Part 6 🍓
"ASSALAMUALAIKUM" suara riang Sara memberi salam sebaik tiba di rumah. Kelihatan kelibat abah berada di sofa sedang membaca surat khabar. Sara segera menghampiri abahnya. Tangan Encik Kamarul di salam dan cium oleh Sara.
"Waalaikumussalam! Lewat Adik balik harini, pergi mana?" sahut Encik Kamarul.
"Lepas habis kelas tadi Sofea ajak teman dia pergi cafe, sebabtu lah adik balik lewat ni. Umie mana abah? Senyap je rumah ni" ucap Sara sambil matanya melilau mencari kelibat Puan Nora.
"Macam la adik tak kenal umi macam mana, waktu-waktu macam ni kat mana lagi dia pergi kalau bukan kat rumah kawan baik dia tu"
Sara ketawa mendengar kata-kata abah. Ada betulnya apa yang dikatakan oleh abahnya itu , umie memang suka betul pergi ke rumah Aunty Jasmin aka kawan baik umie.
"Nak bergosip lah tu. Umie ni tua-tua pun nak membawang lagi" sempat Sara mengata Puan Nora.
Encik Kamarul hanya tersengih apabila anak bongsunya berkata begitu.
"Takpa lah abah, adik naik atas dulu lah. Nak mandi, badan dah melekit ni." Sara bersuara setelah lama keadaan sunyi.
Encik Kamarul hanya mengangguk perlahan sambil tangannya mencapai cawan yang berisi air kopi panas di atas meja kecil di tepi sofa.
Tanpa melengahkan masa, Sara terus mendaki tangga untuk ke bilik. Sampai saja, Sara terus rebahkan tubuh di atas katil. Badannya terasa letih. Pandangan matanya ralit memandang ke atas melihat kipas yang berpusing. Hampir beberapa minit dalam keadaan begitu, Sara terus bangun dan menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.
Setelah selesai mandi dan memakai baju terus Sara menuju ke meja belajar untuk mengambil beg sandangnya. Sara membuka beg dan mengeluarkan sebuah novel yang belum habis dibaca ketika di kafe tengahhari tadi. Dia turut mencapai telefon bimbit dan headphone nya dan berjalan ke arah katil. Dia membuka playlist lagu favourite nya di telefon kemudian memakai headphone. Setelah itu dia terus membuka novel dan membacanya.
•
•
•
•
ADIK! ADIK! Turun makan malam. Takkan nak terperap dalam bilik je" laung Puan Nora dari tingkat bawah.
Sesudah Puan Nora menghidangkan semuanya namun kelibat Sara belum ada di meja makan. Dia bergerak naik ke tingkat atas untuk mendapatkan anak bongsu nya itu.
"Bertuah punya anak, kita ni dah nak hilang suara panggil dia kat bawah. Dia boleh pula senyum-senyum baca novel atas katil tu." bebel Puan Nora.
"SARA AZALEA NUR!!" teriak Puan Nora sambil bercekak tangan ke pinggangnya.
Sara segera menurunkan novel yang menghalang mukanya sebaik saja melihat ada kelibat seseorang dihadapannya.
"Umie.. buat apa dalam bilik adik ni ? Umie ada panggil adik ke? Maaf umie adik tak dengar," balas Sara serba salah
"Nak dengar macam mana kalau adik pakai headphone tu. Dah lah volume tu punya lah kuat adik pasang. Umie yang tak pakai ni pun boleh dengar lagu tu," kata Puan Nora.
Sara hanya diam dan menayang gigi putihnya yang tersusun cantik kepada umienya.
"Dah-dah lah tu baca novel. Jom makan malam. Semua orang dah ada kat meja makan tu tunggu adik" ajak Puan Nora sambil menuju keluar dari bilik Sara.
"Okay umie". Sara terus mencabut headphone dan keluar dari bilik.
Sebaik saja Sara turun dari tangga , kelihatan abang dan abah melihat ke arahnya.
"Princess sorang ni nak makan pun kena orang jemput dulu " ucap Mikael.
"Sibuk je along ni. Kalau dengki cakap je la dengki" balas Sara sambil menjelir lidah.
"Dah-dah lah tu, tak baik gaduh depan rezeki ni" tegur Encik Kamarul sambil menggelengkan kepalanya melihat perangai anak sulong dan bongsunya itu.
Kerusi meja makan ditarik. Sara melabuhkan punggungnya di atas kerusi bersebelahan Umienya. Sara terpandang makanan yang dihidangkan di atas meja. Perutnya terus rasa lapar. Tangannya laju mencapai bekas nasi lalu dia menyedokkan sesenduk nasi kedalam pinggannya. Dia mencapai pula seketul ayam goreng, sayur kangkung goreng belacan dan kuah ikan singgang ke dalam pinggan.
Belum sempat Sara menyuapkan nasi ke dalam mulut Umienya menahan. "Kenapa umie" tanya Sara dengan wajah hairan.
Baca doa dulu baru makan adik" tegur Puan Nora.
"Oh, lupa. Maaf umie." kelam kabut Sara meletakkan kembali sudunya ke pinggan.
"Along bacakan doa" kata Encik Kamarul. Mikael mengangguk sebelum tangannya mula ditadah. Sara turut menadahkan tangannya.
Mikael mula membaca doa makan sambil diaminkan oleh Sara "Alloohumma baariklana filmaa rozaqtanaa..."
"Dah boleh makan dah" kata Sara lalu mencapai kembali sudunya.
Terletus tawa di celah bibir abah, umie dan juga Mikael. Ada-ada saja perangai Si Bongsu ni.
"Along ni cuti berapa lama?" tanya Sara sambil mulutnya penuh dengan nasi.
" Takda lah lama mana pun, 5 hari je. Kenapa adik?"
"Oh saja tanya. Boleh lah adik nak bermanja dengan along. Haritu tak sempat tau" Sara membuat muka sedih.
Mikael ketawa "Ha Ha Ha. Yang adik nak bermanja dengan along ni kenapa? Ni mesti nak something kan dari along?"
"Ish mana ada lah. Tak baik tau along cakap macam tu. Salah ke kalau adik nak bermanja dengan abang sendiri"
"Memang lah tak salah tapi macam pelik je adik ni"
"Apa yang peliknya? Along kan jarang dapat cuti sebab tu lah adik nak bermanja dengan along. Nak bermanja dengan angah dan achik tapi dorang tak ada"
"Ye lah adikku sayang"
"Umie, angah ada cakap tak bila dia balik" tanya Sara. Puan Nora hanya menggeleng. "Takda pulak angah cakap, cuma angah cakap sekarang ni dia tak boleh nak balik sebab dia sibuk"
"Hmm.. mentang-mentang lah duduk negara barat dah tak nak balik negara sendiri. Takkan lah sibuk sampai takboleh nak balik. Angah ingat dia tu orang sana ke? Adik rindu dia tau" bebel Sara panjang.
"Nanti angah balik lah tu. Angah bukannya taknak balik tapi dia kan kerja kat sana. Dah, tak mau sedih sedih. Buruk dah tu muka adik. Nanti takda orang nak mengorat adik tau kalau muka adik buruk macam tu," ucap Encik Kamarul sambil ketawa selepas melihat muka masam anaknya itu.
Umienya turut sama ketawa.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro