EPILOG
Aku mendongak ke atas melihat dada sang langit.Bunyi-bunyi burung berkicauan menyelinap masuk menjadi halwa di telingaku. Nyaman, hanya itu sahaja dapat diungkapkan. Angin sepoi-sepoi bahasa meniup. Aku dalam perjalanan menuju ke sebuah destinasi.
Earphone disumbat kedua belah telinga, lagu kegemaranku dimainkan. Dengan langkah bersahaja aku berjalan. Mesej dari ibu aku lihat sepintas lalu. Ibu berpesan padaku untuk pulang awal daripada biasa. Satu senyuman terukir dibibirku, hatiku berasa gembira dan senang saat membaca mesej daripada Ibuku, Puan Diyana.
Selepas kejadian yang menimpa tempoh hari, Ibuku telah memutuskan untuk bersara dan tinggal bersamaku. Jadi mulai sekarang tidaklah aku berasa kesunyian lagi.
Langkah aku terhenti, nyanyian lagu aku matikan sebagai tanda hormat ke tempat yang aku singgah. Earphone aku simpan dalam poket. Kemudian aku menyambung langkahku menuju ke destinasi.
"Assalamualaikum," ucapku lembut, walaupun aku tahu tiada jawapan. Rumput- rumput kecil yang tumbuh sekitarku, dicabut.
Aku melabuh punggung di ruang kosong, kemudian aku mengambil al quran kecil dalam beg. Surah Al fatihah dan Yassin aku baca, niat untuk disedekahkan.
Usai membaca, aku mencium al quran itu dan simpan ke dalam beg kembali. Angin lembut menderu menyapa pipiku. Sejuk dan tenang saat itu. Aku memejamkan mata menikmati suasana itu sehinggalah satu suara menerjah dan memanggil namaku.
"Adra!"
Aku membuka mata kembali, dikerling sang pemanggil. Aku tersenyum melihat pemanggil itu. Perlahan-lahan aku bangun dari duduk. Batu nisan berukiran nama penuh Ahmad Mikael dihadapan, ku tenung.
"Adra pergi dulu, abang Mikael" kataku dengan lembut, sebelum melangkah pergi.
BROTHER
"I'm home!" jerit Adra kegirangan. Laju kaki menapak ke dapur apabila melihat pelbagai jenis makanan terhidang. Bau sedap makanan membuatkan perutnya lapar.
Puan Diyana senyum sambil meletakkan satu lagi pinggan makanan atas meja. Cepat-cepat Adra basuh dan menyedok nasi. Lauk-lauk diambil dan disuap ke mulut.
"Sedap ibu masak" puji Adra membuatkan senyuman Puan Diyana semakin lebar. Wajah anak perempuannya ditatap penuh kasih sayang. Syukur pada tuhan, semua masalah yang timbul telah selesai. Keadaan Adra juga lebih baik daripada dulu, dia telah mendapat rawatan ketagihan dadah di hospital.
Tapi alangkah bagusnya kalau dia dapat putarkan masa kembali. Bersama keluarga seperti dahulu dan dapat menyelamatkan suaminya daripada dibunuh Akram Zuhairi. Atau yang sering dikenali sebagai Airi.
Sebenarnya, pada waktu kejadian berlaku. Dia sedang menatang dulang cawan berisi menuju ke meja makan. Tetapi dia terdengar bunyi seseorang sedang bertelingkahan. Dengan rasa tertanya dia melangkah mendekati.
"jangan rapat dengan isteri aku!" Marah Encik Hairuz memberikan amaran. Matanya sedikit terjenggil menahan rasa marah. Satu penumbuk kencang mendarat ke pipi kiri Pak Samad. Terus jatuh terduduk lelaki itu.
"Aku tak ada apa-apa hubungan dengan bini kau! Percayalah " jelas Pak Samad dengan bersungguh. Dia hanya mahu menghantar tong gas ke rumah Encik Hairuz.
"Kau ingat aku percaya!" tengking Encik Hairuz nada tinggi. Botol kaca dipecahkan. Dalam keadaan penuh kemarahan dia menghunus serpihan tajam itu ke Samad. Mujur Samad sempat menendang perut Encik Hairuz dan mengelak. Serpihan kaca itu tercampak jauh.
Sesaat kemudian mereka bergelut, sehinggalah Encik Hairuz sekali lagi menumbuk Samad. Lelaki itu bagaikan sudah hilang kawalan. Terlalu ikut emosi sehinggakan dia sanggup membunuh.
Samad jatuh tersungkur, dia tidak berdaya. Hanya merelakan sahaja mukanya lebam dipukul Encik Hairuz. Dia terbaring di lantai, mahu sahaja Encik Hairuz menghadiahkan satu lagi tumbuhkan. Kepalanya dihentam sesuatu keras.
Airi, budak lelaki itu turut berada di situ. Dia telah menolak rak menyebabkan beberapa barang jatuh dan salah satunya mengena kepala Encik Hairuz.
"Kamu buat apa dekat sini?" soal Samad dengan muka cuak, Zuhairi tidak menjawab. Mukanya nampak pucat melihat tubuh Encik Hairuz kaku tidak bergerak. Cecair pekat keluar mengalir dari badannya. Laju dia membuka langkah larikan diri.
Samad yang mula cemas terus memeriksa keadaan Encik Hairuz, serpihan botol kaca tertusuk dalam ke dada Encik Hairuz. Mungkin saat Encik Hairuz jatuh pengsan ke lantai. serpihan itu turut berada disitu dan menusuk dada lelaki itu.
"Hai...ruz?" suara Samad terketar-ketar. Matanya membulat luas, pelahan-lahan dia menarik serpihan kaca yang menusuk di dada.
Dan saat itu jugalah, dia berpaling ke arah Puan Diyana yang tercegat dan kaku di hadapan pintu. Mukanya pucat sebelum dulang yang dibawanya terlepas dari tangan. Dan bunyi kaca pecah mengejutkan orang lain.
BROTHER
"Assalamualaikum" satu suara memberi salam. Puan Diyana yang mengelamun teringat akan peristiwa hitam itu mengangkat muka, melihat susuk tubuh di ruang tamu.
"Kak Mika! Sini makan sekali!" Panggil Adra separuh menjerit. Mikalya angguk seraya menghampiri. Dia baru pulang dari kerja. Satu senyuman manis dilontarkan kepada Puan Diyana.
"Waalaikumsalam" ucap Puan Diyana membalas senyuman. Mikalya turut menyertai mereka menjamu selera ketika itu.
"Adra dengan ibu, bertolak pukul berapa esok?" tanya Mikalya, dia baru teringat Puan Diyana dan Adra mahu bercuti di Langkawi. Tetapi Mikalya tidak dapat mengikuti mereka sekali kerana kesibukan kerja.
"9 pagi," jawab Adra sambil tersengih comel. Puan Diyana mengangguk.
"Jaga diri baik-baik, ingat tu" pesan Mikalya mengerling ke arah Adra. Adik perempuannya membuat simbol 'okey' dengan jari.
BROTHER
______________________________________________________________________________
PERINTAH KEMASUKAN SEBAGAI PESAKIT KE HOSPITAL PSIKIATRI OLEH PEGAWAI PERUBATAN ATAU PENGAMAL PERUBATAN BERDAFTAR
[SEKSYEN 14 AKTA KESIHATAN MENTAL 2018]
Nama : Akram Zuhairi bin Akmal Zaidi
Umur : 19 Tahun
Fakta :
- Pernah membunuh rakan ketika di sekolah rendah kerana rakan mengejeknya.
- Tidak boleh mengawal perasaan dan boleh berubah watak pada bila-bila masa.
______________________________________________________________________________
Inspektor Daniel menyusun bukti dan hasil siasatannya ke dalam sebuah fail. Tangannya mencapai Permanent Marker dari bekas alatan tulisnya.
END OF CASE.
Tulisan itu ditulis besar-besar di bahagian depan fail.Inspektor Daniel menghela nafas puas. Akhirnya 2 kes serentak dapat ditutup.Kes kematian yang lama turut dapat diselesaikan. Rupanya dari orang yang sama.
Jam 5.00 petang.
Jam di tangan dikerling.Sepatutnya sudah waktu dia pulang dari kerja.Tetapi badannya masih belum puas duduk berehat di kerusi pejabatJadi dia luangkan sebentar sambil melihat-lihat laman facebooknya di telefon. Satu catatan dari seorang user facebook itu menarik perhatiannya.Catatan yang panjang dibaca sehingga habis namun hanya fakta ini yang masuk ke dalam otaknya.
Gangguan cinta obsesif (OLD) merujuk kepada keadaan di mana anda menjadi obses dengan orang yang anda rasa anda cintai.
Justeru, anda mungkin rasa keperluan untuk melindungi orang yang disayangi secara obsesif.
BROTHER
Malam keesokan, Mikalya berada di luar rumah. Dia sedang membakar kertas-kertas dan barangan rosak yang tidak digunakan lagi. Sedang dia mengangkat kotak, sekeping gambar yang terselit di dalam buku terjatuh. Perlahan-lahan dia tunduk dan ambil gambar itu.
Gambar dia dan Zuhairi semasa hari graduation tingkatan enam.
"sejahat mana pun kau, tapi kau kawan baik aku" kata Mikalya sendiri merenung gambarnya bersama Zuhairi. Mereka kelihatan sungguh bahagia ketika itu.
Walaupun dia tahu Zuhairi yang sebenarnya membunuh ayahnya, tetapi lelaki itu telah menjadi rakan yang paling baik dia ada. Selalu ada disampingnya walau senang dan susah. Sebenarnya Puan Diyana mahu melaporkan kesalahan Zuhairi namun kedua orang tua lelaki itu merayu agar menarik dakwaan itu.
Akibat tidak tahan dirayu dan tangisan dari ibu bapa Zuhairi, Puan Diyana terpaksa menutup mulut Pak Samad dengan memberikan sejumlah wang iaitu pada malam dimana Mikalya melihatnya. Sungguh pada ketika Puan Diyana menceritakan segalanya kepadanya dan Adra, dia berasa amat terkilan akan sikap ibunya. Namun Puan Diyana berjanji mahu membaiki kesilapannya.
"Akram Zuhairi..." Gambar zuhairi direnungnya. Satu senyuman kelat terukir.
"Aku rindukan kau, but I have to erase you out of my life" katanya lagi, seraya gambar itu dilemparkan di dalam unggun api kecil. Gambar itu perlahan-lahan terbakar dan menjadi debu. Satu memori dimana satu kejadian pertumpahan darah mula bermain di minda.
"Mika, aku sayangkan kau" ayat dia dengar dari mulut Zuhairi sebelum satu tembakan dilepaskan.
Bang!
"Mika!!" Mikael menjerit lantang dan melindungi adiknya.Tidak semena-mena pistol yang disangkakan dihalakan ke arah Mikalya kini menembus dada Mikael yang bertindak memeluk adiknya,Mikalya.Serentak itu, pihak polis turut melepaskan tembakan tepat ke dada Zuhairi.
Baju yang dipakai Zuhairi mula bertompok darah. Dadanya berasa amat sakit, dia seakan hilang kudrat untuk berdiri. Namun digagahkan untuk berdiri.
"Mika, aku sayangkan kau" luahnya sekali lagi dengan mata berkaca. Anak matanya merenung tepat ke arah Mikalya sebelum tubuhnya hilang imbangan dan jatuh ke dalam kolam. Air kolam yang jernih bertukar warna merah.
BROTHER
Setitis air mata Mikalya jatuh ke pipi, teringat akan kejadian itu. laju dia mengesat air mata membasahi pipi. Bunyi telefon berdering dari dalam rumah. Terus kaki diatur menuju ke ruang tamu.
Nama Puan Diyana jelas terpapar di skrin telefon. Tanpa menunggu lama, cepat dia menjawab panggilan itu.
"Hell..."
"Ini Cik Mikalya ke? keluarga Cik terlibat dalam kemalangan jalan raya..." Bagai dipanah kilat, Mikalya tersentak mendengar berita itu.
Jari jemarinya mula menggigil ketakutan terlampau. lututnya terasa longgar tidak mampu berdiri lagi. Dia jatuh terjelepok di lantai, air matanya berderai jatuh membasahi pipi.
Tidak lama itu, bunyi notifikasi berdeting. Satu mesej daripada orang tidak dikenali. Dengan perasaan takut Mikalya membaca mesej itu.
"Kau hanya milik aku, Haura Mikalya" - Unknow Person
Jelas terpapar pesanan ringkas dari seseorang membuatkan Mikalya berasa gila dan cemas. Air matanya tidak henti mengalir, Telefon dibaling ke lantai sehingga pecah skrin. kedua belah tangan memegang kepala menyebabkan rambutnya serabai.
secara tiba-tiba dia teringat ayat dan mesej yang sering dia dapat.
"Mika, aku sayangkan kau"- Akram Zuhairi
"Aku rindu kau, mikalya"- Unknow Person
"Kau takut dengan aku?" - Unknow Person
"Awak dalam keadaan bahaya Mikalya" ayat yang diajurkan oleh inspektor mula terngia-gia di kepala, jika bukan Akram Zuhairi. maka siapa yang selalu menganggunya?
Mikalya mula berasa serabut memegang rambut sehingga kusut sebelum dia berteriak kuat melepaskan rasa geram.
TAMAT
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro