Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

D

𝑪𝒉𝒊𝒎𝒅𝒆𝒓𝒆𝒍𝒍𝒂
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 06

Sejak dari peristiwa pahit itu berlaku, Taetaerella dan Chimderella akhirnya berbaik semula. Walau bagaimanapun seusai sesi persekolahan, Taetaerella dan yang lain akan menghadiri kelas tarian melainkan Chimderella. Jadi, mereka berdua tak selalu bersua muka.

Chimderella pulang ke rumah dengan penuh kehampaan, macam selalu. Mana taknya, dia teringin sangat nak menyertai kelas tarian tapi Encik Porrrnesia melarangnya.

Sampai saja di bilik tidur, dia terus meniarap atas katil sambil wajahnya ditekup bantal. Disebabkan kekurangan oksigen, Chimderella terus baring terlentang. Salah satu patung BT21 dicapainya.

"Mang, salah ke apa yang aku minta? Aku cuma nak masuk kelas tarian je." luah Chimderella pada patung yang tak bernyawa itu.

Mang dilambung tinggi sehingga jatuh ke lantai. Chimderella merangkak ke birai katil lantas menggapai patung berupa kuda sampaikan dia sendiri jatuh ke bawah. Ketika dia berada di bawah, Chimderella ternampak sesuatu  yang berkilau di bawah katil lantas objek itu digapainya.

"Thermos?" dia kebingungan.

Tanpa berfikir panjang, dia memulas penutup thermos. Tiba-tiba, kepulan asap keluar melaluinya. Chimderella mula menghidu .

"Sedapnya bau!!" ujarnya teruja.

Tiba-tiba, bahu Chimderella disentuh dari belakang. Dia terkaku seketika sebelum menoleh.

"Ouh mak kau sehijau daun pandan" latahnya.

"Issh kau ni, melatah je kerja. Ha, apahal tiba-tiba buka penutup tu?" tanya makhluk yang terapung di udara itu. Dengan nada divanya gitu.

"Kau ni siapa sebenarnya? Kenapa kau duduk dalam thermos tu?"

Soalan dibalas soalan. Berganda pulak tu. Sambil rambut dikuak ala-ala Sajat, dia memulakan bicara.

"Aku Jinnie, abang angkat pari-pari kau--"

Chimderella mula menggaru kepala. Perkataan 'bapa' atau 'ibu angkat pari-pari' saja yang berlegar-legar dalam fikiran. 'Abang angkat pari-pari'? Syntax Error٩( 'ω' )و

"Fyi, aku dah lama terperangkap dalam thermos tu, jadi terima kasih banyak-banyak la yer. Disebabkan kau dah tolong aku, aku akan tunaikan tiga hajat. Mintaklah apa-apa pun, tapi 3 jer" tiga jari dinaikkan.

Jari telunjuk mula meniti di dagu. Sebaik sahaja berfikir, Chimderella terus memetik jari.

"Aku nak penari profesional berada di sini!!" pintanya dengan penuh teruja.

Tongkat sakti berupa spatula mula dihayun ke udara. Poof!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro