Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

New School, New Story (Part ii)

"Kita buat kerja kat rumah kau je" ujar Jimin dengan dingin.

Aku terkejut kerana ianya berlaku secara tiba-tiba. 

"Aku akan datang esok petang. Jadi prepare lah seadanya" setelah itu dia berlalu pergi. 

What? Dia pergi macam tu je? Dia kata dia nak rumah aku tapi dia tahu ke rumah aku kat mana?

Tiba2 dia menoleh ke belakang. "Semua maklumat pelajar sekolah ni ada pada aku. Setakat nak pergi rumah kau bukan la masalah bagi aku"

Poyo betul mamat ni. 

Keesokan harinya aku membeli makanan di sebuah kedai berdekatan rumah aku. Aku beli makanan untuk aku dan Jimin. 

Kebetulan semasa keluar dari kedai, aku ternampak Jimin yang ingin pergi ke arah rumah aku. Cepat juga dia sampai sini.

"Jimin!" panggilku. Dia lantas menoleh dan tidak sapa aku balik. Hurmm rasa nak carut.

Aku pon berjalan bersebelahan dengan dia. 

"Jangan jalan berdua macam ni. Jalan belakang aku sebab aku tak nak kita nampak mcm couple" katanya.

Ehhhh tiber. Jalan sebelah dia pon tak boleh ke? Melampau betul.

Setelah itu kami sampai di rumah aku. Tapi aku dapat mendengarkan suara eomma dan appa yang sedang bertekak.

Selama 19 tahun aku hidup, aku tak pernah dengar mereka bertekak sebegini rupa.

"Awak nak perceraian kita dicepatkan?" kata eomma.

"Ye, bakal isteri baru saya dah lama tunggu. Lagipun kita dah tak saling mencintai. Jadi tunggu apa lagi? Saya pun dah masukkan Chowon ke sekolah ternama. Dan saya akan kirimkan dia duit belanja!" balas appaku pula. 

Apa semua ni? Selama ni senyuman appa dan eomma hanyalah tipu semata-mata. Adakah mereka selalu macam ni masa aku tiada bersama mereka? 

Aku tak dapat menahan tangisan lalu air mataku menitik sedikit demi sedikit. Nampaknya appa pindahkan aku ke sekolah lain sebab mereka mahu bercerai. 

Appa dah rancang awal2 untuk menghalau aku dan eomma dari rumah ni dan kami terpaksa tinggal di rumah halmeoni yang berdekatan dengan sekolah aku. 

Apa dia ingat dengan masukkan aku ke sekolah ternama dah cukup untuk tidak buat dia rasa bersalah? Aku benci dengan kehidupan ni!

Tiba-tiba aku bagaikan tidak mendengar apa-apa. Seperti ada yang menutup telingaku. 

Oh baru aku teringat Jimin juga ada kat sini. Betapa malunya aku dengan dia sebab dia juga terdengar perbualan eomma dan appa.

"Jom pergi tempat lain, nampaknya tempat ni tak sesuai untuk kita" ajaknya.

Jadi aku pun mengajaknya ke taman permainan yang berada tidak jauh dari rumah aku. Setibanya di sana, Jimin suruh aku duduk dulu dan dia boleh pulak pergi tempat lain.

Nak pergi mana? Kenapa tinggalkan aku?

Hampir 5 minit berlalu, dia datang sambil membawa 2 tin minuman.

"Kau hutang satu air tin dengan aku" katanya sambil melemparkan air tin tersebut kepadaku.

"Aku tak minta kau beli pun....but, thanks" ujarku.

Dia ni membazir je la padahal aku dah beli makanan untuk dia. Takpelah, bukan selalu dia baik macam ni. Baik ke? Air tin pun dia kata hutang.

Dia duduk di sebelah aku dan meneguk airnya, dan setelah itu dia tiba-tiba bertanya, "Tadi tu selalu berlaku ke?" 

"Kisah pulak kau pasal aku?" kataku menyindir.

"Jawab je la" katanya dengan keras. Ok kecut perut aku. 

"Haihhhhhh. Jujur, itulah kali pertama aku tengok diorang macam tu. Aku ingat selama ni keluarga aku bahagia dan tak pernah ada pertikaian. Tapi sekarang ni baru aku rasa tu semua pura-pura" 

Jimin diam mendengarkan cerita aku.

"Ahhh, kenapa aku nak cite pulak kat kau. Buang masa. Cite aku ni mesti masuk telinga kanan keluar telinga kiri je kan?"

"Tak, aku dengar dengan sepenuh hati" 

Entah kenapa jantungku berdegup kencang. Dia bagaikan orang lain. Jimin yg aku kenal bukan macam ni.

"Walaupun kita duduk bersebelahan selama 3 bulan, tapi kita tak pernah berbual" katanya dengan nada dingin.

"Kau baru sedar ke?" soalku.

"Aku tahu itu lah bende yg kau selalu fikir, kan?" 

Aku terkejut sebab kata-katanya benar sekali. 

"Tapi kau mesti tak tahu apa yang aku fikir tentang kau" katanya sambil memandang ke depan dengan tatapan kosong.

"Aku rasa kau cantik, aku rasa kau comel bila kau tunjuk effort untuk berckp dgn aku,  dan aku pun macam nak bercakap dengan kau. Itulah yg selalu aku fikir" jelasnya.

Aku hanya diam tanpa sebarang kata.

"Masa aku kat rumah kau tadi aku terfikir mesti bende yg berlaku tadi sangat menyakitkan hati kau. Apa yg perlu aku buat untuk pujuk hati kau yg sedih? Adakah dengan air tin dapat mengubat sedikit hati kau yg sakit tu?" 

Jimin berhenti seketika dari bicaranya.

"Aku rasa aku dah terjatuh cinta pada kau" sambungnya.

"N-n-ne?" aku semakin bingung dengan kata-katanya. 

"Aku minta maaf kalau selama ni aku bersikap dingin dan selalu menakutkan kau dgn jelingan aku. Tapi mmg aku mcm tu dari dulu. Aku juga selalu teringin untuk berbual dengan kau tapi aku rasa gugup. Aku selalu mengelak dari memandang wajah kau sebab aku malu. Bukan sebab aku benci kau" serta-merta muka dan kedua telinganya memerah.

Rupanya dia seorang yang pemalu? Aku tak sangka semua ni akan terjadi. Muka dia yg selama ni kelihatan menakutkan seakan-akan bercahaya selepas mendengar kata-katanya. 

Rasa sakit yang aku rasakan tadi hilang serta-merta. 

"Jimin....." ujarku lembut.

Dan tiba-tiba bibir aku dan dia bersentuhan.

THE END

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro