Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

I Miss You (Part ii)

Sebelum memulakan kerja, Suga mengelap motor kesayangannya dengan kain buruk dengan harapan motornya berkilau bak kepala Harith Iskandar.

"Ahjussi!" tegur Jaemin.

"Jaemin-ah! Kau tak sekolah ke harini" Suga menyoal Jaemin.

"Mabuk ketum punya orang tua, harini hari Sabtu lah!"

"Ceh mulut takde insurans sama macam eomma kau masa budak2 dulu"

"Weh, appa kau mana eak? Ahjussi teringin nak tengok appa kau. Hehehe" tambah Suga lagi.

Raut muka Jaemin serta merta berubah. Dia hanya menunduk ke bawah.

Suga rasa serba salah. Dia ada salah cakap ke kat Jaemin?

"Eomma kata, appa dah meninggal masa lahirkan kita" Jaemin jawab dengan nada sedih.

"Maaflah sebab tanya soalan camtu. Jaemin jangan sedih ea. Eomma dengan halmeoni kan ada?" Suga memeluk Jaemin dan mengelap hingus yang keluar dari hidungnya. Tiba-tiba terbit rasa sayang yang teramat dalam jiwa Suga sewaktu memeluk anak kecil itu.

* * *

Hari ini hari jadi Jaemin, Suga telah mendapatkan kebenaran Eunjin untuk membawanya jalan-jalan.

"Jaemin kata Jaemin suka tengok motor kan? Harini ahjussi akan bawak Jaemin pergi round2 kedai motor! Suka tak?"

Jaemin bersorak gembira. Dia memang ada memberitahu Suga yang dia suka melihat motor lagi2 motorbike yang besar besar tu.

Mereka pon berjalan-jalan di kota Seoul itu untuk melihat motor.

Memang banyak motor yang cantik-cantik dijual. Harga pon cantik. Kalau lah Suga masih berduit seperti dulu sudah pasti motor-motor idaman para jejaka ini menjadi miliknya. Namun, sudah ketentuan Tuhan mentakdirkan hidupnya macam ni.

Setelah penat berjalan mereka pergi membeli aiskrim untuk dimakan pada cuaca panas ini. Korea kan dah masuk musim panas.

Mereka menyambung lagi aktiviti melihat motor. Segala kedai motor mereka masuk.

Terdapat sebuah motor yang begitu menarik perhatian Suga. Suga leka dengan keindahan motor itu lagi2 apabila khusyuk mendengar penjelasan pekerja di situ tentang motor itu.

Jaemin pula entah tiba-tiba menghilang pergi ke kedai yang menjual alat mainan.

"Ahjussi, nanti cakap dekat eomma kita nak mainan ni!" katanya sambil memegang seluar seorang lelaki.

Lelaki itu menoleh ke arah Jaemin dengan pelik. "Maaf adik salah orang ni"

Timbul riak cuak di muka Jaemin. Mana Suga?

Setelah selesai melihat motor, Suga memanggil Jaemin. "Jaemin-ah, nanti kalau ahjussi ada banyak duit ahjussi nak beli motor ni. Swag kan?"

Suga rasa ada yang tak kena. Mana Jaemin? Bukan dia ada dekat sini ke sepanjang dia berborak dengan pekerja tu?

"Jaemin! Jaemin-ah!!!" Suga terus berlari untuk mencari Jaemin.

Kelam kabut Suga berlari. Mana taknya, dah lah bawa anak orang, hilang pulak tu.

Mana Jaemin ni? Dia betul-betul menghilang.

Puas Suga bertanya kepada orang sekeliling. Tapi mereka semua tidak perasan akan kehadiran anak kecil itu.

Hari semakin senja, balai polis adalah tempat terbaik pada saat2 terdesak begini.

Setibanya di balai polis Suga terus melaporkan tentang kehilangan Jaemin. Serta merta itu jugalah Suga menelefon Eunjin.

Tut..tut...tut..tut.....

"Yah Min Suga! Mana anak aku! Kenapa kau cuai sangat!" Eunjin terus memukul dada bidang Suga setelah tiba di balai polis.

"Eunjin dah la, benda dah jadi" Pn. Hwang cuba menenangkan Eunjin.

Eunjin tidak berhenti menangis. Dia kecewa dengan Suga.

"Kenapa dengan kau ni! Kenapa kau selalu nak rosakkan hidup aku, kenapa?!!! Apa aku dah buat kat kau? Apa salah yang aku buat sampai kau bahayakan nyawa Jaemin?!" marah Eunjin semahu-mahunya.

"Aku dah pesan jangan terlepas pandang dekat dia! Tapi kau kata jangan risau kau bole handle! Apa benda sekarang ni?!!!" tambah Eunjin lagi.

Suga tidak berani memandang wajah Eunjin.

"Maaf puan, sila bawa bertenang. Kami akan bantu cari anak puan secepat mungkin" seorang anggota polis itu berkata kepada Eunjin.

Eunjin terus keluar dari balai polis sambil air matanya jatuh berjurai-jurai.

"Eunjin-ah nak pergi mana?" soal Pn. Hwang.

"Saya kena pergi cari dia. Dah takde masa dah ni!"

"Eunjin tunggu saya!" Suga berteriak memanggil Eunjin.

"Eunjin, awak dan eomma awak tunggulah kat rumah dulu" kata Suga.

"Macam mana saya nak tunggu kat rumah sedangkan anak saya hilang ?" kata Eunjin sambil memandang tepat wajah Suga.

"Macam mana kalau dia tiba2 balik rumah tapi takde sape pon dekat sana? Pastikan check phone awak setiap masa untuk dapat info pasal Jaemin"

"Tak mungkin dia akan balik sendiri. Hari dah malam. Dia takut gelap. Dia mesti tengah menyorok dekat mana2 lorong. Dia mesti tunggu saya untuk dapatkan dia!" Eunjin masih lagi menangis teresak-esak.

"Saya akan cari dia! Saya akan cari dia dekat setiap ceruk, tolong percayakan saya kali ni!"

"Baiklah Suga kamu pergi la tolong carikan Jaemin. Eunjin mari balik, kita tunggu je. Eomma yakin Jaemin selamat" kata Pn. Hwang.

Suga terus berlari untuk mencari Jaemin.

"Suga-ya!" jerit Eunjin.

Suga memandang Eunjin dengan pelik. Apa lagi yang tak kena.

"Jaemin tu anak awak!" Eunjin menjadi semakin sebak apabila menyatakannya.

Pn. Hwang terkejut dengan kata-kata Eunjin.

"Dia anak awak! Awak ayah dia! Jadi, awak kene berusaha untuk dapatkan dia....Tolong, tolong cari dia sampai dapat" Eunjin terus tercangkung sambil menangis di situ.

Suga terkejut dengan kata-kata Eunjin. Air matanya berguguran. Tidak disangka Jaemin merupakan anaknya sendiri.

"Jaemin-ah. Tunggu! Appa datang!" Suga terus berlari sambil air matanya berguguran.

Puas Suga mencari Jaemin di ceruk2 lorong tetapi tidak mendatangkan hasil.

"Jaemin-ah jebal....."

Tiba-tiba dia terpandang sebuah gerai menjual tteokbokki. Terdapat seorang budak lelaki yang sedang makan sesuatu di gerai tersebut.

"Jaemin-ah! Jaemin ke tu?" Suga menjerit ke arah budak lelaki itu.

Budak lelaki itu memandang wajah Suga.

"Shit, salah orang"

Ke mana lagi harus dia mencari Jaemin? Badannya lelah, kakinya lenguh setelah berlari mencari Jaemin.

"Jaemin-ah!!!!!!!!!!!" jerit Suga sekuat-kuatnya sehingga semua orang memandang Suga denagan pelik.

Tiba-tiba muncul seorang budak lelaki dari lorong yang gelap pergi ke arah Suga. Dia lantas memeluk kaki Suga.

"Ahjussi!" Jaemin menangis tatkala melihat Suga.

"Yah, Jaemin pergi mana, puas appa cari" Suga memeluk budak itu seerat-eratnya.

"Appa?" soal Jaemin pelik.

"Tak..tersasul tadi tu, jom balik. Eomma dan halmeoni Jaemin risau dekat Jaemin tahu?"

Suga lantas mendukung Jaemin balik ke rumahnya. Jaemin tertidur di bahu Suga. Air mata Suga mengalir dengan deras sepanjang perjalanan ke rumah Eunjin.

"Eunjin-ah! Buka pintu! Saya dah jumpa Jaemin" teriak Suga.

Pn.Hwang membuka pintu dan segera mendukung Jaemin yang sedang lena dibuai mimpi.

"Eunjin mana?" soal Suga

"Dia tertidur atas sofa. Mungkin letih akibat banyak menangis" Pn. Hwang tersenyum melihat Suga yang sudah bermandi peluh.

"Kamu mandilah dulu, dah lencun habis tu. Nampak abs kamu, patut lah Eunjin suka hahahah" sakat Pn.Hwang.

Pipi Suga merah seperti bontot monyet setelah disakat Pn. Hwang. Ada-ada je eomma Eunjin ni.

Kira-kira setengah jam kemudian Eunjin bangun dari tidur.

"Jaemin-ah......" rengek Eunjin.

"Ye eomma, Jaemin kat sini" Jaemin terus memeluk eommanya.

"Jaemin? Bila kamu balik?" Eunjin menangis melihat Jaemin yang betul2 wujud di depan matanya.

"Dah lama, ahjussi hantar"

"Mana dia?" soal Eunjin.

"Dia dah balik"

"Aigoo Jaemin-ah kenapa kamu menyusahkan orang? Kenapa tak duduk diam2 dengan ahjussi tu?" Eunjin memarahi Jaemin dengan nada lembut.

* * *

Keesokan harinya, Suga datang kerja seperti biasa.

"Suga" panggil Eunjin.

"Eunjin-ah" Suga menguntumkan senyuman.

"Gomawo" Eunjin mencium pipi Suga. Suga meneguk air liurnya.

Eunjin tersenyum melihat muka malu Suga.

"Saya ingat harini saya nak bagitahu Jaemin pasal siapa diri awak"

"Awak yakin ini ke harinya?" Suga rasa ragu-ragu dengan keputusan Eunjin.

* * *

Kelihatan Jaemin sedang khusyuk mewarna gambar kucing. Eunjin datang menghampirinya.

"Jaemin-ah, buat apa tu?" Eunjin lalu memeluk Jaemin dari belakang.

"Warna gambar kucing! hehehe..."

"Cantiknya anak eomma buat"

"Tak secantik eomma"

"Eomma nak bagitahu Jaemin sesuatu tapi janji dengan eomma yang Jaemin tak kan marah dekat eomma, arasseo? Eomma minta maaf sebab tipu Jaemin selama ni"

"Kenapa ni eomma"

"Pasal appa Jaemin"

"Appa kan dah meninggal. Jangan lah cerita. Jaemin dah tak berminat"

"Aniya, dia masih hidup. Dia selalu ada untuk Jaemin selama ni" air mata Eunjin berlinangan.

"Nugu............"

"Suga ahjussi. Dialah ayah kamu" lantas Eunjin memeluk Jaemin.

"Betul ke eomma? Akhirnya Jaemin ada appa! Yahoooo!"

"Jaemin tak marahkan eomma?"

"Kenapa nak marah, sebab eomma adalah syurga Jaemin" Jaemin menguntumkan senyuman untuk Eunjin.

* * *

"Mana Suga dengan Jaemin?" soal Pn. Hwang kepada anak perempuannya.

"Diorang tengah dating. HAHAHAHAHAHAHA"

Pn. Hwang memandang Eunjin dengan pelik. Ketawa terbahak-bahak dah kenapa?

Muffin House Cafe

Suga dan Jaemin duduk berhadapan dan memandang sesama sendiri.

"Yah, bagitahu ahjussi dgn jujur. Jaemin suka ke ahjussi ni sebenarnya appa Jaemin?"

"Hurmm. Ahjussi pulak? Suka ke Jaemin ni sebagai anak ahjussi?"

"Mestilah suka! Mana ada appa yang benci anak sendiri!" Suga membesarkan matanya.

"Apa first impression ahjussi kat Jaemin?"

"Takde perasaaan, neutral hahaha"

"Tapi first impression jaemin kat ahjussi teruk. Sebab ahjussi cakap kasar lepas tu suka ketuk kepala Jaemin pastu suka acah2 nak ajak naik motor tapi nanti ahjussi tinggalkan Jaemin" Jaemin memandang tajam muka Suga apabila teringat kenangan lalu.

"Yah, takyah la ungkit..."

"Saranghae appa :D"

THE END

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro