A
𝑪𝒉𝒊𝒎𝒅𝒆𝒓𝒆𝒍𝒍𝒂
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 12
Sebaik sahaja Taetaerella berkata-kata, lampu di dalam dewan semakin malap dan muncullah cahaya dari atas yang mula memancarkan tepat ke arah mereka berlapan.
Chimderella mengerling ke tempat DJ. Alangkah terkejutnya si Chimderella apabila dia menyedari DJ yang bertugas di situ adalah pari-pari Jin. Dia cam bukan kerana rupa, tapi pakaiannya.
Muzik instrumental terus dipasang dan cabaran dimulakan. Mereka berlapan menjadi perhatian orang ramai sehingga Puteri Yoonji mendekati singgahsana berhadapan platform tarian.Setelah sekian lama beraksi, seorang demi seorang menarik diri. Ironinya,orang yang usul cabaran tulah yang pertama menarik diri.
Kini,hanya dua jejaka sahaja yang masih bertahan. Siapa lagi kalau bukan Chimderella dan Jackson. Cabaran semakin sengit kerana Jackson bukan calang-calang orang. Dia dilatih oleh penari professional yang terkenal di yougotnokingdom.
Sedang menari, Jackson ternampak Puteri Yoonji, jadi dia hilang fokus. Manakala Chimderella pula menari tanpa henti sampai terpejam mata.
Tepukan gemuruh bergema di segenap dewan. Meskipun keliru Chimderella masih setia menari di atas platform.
"Sudah-sudahlah menari, awak menang" suara lembut menyapa di telinga membuatkan Chimderella berhenti menari.
Mata yang terpejam rapat kini celik. Habis merona merah pipinya. Mahu taknya, orang yang menegurnya Puteri Yoonji sendiri. Chimderella mula menyedari sesuatu yang tak kena.
"Mana Jackson?"
"Lepas merenyam tepi aku,terus kena pelempang. Balikla kot" jawab Puteri Yoonji sambil menguak rambutnya.
Chimderella terkedu. Cair barangkali.Tiba-tiba dia meraih tangan Chimderella.
"Panaslah dekat sini. Apa kata kita ke sana?"
Chimderella hanya mengangguk disebabkan tak mampu nak berkata-kata. Mereka berdua lantas menapak keluar dari dewan. Kini mereka berdua berada di balkoni dimana tiada sesiapa pun di situ.
"Cantik kan permandangan malam ni?"soal Puteri Yoonji sambil memandangnya.
"Can-tik--" jawabnya sedikit gugup.
Puteri Yoonji mengalih pandangan ke arah gugusan bintang yang bertaburan atas langit. Ketika itulah Chimderella mengambil kesempatan untuk menatap sisi wajah gadis idamannya.
--macam awak" tuturnya sendirian. Puteri Yoonji kembali memandangnya.
"Ha, awak ada cakap apa-apa ke?" soalnya. Meskipun ralit mengamati bintang-bintang yang tak terkira namun telinganya masih dapat tangkap suara yang sayup-sayup.
Dengan reaksi bersahaja Chimderella menggeleng. Tapi dalam hati, Tuhan saja yang tahu betapa gugupnya hati ni.
"Em, tuan puteri--"dia mula bersuara
"Sudikah awak menari dengan saya?" tangan kanan dihulur kepada gadis yang berada dihadapannya.
Tanpa teragak-agak, Puteri Yoonji meraih tangannya. Mereka berdua mula menari ala-ala tango. Sedang mereka ralit menari,Puteri Yoonji tersadung sesuatu membuatkan dia hilang imbangan lalu jatuh.
Namun, nasib menyebelahinya kerana Chimderella sempat menyambut. Yoonji yang memegang watak puteri raja sangat terkejut kerana adegan ini bukanlah gimik malah kali kedua dia disambut Chimchim.
"Tuan puteri okey ke?" Chimchim membuat skrip sendiri. Yoonji mula memandangnya dengan penuh menyampah. Rasa nak tumbuk je.Tapi nak buat macam mana?
Dia mengangguk tanda dia okey.
Mereka berdua saling berpandangan. Semakin lama,Chimderella makin galak mendekatkan jarak sehingga berbaki 3 cm.
Lantas Yoonji memejam rapat matanya. Dia tak mampu nak berbuat apa-apa melainkan menyumpah seranah dalam hati.
"Tuan puteri, saya nak bagitahu sesuatu ni, tolonglah buka mata" rayu Chimderella yang kedengaran cemas.
Cepat-cepat matanya celik. Mereka berdua bingkas berdiri statik. Dalam hati Yoonji menghela nafas dengan leganya.
"Maaflah tapi, pertemuan kita sampai di sini saja sebab saya kena pergi dari sini secepat mungkin. Apa-apapun,ni hadiah saya"
Tanpa sangkaan Puteri Yoonji, pipi kanan dikucup Chimderella. Merona merah pipinya.
"Pergi dulu" pamit Chimderella sebelum meninggalkan Puteri Yoonji sendirian.
Sebaik sahaja keluarga tirinya mula beredar dari perkarangan istana, Chimderella terus lari lintang pukang lantas memasuki kereta kuda.
"Cepat, aku kena balik sekarang!"arahnya dengan nada sedikit kasar namun kereta kuda langsung tak bergerak.
Dia terus keluar dari kereta kuda. Jangkaannya memang tepat, pari-pari Jinnie tiada di tempatnya.
"Mana si kontot tu?" soalnya pada Mang.
"Jinnie? Eh kau nyanyok ke? Dia jadi DJlah dalam istana sekarang ni" jawabnya.
Chimderella meraup kasar wajahnya sehinggakan topeng terlucut jatuh ke tanah.
"Habis tu,kenapa kau je yang tak bergerak?" marahnya.
"Dah takde drebar,macam mana aku nak bergerak?" selamba kuda Mang menyoal balik.
Ha menjawab,menjawab. Besa tu!
Dengan kesabaran yang makin menipis, Chimderella memanjat atas badan Mang.
"Woi apa kau buat ni?"
"Aku drebar sekarang ni. Bawak balik aku ke rumah secepat mungkin!" belakang Mang ditampar.
Biarpun mengaduh sakit namun Mang sedikit pun tak berganjak.
"Apa kena dengan kau ni?Lekaslah!"belakangnya ditampar lagi.
"Ingat kau tampar tak sakit ke?" marah Mang.
"Eleh,bukannya aku tampar sampai berbirat pun. Mengadalah kau ni. Dah jom balik"
"Takmo!"
Tanpa berfikir panjang, Chimderella membelainya.
"Ha, macam nilah aku nak!" Mang terus memecut pulang ke rumah.
"WOi, PERLAHANLAH SIKIT! AKU NAK JATUH NI!"
Pekikannya langsung tak diendahkan Mang. Savage.
🍉🍉🍉🍉🍉
Hai readers sekalian. Authornis nak mintak maaf sangat-sangat sebab tak dapat update awal-awal haritu. Authornis akan update next chapter secepat mungkin nanti. Stay vomment pls 😘😘
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro