Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 4 🍓

SETELAH kelas tamat pada jam 2:00 petang Sara dan Sofea mengemas barang milik mereka ke dalam beg sandang. Sofea sempat meminta Sara untuk menemaninya ke cafeteria.

"Weh! Teman aku ke café jap. Aku lapar lah dari tadi lagi aku tahan ni," ucap Sofea sambil mengelus elus perutnya.

"Okey". Sofea tersenyum mendengarnya.

Sara dan Sofea membuka langkah menuju ke cafeteria yang berada di kolej nya. Baru sahaja mereka berjalan beberapa langkah tiba-tiba kedengaran bunyi seseorang menyeru mereka.

"Hei Kau!"

Mereka berhenti berjalan. Seraya itu mereka berpaling kearah suara tersebut. Kelihatan dua orang lelaki segak berambut blonde berada di belakang sambil berjalan menghampiri mereka.Ya salah satunya adalah Aiden Zharran. Dia menuju kearah mereka bersama kawan baiknya iaitu Aish Zane.

"Kau lagi!" ucap Sara.

'Ha aku, kau pahal?" balas Aiden.

"Tak sekarang ni kau pahal panggil-panggil orang?"

"Saja... Bukan ke kau perempuan pagi tadi yang cari gaduh dengan aku? Yang membebel kalah nenek ?"soal Aiden.

"Eh! Banyak cantik muka kau. Sape dulu yang cari gaduh? Kau ke aku?" balas Sara sambil merenung tajam pada Aiden.

"Kau" selamba Aiden membalas dengan penuh berani.

"Eii mamat ni kang memang nak kena dengan aku ni. Aku dah kata mamat ni mana ada adab." kata Sara dengan geram.

"Apadia? Tak dengarlah aku" kata Aiden. Sebenarnya dia dengar je cuma dia buat-buat tak dengar.Sungguh dia suka bila melihat perempuan dihadapannya itu marah, entah kenapa tapi bila melihat mukanya marah membuatkannya kelihatan comel dan cantik.

"Kau ni memang mamat tak guna, dah lah buat salah lepastu cau macam tu ke. And now kau nak cari gaduh lagi," ucap Sara sambil sedaya upayamenahan sabar.

Mereka mula berperang mulut apabila kedua-duanya tak puas hati. Masing-masing nak menang! Semakin lama semakin rancak mereka bergaduh.

"Eh korang dah-dah lah tu gaduh. Ada jugak aku call tok kadi ni kang.Kahwinkan korang berdua." Kata Sofea yang meleraikan pergaduhan mereka.

" Taknak aku kahwin dengan mamat ni. Aku rela jadi andartu daripada kahwin dengan kau."

"Lepastu kau ingat aku nak ke ambil kau jadi isteri aku. Daripada dengan kau, aku rasa better dengan makcik clearner lagi."

"Aku rasa Makcik pun tak nak dengan kau. Sebab apa? Sebab kau bukan nya elok sangat pun. Harap muka je ada rupa tapi hampehh"

"Eh eh sedap mulut kau ye nak mengata aku"

"Suka hati aku lah mulut aku bukan mulut kau"

"Ya Allah, tak habis-habis lagi nak gaduh" Sofea menggeleng melihat tingkah laku mereka berdua.

"Mamat ni yang start dulu, bukan aku lah Sofea" ngadu Sara.

"Bila masa pulak aku yang start dulu."

"Woi! Dah-dah lah tu" sampuk Aish.

"Dah lah Sara , Jom ke cafeteria. Anak aku dalam perut ni dah lapar tau. Korang berdua nak join tak?"ajak Sofea.

"Banyak lah kau punya anak. Yang kau ajak mamat ni kenapa? Kita pergi dua je lah, tak perlu ajak dorang ni lagi-lagi mamat ni." Sara menunjuk jari telunjuknya ke arah Aiden.

"Takpa lah Sara, bukan selalu" balas Sofea dengan wajah yang penuh makna.

"Okey jugak tu. Jom Aiden kita join diaorang.
Lagipun aku tengah lapar ni" pujuk Aish dengan membuat wajah seperti kesian.

"Okeylah disebabkan kau dengan Sofea yang ajak , aku join lah. Jom!" balas Aiden dengan wajah tersenyum.

"Eh kau tiba-tiba jadi baik pulak, tadi dengan aku bukan main kasar cakap," bisik Sara.

"Ah mantap" balas Sofea dah Aish serentak.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro