apa pun.
"Ouh, terlupa satu step lagi. Haish,benci betullah buat cara manual ni!" rungut pari-pari Jinnie lantas memetik jari.
Chimderella cuak sebaik sahaja ternampak patung Mang mula bergerak.
"Itulah penari profesional yang kau nakkan tu." pari-pari Jinnie menjuih bibir ke arah Mang.
"Mang?! Kenapa Mang?!" soalnya.
"Alahai, takkan kau tak tahu sebab apa aku jadikan Mang sebagai guru tari-menari kau?"
Soalan dibalas soalan. Chimderella kelihatan polos menggeleng. Pari-pari Jinnie menepuk dahi.
"Tengoklah sendiri"
Mulutnya mula berbentuk 'O'.
"Amacam?"
"Boleh tahan jugak walaupun Mang tu kecil dari aku, he he" Chimderella tersenyum bangga.
"Alamak aku terlupa satu lagi step. Sekali lagi. Hergghh" pari-pari Jinnie berdecit.
Kakinya memijak lantai lantas menghentak kuat berkali-kali. Tak lama selepas itu, saiz Mang yang sebelum ini hanyalah belasan inci kini sudah setinggi Chimderella.
Ops, pembetulan. 3 inci lebih tinggi daripadanya.
"Apani? Kenapa dia lebih tinggi dari aku?" rengeknya.
Pari-pari Jinnie terus mencepuk kepalanya disebabkan rengekan yang menjadi-jadi. Nak merengek tu boleh, tapi janganlah sampai terkemek pula thermos tu. Memang padanlah kena.
"Ouch!"
"Itu balasan sebab kau jahanamkan rumah aku" marahnya.
"Tapi aku tak sengaja"
"Emm, apa-apa jelah. Kau tak nak mintak apa-apa dah kan?"
Chimderella menggeleng.
"Ok kalau macam tu, aku nak sambung masak, byebye"
"Bye~~"
"Oh ye sebelum aku masuk ke dalam rumah, aku nak bagitahu yang kau hanya ada 2 permintaan saja" jari telunjuk dan jari hantu diangkatnya.
"Peace y'all!" balas Chimderella.
Disebabkan geram, pari-pari Jinnie menurunkan jari telunjuknya dan membiarkan jari hantu. Orang tengah serius boleh pula dia melawak. Ini akibatnya (;ω;)
Pari-pari Jinnie meninggakan Chimderella lantas memasuki thermos. Mang mendekatinya lalu menarik hujung baju Chimderella. Dia tersentak.
"Oii lekaslah. Ingat aku ni patung ke nak tunggu kau ha?" Mang mula bercekak pinggang.
Chimderella pula tergaru-garu kepala.
"Bukan kau tu memang patung ke?" soalnya.
Tapi, persoalan itu tidak dijawab Mang sebaliknya dia merentap tangan Chimderella.
"Ok Chim,kau berdiri sini dan tengok cara orang pro depan kau ni menari."
"Tapi muka kau serupa dengan kuda, takde langsung rupa manusia" Chimderella bersuara.
Mang memicit kepala. Kenapalah takdir dia bersama dengan orang yang bebal macam ni ?
"Ni topenglah!" marahnya.
"Kalau tu topeng, apahal tak buka saja?" tanya Chimderella.
Mang sedikit tersentak dengan soalan ditujukan kepadanya. Dia pakai topeng berupa kuda ada sebabnya. Untuk menjaga identitinya.
"Em, aku su--ka pa--kai ,sebab tu lah" jawabnya dengan tergagap-gagap.
"Kau tipu! Mesti kau sorokkan sesuatu dari aku. Meh aku bukakan topeng kuda tu"
"TIDAK!!!"
🍉🍉🍉🍉🍉
sorry lambat update dan banyak benda yang mengarut. Takda idea 😭😭
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro