Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 5 🍓

TIDAK lama kemudian, mereka pun tiba di cafeteria. Kelihatan ramai mahasiswa dan mahasiswi yang datang berehat di café itu.Sara duduk di sebelah Sofea tapi berhadapan dengan mamat tak guna tu.

"Kau duduk dulu, aku nak pergi order kejap makanan dengan Aish. Kau nak makan apa" kata Sofea.

"Asal kau nak pi dengan Aish pulak? Aku kan ada, pi dengan aku je la" balas Sara.

"Kau duduk je diam-diam kat sini. Bagi lah change kat aku pergi dengan Aish." bisik Sofea sambil mengelipkan matanya banyak kali.

"Tak kira aku nak ikut jugak. Takkan kau nak tinggalkan aku berdua dengan mamat tak guna ni." soal Sara.

Aiden merenung tajam kearah Sara. "Dia panggil aku mamat tak guna?" gumam Aiden.

"Haah.. memang aku nak kau duduk berdua dengan Aiden ni" balas Sofea selamba. Sara menggelengkan kepalanya.

"Eh! Kau jangan nak buat kerja gila" bisik Sara.

"Apa yang korang dok bersembang tu? Aku lapar dah ni . Cepatlah Sofea" kata Aish dengan bibir dimuncungkan.

"Ye nak pi lah ni. Kau ni nak makan apa? Cepatlah Aish dah tunggu tu" rungut Sofea.

"Ish! Kau order je la apa-apa pun , janji makanan" balas Sara dengan nada mengalah.

"Okey"

"Ha! Kau ni nak makan apa Aiden?" tanya Aish.

"Macam biasalah" jawab Aiden.

"Okey"

Kini tinggal Sara dan Aiden berdua sahaja yang berada di meja tersebut memandangkan Sofea dan Aish pergi order makanan untuk mereka. Suasana di meja mereka terasa sunyi. Masing-masing diam tidak bertegur sapa dengan wajah serius mereka.

Perasaan kekok mula bertandang apabila aku dan Aiden masing-masing berdiam diri.

"Asal mamat ni tiba-tiba diam pulak? Tadi bukan main berperang mulut dengan aku"
bisik Sara dalam hati.

"Asal perempuan ni diam ? Takkan tiba-tiba jadi bisu pulak" ucap Aiden dalam hati.

Masing2 hanya berbisik di dalam hati.

"Eh! Asal pulak dengan aku ni? Bagus apa kalau mamat ni tak cari gaduh dengan aku, takda lah aku sakit hati je dengan dia." Daripada aku melayan perasaan,baik aku baca novel. Laju saja tangan Sara membuka beg sandangnya . Ternaik bibirnya bila mengeluarkan novel yang ada dalam beg sandang.

Tengah syok Sara membaca novel tiba-tiba terdengar suara Aiden bertanya.

"What are you reading?" tanya Aiden.

"Oh, nothing just this novel" balas Sara tanpa memandang ke arah Aiden.

"What's it about?" Aiden bertanya sekali lagi sambil matanya melihat kearah novel yang dipegang oleh Sara.

"Actually, it's a romance novel and-'" belum sempat Sara bercakap,Aiden mencelah.

        "Oh, that's interesting"

Sara tidak mengangguk, tidak menggeleng selepas mendengar balasan Aiden.

"Kau memang suka baca novel ke" soal Aiden. Dalam diam , dia memandang wajah Sara yang tengah khusyuk membaca.

"Haah aku suka gila baca novel. Kalau cuti semester aku lebih suka duduk kat rumah baca novel daripada keluar" jawab Sara dengan bersungguh-sungguh.

"Why novel? Apa yang menarik sangat novel?

"Sebab bila aku baca novel, dia bagi aku lebih comfort dan kebahagiaan yang tak dapat aku rasa in real life. Bila baca novel, aku lupa semua masalah yang aku hadapi. Dan kalau ada peristiwa yang menyakitkan terjadi yang boleh menyebabkan aku  mengingat dan membuatkan aku menangis, aku lebih memilih untuk melepaskan tangisan itu Through reading novels that are sad so that I can let go of those negative feelings in a cathartic way." sempat Sara meluah.

Aiden hanya terdiam mendengar luahan Sara.

"Jadi sebab tu lah kau suka sangat baca novel? Semua yang suka baca memang akan cakap macam tu ke? soal Aiden .

"Maybe. Sebab siapa yang suka baca novel dia faham why dia suka , why novel better dari benda lain. Tak semua faham jiwa kami as a readers ni. Kadang orang cakap kami ni terlebih delulu or suka berangan disebabkan kami nak sangat lelaki seperti fictional character. Salah ke?"

"Why fictional character?"

"Fictional character heroes usually do anything for the girl they love. So sometimes girls might fantasize themselves to be the main character and imagine the perfect hero who will come to rescue them."

" I am waiting for the moment when my life turn like a novel. When my perfect hero come and save me from the harsh reality. But maybe real life is like a novel, just we haven't found the right moment yet."

"Jadi sekarang kau dah faham kan, kenapa kebanyakkan perempuan suka baca novel."

" Oh macam tuu ... btw nama kau apa?" tanya Aiden.

"Arr.. Asal kau tiba-tiba tanya nama aku?

"Saja. Tak boleh ke?"

"Aku Sara Azalea, panggil Sara je." Sara kenalkan diri dengan kekok.

"Cantik nama macam tuan dia" ucap Aiden perlahan.

"Ha? Apadia?" tanya Sara.

""Err... Takda apa-apa lah" balas Aiden.

"Huish.. Nasib baik Sara tak dengar, kalau  dia dengar malulah aku." gumam Aiden.

Setelah hampir 20 minit menunggu Sofea dan Aish. Kelihatan mereka melangkah kearah Sara dan Aiden sambil memegang dulang yang ada makanan.

"Amboi... kuat korang bersembang . Bersembang pasal apa tuu ?" tanya Sofea. Dah macam makcik bawang pula si Sofea ni. Sibuk je nak tahu orang borak apa. Busybody betul.

"Takda apa2 pun . Aku tanya nama dia je" jawab Aiden memandang Sofea.

Sofea mengangguk faham.

Setelah mereka habis makan, masing-masing mahu pulang ke rumah memandangkan kelas dah tamat. Perlahan-lahan Sara bangun dari kerusinya.

"Aku balik dulu lah, Sofea. Assalamualaikum." Sara meminta diri.

"Hah baliklah! Waalaikumussalam." halau Sofea dengan nada perlahan sambil menyedut air di dalam gelas. Si Sofea ni selagi air dalam gelas tak habis memang tak kan balik. Sekali dengan ais batu dia gigit. Kalau boleh dengan gelas agak nya dia nak makan. Biar licin semua.

Sebaik saja Sara melangkah , tiba-tiba terdengar suara Aiden memanggilnya. Langkah Sara mati.

"SARA" panggil Aiden lembut.

"Ye?" balas Sara seraya membalikkan badan ke arah Aiden.

"Elok-elok bawa kereta tu" pesan Aiden. Sara memandang pelik pada Aiden.

"Err... okey. Ada apa-apa lagi ke?" tanya Sara

"Sara, may i have your number?" tanya Aiden
dengan wajah menunduk memandang lantai.

"Why do you want my number all of sudden?" Terkejut Sara mendengar.

Secara tiba-tiba Aiden meminta nombor nya. Baru kenal tak sampai seminggu dah minta. Nak kata rapat tak. Kalau jumpa dengan Sara asyik bergaduh je. Tengah hari ini dia minta nombor?

"Saje nak berkawan dengan kau. Kalau takboleh takpa lah" kata Aiden dengan nada sedih.

"Err... Bak sini telefon kau". Tanpa banyak bunyi Aiden menyerahkan telefonnya kepada Sara lantas Sara memasukkan nombornya .

"Dah". Aiden tersenyum lebar sambil mengambil semula telefonnya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro