New School, New Story (Jimin)
Aku memerhati kawasan sekeliling sekolah baru aku. Hari ini hari pertama aku sebagai pelajar sekolah ni. Sekolah yang besar, luas dan dipenuhi kemudahan yg cukup. Tak sangka eomma dan appa akan pindahkan aku ke sini.
"Aku kene belajar dengan rajin!" kataku sambil menggenggam tangan sendiri.
"Awak yang kat sana tu" tiba-tiba seseorang memanggil aku dari depan. Jaraknya lebih kurang 10 meter dari aku.
Siapa ntah dia ni. Tapi dia berpakaian kemas dan segak. Rambutnya hitam, kulitnya mulus. Tetapi tatapan matanya sangat tajam sampai aku rasa kecut perut.
"N-n-ne?" jawabku sambil tergagap sikit.
"Hmmm, awak ni Han Chowon kan? Pelajar baru" tanyanya dgn tenang.
"Ye saya..." balasku
"Awak dah terlambat 5 minit. Tak kisah la awak ni pelajar baru ke peraturan tetap peraturan. Kalau lambat lagi saya tak kan teragak-agak beri surat amaran" ujarnya tegas.
Jelingan matanya sangat tajam. Aku tertanya-tanya siapakah dia sebenarnya. Nampaknya seperti pelajar yang berkuasa di sekolah ni.
"Ne, mianhaeyo" aku langsung berlari masuk ke dalam kelas.
Sesampainya di kelas aku disambut oleh guru kelas dan aku memperkenalkan diri di hadapan semua classmates baruku. Guru kelas aku telah menyuruhku duduk di belakang sekali. Nampaknya tempat tu kosong sebab takde org duduk di sebelah aku.
Tapi yang aku tak puas hatinya sekarang, kenapa bila aku duduk je situ mereka terus menatapku dengan pelik. Ada yang tak kene ke dgn penampilan aku?
"Klekkk..." pintu dibuka seseorang.
Dan masuklah seseorang yang aku kenal iaitu lelaki yang menyeramkan tadi. Rupa-rupanya kami sekelas. Sungguh aku tak nak sekelas dengan dia. Tapi nak buat macam mana dah takdir tuhan.
"Park Jimin, kamu pergi ke mana? Tak bagus masuk kelas lambat" tegur guru yang sedang mengajar.
"Kewajipan saya sebagai ketua pelajar kat sekolah ni sangat penting. Lagipun rasanya gred saya tak akan menurun kalau saya masuk lambat sikit " ujar lelaki bernama Jimin itu dgn selamba.
Jadi dia ketua pelajar? Patutlah tegas semacam. Kot ye pon tak rasa kurang ajar ke ckp ngan cikgu mcm tu. Nampaknya guru tu pon tak membalas apa2.
"Baiklah, duduk ke tempat kamu" itu sahaja yang dibalas guru tersebut.
Jimin berjalan menuju ke arahku. Dan dia duduk di sebelah aku? SEBELAH AKU? Jadi kitorang deskmate lah? Setelah itu Jimin memandang aku dengan tajam.
"Cikgu, bukan ke sepatutnya tempat saya ni takde org kecuali saya?" tanya Jimin.
"Cuma tempat sebelah kamu je yg kosong. Apa salahnya Chowon duduk situ. Kamu ni pun tak payah lah asik nak bersendirian je"
Wajah Jimin kelihatan bengis sekali. Aku takut duduk di sebelahnya.
Waktu rehat telah pon tiba. Aku mengumpul sedikit keberanian untuk bercakap dengan Jimin.
"Jadi, awak memang selalu duduk sendirian ke?" tanyaku. Macam nak menempah maut pulak.
Tetapi dia hanya memandang aku dengan tajam. Suka sangat bagi pandangan macam tu. Lama-lama org boleh meluat.
Dia terus keluar kelas dan kelihatan terburu-buru. Ye lah, ketua pelajar kan? Mestilah sibuk sentiasa.
Pada waktu rehat, ramai pelajar mendampingi aku. Itu pon sebab nak cakap pasal Jimin.
"Chowon-ah!" ujar seorang perempuan. Sejeong namanya.
Dan setelah itu ramai yang mengerumuni aku. Aku jadi bingung seketika.
"Apa rasanya duduk sebelah Jimin?" soal Sejeong.
"Kesian kau ni, baru 1st day masuk sini dah kene berdepan dengan si Jimin tu. Dia tu ketua pelajar paling tegas dan menyeramkan aku pernah jumpa. Tapi berkat kepimpinan dia tu lah yg menyebabkan disiplin sekolah ni terkawal. Semua pelajar kat sini takut ngan dia tau" jelas seorang lelaki yg agak comel. Erm, Jeon Jebon nama dia.
"Ha ah betul tu, dia tu kejam jugak sebab hukum org tanpa belas kasihan. Jangan sesekali bertatapan mata dgn dia. Mahu kau tak tidur 7 hari 7 malam" sokong seorang lelaki atas kata-kata Jebon itu tadi.
"Yang sampai tak boleh tido tu macam tahyul je, ish korang ni" balasku.
"Tak kisah la tahyul ke toyol ke yg penting kitorang nak pesan kau jgn sesekali langgar peraturan depan dia" jelas Jebon.
Hurmmm takde ke cite baik pasal dia? Mula2 lagi dah dgr org ngumpat dia.
Dengan ini secara rasminya aku ialah deskmate dia. Walaupun dia kelihatan menyeramkan tetapi ade satu perkara yg aku suka pada dia. Dia sangat tekun ketika belajar.
Hari berganti hari, bulan berganti bulan akhirnya genap 3 bulan aku bersekolah di situ dan menjadi deskmate Jimin. Ingat ada yg volunteer untuk tukar tempat duduk dgn aku tapi takde siapa pon yg berani melakukannya.
"Sebelum kamu semua bercuti selama seminggu, saya akan memberi kamu semua sebuah tugasan iaitu kamu semua harus menuliskan esei sebanyak 5 muka surat tentang sejarah2 perang di dunia. Contohnya, Perang Dingin, Perang Balkan, Perang Salib dan sebagainya yg kamu telah pelajari" jelas cikgu sejarah kami.
Kedengaran semua pelajar mengeluh kerana tidak dapat bersuka ria masa cuti nanti.
"Kelas ni ada 20 orang kan? Jadi saya nak 10 perang yang berbeza. Secara automatik rakan sebelah kamu ialah group kamu. Faham?" jelas guru tersebut.
Jadi aku satu group dengan Jimin? Hurmmm macam mana aku nak berkomunikasi dengan dia. Dah la kami jarang berbual. Rasa sangat janggal.
Selepas tamat waktu sekolah, aku singgah ke lokerku untuk mengambil kasut sukan. Dan tiba-tiba sahaja ade orang menghampiri aku.
"Kita buat kerja kat rumah kau je" ujar Jimin dengan dingin.
Aku terkejut kerana ianya berlaku secara tiba-tiba.
To be continued...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro