Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

My Ssaem (Part ii)

Disebabkan takut dengan ugutan Namjoon, akhirnya Yoora terpaksa datang ke extra classnya.

Malah Yoora kini dah tak ponteng kelas Namjoon.

"Well, seems like we have a new student here. Can u introduce yourself infront?" kata Namjoon kepada Yoora.

Geram je Yoora tengok Namjoon. Suka sangat kenakan dia.

"Hi, saya Min Yoora" kata Yoora selamba.

"In english pls" kata Namjoon pula.

Semua pelajar 5A-1 menggelakkan Yoora yg disakat oleh ssaem mereka.

"Hi, im Min Yoora. Nice to meet u" sempat saje Yoora menjeling ke arah rakan sekelasnya.

"And she promised that she wont take a break from my class. Right? Yoora-ssi?" Namjoon mengangkat keningnya.

Yoora hanya memandang geram kepada Namjoon lalu dia kembali ke tempat duduknya.

Semasa extra class...

"Yoora, kenapa awak benci sangat dengan subj ni?" soal Namjoon ingin mendapatkan kepastian.

"Bukan benci la ssaem"

"Dahtu?"

"Sebab english ni useless pada saya. Dengan sape je saya nak speaking? Hari2 pon ckp korea je"

"Awak ckp english ni useless? Awak tahu tak english ni international language. Semua orang dari ceruk mana pon akan pakai english kalau jumpa dengan orang asing. Ok lets say awak pergi luar negara. Dan awak nak minta pertolongan atau nak order makanan. Mesti lah kita akan guna english sebab itu adalah bahasa perantaraan antara semua negara kat dunia ni pot-pet-pot-pet......."

Membebel je Namjoon ni. Dia pantang kalau nampak budak malas nak belajar english.

"Dah la tu ssaem, tak penat ke asik nak ceramah saya. Cepat la belajar. Nanti cepat balik" kata Yoora sambil menunjukkan muka seposennya.

Mereka pon memulakan pembelajaran sepertj biasa.

Namjoon bukan lah kejam mana. Extra classnya hanya dibuat 3 kali seminggu iaitu pada hari isnin, rabu dan jumaat.

Semakin hari hubungan Yoora dengan Namjoon semakin rapat. Mungkin sebab selalu bersama semasa extra class.

Yoora pon tak pernah ponteng extra class.  Bukan sebab dia dah suka belajar english tapi dia dah mula jatuh hati dengan Namjoon.

Namjoon seorang guru yang masih muda dan mempunyai paras rupa yang menarik. Tak mustahil kalau ada pelajar perempuan yang jatuh hati kepadanya. Itulah yg berlaku pada Yoora.

Daripada perasaan suka itulah Yoora bertekad untuk menguasai English untuk menarik perhatian Namjoon. Ada2 je Yoora ni.

"Yoora-ya, awak ni selalu buat kesalahan grammar la. Kan saya dah kata kalau I mesti guna I am buka I are pot-pet-pot-pet...."

Saat Namjoon membebel dia boleh pula tenung muka Namjoon yg tgh serious tu. Pada dia muka Namjoon sgt sedap dipandang.

"Yoora! Dengar tak apa saya ckp ni?"

Tetapi Yoora tidak berganjak dari menenung muka Namjoon.

"Min Yoora!" Namjoon meninggikan suaranya sikit.

"Haaah ssaem, ssaem ckp apa tadi?" Yoora meneguk air liurnya sedikit kerana terkejut melihat Namjoon yang meninggikan suara.

Namjoon hanya menggelengkan kepalanya.

* * *

Peperiksaan besar akan berlaku 3 minggu je lagi.

Nampaknya Yoora belajar English dengan bersungguh-sungguh demi guru kesayangannya akibat selalu ditarbiah oleh Namjoon.

Yoora sangat pandai dalam subject lain, Math yg org kata susah tu pon dia mampu dapat paling cikai pon 90%. Sebab itulah Namjoon kata dia perlu seimbangkan semua matapelajaran supaya dapat jadi pelajar terbaik sekolah.

* * *

Hari yang mendebarkan itu sudah seminggu berlalu. Yoora dah buat yang terbaik dalam semua subject dan dia berharap english yang dia lemah tu dia mampu score.

Pada malam ini, jamuan akhir tahun untuk pelajar sekolah tinggi diadakan. Hari ini ialah hari terakhir mereka bergelar pelajar sekolah sebelum melanjutkan pelajaran ke tempat lain.

Setelah tiba di majlis, mata Yoora melilau mencari guru kesayangannya tapi tak jumpa.

Sebenarnya Yoora mengambil keputusan untuk meluahkan perasaan pada Namjoon. Tetapi batang hidung Namjoon pon langsung tak nampak.

"Kwangsoo ssaem, ada nampak Namjoon ssaem tak?" soal Yoora kepada guru mathnya.

"Eh kamu tak tahu ke? Namjoon kan dah berpindah ke sekolah lain sebaik sahaja kamu semua tamat peperiksaan" jelas Kwangsoo.

"Oh gomawoyo ssaem......"

Yoora berlari ke tandas dan mengurung dirinya. Dia menangis semahu-mahunya kerana  Namjoon telah pergi tanpa meninggalkan khabar berita.

Tahu2 je dah pindah tempat lain.

Yoora pulang awal kerana moodnya terbengkalai. Dia terpaksa berbohong kepada rakan-rakannya yang dia ada masalah keluarga.

* * *

Setahun telah pon berlalu,

Kini Yoora telah melanjutkan pelajarannya ke universiti ternama Korea kerana result examnya yang gempak.

Demi mengubat hatinya yang lara akibat tak dapat jumpa Namjoon, dia telah mengambil course Literature in English. Pon boleh lahhhhhh Yoora.

Di kediaman keluarga Min...

"Yoora, eomma nak cakap sikit"

"Ermmm ckp byk pon takpe eomma hehehehhee" gurau Yoora.

"Kamu kenalkan kawan ayah kamu Kim Jongnam tu?" soal eommanya.

"Sebenarnya kami semua dah aturkan perkahwinan kamu dan anaknya" sambung eommanya lagi.

"Jinjjayo? Eomma pls Yoora tak nak kahwin awal. Bagi la Yoora habis study dulu" Yoora mula menggaru kepalanya yg tak gatal.

"Yoora, kamu tahu kan keluarga Kim Jongnam dah banyak bantu keluarga kita dirikan business ni. Tanpa mereka kita mesti tak kan semegah sekarang"

"So whats your point, mom?" sejak akhir2 ni mmg selalu speaking je si Yoora ni.

"Sebagai membalas jasa, mereka minta eomma dgn appa jadikan kamu menantu mereka" mata eommanya memandang Yoora dengan sayu.

"Ok kalau itu yang semua org nak. Bila boleh jumpa? Btw, jumpa je. Belum tentu Yoora nak kahwin dgn anak diorang" balas Yoora.

* * *

Restoran That XX

Semua telah sampai di restoran tersebut kecuali anak lelaki keluarga Kim. Ada kerja sikit katanya.

Sementara menunggu, mereka berborak kosong dahulu.

"Aigoooo, cantiknya kamu ni bila dah besar. Dulu selekeh je ajussi tengok" puji Kim Jongnam kepada Min Yoora.

Yoora hanya tersimpul malu mendengar kata2 pujian tersebut.

Tiba2 muncul seorang lelaki tinggi berpakaian suit hitam dtg ke arah mereka.

"Hah tu pon anak lelaki saya" kata Puan Kim.

Yoora pon segera melihat ke arah lelaki tersebut. Saje la nak tengok lagi hensem ke dari Namjoon sebab Namjoon seorang yang bertakhta di hatinya cehwahhhh.

Mata Yoora dan lelaki tersebut saling bertatapan.

"Namjoon ssaem?!"

Yoora bangun diri tempat duduknya lantas memeluk lelaki tersebut seerat-eratnya.

"Yah baboya! Tahu tak betapa rindunya saya dekat ssaem? Ssaem pergi tanpa khabar berita. Saya tak sempat pon nak ucap terima kasih sebab sudi ajar saya English!" kata Yoora.

"Yoora, tak sangka kita dapat jumpa balik kat sini. Saya pon rindukan awak, so so much" balas Namjoon.

Mereka berpelukan dengan lama di hadapan ibu bapa mereka.

Terkejut ibu bapa mereka melihat mereka berdua saling mengenali.

"Eomma, ni ssaem Yoora masa sekolah dulu. Tak sangka dpt jumpa dia balik dengan cara mcm ni" kata Yoora kepada eommanya.

Yoora tak mampu menahan air matanya. Betapa dia rindukan english ssaemnya.

"Saya Min Yoora, dengan rasa berbesar hatinya ingin menyatakan yang saya dah lama cintakan lelaki bernama Kim Namjoon yg telah byk mengajar saya" kata Yoora sambil memandang Namjoon.

"I love u too" ujar Namjoon dan mencium dahi Yoora.

Kedua-dua ibu bapa Min dan Kim bertepuk tangan melihat drama free di depan mereka.

Sesungguhnya perancangan tuhan itu mmg indah. Cinta sejati will never disappoint you.

"So dah boleh kahwin la ni?" soal Kim Jongnam.

Semu tergelak besar mendengar celoteh appa Namjoon.

THE END

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro