L
𝑪𝒉𝒊𝒎𝒅𝒆𝒓𝒆𝒍𝒍𝒂
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 10
Seminggu kemudian....
Hari yang dinanti-nantikan telah tiba. Chimderella mula menilik diri melalui pantulan cermin. Ibu jari dan telunjuk mendarat atas dagu tanda berfikir.
"Woi, ok tak baju aku pakai ni?" Chimderella menanyakan pendapat kepada seseorang. Sebaliknya,
"Woi?? Ingat aku ni takde nama ke? Sebut tu biar betul-betul" dia berdecit.
"Mang"
Mang menggeleng lantas kepala Chimderella disekehnya.
"Sebut macam aku selalu ajar" arah Mang. Chimderella mengeluh.
"SIFU MANGkuk" sayup-sayup suaranya menyebut kuk.
"Apadia? Aku tak dengarlah"
Tanpa segan silu, Mang mula mengorek telinga. Sebaik sahaja jari keliking dikeluarkan, dia terkejut besar melihat 'hasil perlombongannya'.
"Eww!" Chimderella membuat wajah kuda-tak-bertamadun!
Warnanya seperti emas, tapi tak bernilai. Kalau digadai bukan saja ditolak mentah-mentah,malah tauke emas juga akan memberi sepakan percuma ke gaung gol!
Akhirnya 'hasil perlombongan' a.k.a 'bebola emas' terus dijentik ke arah Chimderella namun dia sempat meraih sesuatu objek sebagai pelindung.
"HOII SAMAK BALIK RUMAH AKU!!"
Tapi mereka berdua hanya buat tak endah.
"Ha aku dah dengar,sebutlah!"
"SIFU MANG" balasnya dengan nada menyampah.
Mang tersenyum kuda lantas dia mula meneliti pakaian yang tersarung padanya.
"Oi kau ni pergi majlis tari-menari ke nak masuk tido ha?" Mang bercekak pinggang.
"Kenapa?? Tak boleh ke?" soalnya dengan wajah polos.
Mang memberi pandangan kenapa-aku-jadi-mentor-mochi-ni??
"Hm, tak sesuai langsung. Pergi tukar baju lain" arahnya.
Chimderella pun terus menapak ke almari. Tak sampai lima minit dia kembali dengan berdiri statik di hadapan Mang.
"Amacam sifu?"
Hampir terlucut topeng kudanya sebaik sahaja Chimderella mengenakan kemeja hitam berlengan pendek dan pomade rambut berwarna hitam. He's too hot mannyh!!
"Hmm,cara pemakaian kau ni bukan sahaja buat gadis terpikat, orang lelaki yang putus cinta pun akan jatuh cinta pada kau. Erggh,geiih!" hambur Mang.
Chimderella kembali ke almari untuk mengenakan pakaian yang lain. Tak lama kemudian dia menapak semula kepada Mang.
"Kalau style gini, okey ka idok?"
Dia tampak segak mengenakan kemeja pemberian mendiang ibunya dan pomade berwarna pink.
"Wah, Chim hensemnya kau. Aku rasa style macam ni baru sesuai dengan kau. Aku pasti puteri akan terpikat" ujar Mang.
"Emm, sifu terima kasih sebab ajar aku sedikit sebanyak tentang tarian. Aku terhutang budi pada kau" luah Chimderella. Dia tertunduk sambil kaki menguis lantai.
"Alah small matter dude. Dah pergilah cepat. Mesti yang lain tengah tunggu kau."
• ────── ✾ ────── •
Sebaik sahaja menuruni tangga, dia ternampak beberapa susuk badan berada di ruang tamu, jadi dia terus menapak ke situ.
Mereka yang lain memandangnya dengan penuh kehairan.
"Apahal korang tercegat lagi dekat situ? Jomlah!" kata Chimderella dengan nada teruja.
"Eh, bukan kau tak boleh pergi ke?" soal AgustDrella dengan senyuman sinis.
"Kenapa pula aku tak boleh pergi? Appa tak kata apa-apa pun, jadi maknanya aku boleh ikut seka--" bahunya dipegang seseorang. Dia menoleh.
"Sebab aku tak kata apa-apalah kau tak boleh pergi" kata Encik Porrrnesia.
"Tapi appa~"
"Arghh! Kau tak boleh pergi,tak bolehlah!"
"Tolong appa, sekali saja saya minta dari appa, saya nak sangat pergi ke majlis tarian" Chimderella memeluk rapat kaki empunya Encik Porrrnesia. Sayup hati Taetaerella melihat Chimderella sebegitu tetapi dia tak mampu berbuat apa-apa.
Manakala Encik Porrrnesia langsung tak termakan pujukan rayu Chimderella. Malah, dia mengheret anak tirinya hingga ke dalam bilik. Tidak lupa juga pintu bilik dikunci dari luar.
Kelima-lima anak beranak beredar dari rumah untuk menghadiri majlis berprestij di istana.
"APPA KENAPA BUAT MACAM NI DEKAT CHIMCHIM??!"
🍉🍉🍉🍉🍉
Sorry for late/slow update. Vote & comment😍
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro