We Just Friend? (Jimin BTS)
Cinta? Apa itu cinta? Orang kata cinta tu indah. Indah macam mana pun aku tak tahu. Aku tak tahu apa maksud cinta sebab aku tak pernah rasakannya.
Kalau tanya dak-dak tik-tok diorang kata cinta tu boyfriend girlfriend lah. Kenapa mesti tik-tok? Diamlah, sukahati aku la nak tulis apa pun.
Hurmmm diam-diam aku seperti menyukai seorang lelaki ni.
November 2017,
Aku tak tahu kenapa aku nak sangat dia datang dekat kepadaku. Tapi aku tahu benda tu tak mungkin terjadi. Dia pun bukan kenal aku sangat. Macam mana dia nak datang kat aku?
Nama dia Park Jimin. Dia sebaya aku. Aku selalu perhatikan dia dari jauh. Jangan label aku stalker pulak ye. Teringin nak bercakap dengan dia. Tapi aku tak berani. Apatah lagi nak cakap 'I Love You' dekat dia.
Disember 2017,
Sekarang kami saling mengenali antara satu sama lain. Dia tahu nama aku, dia tahu wajah aku, nombor telefon aku pun dia tahu. Macam mana semua ni boleh terjadi?
Sebab haritu kami sama-sama pergi ke kem 2 hari 1 malam. Dia pula satu kumpulan dengan aku so ada chance la nak berkenal-kenal dengan dia hehet.
Saat itu, aku rasa aku lah gadis terbahagia dekat dunia. Heaven weh satu group dengan crush.
Wajahnya yang sedap dipandang selalu membuatkan hati aku berdegup kencang. Kesian jantung aku, mesti dia penat.
Tahun Baru 2018,
"Happy new year, Jimin :)" aku memberanikan diri menghantar chat melalui whatsapp kepadanya.
Dia read, dan langsung membalasnya.
"Happy new year too, fitkookie" (A/N : Sekali sekala nak jadi watak ff)
Tahu tak apa yang aku rasa bila nampak chat dia? Rasa macam nak pengsan.
Januari 2018,
Aku dan Jimin menjadi semakin rapat. Aku selalu bergurau senda dengannya, ketawa bersama tapi part yg menangis bersama tu tak pernah lagi lah.
Aku juga suka cubit dia. Aku suka tengok orang sakit bila kena cubit tapi pada masa yang sama rasa kesian jugak lah.
"Jimin, kau tahu tak?" tanyaku dengan muka serious.
"Tahu apa?" dia seperti tertanya-tanya.
"Kau tahu tak, yang aku pun tak tahu" gurauku. Aku tak boleh tahan ketawa masa tu.
Melihat aku ketawa, dia pun tertawa. Melihat senyuman dan gelak tawanya adalah sesuatu yg paling aku suka.
Aku semakin sayangkan dia.
Februari 2018,
Kami menjadi semakin rapat. Orang sekeliling ada yang menganggap kami ni kapel.
Mana taknya, kami selalu pulang bersama. Kebetulan rumah kami berkongsi arah yang sama.
Ada satu perkara yang korang tak tahu pasal kami. Kami selalu meluahkan perasaan masing-masing tapi bukan melalui lisan. Tapi melalui tulisan yg dicoretkan pada sekeping kertas.
Jadi pada suatu petang, aku dan dia menulis perasaan masing-masing. Tulis punya tulis, kedua-dua kami pun dah selesai menulis.
Bermulalah sesi penukaran kertas untuk dibaca.
Aku segera membuka kertas yang ditulis Jimin untuk melihat apakah luahan hatinya kali ini.
'Aku kenal dia. Dia kenal aku. Kami juga selalu balas-membalas chat whatsapp. Ada ketika aku rasa yang dia macam suka kat aku. Tapi aku sendiri tak pasti. Takut-takut aku cuma syok sendiri. Aku kenal dengan kawan baik dia. Bukan setakat kenal malah kami sangat rapat sekarang. Aku terfikir nak confess kepada dia tapi aku malu. Jadinya aku hanya memendam perasaan sampai sekarang'
Aku tak tahu siapa yang Jimin maksudkan dalam kertas yang aku sedang pegang ni.
"Jadi apa pendapat kau tentang luahan perasaan aku kali ni?" tanya Jimin sebaik sahaja melihat aku yang dah selesai membaca coretannya.
"Kau luahkan je la perasaan kau. Nak pendam sampai bila kan?" jawabku.
Jimin tersenyum mendengar jawapan aku.
"Ok kalau macam tu aku akan bagitahu kawan baik dia sekarang juga" kata Jimin.
"Sekarang?" aku menyoal pelik.
Apa maksud kau Park Jimin?
"Ye sekarang. Tak nak buang masa, aku nak tanya terus kat kau. Kau rasa Nayeon tu sesuai tak dengan aku?"
Tiba-tiba aku rasa duniaku bagaikan terhenti.
Dan aku terdengar bunyi sesuatu sedang crack. Ye, hati aku lah yang sedang crack tu. Dia suka kawan baik aku, Nayeon.
Nayeon gadis yang sempurna. Kulitnya putih dan cantik. Dia juga mempunyai suara yang merdu dan merupakan salah satu pelajar harapan sekolah. Dia jauh lebih menarik dari aku.
Aku terlalu bermimpi untuk bersama dengan Jimin.
"Weh, aku tanya kau ni. Termenung pula kau" marah Jimin dengan nada lembut.
"D-d-dia..dia sesuai dengan kau"
Aku berusaha untuk tidak menangis di depan dia.
"Kalau aku nak try dia esok ok tak?"
Esok?
Keesokan harinya (Isnin)
Aku tidak hadir ke sekolah hari ini kerana aku takde mood.
Jam menunjukkan pukul 3 petang.
Tiba-tiba ada orang datang ke rumahku. Aku segera membuka pintu.
Jimin?
"Kenapa tak info tak datang sekolah? Kau sakit?" soal Jimin tanda prihatin.
"Errmmm pening sikit" jawabku acuh tak acuh.
"Jangan lupa makan ubat. Ni ada latihan math. Siapkan. Hari Rabu boleh hantar kat ketua kelas" Jimin menghulurkan beberapa keping kertas kepadaku.
Haihhh math, subjek paling aku benci.
"Macam mana dgn Nayeon?" tanyaku untuk mengubah topik.
Jimin hanya tersenyum kepadaku dan terus berjalan ke luar rumah untuk pulang.
Dia tak jawab pertanyaan aku? How dare he?
Selasa
Pada waktu rehat, aku pergi ke loker untuk mengambil kasut sukan kerana aku ada latihan larian berpagar selepas rehat.
Terdapat sticky note di lokerku.
'Jumpa saya di rooftop'
Tulisan Jimin ni. Apa dia nak eak? Kenapa dia guna saya hahahahaha.
Aku tiba di rooftop. Kelihatan Jimin yang sedang menungguku. Wajahnya tampak serious.
"Jimin" aku menyapa dia.
Jimin menoleh ke arahku. Dan tiba-tiba........
Dia memelukku dengan erat. Selama aku berkawan dengannya, aku tak pernah rasa dakapan hangatnya.
"Jimin-ah"
"Jangan pernah tanya pasal Nayeon sebab saya sedar tak ada perempuan dalam dunia ni yang sama dengan awak. I love you"
Jimin lantas mencium dahi aku.
"I love you too"
Air mataku jatuh berjurai-jurai. Kini ianya bukan lagi cinta bertepuk sebelah tangan.
"Kenapa awak suka saya?" soalku. Aku pon dah terikut dengan Jimin cakap saya awak.
"Saya tak perlukan perempuan yang sempurna tapi cukuplah perempuan yang mampu buat saya selesa dan mampu menceriakan hari2 saya. Macam awak" Jimin tersenyum.
"Will you love me till we grey and old?" Jimin mengeluarkan sekuntum bunga ros merah dan memberiku dengan gaya orang nak melamar.
"Yes i will"
THE END
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro