Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BROTHER (Takut)

Enjin kereta dimatikan, terus Airi keluar dari perut kereta dan menuju ke pintu utama rumah Mikalya. Sebaik sahaja mendapat panggilan cemas dari gadis itu.

"Adra! " laungnya sambil mengetuk pintu.Sesekali dia cuba memulas tombol pintu. Dikunci! Pintu dikunci dari dalam.

Craang!

Bunyi sesuatu pecah, serentak itu suara Adra sayu-sayu tidak bermaya. Terus Airi menendang pintu sekuat hati untuk masuk ke dalam rumah. Hanya dua cubaan sahaja, pintu rumah terbuka luas.

Matanya terbeliak melihat keadaan rumah yang berselerak, anak matanya tertumpu pada susuk tubuh bersandar di dinding.

"Airi..." Adra yang separuh sedar memanggilnya dengan lemah. Dalam samar-samar dia melihat Airi berlari mendapatkannya sebelum pengsan.

Pada masa yang sama, kereta milik Mikalya meluncur laju meredah jalan raya yang sibuk. Sesekali dia memintas beberapa buah kenderaan. Apa yang perlu sekarang, adalah cepat sampai ke rumah. Kejadian beberapa minit lalu diimbas kembali.

"Adra! Adra! kamu dengar tak!?" cemasnya apabila mendengar jeritan dari Adra. tanpa berkata apa, dia bingkas bangun dan keluar dari rumah Puan Laila.

Enjin kereta terus dihidupkan, satu bunyi notifikasi mesej kedengaran. Terus telefon diambil, satu video dikirim daripada orang tidak dikenali.

Video itu dibuka, matanya terus membulat luas. Adra! adiknya dalam keadaan terbaring dengan berlumuran darah. Terus dia menelefon Airi untuk meminta bantuan. Oleh kerana jarak rumah mereka tidak jauh mana.

BROTHER

Kereta diparkir di halaman rumah, enjin dimatikan dan laju kaki berlari mendapatkan Adra. Rumahnya kini digerumuni jiran dan polis. Sebuah ambulans turut berada berhampiran

"Adra!" teriaknya ingin masuk ke dalam rumah. Belum sempat dia melangkah ke dalam, lengannya terlebih dahulu disambar seseorang. Airi, rakannya turut berada di tempat kejadian.

"Apa kau buat ni Airi? Aku nak pergi tengok Adra! Kau gila ke?!" Marah Mikalya hilang sabar, merentap tangan Airi yang memegang lengannya. Dijeling rakannya itu dengan lirikan tajam.

"Mikalya, sabar! Adik kau selamat!" Airi cuba menenangkan rakannya itu. Tidak lama itu, kelihatan seorang gadis tidak sedarkan diri di atas katil beroda ditolak dua orang paramedic ke ambulans.

"Ke tepi!" Mikalya mendengus kasar, sebelum laju kaki merapati van ambulans tersebut.

BROTHER

Hospital

"Doktor, macam mana keadaan adik saya?" Tanya Mikalya mendekati doktor yang baru keluar dari bilik pembedahan. Airi turut berada disebelahnya.

"Adik awak selamat, cuma dia masih tidak sedarkan diri," kata Doktor itu memberikan info. Terus Mikalya menarik nafas lega, senang hati mendengar khabar keadaan Adra sekarang.

"Thankyou doktor." Ucapnya, kemudian doktor itu melangkah pergi.

"Mika, Take easy and relax okey" Pesan Airi memandang Mikalya yang memicit dahi. Penampilan gadis itu tampak sedikit serabai dan wajahnya serabut.

"Airi, dah lewat malam ni. Kalau kau nak balik rumah pun boleh. Sorry dah banyak menyusahkan kau" Ujar Mikalya rasa serba salah.Dia tahu Airi perlu berkerja esok pagi.

"Tapi..."

Ayat Airi tergantung, anak matanya redup memandang Mikalya.

"tak apa, balik la"

Airi menatap wajah rakannya seketika sebelum membuat keputusan untuk pulang.

"Aku pergi dulu, jaga diri" Pamit Airi mengukirkan senyuman. Mikalya turut membalas senyuman itu seraya mengangguk.

"Kau pun, hati-hati"

Tidak lama itu, Airi beredar dari situ.

Mikalya melabuhkan punggung, nafas berat dilepaskan perlahan. Dia mengambil telefon dari poket seluar. Nombor Puan Diyana didail, dia perlu memberitahu tentang keadaan Adra kepada ibunya sekarang.

BROTHER

"Tolong lepaskan aku!" Rintihnya menangis teresak-esak, lelaki dihadapannya diam membisu. Hanya dibalas dengan renungan yang tajam seakan menikam anak mata. Segaris senyuman terukir di bibir. Sebelum dia mengangkat tinggi kayu hoki dan dihalakan tepat ke sasaran.

Adra tersedar, dahi dan lehernya basah akan keringat peluh dingin. Pandangan yang dilihat adalah siling hospital.

Bunyi pintu dibuka dari luar, tersembul wajah Mikalya disebalik pintu.

"Adra, Alhamdulliah kamu dah sedar " ucapnya. Dia menarik kerusi duduk sebelah katil. Adiknya itu hanya mampu tersenyum kelat.

"kenapa kamu berpeluh ni?" risaunya menilik muka Adra.Bibir Adra juga tampak pucat dan tidak bermaya.

"Akak, pergi panggil dok..."

Mikalya yang bingkas bangun ingin memanggil doktor, ditahan Adra

"Kak Mika."

Lengan baju kakaknya sempat ditarik. Mereka berpandangan satu sama lain. Adra menatap raut wajah Mikalya seketika. Air matanya mula bertakung.

"Adra, minta maaf" tuturnya semakin erat lengan baju kakaknya dipegang. Mikalya bingung, belum sempat dia membuka mulut bertanya.

"Adra takut! Adra takut kak Mika!" rintih Adra mula menangis. Air mata yang mengalir menitis membasahi cadar tilam. Tanpa diminta, tubuhnya ditarik ke dalam pelukan. Semakin teresak dia menangis dalam pelukan kakaknya itu.

"Adra, jangan takut kak Mika ada ," lembut suara Mikalya cuba memujuk Adra.

"Dia cuba nak bunuh Adra, dia bukan yang manusia yang kita kenal dulu. Dia berubah!" Jeritnya separuh marah dalam tangisan. Dia sedikit memberontak sambil memukul dada Mikalya.

"Adra, tenang! Jangan menangis. Siapa yang nak bunuh kamu?" Sedaya upaya Mikalya cuba menenangkan emosi adiknya yang tidak stabil sekarang.

"jawab Adra"

"Abang Mikael!" Jawabnya menolak Mikalya ke belakang sedikit. Pelukan dilepaskan, mata Mikalya sedikit terbuntang seakan tidak percaya. Mikael?

"Abang cuba bunuh Adra! dia dah gila tahu tak!" lantang Adra bersuara melepaskan kemarahan. Dia berasa kesal akan sikap Abang kandungnya. Gila! Itu sahaja yang mampu dia ungkapan apabila Abang kandungnya sendiri mahu membunuh dirinya.

Mikalya tersentak, lidahnya kelu mahu berkata. Apatah lagi melihat Adra yang menangis tanpa henti. Sungguh dia terkejut.

"betul ke yang Adra cakap tu?" desisnya sendiri.

Hampir 20 minit adiknya menangis. Akhirnya tertidur dengan air mata masih basah di pipi. Mikalya disisi menemaninya. Dia tidak mahu keruhkan keadaan dengan bertanya apa-apa.

BROTHER

Bunyi telefon yang berdering, terus dijawab. Dikerling Adra sekilas lalu sebelum dia keluar dari situ.

"Hello"

"Mikalya, tadi ada polis datang rumah kau" suara cemas Airi dihujung corong telefon. Rakannya itu baru sahaja menghantar Mikael pulang ke rumah.

Mikalya meraup muka dengan kasar, dia mengetap bibir memejam mata seketika. Dahinya dipicit sambil menghela nafas.

"dia cakap a..."

Belum sempat Mikalya menghabiskan ayat, Airi terus memotong.

"Pak samad! Dia dah larikan diri!" katanya dengan panik.

BROTHER

Disebuah rumah kayu kecil berdekatan hutan. Seorang lelaki sedang merenung wajahnya di cermin sinki. Lama dia merenung wajahnya yang berbalut luka. Terdapat tompakan kecil kesan darah yang memercik ke muka. Mengotori balutan putih itu.

Bajunya turut mempunyai kesan tompokan darah. Perlahan-lahan dia membuka balutan yang melilit di wajahnya sebelum mencuci muka dan jari jemarinya.

Tidak lama itu, dia mengangkat muka melihat cermin. Satu senyuman terserlah dibibirnya. Pak Samad, lelaki itu tersenyum jahat di hadapan cermin.

"Kali ni giliran kau semula,Akram," Pak Samad menghulurkan balutan putih yang baru kepada lelaki yang digelar 'Akram'.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro