Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 9 🍓

BALIK dari kolej Saraterus menuju ke supermarket. Umie meminta dia untuk membeli sedikit barang untuk buat Mee Kari. Dia mengeluarkan telefon bimbit untuk melihat senarai barang yang hendak dibeli yang dihantar oleh umie.

Sampai je di supermarket dia terus beli barang yang ada dalam senarai. Dengan khusyuknya dia tanda barang yang dah dibeli, tiba2 troli nya dilanggar oleh seseorang.

" Maaf dik , Aunty tak sengaja" Makcik yang bersalah itu segera meminta maaf. Tapi yang paling pelik adalah Makcik tu melihat Sara sampai tak terkelip mata. Agak2 nya Sara cantik sangat la tu kan .

" Takpa2 Aunty , salah saya juga letak troli kat tengah jalan. Maafkan saya" kata Sara dengan menundukkan kepalanya.

" Aunty pergi dulu nya" Sara mengangguk sambil tersenyum tanda membalas

Selesai membeli semua barang yang dipesan oleh umie, Sara bergerak ke bahagian buah-buahan. Mata Sara rambang memerhati banyak buahan itu. Akhirnya pandangan Sara menangkap pada buah berwarna merah.
Strawberi!

" Aaaaa my strawberi. Yumm! Yumm!" ucap Sara dengan nada teruja.

Terus saja dia mengambil dua bekas strawberi yang berharga sepuluh ringgit sebekas itu ke dalam troli.  Lantas dia menuju ke kaunter untuk membayar.

Setelah selesai membuat bayaran, Sara terus menuju ke arah kereta. Baru saja dia selesai memasukkan barang ke dalam bonet tiba-tiba dia mendengar suara orang menjerit meminta tolong.

"TOLONG! TOLONG!"

Sara terus menuju ke arah suara tersebut . Dia melihat ada seorang wanita yang berusia  mula bergelut dengan dua orang lelaki . Peragut itu terus merampas beg tangan wanita itu sehingga menyebabkannya terjatuh ke jalan.

"TOLONG ADA PERAGUT" laung Sara meminta tolong. Peragut itu terus melarikan diri. Didekati wanita itu yang sedang terduduk menahan sakit itu.

" Aunty tak apa-apa? Ada luka kat mana-mana tak? " Tanya Sara sambil menolong wanita itu untuk berdiri"

"Aunty tak ada apa2 cuma luka sikit je  . Terima kasih ya tolong Aunty" Wanita itu hanya tersenyum manis memandang Sara

" Sama-sama Aunty" ucap Sara. Eh kejap bukan ke Aunty ni yang langgar troli aku tadi. Bisik Sara sebaik saja memandang wanita itu.

" Bukan ke adik ni yang dalam supermarket tadi?" Tanya wanita itu

" Ye saya" Sara mengangguk dengan tersenyum

" Adik nama apa ya"

" Aunty panggil je saya , Sara" Balas Sara dengan ramah. Wanita itu mengangguk kecil. Berkenan sungguh dengan sifat peribadi Sara.

" Cantik nama macam tuan dia. Kenalkan nama Aunty Suraya" Ramah Datin Suraya memperkenalkan dirinya

" Terima kasih Aunty " Sara tertunduk malu.

"Aunty terhutang budi dengan Sara. Kalau Sara tak tolong aunty tadi tak tahu lah apa yang jadi.

" Apakata saya hantarkan Aunty pergi klinik? Tangan Aunty luka tu . Lepastu kita pergi balai buat report. Pelawa Sara

" Tak menyusahkan Sara ke?

" Mana ada la , tak susahkan Sara pun"

Wanita tu mengangguk dan tersenyum ke arah Sara. Dia mengutip barang-barang nya yang berterabur di jalan. Terus dia memimpin tangannya menuju ke kereta nya untuk membawa nya ke klinik.

Tiba di klinik, Sara memapah Datin Suraya masuk. Diduduki wanita itu di atas bangku sebelum dia ke kaunter pendaftaran.  Wanita itu memandang ke arah Sara.

"Berkenan pula aku nak ambil Sara jadi menantu. Baik pun baik. Kalau la dia jadi menantu aku " Datin Suraya berkata dalam hati

"Aunty , doktor panggil masuk..."

Datin Suraya mengangguk seraya bangun dari bangun

" Tak ada apa2 yang serius cuma tangan Datin terseliuh  mungkin disebabkan Datin terjatuh tadi. Saya akan berikan ubat kat Datin nanti Datin makan sebelum tidur ya"  ucap doktor

" Baik. Terima kasih ya doktor" balas Datin Suraya

"Sama-sama, Datin "

Sebaik saja keluar dari ruangan doktor . Sara kembali teringat dengan kata-kata  doktor tersebut. Datin? Rupanya wanita yang aku tolong ni adalah Datin. Orang yang mempunyai pangkat.

" Aun.... Eh Datin  , saya ke kaunter sekejap ye nak ambil ubat lepastu nak buat pembayaran" ucap Sara dengan gagap

Datin Suraya hanya tersenyum memandang Sara yang bercakap gagap itu

Usai selesai membuat pembayaran dan ambil ubat Sara menuju ke arah Datin Suraya.

" Datin ini ubatnya . Datin kena makan ubat ni  sebelum tidur. Jangan lupa makan tau" pesan Sara

" Tak payah panggil Datin la Sara , panggil je Aunty . Iya nanti Aunty makan ubat tu"

"Baiklah Aunty.  Mari Sara hantar Aunty ke balai buat report lepastu Sara hantar Aunty balik" Datin Suraya segera menggeleng. Dia tidak mahu menyusahkan Sara lagi

" Takpa la Sara. Aunty tunggu bodyguard Aunty sampai nanti Aunty pergi dengan dia. Tadi Aunty dah call dia, sekejap lagi sampai la tu."

Setelah 5 minit menunggu ,  muncul sebuah kereta Alphard dihadapan. Kelihatan seorang lelaki bertubuh besar turun dari kereta itu dan menghampiri kami.

" Tu dah sampai dah bodyguard,  Aunty.  Aunty balik dulu ya Sara. Terima kasih sebab bawak Aunty ke klinik. Sara dah banyak tolong Aunty"

" Baik Aunty "

" DATIN TAK APA2? MAAFKAN SAYA SEBAB LAMBAT AMBIL DATIN TADI" ucap bodyguard

" Saya okay cuma tangan saya je seliuh sikit. Mujur ada Sara tolong saya tadi" ucap Datin Suraya sambil menunjukkan tangannya yang berbalut itu

Sebelum pergi Datin Suraya sempat meminta nombor telefon Sara. Setelah aku memberikan nombor kepada Aunty,  aku terus menuju ke kereta untuk balik.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro