Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BROTHER ( The Unknown)

" Apa? Tapi awak dah janji nak datang hari ni. Anak-anak dekat sini tunggu awak balik diyana! Rindukan awak!" Kata Encik Hairuz sedikit nada kesal. Dia kecewa dengan sikap isterinya yang tidak dapat menepati janji. Sibuk akan kerjaya sehingga melupakan keluarga sendiri.

Mikalya yang bersembunyi belakang dinding mendengar segalanya. Nampak gaya ibunya tidak dapat hadir untuk family day kali ni. Sudah beberapa bulan dia tidak bersua muka dengan ibu kandungan. Pernah dia terdengar pertelingkahan antara Encik Hairuz memaksa isterinya pulang dan bersara. Namun Ibunya tidak mahu.

Mikalya menunduk kepala sedikit, wajahnya menjadi mendung apabila teringat akan wanita itu.

"Mika?"

Mikalya menoleh ke sisi. Kelihatan Encik Hairuz dihadapannya.  Ayahnya seperti sudah mengetahui yang dia sedang menyorok.

"Mika buat apa dekat sini?" lemah lembut Encik Hairuz bertanya. Satu cebisan senyuman dihadiahkan apabila melihat sahaja wajah muram Mikalya.

"Mama tak dapat datang lagi ke?" Tanya Mikalya sedikit teragak-agak. Senyuman Encik Hairuz berubah kelat, dia diam. Pertanyaan itu seakan meresap hatinya. Entah berapa kali dia cuba memujuk anaknya yang sedih tanpa ibu disisi.

"Mama akan datang sayang, tapi bukan sekarang. Dia ada kerja yang perlu diuruskan. Petang sikit dia balik." Tutur Encik Hairuz lalu menarik tubuh kecil Mikalya ke dalam pelukan. Bahu Mikalya terasa hangat dan basah. Encik Hairuz menangis sambil mengeratkan lagi pelukkan.

Tanpa dia sangka itu adalah hari terakhir Ayah memeluknya sebelum satu tragedi hitam berlaku yang mengubah segalanya.

Prang!!

Bunyi sesuatu jatuh dari dapur, pecah berderai cawan dan piring kaca. Sebelum satu jeritan kuat mengejutkan semua orang.

"Ayah..." Mata Mikalya terbeliak, mulutnya sedikit ternganga. Air matanya mula bertakung di kelopak mata. Jari jemarinya mula terketar-ketar melihat jasad ayahnya terbaring tidak bernyawa. Dengan langkah yang lemah dia mendekati sekujur tubuh yang terbaring kaku bersama darah yang mengalir tidak henti. Jantungnya ketika itu berdegup kencang.

Kelihatan seorang lelaki dalam keadaan jatuh terjelepok dan berpeluh dingin. Riak wajahnya tampak terkejut, manakala baju dan tangannya berlumuran darah. Sebelah pisau memegang erat senjata tajam. Pak Samad, lelaki itu dalam keadaan ketakutan.

"Ayah..." Panggil Mikalya yang semakin hampir dengan jasad. Setitis air mata jatuh mengalir ke pipi.

"Ayah!!" Jeritnya dengan kuat menggemakan bilik stor. Terasa tubuhnya dipeluk dari belakang, Mikael memeluknya dengan erat cuba menahan adiknya masuk ke tempat kejadian.

BROTHER

Setitis air mata mengalir turun ke pipi. Perlahan-lahan Mikalya membuka mata yang terasa berat. Lantas dia mengesat air mata itu, takut orang sekeliling dalam pejabat perasan.

Dia tertidur di atas meja semasa menyiapkan kerja. Mungkin kerana dia terlalu mengantuk dan tidak cukup tidur akibat bunyi yang selalu  didengari daripada bilik Mikael. Entah mengapa, hatinya kuat mengatakan lelaki itu menyembunyikan sesuatu.

Dia mencapai telefon yang tersadai atas meja, beberapa mesej dan 3 missed call daripada nombor tidak dikenali. Dia tidak menyedari akan mesej dan panggilan terlepas itu kerana telefonnya dalam keadaan mood silent.

Satu mesej dari nombor tidak kenali dibaca.

"Aku rindu kau, mikalya"

BROTHER

"Encik buka pintu ni atau kami tendang."Sepasukan Anggota polis ingin membuat siasatan terhadap penghuni rumah tersebut kerana mereka mengesyaki penghuni itu terlibat dengan kes kemalangan yang disengajakan.

Kes tersebut sebenarnya sudah ditutup tetapi ketua detektif itu masih ingin mencari kebenaran setelah didesak.

"Kalau encik taknak bagi kerjasama saya bukakan pintu ni yaa.."

"Satu.."

"Dua.."

"Tiga.."

BAAANGG !

Pintu kayu tersebut ditendang.

"Helo Encik ?!" Laungan itu diselangi dengan guruh yang semakin membingit.

Pasukan polis membuat serbuan setelah melihat rumah tersebut kosong tidak berpenghuni. Rumah itu gelap gelita.

Kilat sambung menyambung di langit.Sesekali cahaya kilat membuatkan ruang tamu rumah itu terang benderang.

Setiap ruang mereka terjah kerana suspek seolah-olah tidak mahu bekerjasama kerana tadi rumahnya sebelum diterjah kelihatan seperti berpenghuni.

Televisyen di ruang tamu masih menyala bermaksud ada orang di rumah ini.

Disebalik kegelapan ruang dapur itu, penampakan sesusuk bayangan tubuh seorang lelaki yang melompat dari tingkap. Bayangan itu muncul dek biasan cahaya kilat yang memanah bumi.

Setelah itu ruang dapur itu kembali gelap. Bunyi desingan angin kuat pula menerjah dari bukaan tingkap yang luas.Tempias hujan membasahi lantai.

"Suspek telah melarikan diri tuan."

BROTHER

Mikalya menggeliat apabila tubuhnya terasa lenguh. Penat menyiapkan kerja yang tertunggak. Suasana malam ini agak dingin, kerana hujan lebat di luar sana. Sesekali dia menguap, sempat dia mengerling jam sudah pukul 1 pagi. Hari ini Adra, adiknya menginap di rumah rakan. 

Katanya study group.

Dia membuka aplikasi media sosial dalam telefonnya, beberapa mesej daripada orang tidak dikenali dan friend request dilihat sekilas lalu.

"Aku cemburu bila kau dengan yang lain"

Mesej dihantar melalui aplikasi whatapps, tanpa berfikir panjang terus nombor itu disekat dan dipadam Mikalya.

"Sehinggakan aku mahu membunuh"

Satu lagi mesej daripada orang yang sama. Mikalya mengetap bibir, terus tangannya lincah menaip sesuatu.

DUM!

Bunyi sesuatu yang terhempas kuat, automatik mikalya berhenti menaip. Tidak lama itu, dia terdengar derapan kaki seperti menghampiri pintu bilik.

"Aku dalam rumah kau"

Mikalya menelan air liur, anak mata tertumpu pada pintu. Namun beberapa minit kemudian, derapan kaki itu hilang. Seolah ghaib bergitu sahaja.

Dia menarik nafas lega, mungkin itu adalah perasaannya sahaja.

DUM!

Sekali lagi bunyi sama kedengaran, kali ini lebih kuat daripada tadi. Kali ini Mikalya memberanikan diri, lantas batang penyapu diambil kemudian dia mendekati pintu. Dengan penuh debaran, perlahan-lahan dia membuka pintu bilik.

Dia melihat keadaan sekeliling, tiada apa-apa yang berlaku. Tiba-tiba telinganya dapat mendengar seseorang sedang menangis. Sayu seolah merintih kesedihan.

Bunyi yang sama dia dengar setiap malam, Mikalya menelan air liur, jantungnya berdegup kencang. Bunyi itu datang dari bawah, ruang tamu. Dia menunduk sekilas lalu ke bawah melihat yang gelap gelita. Dengan berani dia melangkah ke arah bunyi.

Apabila dia sampai di ruang tamu, dia melihat tingkap tidak ditutup dimana langsirnya beralun-alun.

"Mikalya..."

Satu suara menyeru namanya, malah dia dapat rasakan seseorang dibelakangnya. Bulu romanya meremang, lantas dia menoleh.

Satu susuk tubuh berdiri di hadapanya. Seorang lelaki merenungnya dengan senyuman menakutkan. Kelihatan sebilah pisau dalam genggaman tangan lelaki itu

Air liur ditelan kasar, Mikalya mula cemas. Jari jemarinya mengigil. Mahu sahaja dia melarikan diri dan menjerit. Terlebih dahulu tangannya ditarik kasar dan mulutnya ditekup. Meronta-ronta Mikalya cuba melepaskan diri, dia menggunakan segala kudratnya dan menyiku perut lelaki tersebut.

Terus meraung kesakitan lelaki itu, Mikalya mengambil kesempatan melarikan diri. Namun hanya beberapa langkah, dia jatuh tersembam ke lantai. Lelaki itu sempat memegang kakinya.

"Kau nak apa dari aku?!" tempiknya dengan marah, lelaki itu tersengih jahat. Kini wajahnya jelas kelihatan akan cahaya yang terbias dari lampu luar. Apabila diamati, itu adalah Pak samad. Bebola matanya nampak kemerahan.

"Kau dengan ahli keluarga, pembawa sial" jawabnya berselang tawa. Cara lelaki itu berdiri seperti dalam keadaan khayal, tidak seimbang.

Mikalya mengesot ke belakang, air matanya bertakung. Mahu sahaja dia menangis disitu kerana ketakutan.

"Kau patut dibunuh!" jeritnya sebelum pisau ditangan dihunus ke arah Mikalya. Setitis air mata Mikalya jatuh ke pipi, dia memejam mata.

Allah, selamatkan hambamu ini!

Senyap.

Keadaan menjadi hening seketika, pipinya terasa calar dan pedih.

Perlahan-lahan dia membuka mata Kembali. Dia melihat Pak Samad masih tercegat dihadapannya sambil tersenyum, satu cecair likat berwarna merah mengalir turun dari kepala sebelum dia rebah ke lantai.

Jantung Mikalya berdetak laju, nafasnya tercungap-cungap. Dahinya basah akan keringat. Dia melihat seorang lelaki yang wajah berbalut dengan pasu bunga mempunyai kesan darah.

Sepasang mata saling merenung satu sama lain.

"Mikael..." Air mata miliknya terus mengalir laju. Mikael, lelaki itu telah menyelamatkannya.

BROTHER

Sekolah Menengah Dato Mahmud, 2017

Mikalya merenung sekeping gambar lama di tangan. Dadanya terasa sebak. Air mata jernih akhirnya jatuh tepat ke arah lelaki di dalam gambar itu.

Dia tahu bukanlah banyak memori yang mereka sempat cipta kerana dia sudah kehilangan lelaki itu sejak berumur 7 tahun. Jarang Mikalya tumpahkan air matanya hanya kerana seorang lelaki. Namun dia amat merindui satu-satunya ayah yang dia ada.

Lelaki di dalam gambar itu bukan lelaki biasa-biasa.Sejak hidup tanpa ayah disisi,dia kurang meluahkan cerita mahupun masalah kepada sesiapa lagi.Selama 7 tahun itu sahajalah saat yang dia terasa dihargai.

Ibu? Dia kurang bersama dengan wanita itu membuatkan dirinya berasa kurang selesa menceritakan hal kehidupannya.Ibu terlalu sibuk dengan kerja.

"Eh apa aku ni. Tak baiklah." Desis Mikalya.Cepat-cepat dia menghapuskan lamunannya. Semakin jauh semakin dia rasa dirinya tidak menghargai apa yang dia sudah ada.

"Hah Mikalya ! Buat apa tuuu" Sergah Airi dari belakang. Dia berjalan merapati gadis itu sambil tersenggih.

"Eh Airi. Tak ada apa." Pantas Mikalya menyimpan gambar potret ayahnya itu di dalam dompet. Tempat selalu disimpan.

"Yeke ni... Kenapa monyok je tadi." Ujar Airi lalu menarik kerusi dan melabuh punggung di sebelah Mikalya. Mereka duduk saling bersebelahan. Wajah muram gadis itu ditatap seketika.

"Ish kau ni. Mana ada monyok." Dalih Mikalya mengesat matanya. Takut-takut masih ada kesan air mata tadi.

"Kau jangan nak tipu aku eh Mikalya. Aku kenal kau lah kita kawan dari kecil kot."Airi menyepet mata pura-pura merengus marah. Dia kenal sangat perangai Mikalya ini, hati tisu!

"Hmm... Aku sedih ingatkan ayah aku, Kalaulah dia ada sekarang. Mesti dia happy tengok aku dah belajar sampai sini." Jujur Mikalya akhirnya mengalah. Dia mengaku dia berasa sedih apabila terkenang ayahnya itu.

Satu senyuman nipis terukir di bibir Airi.

"Alah,Kau ni...Ni kan hari last kita tingkatan 6 ni. Janganlah sedih-sedih." Airi cuba mengalihkan perasaan sedih Mikalya dengan membuat mimik muka macam Mr Bean.

"Tapi tulah aku lagi sedih dapat kawan macam kau ni." Kata Mikalya menjeling mata ke atas.

"Eh kenapa pula?"

"Hodoh tahu tak!" Mikalya memukul manja bahu Airi. Serentak itu tawa mereka terlentus. Gelak Bersama.

Mikalya kini sedar walaupun kehilangan seorang ayah tempat dia mengadu, dia masih mempunyai sahabat yang sering menceriakan harinya. Airi. Dari sisi,Mikalya merenung wajah sahabatnya itu dalam diam. Rakannya itu sentiasa ada untuknya.

Lagipun Jarak rumah mereka yang tidak jauh menjadikan mereka sahabat sejak kecil.

"Terima kasih Airi," bisiknya dalam hati. Satu senyuman manis terukir di bibir Mikalya, namun sedaya upaya dia cuba menyembunyikan. Takut dilihat Airi.

Tawa mereka berdua memecah kesunyian ruang bilik darjah itu. Semua pelajar lain sudah pulang tetapi mereka masih melambat-lambatkan diri mengemas buku.

Sengaja.

Nak nikmati hari-hari terakhir di sekolah.

"Eh kau lepas ni, jangan lupa aku pula sambung belajar nanti." Pesan Airi yang berjalan sebelah Mikalya. Hari Ini dia menemani gadis itu ke pintu pagar sekolah. Sempat lagi mata dikerdip-kerdipkan.

"kau fikir comel?" Ujar Mikalya menjeling tanda menyampah.

tawa Airi terlentus, dia ketawa kecil.

" Kau takyahlah nak over sangat. Rumah bukan jauh sangat, tiap-tiap hari boleh jumpa." kata Mikalya, dah kenapa nak emotional sangat ni?

Airi mengangguk sambil senyum. Kedua belah tangan diseluk ke dalam poket seluar.

Tidak lama itu, sebuah kereta milik Mikael berhenti berhampiran mereka. Mikalya melangkah masuk ke dalam perut kereta, sempat dia melambai ke arah Airi sambil menghadiahkan senyuman manis.

"Mikalya" ungkap Airi berwajah muram. Dengan senyuman kelat, dia turut melambai sebelum kenderaan itu hilang dari pandangan.

BROTHER

Mikalya mengelamun teringat peristiwa hari terakhir persekolahan antara dia dan Airi.

"Cik, ni baki cik."

"Oh ye, sorry." Bungkusan berisi beberapa papan panadol diambil.

Lamunan tadi seolah-olah mengimbau kembali masa silam yang dirinduinya. Sudah lama dia tak merasa gembira seperti itu.Sejak masuk alam pekerjaan, bermacam-macam hal yang menimpa dirinya.

Sudahlah tidak kerap berjumpa dengan sahabatnya malah abang dan adiknya juga dia jarang berbual. Balik dari kerja pasti dia kepenatan.

Apabila dapat peluang merasa cuti sakit buat beberapa hari ini,dia tekad mahu meluangkan masanya semula seperti dahulu.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro