Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BROTHER (Danger)

Mikalya melabuh punggung di kerusi sebelah katil Adra. Adiknya ketika itu sedang lena tidur. Sudah tiga hari Adra terlantar di katil. Dalam diam, dia memerhati kesan calar yang terguris di pipi adiknya. Apa betul yang dikatakan adiknya semalam? Mikael cuba membunuh Adra.

"Kak Mika..."

Mikalya yang mengelamun tersentak. Dia melihat Adra yang baru sedar dari tidur sambil tersenyum kelat.

"kakak kacau kamu tidur ke?"soalnya bimbang akan kehadirannya menganggu Adra. Adik perempuannya menggeleng.

"tak, Cuma Adra lapar" jawab Adra bersama senyuman.

"Adra nak makan apa? Kak Mika pergi beli sekarang" bersungguh Mikalya bertanya.

Adra ketawa kecil, dia buat muka comel ingin memujuk Mikalya.

"Adra nak...pizza!" kata Adra seraya mengerdip kelopak mata beberapa kali. Mikalya mencebik mulut, ada-ada sahaja permintaan Adiknya. Sudahlah sakit, ada hati nak makan fast food.

"okey, kakak pergi beli. But this is for the last time okey. No more fast food. Kamu tu sakit" Mikalya bingkas bangun sambil mencapai beg dompet. Adra mengangguk, satu senyuman manis dihulurkan.

Baru sahaja kakaknya melangkah keluar, pintu wad terlebih dahulu dibuka. Dua lelaki asing menapak masuk.

"Cik Adra Mikalya?"

Adra tersentak apabila namanya dipanggil. Salah seorang lelaki itu memandang gambar kecil Adra di dalam fail tangan kanannya sekilas lalu. Sebelum dia mengerling ke arah gadis itu di katil. Riak wajahnya kelihatan tegas.

"awak siapa?" tanya Mikalya mengerut kening. Hatinya berasa tidak enak.

"Kami dari pihak polis. Boleh kami soal siasat Adra Mikalya untuk kes yang berlaku tempoh hari?" Tanya salah anggota polis itu dengan nada mendatar. Lantas Mikalya menoleh ke arah Adra yang nampak sedikit ketakutan.

"Adra okey? " tanya Mikalya prihatin. Adiknya mengangguk. Reaksi wajahnya cuba dikawal sebaik mungkin.

"Okey, Kak Mika pergi la" balasnya dengan lembut.

BROTHER

Hujan lebat membasahi bumi, kereta Mikalya berhenti di persimpangan. Dia dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membeli makanan untuk Adra. Dia mahu membersihkan diri dulu, sebelum kembali ke hospital.

Dia toleh ke kiri dan kanan, baru saja dia hendak menekan pedal minyak,cermin kereta diketuk seseorang. Mikalya terkejut, terus dia menurunkan cermin kereta. Airi? Dia buat apa dekat sini dengan baju basah kuyup?

"Mika, kau boleh tumpangkan aku tak?" soal Airi agak kalut.

" Kereta aku rosak tepi jalan" katanya lagi menunjukan kereta yang rosak tersadai tidak jauh dari sini. Dia bernasib baik kerana sempat melihat kereta Mikalya berhampiran.

"masuk lah" Ujar Mikalya membuatkan Airi tersenyum lebar.

"thanks!" ucap Airi berlari anak-anak masuk ke dalam kereta. Mikalya hanya mengangguk sambil membalas senyuman.

BROTHER

Bunyi ketukan dari pintu, seorang doktor tampil dan menghulurkan fail dokumen kepada salah seorang anggota polis yang memakai nametag dilehernya bertulisan Inspektor Daniel. Fail itu dibaca sepintas lalu.

"Terima kasih Cik Adra atas kerjasama" ucap Inspektor Daniel melihat Adra yang dari tadi asyik menunduk.

"Tapi awak ditahan atas tuduhan tersebut" katanya lagi bersuara tegas, pantas Adra mengangkat muka. Air matanya mula bergenang. Inspektor tersebut mengeluarkan gari tangan manakala salah seorang anggota polis disitu meletakkan waran tangkap di atas meja.

"saya terpaksa! Saya tidak terlibat" Nafi Adra sambil menggeleng kepala. Dia memberontak tidak mahu digari tangan.

"Siasatan telah dibuat dan awak tertuduh, Cik Adra Mikalya" jawabnya terus mengari tangan Adra. Gadis itu masih mengeleng kepala. Tanganya mula menggeletar, badannya mengerot kecil di hujung katil.

"saya tak bersalah!" protesnya cuba membela diri, namun tidak berhasil. Polis itu langsung tidak mempedulikannya. Dengan air mata berlinang dia memandang Inspektor Daniel.

"Ujian dah disahkan di makmal tadi Cik Adra, sila ikut kami ke balai sekarang" desak Inspektor Daniel mengangkat dokumen yang diberikan doktor. Automatik Adra terdiam, lidahnya kelu.

Inspektor Daniel merenung tajam Adra. gadis itu menelan air liur berasa takut.

"cepat ikut kami!" Lalu tubuh gadis itu diheret keluar dari wad.

BROTHER

Mikalya melangkah masuk ke dalam rumah. Sunyi sepi dan gelap gelita.Menandakan tiada orang di rumah. Lampu dibuka dan menerangi suasana suram rumah.

"Masuk la Airi, aku masuk bilik kejap," katanya mendaki anak tangga. Tidak lama selepas itu,dia kembali dengan baju t-shirt dan sehelai kain tuala.

"Nah, ganti dulu baju tu," baju dan kain tuala dihulurkan pada Airi. Rakannya mengangguk dan menyambut huluran.

Sebenarnya Airi mahu menjenguk Adra di hospital, tapi disebabkan polis sedang menyoal siasat dan keretanya rosak teruk di jalan. Jadi Mikalya menyuruhnya singgah ke rumah dulu, alang-alang dia mahu ke hospital nanti.

Dia sekadar memerhati rakannya itu mengering rambut dengan kain tuala. Matanya tertancap pada luka yang calar pada lengan rakannya.

"Kenapa ni?" tanyanya prihatin, luka itu nampak masih baru. Airi menoleh ke arah Mikalya disebelahnya. Satu senyuman manis dilemparkan.

"tak tahu, mungkin masa baiki kereta kut." Jawabnya tersenyum lebar, kemudian menyambung mengeringkan rambut. Mikalya mengangguk.

"Buat macam rumah sendiri ye, aku nak mandi kejap," tanpa banyak soal dia terus menapak ke arah tangga. sebelum dia mendaki anak tangga, sempat lagi dia mengerling ke arah Airi.

Kelihatan rakannya itu sedang membuka butang baju ingin menukar pakaian. Dalam diam, tanpa Airi sedar. Satu senyuman turut terukir di bibir Mikalya.

BROTHER

"Airi?" Panggil Mikalya yang baru siap membersihkan diri. Rakannya yang duduk di sofa sambil menonton tv berpaling. Sebelah kening dijungkit tanda tanya.

"Kenapa?" soalnya dengan muka polos, anak matanya memandang Mikalya yang tercegat tidak jauh dari ruang tamu. Di tangan gadis itu dipegang sesuatu, perlahan-lahan dia mendekati Airi.

Dia melabuh punggung duduk disisi rakannya. Kotak ubat dibuka, tanpa disuruh dia mengubati luka pada lengan Airi.

"dah tua-tua pun masih cuai," sindir Mikalya, berhati-hati dia menyapu ubat pada luka. Airi ketawa kecil mendengarnya.

"Mika..."

"hmm?" Balasnya acuh tak acuh.

"Sebenarnya, apa yang terjadi hari tu?" soal Airi penuh minat, dia ingin tahu apa yang telah terjadi semasa kejadian Adra dipukul tempoh hari. Suara Mikalya seperti ketakutan masih menjadi tanda tanya bagi Airi. Mikalya seakan cemas semasa menelefonnya.

"Aku pergi ke rumah Marina, tapi Adra tak ada. Dia cakap Adra tak pernah datang pun. Then I got message from unknown. Dia tunjuk Adra dalam rumah, dalam keadaan separuh pengsan. Dia kena pukul. Aku takut Airi, aku buntu. Otak aku hanya terfikir kau je masa tu untuk minta tolong" Takut, mustahil dia tidak berasa ketakutan. Hakikatnya hanya tuhan sahaja tahu bagaimana hatinya yang seakan dicengkam sesuatu . Sungguh, dia buntu saat itu.

"Mika , have you tell police about this?"

Mikalya megngeleng, bagaimana dia ingin beritahu polis. sedangkan penjenayah itu adalah abangnya sendiri. Mikael ! Abang kandungnya telah memukul Adra tempoh hari.

"Aku buntu Airi" gumam Mikalya, matanya mula redup. Dia dapat mendengar Airi menghela nafas panjang seolah melepaskan beban berat.

"Kau ada tanya abang kau?"

Pantas Mikalya mengangkat muka, melihat Airi dihadapannya. Mikael? Sudah beberapa hari dia tidak bersua muka dengan lelaki itu.

"Aku dah lama tak berjumpa dengan dia, sejak kejadian tu" jawab Mikalya membuatkan kening Airi berkerut. Seolah terkejut mendengar jawapan yang dilontarkan gadis itu.

"kau biar betul Mika,you're not kidding, are you?" soal Airi tidak percaya.

Mikalya mengangguk, sejak kejadian menimpa Adra,dia tidak bertembung dengan Mikael walaupun tinggal serumah.

Pak Samad larikan diri. Adra dipukul Mikael.

Mikalya diam seketika, raut wajahnya serius memikirkan teori. Sesaat kemudian dia menoleh ke arah Airi dengan renungan tajam.

"Airi" panggilnya.

Pandangan mereka bertembung, Airi memberanikan diri membalas renungan tajam Mikalya.

"kau tak rasa ke, Mikael turut terlibat?" tanya Mikalya mempamerkan reaksi serius. Dia yakin Mikael mempunyai agenda yang cuba disembunyikan.

BROTHER

Mikalya meluru masuk ke dalam balai polis, selepas mendapat panggilan dari pihak polis. Matanya meliar-liar mencari kelibat seseorang.

"Cik Haura Mikalya" satu suara asing memanggil. Lantas dia berpaling ke sisi melihat gelaran pemanggil.

Inspektor Daniel, yang menelefonnya untuk datang ke balai. Lelaki itu berdiri beberapa tapak sahaja di hadapannya. Segaris senyuman penuh makna terukir di bibir Inspektor Daniel.

"Ikut saya," arahnya senyum sinis dan melangkah pergi. Mikalya hanya mengekori dari belakang.

Mereka berdua di dalam sebuah bilik, dimana terdapat sebuah cctv yang merakam perbualan mereka. Sepasang mata Mikalya asyik merenung Inspektor Daniel yang sedang membelek kertas.

"awak tahu kenapa awak dipanggil?" tanya Inspektor Daniel masih membelek kertas.

"Inspektor tahan Adik sa..."

"Awak dalam keadaan bahaya Mikalya" kata-kata Mikalya dipintas Inspektor Daniel. Kini lelaki itu memandangnya tanpa sebarang reaksi. Mikalya terbungkam, dia bingung.

Bahaya?

"Adik awak, Adra terlibat dengan kes cubaan membunuh," terang Inspektor itu. Dia memandang tepat ke arah muka Mikalya. Muka gadis itu berubah pucat mendadak.

"Apa yang Inspektor cuba cakapkan ini?" perlahan suara Mikalya bertanya. Tidak mengerti, masih bingung. 

Melihat reaksi yang dipamerkan Mikalya sekarang, Inspektor Daniel tersenyum sinis. 

You are in danger Haura Mikalya.

BROTHER

Sementara itu di sebuah rumah kosong..

Pasukan anggota yang memakai seragam bertulis 'Polis Forensik' sedang sibuk mengeluarkan barang-barang dari kenderaan ke tempat kejadian.Ada yang salah seorang dari mereka mengambil gambar kawasan mayat ditemui.

Masing-masing membuat kerja dengan teliti. Beberapa tempat disiasat dan diletakkan nombor. Manakala beberapa anggota polis mengusung satu mayat yang ditutup dengan plastik hitam.

Unit forensik telah mengambil gambar setiap sudut mayat yang sudah berulat untuk tujuan simpanan data nanti. Setiap bahan bukti dan data akan dikumpul,didokumen dan disiasat.

"Memang betul ke ni suspek yang kita cari selama ni?" Pengawai polis itu menundukkan kepala dan mengangkat pita kuning yang dilingkung diluar rumah.

"Betul Tuan." Salah seorang polis disitu mengangguk sambil mencatat data.

Pengawai polis itu merengus geram seraya meraup wajahnya yang kepenatan. Jam ditangan dikerling sebentar, Jam 8.05 malam. Urusan merekod data selesai.

Ayat dihujung catatan itu dibaca sekali lagi, 'Suspek bernama Ahmad Samad bin Mahat ditemui mati'

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro