Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

❤️

𝑪𝒉𝒊𝒎𝒅𝒆𝒓𝒆𝒍𝒍𝒂
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 01

Bold- Toongi
Italik- Author

Seusai para pelakon mula mengambil tempat, pentas teater kini dimulakan. Toongi berdehem terlebih dahulu sebelum memulakan penceritaannya.

Pada zaman dahulu, terdapat seorang jejaka yang sangat kacak dan periang.

Chimderella yang dilakonkan Chimchim mula tampil di atas pentas dengan wajah kacak yang diperkatakan Toongi. Pelakon tambahan mula berjalan ke arah Chimderella lalu berlakon pengsan.

Tapi--

Tiba-tiba, Chimderella dikelilingi dengan dinding sel penjara.

--kehidupannya tidaklah begitu menggembirakan kerana dia tinggal bersama dengan bapa tiri dan saudara tiri yang lain.

Kelima-lima mereka mengorak langkah ke arah Chimderella. Si Taetaerella yang dilakonkan oleh Taetae melambaikan tangan kepada keluarganya. Tanpa diduga, kepalanya disekeh Agust D yang memegang watak sebagai AgustDrella.

"Ish, apani? Sakitlah" Taetae mengaduh sakit.

Ini tak termasuk dalam pakej lakonan.

"Shuh! Taetae diamlah, kita tengah berlakon ni" tegur Joon dengan nada berbisik.

Taetae tertunduk seketika.

Setiap hari, Chimderella akan melakukan perkara yang sama, iaitu menolong saudara tirinya.Senang cerita, dia sering dibuli mereka.

Kini, latar belakang yang kosong berubah kepada latar suasana di rumah.

"Hey Chimderella, tolong buatkan biskut, aku laparlah" arah Kookierella dengan nada yang marah.

"Nae~~" Chimderella terus bergegas ke dapur untuk membuat biskut.

Dengan kesungguhannya, akhirnya Chimderella sudah siap membuat adunan biskut. Tapi malangnya, apabila adunan biskut dimasukkan ke dalam ketuhar,

"Eh, aku cakap nak biskut ke tadi? Ah, silap,aku nak kek coklat!"

Hancur lagi lebur hati Chimderella ketika ini. Tiba-tiba, tangannya direntap seseorang. Chimderella menoleh. Taetaerella rupanya.

"Daripada kau tolong dia, baik kau tolong aku. Ada juga manfaatnya. Jap eh,aku pergi ambil--" Taetaerella menaiki tangga untuk mengambil sesuatu.

Tak sampai lima saat, dia meluncur turun ke bawah.

"Nah, aku ada temu janji, so tolong jagakan Yeontan sementara aku pergi keluar ni" Taetaerella meluru ke daun pintu.

"Taetaerella, bukan ke appa tak bagi keluar rumah??" tanya Chimderella untuk kepastian.

"Pasal tu kau jangan risau. Aku tahulah nak buat macam mana"

Taetaerella terus memulas tombol pintu lalu keluar dari rumah. Apabila Yeontan berada dalam ribaannya, anjing kecil menggeram kepada Chimderella tanda tak suka kepadanya. Dalam masa yang sama, bahunya disentuh seseorang, jadi dia berpaling ke belakang.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro