Too shy to confess (JHope)
"Hayoung-ah!" tegur Hoseok dan menatap mata Hayoung.
Hayoung tak suka ditatap begitu lalu dia mengalihkan pandangannya.
"Nak apa Hoseok?" soal Hayoung.
"Takde apa, cuma nak cakap tadi aku ade nampak drama Hahahahhaha"
Menyampah pulak Hayoung dengar suara ketawa kuda dia tu.
"Drama? Reti pulak buaya ni layan drama?" Hayoung menggulingkan matanya.
Hoseok mendengus kecil.
"Excuji mehhh, crush kau lagi buaya hokei?" Hoseok menjawab dengan nada gedik.
"Kau jangan nak ngata dia memacam lah!" geram Hayoung.
"Wakeu up lah Hayoung. Orang selalu kata biar buta mata jangan buta hati. Sedarlah dia tak kan pandang kau. Dia tu kan buaya. Aku masak sangat dengan perangai dia. Lagipon dia tu..." tak sempat Hoseok menghabiskan kata-kata.
"Dia apa? Weh aku tak pernah kesah pasal life kau la. Kau pehal nak buruk-burukkan dia? Kau jeles ngan dia en?" lalu Hayoung terus pergi dari situ.
"Hayoung! Eish dia ni!" sakit pula hati Hoseok.
* * *
Sejak Hayoung mula masuk kolej, Jin selalu membantu dia. Ye, Jin memang seorang senior yang baik dan boleh diharap. Kebaikannya membuatkan Hayoung jatuh cinta. Hatinya telah terpaut kepada dia.
Dari jauh kelihatan seseorang sedang tersenyum sinis sambil memerhatikan gerak geri Hayoung.
"Hi Hayoung" seseorang menyapanya.
"Eh Jin oppa!" terkejut Hayoung dibuatnya.
Jin menatap wajah Hayoung. Hayoung pula mula terasa bahang di pipi. Jin hanya tersenum melihat Hayoung yang malu-malu.
"Takde class ke petang ni?" soal Jin.
"Takde, oppa pulak?"
"Takde jugak. Kalau kita keluar makan nak tak? Hayoung tak kan hampakan oppa kan?" Jin lantas memberi wink kepada Hayoung.
Hayoung menelan air liurnya sendiri. Tak kan lah dia nak tolak. Lantas Hayoung bersetuju dan mereka berdua berlalu pergi.
Sepasang mata memerhati mereka dari jauh. Geram!
* * *
"Kau pehal?!" tengking Jin kepada adik lelakinya.
"Kau tu yang buat hal!" Hoseok menarik leher baju lelaki di hadapannya. Sungguh dia tak rela perempuan kesayangannya dipermainkan.
"Apesal kau nak marah2 haa? Kau sebenarnya cintakan Hayoung kan? Mengaku je lah"
"Aku tengah cakap pasal kau bukan pasal dia!" lantas Hoseok memberikan tumbukan padu pada pipi Jin.
"Weh tak kan sebab perempuan kau gaduh dengan aku?" Jin terus merentap leher baju Hoseok.
"Aku buat camni sebab aku dah masak dengan perangai kau! Aku tak nak kau apa-apakan Hayoung. Kalau tak......"
"Kalau tak apa? Apa masalahnya kalau aku nak dating ke nak apa ke dengan dia?" sengaja Jin menaikkan darah Hoseok.
"Dah lah aku dah kasi amaran. Jangan cuba-cuba nak apa apakan dia" Hoseok terus keluar dari rumah dgn wajah bengisnya.
* * *
Bengang betul Hayoung dengan sikap Hoseok sejak dua menjak ni. Mana taknya, setiap masa Hoseok cuba memburuk-burukkan Jin kepada Hayoung.
Hayoung hanya diam membisu. Biarkan Hoseok meroyan sorang-sorang.
"Hayoung pls...Tolong lah aku dah banyak kasi amaran jangan dekat dengan dia"
"Dah la Hoseok, aku tak nak dengar" Hayoung lantas menggulingkan matanya.
"Aku tak nak kau menyesal kemudian hari. Lagipon kau tak sesuai untuk dia" Hoseok masih berbicara.
"Kau siapa nak tentukan hidup aku!" Hayoung mula rasa bengang yang teramat sangat.
"Kalau kau cakap lagi benda2 macam ni aku tak teragak-agak sumbat cili yang mak Jemah tanam belakang rumah dia kat dalam mulut kau!" Hayoung terus berlalu pergi.
* * *
8.45 PM
Hoseok sedang menyiapkan thesis di biliknya. Sungguh pening kepala Hoseok untuk menyiapkannya.
Untuk menghilangkan stress, Hoseok membuka youtube lalu membuka M/V Momoland-BAAM.
"Muka Hayoung sama macam Nancy" Hoseok tersenyum kecil.
Sangat dia rindukan Hayoung. Kadang-kadang rasa menyesal pulak sebab sikap childish dia la Hayoung mengelak dari dia sekarang ni.
Sedang sebok menonton M/V di youtube tiba-tiba phonenya berbunyi menandakan mesej masuk.
Datang kat gudang lama belakang kedai terbakar Jalan Bangtan sebelum 9.30 PM. Kalau tak nyawa gadis kesayangan kau akan melayang meninggalkan jasadnya.
Terbeliak mata Hoseok melihat mesej tersebut. Dia pasti gadis yang dimaksudkan tu Hayoung.
Jam menunjukkan pukul 9.18 PM.
Hoseok mencapai kunci motornya lalu memecut ke arah gudang lama tersebut. Kalau bawak slow memang tak sempat sampai.
Hati Hoseok rasa gelisah. Dia tak kisah siapa pengirimnya kerana dia hanya memikirkan keselamatan Hayoung.
"Hayoung-ah tunggu aku datang!"
Jam menunjukkan pukul 9.28 PM.
Fuh sempat........
Hoseok terus meredah gudang lama tersebut.
"Hayoung-ah! Kau kat mana?!" Hoseok menjerit.
Tiba-tiba dia terdengar suara seseorang yang cuba menjerit tetapi ditutup mulutnya. Bukan tu je, dia juga terdengar bunyi hentakan kaki. Makin lama makin kuat.
Hoseok terus peka dengan bunyi dan teruskan jalan ke depan sambil membuka torchlight handphonenya. Gudang tu gelap sangat.
Disuluhnya ke satu sudut dan dia ternampak seseorang sedang duduk di kerusi sambil tangan dan kakinya diikat. Mulutnya ditape.
Eh tu kan Hayoung?
Hoseok cepat2 membuka ikatan tersebut dan memapah Hayoung keluar dari gudang.
Hayoung menangis teresak-esak sepanjang perjalanan keluar dari gudang.
"Hoseok-ah gomawooo. Kalau takde kau, aku tak tahu la nasib aku macam mana" Hayoung terus memeluk tubuh Hoseok. Hoseok turut membalas.
"Hayoung-ah, cakap ngan aku dajal mana yang buat kau macam ni?! Aku risau gila nak mati tahu tak?" soal Hoseok dengan cemas.
"A-a-da lelaki culik aku....." Hayoung memulakan bicara dengan nada ketakutan.
"Siapa?!"
"Aku tak tahu...Dia tekup mulut aku dan bawak masuk aku dalam van. Lepastu aku pengsan rasanya sampai lah aku sedar2 je aku ada kat dlm tu dengan tangan and kaki aku kene ikat.." Hayoung memberi penjelasan.
"Sial betul orang tu!" Hoseok lantas menendang sebuah tong yang berdekatan untuk melepas geram.
"Tapi macam mana kau tahu aku kat sini?" soal Hayoung pula.
"Balik rumah aku dulu, nanti aku jelaskan. Yang penting kau selamat sekarang"
Tiba-tiba kelihatan sosok seseorang yang timbul dari belakang gudang tersebut.
"Wow tengok lah hero selamatkan gadis pujaan dia, hah tepuk!" kata lelaki tersebut.
Dia adalah Jin, abang kepada Hoseok.
"Tak guna kau Kim Seokjin! Aku dah dapat rasakan ni semua angkara kau! Apa kau nak buat dengan Hayoung haa?!" Hoseok menarik leher baju Jin lalu diberikan tumbukan padu sehingga Jin jatuh terjelopok ke tanah.
Namun Jin hanya tenang dan bangkit kembali. Dia turut mengukir senyuman sinis.
"Dah pedajal orang pun kau masih nak senyum? Kau memang lelaki tak guna!" Hoseok ingin menampar wajah Jin namun tangannya dihalang Jin.
"Pergilah" kata Jin dgn tenang.
"Pergi apa?!"
Hayoung masih terpinga-pinga melihat dua beradik itu bergaduh.
"Pergi cakap kat dia kau suka dia! Buat apa nak berdalih lagi. Dah terang lagi bersuluh kau memang sukakan dia! Kalau tak, tak kan kau sanggup datang sini demi dia?" akhirnya Jin mengungkapkan tujuannya yang sebenar.
Memang sengaja Jin buat buat macam tu untuk memaksa Hoseok luahkan perasaan cintanya terhadap Hayoung. Jin juga dah rimas apabila Hoseok sanggup gaduh dengan dia sebab Hayoung.
Kenapa tak satukan je diorang kan?
"Apa ni hyung?" Hoseok tertanya-tanya.
"Aku tahu kau cintakan dia" kata Jin lantas memberi sekotak yg berisi cincin.
"Bagi dia dan luahkan cinta kau malam ni juga. Aku dan bulan akan menjadi saksi cinta korang" Jin tersenyum.
Lantas hoseok memandang ke arah Hayoung. Ye betul dia memang sukakan Hayoung tapi dia pengecut. Dia hanya tahu marah orang yg buat dia jeles.
Malam ni dia akan kumpulkan keberanian!
"Hayoung-ah, will u love me till forever?" Hoseok membuat gaya orang melamar sambil di tangannya memegang sekotak cincin yang diberikan Jin.
Hayoung sempat memberikan senyuman manis kepada Jin dan menoleh ke arah Hoseok yang berada di hadapannya.
"Saya tak cintakan awak Hoseok" kata Hayoung.
Betapa hancurnya hati Hoseok mendengar kata-kata tu.
"Tapi! Saya akan belajar menghargai kewujudan awak dalam hidup saya. Dari situ jugalah saya akan belajar cintakan awak sepenuh hati. Lets open our new book since now" Hayoung dan Hoseok terus berpelukan.
"Mission complete" Jin berkata dalam hatinya.
THE END
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro