BROTHER (The Missing)
"Kau tahu tak, kakak kau hilang!?" garang suara Inspektor Daniel bertanya. Dia memukul dada meja dengan kuat membuatkan kedua bahu Adra terangkat.
Dia sekarang di dalam bilik siasatan. Hanya dia dan Inspektor Daniel sahaja di situ. Adra hanya menunduk merenung meja. Dia tidak sanggup mengangkat muka melihat wajah bengis Inspektor Daniel sekarang. Lelaki itu seperti mahu menelannya hidup-hidup.
"Adra Mikalya! Selagi awak tak bagitahu apa yang terjadi sebenarnya. Kami tak dapat menolong awak dan kakak awak." Kata Inspektor Daniel separuh merayu. Dia meraup muka dengan kasar. Adra masih diam membisu, hanya menggaru lengan yang tidak gatal.
"Awak mungkin akan dipenjara" katanya lagi membuatkan hati Adra mula berdebar. Setiap kali diugut. Sengaja Inspektor Daniel berkata bergitu mahu membuatkan gadis itu berasa ketakutan. Dia mengumpan Adra dengan mengugut.
"Saya tak tahu kak mika dimana" jawabnya berterus terang. Dia sememangnya tidak tahu dimana lokasi kakaknya sekarang. Gilakah Inspektor ini? Bagaimana dia mahu tahu jika dia sendiri ditahan dalam penjara.
"jadi bagitahu saya, kenapa awak boleh terjebak" terus Adra menelan air liur. Soalan yang dilontarkan itu agak sukar untuk dijawab. Dia masih berpegang janji dengan seseorang.
"Cakap Adra!" keras suaranya mendesak. Automatik, air mata Adra bergenang tidak tahan dimarahi lagi.
"Saya terpaksa! Dia ugut saya, yang dia akan bagitahu kakak semuanya. Dan dia akan heret saya ke balai polis" jelas Adra dengan suara gementar, Inspektor Daniel merapati Adra.
Dia merenung tajam seakan mahu menusuk anak mata gadis itu. Tangkai jantung adra saat itu mahu terkeluar. Dia sangat takut direnung sebegitu.
"Dan apa yang dia mahukan dari kakak awak?" tanya Inspektor Daniel senyum sinis. Sekali lagi Adra menelan air liur. Hanya tuhan sahaja tahu bagaimana perasaannya sekarang.
BROTHER
Mikalya terbatuk-batuk akibat terhidu bau busuk yang menusuk lubang hidungnya. Bau yang amat busuk dan meloyakan. Dia tidak tahu bau itu dari mana, tapi bau itu sangat kuat.
Sudah tiga hari dia terperangkap di bilik stor, kerana dikurung lelaki itu. Tubuhnya turut diikat kemas dengan tali. Matanya melirik ke arah pintu, sebaik sahaja pintu dibuka. Lelaki itu menapak masuk dengan dulang makanan.
"kau tak lapar ke sayang? Dah 2 hari kau tak makan" soalnya berpura prihatin. Dia menghulurkan dulang itu kepada Mikalya. Namun gadis itu menolak, malah meludah air liur ke muka lelaki itu.
"Aku benci tengok muka kau!" bentaknya, rasa penuh kebencian itu jelas terpancul di matanya. Sungguh dia amat meluat melihat wajah lelaki itu.
Tawa kecil tercentus, lelaki itu ketawa sambil mengesat air liur yang diludah ke mukanya tadi. Kemudian dia berjalan ke sudut bilik dan melemparkan dulang itu ke dinding. Dia mengamuk!
Kerusi ditendang dan barang-barang disitu dicampak ke dinding.Dia bagaikan hilang waras saat itu. Hanya hati yang terbakar mengawal diri. Mikalya hanya memejam mata dan cuba memekakkan telinga. Kecut perut dia melihat perbuatan lelaki itu.
Hancur berkecai pasu dan barang yang berkaca dilontarnya. Kerusi kayu yang ditendangnya juga patah. Setelah habis dia melepaskan kemarahan, terus kaki diatur keluar dari ruangan bilik. Namun sempat lagi dia matanya mencerlung tajam ke arah Mikalya sambil tersenyum mempamerkan barisan gigi. Gila! Getus Mikalya dalam hati.
Pintu dihempas kuat menandakan lelaki itu sudah keluar. Mikalya mengela nafas Panjang. Matanya melilau segenap sudut cuba meloloskan diri.
"jangan takut" satu suara dari belakang. Mikalya menoleh ke arah susuk tubuh yang turut dikurung lelaki itu. Tubuhnya juga sama diikat seperti Mikalya. Wajahnya dilindungi cahaya matahari. Bilik itu agak gelap tanpa lampu.
"Kita pasti akan keluar dari sini" kata suara itu lagi cuba menenangkan Mikalya. Perlahan-lahan dia mengalihkan sedikit posisi, wajahnya terbias dengan cahaya matahari.
Anak matanya merenung wajah Mikalya. Satu senyuman manis terukir dibibirnya.
"Trust me Mikalya" ujarnya lagi. Mikalya angguk, Dia turut membalas senyuman manis. Hatinya berasa tenang melihat senyuman itu.
BROTHER
Tiga Hari Lepas
Haura Mikalya berdiri di sebuah rumah yang amat dia kenali. Sekeping hatinya saat itu terasa sakit dijerut perasaan. Kejadian yang berlaku satu jam yang lalu mula bermain di minda.
"Apa yang Inspektor cuba cakapkan ini?" Dengan nada perlahan Mikalya bersuara. Kali ini dia sepertinya dapat mengawal emosi, tidak seperti tadi.
"Adra terlibat dengan sindiket pengedar dadah, kami sudah lama memerhati dia." Jelas Inspektor Daniel, mata Mikalya membulat luas tidak percaya.
"Dan bukan itu sahaja, kami juga percaya dia juga mempunyai unsur kaitan mengenai cubaan membunuh Ahmad Mikael" sekali lagi, Mikalya tersentak mendengarnya.
Apa yang berlaku sebenarnya? Apa yang dikatakan Inspektor Daniel itu benar? Dan bagaimana cerita mengenai Adra dipukul Mikael tempoh hari?
Segala persoalan itu berlegar-legar di minda Mikalya. Dia masih tercegat di ambang rumah banglo. Sungguh langkahnya berasa amat berat mahu menapak masuk ke dalam. Di tangan kanannya memegang erat secebisan kertas bertulisan sesuatu.
Dengan langkah berat dia melangkah masuk ke dalam rumah seseorang. Matanya melilau melihat susunan perabot dan suasana rumah itu.
"Mikalya! Kau buat apa dekat sini?" sergah seseorang dari belakang. Pantas Mikalya menoleh melihat gelaran itu. Satu senyuman hambar dilontarkan.
Dia mengatur langkah mendekati gelaran itu.
"kau pergi mana?" soalnya nada sinis dengan mata berkaca. Lelaki dihadapannya memandangnya penuh kehairanan.
"Kenapa kau nangis?" soalan bertukar soalan. Mikalya tidak menjawab, pertanyaan lelaki itu diendahkan sahaja. Wajah lelaki itu ditatap seketika, air mata di hujung mata diseka.
"Aku percayakan kau" katanya lagi, dia mengetap bibir. Dia berusaha tahan menangis. Hatinya saat itu seakan diguris sesuatu tajam. Apatah lagi memandang wajah lelaki itu.
"Apa yang kau cakap ni?" tanya lelaki itu, pura-pura tidak mengerti. Dia masih tersenyum lebar membuatkan Mikalya menangis di hadapannya.
"Apa salah aku?! Sampai kau buat macam ni?" bentak Mikalya, hatinya terasa panas membahang saat itu. Dia memberanikan diri untuk menyoal.
Lelaki itu mula senyum menyeringai. Wajahnya yang polos sebentar tadi berubah ketat dan garang. Mikalya mengecilkan matanya, buat masa sekarang dia tidak mengecam lelaki yang dia kenali itu sekarang. Sikapnya berubah.
Psiko...
"it's because of you,Haura Mikalya" jawabnya memandang tajam tepat ke arah Mikalya sambil mendekatinya. Mikalya menjadi takut, selangkah demi selangkah dia mengundur ke belakang.
Kayu hoki yang disandar pada dinding dicapai, lelaki itu berjalan menghampiri Mikalya. Belum sempat Mikalya melarikan diri, lengannya ditarik dan kepalanya dihentam sesuatu dengan kuat. Penglihatan menjadi gelap gelita. Dia pengsan!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro