Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

L

𝑪𝒉𝒊𝒎𝒅𝒆𝒓𝒆𝒍𝒍𝒂
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 11

Chimderella menahan sendu
di birai katil. Hatinya turut remuk redam sebaik sahaja mengingati peristiwa tadi. Mang mengambil tempat di sebelah Chimderella lalu menepuk perlahan belakangnya.

"Sabarlah ye Chim,aku tahu kau memang nak pergi majlis tari menari tu. Mungkin tuah tak menyelebahi kau" ujar Mang..

"Tak kau silap. Aku masih ada peluang untuk ke sana dengan bantuan seseorang--" Chimderella membidas. Wajahnya kelihatan menahan tawa.

"--yang kontot" sambungnya. Berdekah-dekah mereka ketawakan pari-pari Jin.

Dia bingkas berdiri lalu menapak ke meja belajar. Thermos berada di sebalik timbunan buku dan kerja sekolah yang belum diselesaikan.

Amboi,sejak-sejak jatuh cinta pada Puteri Yoonji angau je lebih,sampai kerja sekolah pun tak terusik. Berbalik kepada cerita, Chimderella mengambil thermos lantas penutup dibuka.

"HOi, NI APAHAL SUKA-SUKA HATI KAU JE NAK BUKA? BAGILAH SALAM KE APA KE. HAISH, BUDAK-BUDAK ZAMAN SEKARANG, MENGALAHKAN BUDAK-BUDAK ZAMAN PRIMITIF" hambur pari-pari Jin a.k.a Jin kontot a.k.a Jin pakai toncet.

"Takde masa lah nak dengar kau berleter. Lekaslah aku nak bua* hajat"

Pari-pari Jin dan Mang membuat muka separuh derp dan blur.

"Kalau kau nak buang hajat guna rumah aku, NO WAY MAN! GIMATI, EH SILAP GI TANDAS LORHH" marahnya.

"Tulah pasal, dah macam takde tempat lain" Mang menyokong di pihak pari-pari Jin.

"OIT PEKAK HIPPO BIN RHINO, AKU KATA NAK BUAT HAJAT BUKAN BUANG HAJAT" pekik Chimderella.

Kedua-dua mereka tersengih macam kerang bau bangkai.

"Hm apa yang kau nak hajatkan? Ingat ni permintaan terakhir kau,jadi jangan silap mintak" pari-pari Jin memberi peringatan.

"Okey aku nak kau bawak aku ke istana dengan cara yang paling mewah dan elegan sekali!"

Ewah-ewah boleh tahan juga permintaan budak ni.

Dengan cara menghayun tongkat sakti, memetik jari dan menghentak kaki, sut yang tersarung padanya kini berubah. Wajahnya ditutupi dengan topeng supaya dirinya tidak dikenali orang lagi-lagi keluarga tirinya. Kasut kaca juga tersarung cantik pada kakinya.

Badannya mula terapung di udara lalu melepasi jendela biliknya. Akhirnya dia berada di luar rumah.

"Okey memandangkan ada kebun buah pic belakang rumah kau, jadi--"

Pari-pari Jin terbang tinggi menghala ke kebun lantas sebiji buah pic dipetik. Sebaik sahaja kembali di situ, buah pic terus berubah menjadi kereta kuda. Chimderella ternganga besar.

"WWWWAAHHHHAAT a minute, ini memang kereta kuda kan?" soalnya.

"Yer kenapa tanya?"

Chimderella menggaru kepala.

"Kalau ni kereta kuda,mana kudanya?" riak wajah derp Chimderella mula kelihatan.

"Ouh pasal tu hehehe. Jap eh" pari-pari Jin mula menghayunkan tongkat sakti.

Sambil-sambil itu, matanya melilau mencari sesuatu untuk dijadikan sebagai kuda. Tiba-tiba mentol menyala di atas kepalanya. Kuasa ajaib hasil ayunan tongkat sakti diacu ke arah sesuatu.

"OIIIII, APAHAL AKU JADI KUDA NI??"

"Dahlah 'ewmas' dari telinga kau bertepek atas rumah aku lepastu TAK RETI NAK SAMAK BALIK, NI BALASNYA" tongkat sakti ditiupnya.

"Em helllllllo, takkanlah kereta kuda ni bergerak sendiri?? Mana pemandunya??" soal Chimderella dengan bernada angkuh. Dasar budak mochi tak mengenang jasa orang.

Pari-pari Jin menepuk dahinya. Dia memang lupa pasal tu.

"Alang-alang kau pakai baju pun dah macam pembantu,eloklah kau jadi drebar" cadang Mang dengan selamba.

"Apa??!!!" Dia mengepal genggaman halusnya.

"Sudah-sudahlah tu,asyik bergaduh jer. Tapi apa yang Mang cakap tu ada betul juga" sokong Chimderella.

Pari-pari Jin pasrah dan dia menjadi pemandu kereta kuda juga akhirnya.


• ────── ✾ ────── •

Tak lama kemudian, Chimderella tiba di pekarangan istana.

"Ha, ingat apa yang aku dah pesan tadi. Datang ke sini bila keluarga tiri kau nak balik rumah. Sebab kesan magis tu sekejap saja" pari-pari Jin memberi peringatan.

"Heh bukan tepat pukul 12 ke?" soalnya.

"Ish kau ni, jangan nak buat cerita ni clichélah"

Kepala Chimderella terus disekeh Mang. Sakit jugalah sebab kena ladam yang berada di tapak kaki Mang.

"Ikut sajalah apa yang dia cakap" tokoknya.

"Hm,yelah yelah" jawab Chimderella acuh tak acuh.

Dia melangkah masuk ke dalam istana. Setibanya dia di dewan tari menari, orang ramai mula memandangnya. Dia pun apa lagi? Berjalan dengan gahnya. Tetapi tak lama kemudian, tujuh orang jejaka menghalang jalannya.

"Hey tepilah" katanya dengan nada maskulin. Semua gadis yang berada di situ jatuh terkulai setelah suaranya kedengaran di seluruh dewan. Whoa!

"Hai jejaka disebalik topeng, boleh kenalkan diri kau?" soal jejaka yang amat dia kenali. Siapa lagi kalau bukan AgustDrella.

Tanpa teragak-agak dia menjawab "Aku Putera Jims Isaac Neutron dari kerajaan Metrovile"

"Ouh anak raja. Jadi, mana raja dan permaisuirinya?" kalini Sugarella menyoal.

"Mereka tak dapat hadir kerana hal peribadi, jadi aku wakilkan mereka berdua."

Mereka mengangguk faham.

"Setahu aku, anak raja ni selalu pandai menari. Kalau tak keberatan apa kata kita menari,nak tak?" usul Kookierella.

Dia hanya menghela nafas panjang. Riak wajahnya penuh bersahaja.

"Hm,boleh saja"

Mereka terus menapak betul-betul di tengah dewan.

"Ha aku ada idea! Kita adakan satu cabaran. Siapa-siapa yang paling lama  menari diantara kita, dialah pemenangnya. Setuju?" cadang Taetaerella.

"SETUJU!"


🍉🍉🍉🍉🍉

Chimderella akan menutupkan tirai tak lama lagi 😔😭

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro