Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BROTHER (The Call)

Kereta diparkir bersebelahan dengan kereta berjenama Bmw, Mikalya keluar dari perut kereta sambil mengerutkan kening. Kereta siapa ini?

Lantas dengan rasa tertanya dia menuju ke pintu utama. Sepasang kasut asing tersusun rapi dihadapan pintu.

"Siapa pula datang ni?" Getus hati kecil Mikalya berasa ingin tahu. Sedang dia memikirkan gelaran tetamu yang mengunjung ke rumah. Tiba-tiba satu jeritan kuat jelas kedengaran dari rumah. Terus Mikalya mendongak ke atas, dimana bilik Mikael berada.

ARGH! BERAMBUS!!

Mikalya mula cuak, lagi-lagi bunyi tempikan itu datang dari bilik abangnya. Cemas dia meluru masuk ke dalam.

"uih bestie, kenapa muka pucat tu? " Satu suara menegur dari ruang tamu. Kelihatan seseorang dengan cermin mata hitam, santai duduk di atas sofa. Satu senyuman mekar dibibir. Automatik, Mikalya berhenti melangkah di hadapan pintu melihat tetamu itu.

"Airi?"

Rakannya mula tersengih comel sambil melambai kecil.

"How can you get in my house!?" Tanya Mikalya dengan muka terperanjat. Macam mana rakannya boleh masuk ke dalam rumahnya?

"Oh, tadi rumah ni tak berkunci aku masuk jelah, " selamba badak Airi membalas.

"Aku terlupa kunci pintu ke tadi?" Desis hati Mikalya mungkin dia terlupa mengunci pintu ketika keluar membeli ubat.

Tidak lama itu, bunyi derapan kaki menuruni tangga dengan laju. Dua pasang mata di ruang tamu beralih ke ruangan tangga. Bualan tadi terhenti, mereka melihat Adra yang sedang turun.

Wajah yang sunggul dan pucat muncul dari ruangan gelap tangga. Gadis itu melintasi mereka berdua menuju ke pintu, tanpa menegur sapa.

"Adra! Nak pergi mana ni?" Mikalya menjerit nama adiknya. Adra berhenti menapak, dia menoleh apabila namanya dipanggil.

"Nak pergi study group rumah Marina. Nak tidur sana sekali." Jawabnya menggaru lengan. Sesekali dia mengesat dahi yang berpeluh dingin. Rambutnya juga kelihatan sedikit kusut tidak disikat rapi. Terdapat lingkaran hitam di bawah mata gadis itu, tidak cukup tidur.

"Again? Rumah Marina lagi?" Mikalya menghampiri adikya yang nampak kurang sihat. Sesaat dia menilik wajah pucat Adra.

"Alah. Ada homework cikgu nak esok juga. Kena siapkan harini." Balasnya acuh tak acuh.

"Tapi Adra macam tak sihat, apa kata can..."

Belum sempat percakapannya habis, terlebih dahulu Adra memintas.

"Okeylah dah lambat ni. Bye! Love you kak!" ujar Adra, tergesa-gesa keluar.

"Airi, kau tengok la adik aku ni. Dahla kurang sihat, tapi degil nak pergi rumah kawan. Apa nak jadilah" Rungut Mikalya bercengkak pingang. Dikerli Airi dengan riak wajah tidak puas hati. Rakannya ketawa kecil.

"Haih mikalya janganlah macam ni. Biar jela Adra nak pergi rumah Marina. Kan dia cakap nak study group. " Airi cuba membela Adra. Mikalya mengeluh berat sambil menyelak rambut ke belakang.

Tidak lama itu, dia teringat akan Abangnya yang menjerit tadi.

"Airi, kau duduk situ dulu. Aku nak pergi check abang aku kejap" kata Mikalya mahu memeriksa keadaan Abangnya.

"Mika" panggil Airi.

"Biarlah Abang kau dalam bilik sana, Apa kata kita sembang-sembang kejap dekat dapur. Lagipun ada benda aku nak bincang dengan kau" Halang Airi, dia mahu berbincang sesuatu.

Sekali lagi Mikalya menarik nafas panjang. cuba mengawal emosi, lalu mengangguk setuju. Airi hanya tersengih senang.

BROTHER

Dua cawan kopi dibancuh. Harapnya minuman berkafein dapat menyegarkan kembali matanya yang sudah kuyu. Dia tidak cukup tidur selepas kejadian dua hari lepas, masih segar dalam ingatannya bagaimana Pak Samad mahu menikamnya. Nasib Mikael datang tepat pada masa dan memukul kepala lelaki itu. Pak Samad pula ditahan dalam penjara sekarang.

" It's been a long time since I last saw you,"Mikalya memulakan bualan sambil mengacau air dihadapannya. Satu cawan dihulurkan kepada Airi.

Rakannya mempamerkan senyuman hambar, betul juga apa yang dikatakan Mikalya sebentar tadi. Sudah lama mereka tidak berbual, masing-masing sibuk dengan kerjaya sendiri. Kali terakhir mereka bersua muka adalah ketika dia menemani Adra sewaktu Mikalya mempunyai urusan kerja di negeri lain.

Pendekkan cerita, mereka sudah jarang berhubung satu sama lain.

"and It was quite surprising to me, to see you in my house," kata Mikalya lagi. Kali ini dia menunduk sedikit kepala cuba menyembunyikan wajah yang mendung.

"yeah...So, How have you been? Aku dengar daripada Adra yang Pak Samad yang serang kau hari itu," tanya Airi rasa serba salah. Sebenarnya dia risaukan keadaan Mikalya, itu yang dia datang ke rumah gadis itu. Mahu bertanya khabar.

"As usual, busy dengan kerja. Kalau Pak Samad tu, dia dah kena tahan" Balas Mikalya.

" perkara apa yang kau bincang dengan aku?" soal Mikalya dengan penuh minat.

"Pak Samad rapat dengan mak kau ke?"

Soalan diajurkan kepada Mikalya. Gadis itu mula mengerutkan kening. Kenapa tiba-tiba bertanya?

"why?"

"I saw your mom with that guy a few times," dengan nada serius Airi berkata. Sesaat kemudian reaksi wajah Mikalya berubah.

"Are you serious Airi? Mak aku dah lama tak balik sini." Kata Mikalya mendatar tidak percaya, malah dia menafikan segalanya.

Airi terkesima akan kata-kata yang keluar dari mulut rakannya sebentar tadi.

"I'm serious Mika, aku nampak mak kau bercakap dengan Pak Samad. Bukan sekali dua tapi banyak kali" Tegas Airi, dia memang pasti itu adalah Puan Diyana. Mungkin Mikalya tidak menyedari akan Puan Diyana yang kerap datang berjumpa dengan Pak Samad. Tambahan lagi, kereta Mikalya tiada di halaman rumah ketika itu, mungkin berkerja.

"Kau silap pandang kut"

"Then how about Pak Samad yang cuba serang kau hari tu? Macam dia bunuh ayah kau," kata lagi Airi, anak matanya tajam merenung tepat ke muka Mikalya. Seakan meminta penjelasan dari wanita itu.

Mikalya terdiam tak terjawab. Dirinya terasa ditampar akan ayat yang dilemparkan oleh Airi. Serentak itu, peristiwa hitam itu mula menerawang fikirannya.

Prang!!

Bunyi kaca bertemu lantai. Pecah berderai cawan dan mangkuk yang dipegang Puan Diyana. Matanya terbeliak apabila melihat suaminya terbaring berlumuran darah. Encik Hairuz ditemukan tidak sedarkan diri dalam stor kerana ditikam. Lelaki itu mati dalam perjalanan ke hospital kerana kekurangan darah yang banyak.

Saksi dibawa ke balai untuk keterangan manakala suspek direman buat sementara waktu untuk disoal siasat. Pak samad, lelaki itu berlumuran darah dengan senjata tajam ditangannya semasa Encik Hairuz ditemukan.

Adra pula pada waktu itu masih kecil, hanya menangis dalam pangkuan Abang Mikael. Pak samad yang bergari dibawa ke dalam kenderaan polis. Namun sempat dia menoleh ke belakang melihat Puan Diyana berhampiran. Satu senyuman makna jelas terukir dibibir lelaki itu sebelum dengan langkah bersahaja dia masuk ke dalam perut kereta.

Psiko...

Ramai penduduk mengatakan Pak Samad mempunyai masalah mental serius. Dia juga dibebaskan oleh pihak polis atas bukti tidak cukup dan mengesahkan penyakit yang di alami pemuda itu.

Pada malam ke 40 Encik Hairuz meninggal, rumah dikunjungi penduduk dan saudara mara. Ketika yang lain sibuk membaca ayat suci  Yassin. Secara tidak sengaja Mikalya yang hasratnya datang ke dapur untuk mengambil makanan terbantut.

Dia melihat kelibat Pak Samad dan Puan Diyana sedang berbicara sesuatu. Mikalya tidak dapat mendengar perbualan mereka kerana jarak jauh. Namun dia sempat melihat Puan Diyana menghulurkan sepucuk sampul surat berisi sesuatu.

Berulang kali Mikael menegaskan untuk menuntut bela. Abangnya tetap berkeras akan tuduhan Pak Samad sebagai pembunuh Encik Hairuz. Namun selepas kemalangan yang menimpa, lelaki itu sepertinya berubah. Tidak seperti Mikael yang dia kenal, hatinya kuat mengatakan lelaki itu seperti menyembunyikan sesuatu.

"Kau ingat tak Mika? Ayah kau kena bunuh dengan lelaki tu?" tanya Airi bersungguh-sungguh, cuba mengingatkan Mikalya akan pembunuhan ayahnya itu.

"And kau cakap, mak kau tak balik. Habis yang aku nampak tu apa? Kau tak rasa ke, mak kau ada sembunyikan sesuatu dari kau?" tambah Airi lagi.Dia dapat rasakan sesuatu tidak kena antara Pak Samad dan Puan Diyana.

Mikalya tidak menjawab, sebaliknya hanya menundukkan pandangan. Tidak lama itu, Airi mengeluh nafas Panjang. 

Come on Mikalya, what is going on?

"Actualy Airi..." Mikalya terhenti.

"Aku pun perasan sesuatu pelik yang berlaku"Sambungnya lagi.

Sebelah kening Airi terangkat, dia berasa tertarik untuk mendengar luahan Mikalya.

"Dari aku kecil lagi, mak aku macam rapat dengan Pak Samad. Sehinggakan Ayah aku pun hampir menuduh yang mak aku ada affair dengan lelaki tu" terang Mikalya menceritakan apa yang berlaku dan apa yang dia nampak pada malam tahlil  kepada Airi.

"Keadaan bertambah buruk, apabila Abang aku kemalangan dan aku asyik dapat mesej daripada orang yang aku sendiri tak kenal," dia menunjuk mesej yang diterimanya kepada Airi.

"Habis tu, kenapa kau tak report je dekat polis?" soal Airi menayangkan muka serius.

"Sudah, tapi polis cakap nombor tu sudah tidak digunakan lagi. Pelik bukan?"

Airi mengangguk, dia setuju dengan Mikalya. nampak gaya suspek sangat licik mengatur rancangan.

"Mesti kau sekarang stress kan, lagi-lagi dengan keadaan abang kau sekarang. Menjerit tak tentu pasal"

Kali Ini Mikalya mengangkat muka, melihat Airi.

"Kau pun dengar ke tadi dia jerit?" Terus mikalya menyoal inginkan kepastian.

Airi mengangguk.

"Siapa je tak dengar abang kau menjerit tadi. Kuat kut," balasnya dengan selamba. Seram juga bila teringat balik jeritan itu.

"Sebenarnya Airi, bukan menjerit sahaja. Tapi campak barang dan menangis pun ada"

Terus membulat mata Airi tidak percaya.

"Serious lah?!"

Mikalya memicit dahi, boleh sakit kepala bila bercakap isu Mikael ini.

"Sejak dia keluar dari hospital,aku memang jarang berjumpa dengan dia. Walaupun sebumbung tapi dia asyik dalam bilik sahaja.Dia hanya keluar waktu tertentu je." Jelas Mikalya, riak wajahnya sedikit mendung.

"Yeke weh...Lama sangat dia duk dalam bilik tu..Makan-makan macam mana?"

"Itulah aku awal-awal haritu risau juga dia. Dia langsung tak bagi aku masuk bilik.Kadang-kadang aku dengar dia nangis. Bila diketuk asyik terkunci je. Cuma kalau masa makan, dia adalah makan sekali. Cuma tak bercakap, lagipun aku rasa tak sedap hati sebab dia asyik tenung aku je." Panjang lebar Mikalya bercerita.

"Ishh... Peliklah macam tu. Entah-entah itu bukan abang kau!" Selamba Airi berkata.

Mikalya merenung Airi tanpa berkelip. Airi juga membalas renungan itu seraya tersengih. Dasar mulut tak ada insuran.

"Kenapa kau cakap macam tu!" Dia mencubit lengan Airi. Terus mengadu kesakitan rakannya itu.

"Aku gurau je lah!" Pekik Airi.

"Macam-macam mana pun.. Dia tetap abang aku tau. Aku risaulah." Keluh Mikalya sambil mencebik mulut. Dia berhenti mencubit dan mengalih pandangan.

"Yelah! Sorry"

"Dia ni tangan manusia ke tangan ketam" bisik Airi sendiri mengosok permukaan lengan yang tampak kemerahan.

"Padan muka, cakap lagi benda merepek," Mikalya menayang muka tak puas hati, siap roll eyes lagi.

"Tapi, what if..." Airi bersuara serius Kembali. Mikalya hanya menjeling sambil menadah telinga.

"what if tekaan aku betul?"Sambung Airi.

Mikalya mengerut dahi, tidak mengerti akan pertanyaan Airi.

"maksud kau?"

"what if, dia memang bukan abang kau?"

PAM!

Dan tidak semena-menanya satu tamparan singgah ke bahu Airi. Kali ini semakin kuat rakannya mengadu kesakitan. Bergurau lagi!

BROTHER

"Aku pergi dulu, jaga diri kau tau" Pesan Airi yang berdiri di hadapan pintu kereta. Senyuman manis terukir di bibir. Belum sempat rakannya masuk kereta, terlebih dahulu Mikalya memanggil.

"Airi!"

"Ya, kenapa?"

Mereka saling berpandangan satu sama lain.

"Terima kasih sudi borak dengan aku malam-malam dan jagakan adik aku waktu aku takde. Kau pun jaga diri, sebab aku risaukan kau juga" Ucap Mikalya tersimpul senyuman.

Airi memandang Mikalya tanpa kata, Risaukan aku? ayat itu seperti meresap ke dalam hati. Dia terharu, sesaat kemudian dia tersengih comel.

"Ouh, takde apalah. Kan kita kawan" kata Airi dengan senyuman lebar yang masih bergayut dibibir. Cermin mata hitam yang tersemat pada batang hidung, dilurut ke atas sedikit.

Mikalya mengangguk, lalu Airi melangkah masuk ke dalam perut kereta. Sebelum kereta milik rakannya keluar dari halaman rumah, sempat lagi Airi menurunkan cermin kereta lalu menjerit.

"Mika! Nanti jumpa lagi!" jerit Airi sambil melambai.

"ya!" balas Mikalya.

Tidak lama itu, kereta Airi bergerak keluar dari halaman rumah dan hilang dari pandangan.

BROTHER

Keesokan harinya, Mikalya yang berada di dalam kereta mengitip mesej kepada Adra.

'Hari ini Kak Mika balik lewat sikit, nanti Adra order dengan foodpanda kalau lapar. Me love you' -Haura Mikalya

Perkataan send ditekan apabila selesai menaip. Jam telefon menunjuk pukul 8 malam, beg tangan dan bakul buah-buahan dicapai sebelum dia keluar dari kereta.

Tuk! Tuk! Tuk!

Mikalya mengetuk pintu rumah kediaman Puan Laila, iaitu ibu kepada Marina. Niatnya mahu mengirim buah tangan kerana Adra selalu menginap di rumah gadis itu. Jadi tidak enak la, kalau dia tak berikan apa-apa.

Beberapa minit kemudian, pintu dibuka. Tersembul wajah Puan Laila di muka pintu lantas mempelawa Mikalya masuk ke dalam rumah

"Apa tujuan kamu ke sini?" Lemah lembut wanita lingkungan 40 han itu bertanya. Mikalya mengukir senyuman, mahu sahaja dia menyatakan hasratnya. Marina tiba-tiba muncul sambil menjerit.

"Ma, orang nak keluar kej..." kata-katanya terhenti apabila melihat tetamu yang datang. 

Kak Adra? kenapa dia datang ke sini?

"Saya nak berjumpa dengan Marina" Tutur Mikalya sambil tersenyum manis.

Gadis yang anggun cantik dengan solekkan nipis di wajah mengangguk.Dengan langkah perlahan dia akur dan duduk di sebelah Puan Laila.

"Kenapa kak Mikalya nak jumpa saya?" Tanyanya ingin tahu.

"Sebenarnya, Kak Mika datang sini nak bagi buah tangan sikit. Yelah segan lah, kalau asyik Adra datang menginap rumah kamu je" balas Mikalya menghulurkan buah tangan iaitu buah-buahan yang siap dibalut di dalam bakul.

"Adra asyik menginap dekat rumah?" Marina mengerut kening.

"Yelah, Adra cakap study group dengan kamu. Semalam pun dia tidur sini kan"

"Mana ada Adra tidur sini semalam, kami tak pernah pun study group sama-sama" Pantas Marina menafikan segalanya. Lagipun dia dengan Adra tidak lah serapat mana, sekadar kawan dalam kelas sama sahaja.

Dahi Mikalya mula berlapis, dia keliru dengan jawab Marina.

"Habis tu, dia study group dengan siapa? Tidur dekat mana semalam?"

Marina mengangkat kedua belah bahu, tanda tidak tahu. Mikalya memandang gadis itu seolah tidak percaya. Tidak lama itu, bunyi deringan telefon.

Nama Adra terpapar di skrin telefon, tanpa melengahkan masa terus panggilan dijawab.

"Akak, Adra takut. dia ada dalam rumah ni!" suara Adra seakan mahu menangis sebaik sahaja panggilan bersambung.

"Adra, kenapa ni? What's going on? Tell me" kata Mikalya cuba menenangkan Adra.

"Dia nak cuba nak bunuh Adra kak, Adra takut" Kata Adra dalam keadaan ketakutan. Jari jemarinya gementar memegang kemas telefon bimbit. Kini dia sedang bersembunyi dalam almari di bilik tidurnya. Mujur dia sempat berlari menyorok dan mengunci pintu terlebih dahulu.

Bunyi derapan tapak kaki menghampiri, kemudian tombol pintu dipulas cuba dibuka. Pantas Adra menekup mulutnya cuba senyap.

"Hello, Adra! Adra! " jelas kedengaran suara panik Mikalya sebaik sahaja Adiknya tiba-tiba diam.

Tombol pintu cuba dipulas beberapa kali, sebelum pintu ditendang oleh seseorang dengan kuat. Dengan cubaan 3 kali pintu berjaya dibuka. Adra terus membisu dan memejam mata. Telinganya dapat menangkap dengan jelas tapak kaki seseorang yang melangkah masuk.

Selangkah demi selangkah semakin hampir dengannya.

"Kak Mika, Adra takut..." bisiknya dalam hati, sebelum kedua pintu almari terbuka luas. Air mata Adra mula mengalir laju. Dia melihat seorang lelaki yang amat dia kenali mengukirkan senyuman menakutkan. Sebelah tangannya memegang kemas batang hoki yang mempunyai kesan darah.

Tanpa sempat berbuat apa, terus tangannya dipegang dan ditarik keluar dari tempat sembunyi.

"Jangan apa-apakan aku! Kak Mika! Tolong Adra!" Jeritnya dengan kuat seakan menggemakan bilik. Telefon terlepas dari genggaman, dia meronta-ronta cuba melepaskan diri sebelum satu tamparan singgah ke pipi dan dia diheret keluar dari bilik secara paksa.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro