Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

❤️

𝑪𝒉𝒊𝒎𝒅𝒆𝒓𝒆𝒍𝒍𝒂
𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 13 (Finale)

Puteri Yoonji melemparkan pandangan ke luar jendela sambil mengeluh. Rasa ralat menyelubungi diri kerana dia langsung tidak bertanya nama kepada jejaka bertopeng tempoh hari.

Pintu diketuk dari luar. Dia bingkas berdiri lalu berjalan ke arah pintu.

"Tuan puteri, merata kami cari lelaki yang tuan puteri cakapkan haritu tapi tiada. Apa yang kami jumpa--" pengawal istana mengeluarkan sesuatu dari karung lalu memberikan kepadanya.

Biarpun reaksi diberi sedikit cuak namun dia masih meneliti objek dipegangnya. Seperti biasa dilihat sebelum ini.

"Memang serupa dengan apa yang dia pakai" ujarnya dengan nada berbisik.

"Arahkan mereka yang lain untuk cari pemilik topeng ni"

"Baiklah tuan puteri"


• ────── ✾ ────── •

Rutin harian Chimderella kembali seperti biasa. Selalunya tiada apa pun yang istimewa,tapi hari ini lain sikit.

"Damn,tak muatlah"

"Keciknya,mana boleh pakai"

"Kalaulah kepala aku bujur sikit,mesti muat dan swag yeah!"

Semua mengeluh. Disebabkan tertanya-tanya, dia menapak ke ruang tamu.

"Aik monyok semacam ni.Korang semua dah ken--" Chimderella berhenti bertanya lantaran ternampak beberapa orang lengkap beruniform bertandang ke rumah.

Terus-terus dia ke dapur. Tak sampai lima minit,dia menghala ke ruang tamu sambil menatangkan minuman di atas dulang.

"Maaflah yer,mesti awak berdua daha--"

"Ehh takpe takpe. Lagipun kami datang pun untuk mencari seseorang"

"Seseorang??"

"Ya, seseorang nak memakai topeng muka ni. Dah ramai yang menyarung topeng di muka, tapi semua tak sepadan"

Topeng muka itu memang dibuat khas pada si pemakai. Si lagi kalau bukan orang dihadapan mereka.

"Kalau macam tu biar saya pakai"

"Hm, engkau? Aku rasa mesti kau pun tak muat" selar Sugarella.

"Aku nak cuba je, manalah tahu kalau-kalau topeng ni memang muat dengan aku" katanya dengan bernada resah. Walhal, terang lagi bersuluh itu topeng miliknya.

"Ek eh muatlah!" katanya dengan penuh teruja. Acah lebih je tu,alahai.

Nampaknya, mereka telah menjumpai jejaka sebalik topeng tersebut. Sejurus itu, Chimderella dibawa ke istana untuk berjumpa dengan raja dan permaisuri.

Setelah kedua-dua pihak berbincang,akhirnya Chimderella dan Puteri Yoonji disatukan. Mereka hidup bahagia selamanya.

Tiba-tiba, Chimderella kucup sekilas bibir milik Min Yoongi kuasa 3.

'Tunggu kau lepas pementasan ni' gumam Yoonji sambil mencerlung tajam ke arah Chimchim

Chimchim hanya tersenyum sumbing tatkala melihat wajah bengang gadis yang dia minati

Tamat.

🍉🍉🍉🍉🍉

Maaflah kalau ending tak seberapa. Apa-apa pun terima kasih sebab sentiasa menantikan entri by entri. Love yall! Chimderella COMPLETE!

P/S : Sebagai cadangan, jemputlah baca buku ketiga Wauthormelon, tajuknya The Min Family S2🦄. Fanfic kali ini pasti buat korang tak kering gusi dengan telatah Min sekeluarga di negara orang hehe🤪. Kalau nak baca fanfic pun xpe terpulanglah pada readers😆❤️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro